Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label Osama Ben Laden. Papar semua catatan

, ,

Selasa, 12 Mei 2015

Barack Obama Didakwa Menipu Dunia Mengenai Pembunuhan Osama




SEORANG wartawan penyiasat mendakwa Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama telah menipu seluruh dunia mengenai pembunuhan pemimpin utama al-Qaeda, Osama bin Laden.

Seymour Hersh mendakwa Obama menipu dunia mengenai pembunuhan Osama untuk memenangi populariti menjelang pilihan raya 2012.

Hersh juga menjelaskan kerajaan Amerika Syarikat telah membuat pembohongan, kenyataan salah serta pengkhianatan untuk menyembunyikan kebenaran.

Menurut artikel yang diterbitkan dalam 'London Review of Books', Hersh mendakwa tiada kes tembak-menembak berlaku di sebuah rumah di Abbottabad, Pakistan yang dikatakan telah diserbu tentera Amerika Syarikat.


Bangunan yang didakwa kediaman Osama ketika ditahan.

Wartawan tersebut juga mendakwa pentadbiran Obama telah berunding dengan kerajaan Pakistan yang berjaya menahan Osama bertahun-tahun sebelum ini.

Hersh juga menyatakan, tentera Pakistan telah diarah untuk menyerahkan Osama kepada Tentera Laut SEAL di kawasan kejadian.

Dalam karyanya, wartawan tersebut melabelkan kejadian tersebut sebagai pembunuhan dengan niat.

Laporan tersebut juga menerangkan, satu-satunya peluru yang dilepaskan adalah untuk membunuh Osama.

Penulis itu berpendapat Obama menyimpan kebenaran itu selama setahun sebelum pilihan raya 2012 untuk meningkatkan kempen dan memenangi pilihan raya tersebut.

Menurut sumber yang mahu dikenali sebagai 'Pegawai kanan risikan yang telah bersara' digunakan oleh Hersh dalam artikelnya menerangkan, pihak White House terpaksa memberi gambaran bahawa misi penangkapan Osama merupakan operasi yang penting.

"Kenapa perlu membunuh Osama?

"Kisah mengenai pemimpin al-Qaeda dibuat oleh beberapa rangkaian berita untuk menunjukkan bahawa Osama merupakan isu penting negara itu.

"Pasukan SEAL sepatutnya sudah menjangkakan isu ini merupakan rekaan politik kerana ia merupakan isu menarik bagi ahli politik," kata bekas pegawai kanan itu.

Terdapat dakwaan yang menyatakan mayat Osama tidak dikebumikan di laut sebaliknya dihantar ke Afghanistan.

Dakwaan Hersh bagaimanapun telah dinafikan oleh jurucakap pihak White House.

Jurucakap Keselamatan Negara di White House, Ned Price, berkata terdapat banyak dakwaan yang tidak berasas dan tidak tepat dalam artikel tersebut.

"Seperti yang telah kami jelaskan, maklumat mengenai operasi ini disebar terhad kepada pegawai-pegawai kanan Amerika Syarikat sahaja.

"Presiden telah membuat keputusan awal untuk tidak mendedahkan maklumat tersebut kepada mana-mana kerajaan lain termasuk Pakistan yang hanya mengetahui tentang operasi itu setelah serbuan itu dilakukan," kata Price. -Mstar/12/5/15


Khamis, 30 Ogos 2012

Osama Didakwa Sudah Meninggal Dunia Ketika Anggota SEAL Tiba di Biliknya



[Kosmo] WASHINGTON - Ketua rangkaian Al-Qaeda, Osama bin Laden sudah mati apabila pasukan komando Amerika Syarikat (AS), Navy SEAL menyerbu ke dalam bilik tidurnya di sebuah banglo di bandar Abbottabad, Pakistan.

Dakwaan kontroversi itu bercanggah dengan kenyataan rasmi White House tentang kematian Osama.

Pendedahan mengenainya dibuat oleh seorang bekas anggota komando SEAL yang terlibat dalam operasi rahsia membunuh ketua Al-Qaeda itu pada 2 Mei 2011.

Menurut akhbar MailOnline semalam, Osama juga tidak bersenjata apabila dia diserang pasukan elit SEAL.

Kisah misi membunuh ketua pengganas berkenaan didedahkan dalam buku biografi, No Easy Day: The Firsthand Account of the Mission That Killed Osama bin Laden.

Ditulis di bawah nama pena, Mark Owen buku tersebut yang dijadualkan berada dalam pasaran pada 11 September depan akan dijual seminggu lebih awal.

Penulis buku berkenaan merupakan antara enam komando SEAL yang melihat Osama mati pada tahun lalu.

Menurut salinan buku itu yang diperoleh akhbar Huffington Post, misi membunuh Obama jauh bercanggah dengan kenyataan White House.

Dalam bukunya, Owen memberitahu bahawa seorang anggota elit skuad berkenaan terserempak dengan Osama ketika dia cuba melarikan diri ke dalam bilik tidurnya.

Bilik itu terletak di tingkat tiga banglo berkenaan yang dihuni oleh Osama bersama sejumlah anggota keluarganya.

Beberapa anggota SEAL lain kemudian bergegas menaiki tangga untuk mengejar Osama.

"Kami kurang lima langkah untuk sampai ke tingkat atas apabila saya terdengar bunyi tembakan. Ketika itu, saya tidak dapat melihat sama ada tembakan itu mengenai sasaran," kata Owen.

Walaupun media AS melaporkan Osama bersenjata dan cuba melawan ketika dibunuh, askar itu berkata, ketua Al-Qaeda itu sebenarnya sudah tidak bernyawa apabila mereka berada di dalam bilik tidurnya.

Menurut Owen, ketika Obama terbaring, dia dan beberapa komando lain melepaskan beberapa das tembakan lagi ke dada lelaki itu.

Dalam bukunya, Osama dilaporkan memakai baju-T berwarna putih, seluar panjang bersama sehelai tunik.

Semasa mereka merakamkan gambar jenazah Osama, dua pucuk senjata turut di temui di bilik tidur berkenaan tetapi kedua-duanya tidak berpeluru.

"Dia (Osama) langsung tidak melakukan persediaan untuk mempertahankan diri. Lelaki ini langsung tiada niat mahu melawan walaupun selama beberapa dekad dia begitu gah mengarahkan pengikutnya supaya melakukan serangan berani mati," kata Owen.

"Sepanjang saya berkhidmat dalam tentera, kami telah kerap kali menyaksikan penipuan seperti ini," tambahnya.

Mengulas pendedahan memalukan itu, ketua Pusat Operasi Khas AS memberitahu, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang ke atas sesiapa yang didapati mendedahkan maklumat sensitif ketenteraan.

Dalam pada itu, sebuah laman web rasmi Al-Qaeda pada Jumaat lalu menyiarkan gambar dan nama komando SEAL yang bertanggungjawab menulis buku tersebut.

Tindakan tersebut dilakukan selepas saluran berita AS, FoxNews.com mendedahkan identiti penulis sebagai Matt Bissonnette.

Anggota komando SEAL itu yang kini berusia 36 tahun bersara selepas operasi membunuh Osama. - Agensi 
 
 
 

Sabtu, 4 Jun 2011

Osama Ditembak dengan Peluru Bersalut/Direndam dengan Lemak Babi?


Sebuah video klip di Youtube yang mendakwa Osama Ben Laden mati ditembak tentera AS dengan mengunakan peluru perak yang telah disalut atau direndam dengan lemak babi tersebar kepada umum. Dakwaan itu boleh dianggap benar jika kenyataan yang dikeluarkan oleh pengeluar Silver Bullet Gun Oil itu benar. 

Pengeluar minyak senjata itu yang dikenal dengan nama The Midnight Rider menjelaskan cara lemak babi berpindah kepada mangsa selepas peluru ditembak. 

Mengapa peluru itu direndam/disalut dengan lemak babi? Pemilik minyak senjata ini percaya orang Islam yang dicemari unsur babi tidak akan masuk syurga. Oleh sebab babi haram dalam Islam, maka orang jahil ini membuat kesimpulan sedemikian rupa.

Bingai!

Menurut pemilik syarikat pengeluar minyak senjata itu, anggota tentera AS adalah sebahagian daripada pelanggan syarikat itu seperti yang dinyatakan di laman sesawangnya. Menurut tulisan di laman sesawang syarikat itu, "Ribuan botol Silver Bullet Gun Oil telah diagihkan semenjak Julai 2004 kepada anggota tentera AS."

Jurucakap tentera AS menyatakan bahawa beliau tidak jelas tentang isu penggunaan peluru perak seperti yang didakwa syarikat pembuat minyak senjata itu. Beliau bagaimanapun tidak menolak teori bahawa askar mungkin membeli minyak senjata itu untuk digunakan di medan perang.

P/s: Lahanat & kurang ajar!


,

Rabu, 11 Mei 2011

Permainan Komputer "Bunuh Osama" Dilancarkan


Sebuah permainan komputer atas talian melancarkan misi terbaharu, iaitu senario misi pasukan elit menggempur tempat persembunyian Osama kira-kira SEMINGGU selepas beliau dibunuh oleh tentera AS.

Berdasarkan senario permainan itu, sepasukan elit tentera tiba ke kawasan persembunyian Osama dengan menaiki Black Hawk. Episod 107 permainan itu yang diberi nama KumaWar dibina berdasarkan perkembangan terkini peperangan menentang keganasan ciptaan AS.

Para pemain akan mengetuai pasukan elit menggempur Osama berdasarkan lokasi dan tempat persembunyiannya di Abbottabad, Pakistan. Pemain akan melancarkan serangan untuk "membunuh" Osama.

Permainan komputer atas talian secara percuma ini telah beroperasi sejak tujuh tahun lalu. Pada masa ini, lebih 20 juta pengguna menggunakan permainan ini di seluruh dunia.

P/s: Sudahlah dibunuh tanpa diberi peluang membela diri, mayatnya didakwa dihumban ke laut, dihina oleh orang Islam dan dimaki oleh orang bukan Islam, kali ini "dirinya" dipersenda di dunia permainan komputer.(Saya menulis begitu jika Osama itu benar-benar pejuang Islam tulen.) Untuk bacaan lanjut, sila rujuk The Sun.

,

Sabtu, 7 Mei 2011

Al Qaeda Sahkan Osama Meninggal Dunia, Ikrar Balas Dendam

 
Saya petik:

[Kosmo] ISLAMABAD - Kumpulan Al-Qaeda mengesahkan kematian ketuanya, Osama bin Laden dalam satu mesej Internet yang disiarkan semalam yang turut menyatakan akan melakukan balas dendam ke atas Amerika Syarikat (AS) dan Pakistan.

Pengumuman itu dibuat selepas Presiden AS, Barack Obama mengumumkan kematian Osama pada malam Ahad lalu.

Mesej itu berbunyi: "Dalam satu hari penuh sejarah bagi umat Islam, pejuang Sheikh Abu Abdullah Osama bin Mohammed bin Laden telah terbunuh di jalan yang dipilih oleh orang sebelum dan selepasnya. Tahniah kepada umat Islam kerana Osama telah mati syahid."

Kumpulan militan itu menyatakan akan menyiarkan satu pita audio Osama seminggu sebelum kematiannya.

"Dengan izin Tuhan, sumpahan akan menghantui rakyat AS dan sekutunya. Kegembiraan mereka akan bertukar menjadi tangisan. Darah mereka akan bercampur dengan air mata."

Sementara itu, isteri Osama bin Laden yang paling muda, Amal Al-Sadah mendedahkan bahawa suaminya itu tidak meninggalkan dua buah bilik di rumah mereka di bandar Abbottabad selama lima tahun, kata beberapa penyiasat Pakistan yang mengesahkan perkara itu kepada wartawan kelmarin.

Amal, 29, ditembak di kaki dalam serbuan pada malam Ahad lalu apabila dia dilaporkan menerpa ke arah pasukan komando Amerika Syarikat (AS) yang menggempur kediaman mereka.

Dia ialah antara tiga isteri Osama yang kini ditahan dan disoal siasat perkhidmatan perisikan Pakistan.

Seorang pegawai keselamatan berkata, dia tidak menyaksikan suaminya dibunuh.

"Kami masih mendapatkan maklumat daripada mereka (ketiga-tiga isteri Osama)," katanya.

Pihak berkuasa Pakistan turut menahan lapan atau sembilan kanak-kanak yang ditemui selepas pasukan komando AS beredar.

Salah seorang daripada mereka iaitu seorang budak lelaki berusia 12 tahun dilaporkan memberitahu bahawa dia melihat bapanya ditembak mati dan mayatnya diseret ke sebuah helikopter.

Sekurang-kurangnya tiga mayat yang terbunuh dalam serbuan pasukan komando tersebut ditinggalkan di tempat kejadian.

Seorang bekas komander perkhidmatan perisikan Pakistan, Asad Munir memberitahu saluran berita ABC, semua isteri Osama itu disoal siasat tanpa kekerasan.

"Kami memberikan mereka borang soal selidik yang memiliki 20 soalan. Kami mengubah urutan soalan itu setiap tiga atau empat hari. Anda perlu memiliki daya ingatan yang amat baik jika anda ingin menipu," katanya.

Seorang pegawai kanan perisikan memberitahu akhbar The Times bahawa terdapat 17 orang termasuk empat wanita yang kini ditahan tentera Pakistan untuk mendapatkan maklumat penting tentang Osama dan Al-Qaeda.

Dalam perkembangan berkaitan, Perbadanan Penyiaran British (BBC) melaporkan, Amal memberitahu pasukan penyiasat Pakistan bahawa Osama masih sedarkan diri selepas dia pertama kali ditembak dan anak perempuannya yang berusia 12 tahun memberitahunya bahawa Osama kemudian ditembak sampai mati.

Wanita itu dan tiga isteri Osama yang lain, mendedahkan maklumat penting yang dapat membantu menyingkap kehidupan rahsia Osama semasa dia bersembunyi daripada pihak berkuasa AS.

Hubungan AS dengan Pakistan kini tegang selepas Islamabad dilaporkan enggan membenarkan Washington menyoal siasat Amal.

Menurut beberapa laporan tersebut, Amal memberitahu, sepanjang tempoh lima tahun berkenaan, Osama hanya membahagikan masanya antara dua bilik berbeza di rumah itu termasuk bilik tempat dia ditembak mati. - Agensi

Jumaat, 6 Mei 2011

Isteri Muda Osama Jadi Rebutan AS-Pakistan

Saya petik:
[Kosmo] WASHINGTON - Amal Al -Sadah yang merupakan isteri termuda ketua kumpulan Al-Qaeda, Osama bin Laden menjadi rebutan antara Amerika Syarikat (AS) dan Pakistan selepas Islamabad kelmarin enggan membenarkan AS menyoal siasatnya.

Amal penting kepada kedua-dua pihak kerana dia mengetahui tentang apa yang sebenarnya berlaku dalam operasi membunuh Osama di samping maklumat tentang kumpulan Al-Qaeda yang diketuai suaminya.

Pakistan bagaimanapun melarang AS menyoal siasat Amal, 27, yang kini dirawat di sebuah hospital tentera di Rawalpindi kerana kakinya cedera akibat ditembak.

Wanita berasal dari Yemen itu menerpa ke arah anggota komando AS untuk melindungi suaminya semasa rumah tempat tinggal mereka di bandar Abbottabad, Pakistan diserbu pada malam Ahad lalu.

Anggota komando itu menembak kaki Amal tetapi dia tidak dibawa bersama oleh pasukan komando AS selepas sebuah helikopter dalam operasi itu terhempas di pekarangan rumah tersebut.

Amal kemudian ditangkap oleh pasukan keselamatan Pakistan.

Sebelum ini, AS melaporkan dia ditembak mati anggota komando selepas Osama menggunakannya sebagai perisai manusia untuk menyelamatkan diri.

Bagaimanapun, AS menukar cerita pada Selasa lalu dengan menyatakan Amal hanya cedera akibat ditembak dan dia tidak menjadi perisai manusia untuk melindungi Osama.

Perkahwinannya dengan Osama dilaporkan diatur bagi mengukuhkan hubungan dan pengaruh ketua Al-Qaeda itu di Yemen.

Amal dilaporkan berbangga kerana dapat menjadi isteri Osama.

Ketua Al-Qaeda itu telah menghantarnya pulang ke Yemen kerana bimbangkan keselamatannya tetapi dia berjaya kembali ke Pakistan walaupun dipantau oleh agensi perisikan AS.

Menurut majalah Time, wanita itu memberitahu penyiasat Pakistan bahawa mereka tinggal di rumah tersebut sejak tahun 2005.

Menurut Time, seramai enam saudara- mara Osama termasuk enam kanak-kanak dan seorang isterinya dibawa ke hospital di Rawalpindi untuk dirawat selepas pasukan komando AS melakukan serbuan. - Agensi
 
 

,

Khamis, 5 Mei 2011

The Rock Antara yang Terawal Tahu "Pembunuhan" Osama Ben Laden?



Ada cerita menarik untuk pengunjung DCM.

Beberapa media termasuk Digital Spy mencetuskan persoalan, adakah Dwayne Johnson aka The Rock mengetahui berita kematian Osama Bin Laden sebelum hal itu diumumkan kepada publik?

Bintang filem Fast Five menulis di Twitternya bahawa dia mengetahui sesuatu yang "bakal mengejutkan dunia" kira-kira setengah jam sebelum Presiden AS mengumumkannya secara rasmi di media.

Berdasarkan laporan pelbagai media, tweet pertama yang menyentuh soal kematian Osama adalah daripada Keith Urbahn, Ketua Staf di Pejabat bekas Setiausaha Pertahanan AS, Donald Rumsfeld. 

Mesej itu berbunyi: "So I'm told by a reputable person they have killed Osama Bin Laden. Hot damn." Kiriman itu diikuti oleh mesej yang berbunyi: "Don't know if it's true, but let's pray it is."
Pada masa yang sama mesej Twitter pertama Urbahn dihantar, The Rock turut menghantar mesej Twitternya dengan mesej: "Just got word that will shock the world - Land of the free...home of the brave DAMN PROUD TO BE AN AMERICAN! (sic)"

P/s: Can you smell what The Rock is cooking?

,

[Gambar-18SG] Gambar Mangsa & Maklumat Susulan Serangan Tentera AS di Rumah Persembunyian Osama


Saya petik:
[PULAKDAH!] Gambar yang diperolehi oleh Reuters ini telah diambil lebih kurang sejam selepas serangan AS di persembunyian Osama bin Laden di Abbottabad, Pakistan yang menunjukkan mayat tiga lelaki yang telah terbunuh berlumuran darah dan TIDAK BERSENJATA.

Gambar-gambar yang telah diambil oleh Pegawai Keselamatan Pakistan yang memasuki halaman kediaman ini selepas serangan pada awal pagi Isnin, menunjukkan dua lelaki berpakaian tradisi Pakistan dan seorang lagi berbaju-T, dengan darah mengalir dari telinga, hidung dan mulut mereka.

Pegawai Keselamatan itu, yang tidak mahu dikenali, telah menjual gambar-gambar itu kepada Reuters.

Tiada seorang pun daripada lelaki ini yang kelihatan seperti Bin Laden. Presiden Barack Obama memutuskan untuk tidak mengeluarkan gambar-gambar jasad Osama kerana ia mungkin menyebabkan meningkatnya serangan keganasan dan akan menjadi alat propaganda al Qaeda.

“Adalah penting bagi kami untuk memastikan setiap gambar terperinci seseorang yang ditembak mati di kepala tidak disebarkan sebagai satu tindakan yang boleh mengapi-apikan keganasan baru ataupun sebagai alat propaganda,” Obama memberitahu di dalam program CBS "60 Minutes."

Berdasarkan tarikh dan masa pada gambar-gambar yang diambil, gambar paling awal ialah 2 Mei, 2:30 a.m., kira-kira sejam selepas serbuan di mana Bin Laden telah dibunuh.

Gambar-gambar lain berikutnya di antara 5:21 a.m. dan 6:43 a.m. menunjukkan keadaan di luar rumah yang berselerak dan terdapat bangkai helikopter Amerika Syarikat yang ditinggalkan.

Reuters amat yakin dengan ketulenan imej-imej tersebut kerana terdapat butiran di dalam gambar yang menunjukkan sebuah helikopter rosak kesan dari serangan, sepadan dengan gambar-gambar yang dikeluarkan pada Isnin lepas.

Tentera AS kehilangan sebuah helikopter di dalam serbuan itu disebabkan oleh satu masalah teknikal dan kemudian menghancurkannya.

Gambar-gambar yang diambil juga berturutan dan semuanya mempunyai saiz dan pixel yang sama, menunjukkan semuanya tidak diusik. Masa dan tarikh di dalam gambar-gambar turut sepadan dengan keadaan cahaya kawasan tersebut.

Gambar-gambar yang diambil tidak menunjukkan sebarang senjata pada lelaki-lelaki yang terbunuh itu, tetapi gambar-gambar itu diambil secara dekat dan kemungkinan tangan dan senjata lelaki itu tidak kelihatan.



Satu foto menunjukkan kabel komputer dan seolah-olah pistol plastik mainan hijau-jingga berada di bawah bahu kanan seorang daripada lelaki yang terbunuh itu. Di bawah kepalanya berlumuran darah.


Foto ini menunjukkan seorang lagi lelaki dengan darah yang keluar dari hidungnya melalui pipi kanannya dan satu tompokan besar darah di dadanya.


 
Foto lelaki ketiga, yang berbaju-T, dibelakang kepalanya penuh dengan takungan darah dipercayai kesan dari kecederaan kepala.

Kerajaan AS mengakui pada Selasa lalu bahawa Bin Laden tidak bersenjata ketika ditembak mati dan ini telah menimbulkan tuduhan Washington telah mencabuli undang-undang antarabangsa. Keadaan-keadaan tepat bagaimana kematiannya tidak jelas dan dapat memarakkan kontroversi, terutama sekali di dalam dunia Islam.

Pakistan turut merasa malu, akhbar utama Islamabad berkata, bagaimana lelaki paling dikehendaki di dunia mampu hidup selama bertahun-tahun di dalam bandar yang turut menempatkan pasukan tentera di Abbottabad, hanya di utara ibu kota.

Pakistan turut menyalahkan unit perisikan di seluruh dunia kerana gagal mengesan Bin Laden, ketika Washington menuduh bahawa sekutunya itu telah memberikan perlindungan kepada pemimpin al Qaeda, dan Islamabad bersungguh-sungguh menafikannya. - Reuters
 
 P/s: Kejam!


 

,

Rabu, 4 Mei 2011

Penerima Nobel Prize Keamanan Arah/Restu/Tonton Kekejaman Tentera AS "Bunuh" Osama



Wayang atau tidak, media melaporkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama didakwa menonton skrin televisyen yang memaparkan detik-detik seorang komando menembak mati Osama bin Laden, 54, secara langsung pada malam Ahad lepas. 

Detik-detik itu dilihat Obama di pejabatnya bersama-sama beberapa pegawai kanan lain termasuk Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton di White House di sini menerusi kamera video yang dipasang pada topi seorang anggota komando daripada pasukan komando tentera laut Seal. Komando itu menembak mati Osama di dalam bilik tidur sebuah rumah yang menjadi tempat perlindungan pemimpin pengganas itu.

Obama dapat melihat Osama ditembak di bahagian kepala dekat mata kiri pada skrin televisyen tersebut yang turut disaksikan oleh Naib Presiden AS, Joe Biden dan pegawai-pegawai pasukan keselamatan negara AS.

Anggota komando itu kemudian menembak Osama sekali lagi di bahagian dada bagi memastikan dia sudah mati. Ia merupakan amalan biasa dalam pasukan tentera.

Dalam video itu juga, salah seorang isteri Osama dikatakan bertindak seperti perisai manusia untuk melindungi diri suaminya semasa seorang anggota komando AS memasuki sebuah bilik tidur di dalam rumah agam yang bernilai AS$1 juta (RM2.96 juta) dekat bandar Abbottabad, Pakistan.

Beberapa jam kemudian, jenazah Osama dikebumikan di utara Laut Arab selepas jenazahnya diikat sebelum disimpan di dalam sebuah beg dan diterbangkan menerusi helikopter ke kapal pengangkut pesawat AS, USS Carl Vinson.
Obama sewaktu menerima Nobel Prize Keamanan

,

Ulama Saudi Pertikai Cara AS Semadi Jenazah Osama


Saya petik:
[TMI] RIYADH, 4 Mei — Ulama-ulama Arab Saudi, antara Negara sekutu Amerika Syarikat (AS) dan tanah air kelahiran Osama bin Laden, menolak kenyataan Washington bahawa negara kuasa besar itu telah mematuhi segala keperluan Islam ketika menyemadikan ketua rangkaian Al-Qaeda itu di Laut Arab semalam.
Osama, 54, ditembak mati oleh pasukan elit AS di timur laut Pakistan awal pagi kelmarin selepas diburu lebih satu dekad.

Jenazahnya diletakkan dalam beg khas dan dilepaskan di utara Laut Arab dari kapal membawa pesawat Carl Vinson, demikian menurut tentera negara itu.

Bagaimanapun ramai umat Islam di Arab Saudi dan rantau Teluk Arab termasuk penentang ideologi Osama berkata kata-kata suci yang dibacakan bagi pengasas Al-Qaeda tidak mengetepikan kejutan tentang cara jenazah Allahyarham dilepaskan ke laut sama sekali.

“Itu bukan cara Islam. Cara Islam ialah mengebumikan seseorang di kawasan darat sebagaimana dilakukan ke atas orang lain,” kata Sheikh Abdul Mohsen Al-Obaikan, penasihat Mahkamah Diraja Saudi.

Pada masa-masa lalu, jika seseorang itu mati di kapal dan boleh dikebumikan di darat untuk beberapa hari dan “kemudian dilepaskan di laut (dengan benda berat),” katanya dipetik Reuters.

“Hari ini kesnya berbeza. Kita ada pesawat, penyejuk beku dan tidak perlu melepaskan jenazah di laut dengan cara begitu,” katanya.

Kata beliau, Osama tidak mati di laut dan jenazahnya pula diterbangkan ke kawasan perairan selepas ditembak mati di Abbottabad, kira-kira 50 kilometer dari Islamabad.

Washington menegaskan jenazah Osama telah dilayan dengan baik, mengikut tradisi Islam.

Jenazahnya dilaporkan dimandikan dan dibalut dengan kain putih serta dibacakan ayat-ayat suci — upacara yang berlarutan kira-kira 40 minit.

Issa al-Ghaith, seorang ulama dan hakim Arab Saudi berkata, beliau Washington telah melakukan kesilapan dengan menyemadikannya di laut, di mana ia satu cara bercanggah dengan Islam.

“Ia menunjukkan Amerika bimbang walaupun dia sudah mati,” kata Issa.

Di Yemen, pengkritik berkata jenazah Osama patut diserahkan kepada keluarganya.

“Tidak cukup membacakan ayat-ayat suci ke atas jenazah Osama bagi mengurangkan kemarahan penyokongnya ataupun umat Muslim yang lain,” kata Mohammed al-Ahmedi, seorang wartawan Yemen.

Washington pula berkata langkah penyemadian di laut adalah cara terbaik ekoran kekangan masa dan atas andaian bahawa jenazah Osama kemungkinan tidak diterima oleh mana-mana negara ataupun mengambil masa yang lama.

AS juga berkata mengikut tradisi Islam jenazah mesti dikebumikan dalam 24 jam.Penganalisis-penganalisis mendakwa tidak mungkin Arab Saudi akan membenarkan pengebumian Osama di buminya.

Keluarganya, yang menjadi kaya dengan projek pembinaan, telah memutuskan hubungan dengan Osama dan  dia juga telah dilucutkan kewarganegaraan Saudi pada 1994.

Malah, penganalisis juga berkata Washington kemungkinan tidak mahu lokasi penyemadian Osama diketahui bagi mengelakkan ia menjadi sumber inspirasi bagi serangan masa depan.

“Bagi mereka, ia dijustifikasikan dari sudut politik dan psikologi. Ini kerana mereka tidak mahu dia ada makam (yang mungkin dijadikan tempat pemujaan),” kata Mustafa Alani, penganalisis keselamatan di Pusat Penyelidikan Teluk, Dubai.

“Saya merasakan cara jenazah diuruskan akan menjadi satu isu di kalangan sebahagian Muslim,” katanya lagi.
Bagaimanapun ada pihak menyokong keputusan AS.

“Jika dikebumikan, akan ada pihak menjadi mati syahid dan akan ada orang yang akan mencarinya ataupun menghadiri upacara pengebumian,” kata Aya Abdullah, seorang rakyat Saudi yang berusia pertengahan 20-an. — Reuters


,

Osama: Mati atau Tidak?


Saya petik:

[TMI] NEW YORK, 4 Mei — Sejurus selepas Amerika Syarikat (AS) mengumumkan bahawa ia sudah membunuh ketua rangakain Al-Qeada Osama bin Laden di Pakistan, teori-teori konspirasi mula muncul.
Malah, saudara mara mangsa peristiwa 11 September 2001 mengatakan kematiannya yang diumumkan oleh Presiden Barack Obama dalam ucapannya di White House mencetuskan banyak persoalan.

Kerajaan AS mengatakan bahawa Osama ditembak mati di kepala ketika pasukan elit SEALS tentera laut menyerbu pekarangan awal pagi Isnin lalu (waktu Malaysia) selepas lelaki paling dikehendaki itu membolosi buruan negara berkenaan lebih satu dekad.

Bagaimanapun upacara menyemadikan jenazahnya di laut dengan segera di utara Laut Arab dan keengganan pihak berkuasa menunjukkan gambar merancakkan lagi teori-teori konspirasi.

Salah satu debat hangat ialah, Osama yang dikatakan sebagai ‘alat’ CIA sudah lama mati, hanya digunakan sebagai alasan oleh AS untuk menjustifikasikan perang ke atas Afghanistan.

Keadaan ini dikongsi oleh aktivis antiperang Cindy Sheehan dan pihak-pihak lain yang meraguinya — dari Indiana sehinggalah di Kabul.

“Jika anda percaya kematian terbaru OBL (Osama), anda seorang bodoh,” tulis Sheehan di laman Facebooknya.

Sheehan, yang memulakan kempen antiperang ke atas bekas Presiden George W. Bush di Texas pada 2005, mempertikaian fakta yang diberikan oleh kerajaan.

Dia bertanya bagaimana AS boleh memperoleh hasil DNA dengan begitu cepat, mengapa upacara penyemadian dijalankan dengan pantas dan tiada rakaman video dikeluarkan.

Dan, katanya, pada 2007 bekas Perdana Menteri Pakistan Benazir Bhutto mendakwa Osama sudah pun mati.

Sheehan bukan satu-satunya orang yang mengajukan soalan sedemikian.

Laman Yahoo Internet berkata “carian bagi mendapatkan Osama bin Laden tidak mati”, “Osama bin Laden masih hidup” dan “bin Laden tidak mati” kelihatan ketara kelmarin.

Kaum lelaki dilihat berpendapat bahawa dia masih hidup, kata Yahoo sambil menambah, pencari teori “konspirasi Osama hidup” kebanyakan adalah dari kawasan Oregon, Wisconsin, North Carolina, Indiana dan New Jersey.

Di Iran, agensi berita separa rasmi Mehr berkata: “(Berita) kematian Osama satu pembohongan.”
Stesen televisyen kerajaan Iran berkata, dengan melepaskan jenazah ke laut “misteri (kematian) makin meningkat.”

Malah media Iran juga berkata dongeng Osama digunakan untuk menjustifikasikan pencerobohan AS ke atas jirannya Afghanistan.

Taliban Afghanistan dalam kenyataannya disiarkan menerusi laman web mereka berkata, cakap-cakap bahawa Osama mati “adalah terlalu awal” dan AS belum menyediakan “bukti-bukti yang meyakinkan.”

Beberapa rakyat AS terikat dengan teori konspirasi seperti: ”Siapa sebenarnya membunuh Presiden John F. Kennedy? Elvis Presley masih hidup! Adakah UFO mendarat di Roswell, New Mexico? Adakah peristiwa 11 September diadakan oleh AS untuk menjustifikasikan perang ke atas Afghanistan dan Iraq?”

Di lokasi “Ground Zero” New York, beberapa pengunjung tertanya-tanya sama ada dia benar-benar mati.

“Saya berharap kita benar-benar telah mendapatkannya. Mereka telah menyemadikan dia di laut. Siapa sebenarnya tahu apa yang berlaku?’ kata pengurus projek Sal Leto, 59.

Bekas guru Joani Ellingson, 62, yang datang dari Minnesota berkata: “Ia sebahagian daripada budaya kematian yang kita mahukan bukti positif. Kita ada keinginan untuk tahu.”

Rosaleen Tallon, yang adiknya terbunuh dalam serangan 11 September Pusat Dagangan Dunia berkata, dia “tidak gembira” dengan tindakan menyemadikan Osama dengan cepat.” — Reuters


,

Osama Ben Laden Masih Hidup?

Perbezaan janggut Osama.

Saya petik:
[Okezone] ISLAMABAD - Pimpinan Taliban Pakistan mengklaim bahwa Osama Bin Laden masih hidup. Pihak Taliban menilai tuduhan tewasnya Bin Laden amat tidak berdasar.

Sebelumnya Presiden Amerika Serikat Barack Obama memastikan bahwa Bin Laden terbunuh dalam sebuah operasi militer AS di wilayah Abbottabad, Pakistan. Pemimpin jaringan teroris Al Qaeda tersebut tewas dalam sebuah baku tembak.

Seperti dilansir Bloomberg, Selasa (3/5/2011), klaim bahwa Osama Bin Laden masih hidup ini, dilontarkan oleh Pemimpinan Taliban Pakistan yang mengirimkan pernyataan mereka kepada televisi Pakistan GEO TV

Osama Bin Laden dinyatakan tewas dalam pertempuran saat tim kecil militer AS menyerang sebuah rumah kecil di Abbotabbad. Pihak AS sendiri sudah memastikan bahwa Bin Laden memang sudah tewas setelah melakukan tes DNA.

Klaim mengenai Osama Bin Laden masih hidup ini tentunya dapat menimbulkan kebingungan. Terlepas dari sudah keluarnya hasil tes DNA yang dilakukan AS.

Seperti dikutip dari Arrahmah.com, Komandan Waliur Rahman, seorang komandan Mujahidin di Pakistan, menyatakan bahwa Syeikh Usamah bin Ladin masih hidup dan berada dalam kondisi sehat.

“Aku tidak bertemu secara langsung dengan Syeikh Usamah, namun saya dapat mengonfirmasikan dengan jelas kebenaran bahwa Syeikh Usamah bin Ladin masih hidup dan dalam keadaan baik,” ujar Waliur Rahman dalam statemen video yang diambil Arrahmah dari forum Islam Ansar, mengutip siaran berita BBC Arab.



,

Foto Palsu "Jenazah" Osama


Saya petik:

[Republica] Foto jenazah Osama bin Laden, yang dipublikasikan sebelumnya, ternyata hasil manipulasi dua foto berbeda yang dipublikasikan online dua tahun terakhir. Foto yang diklaim sebagai jenazah bin Laden itu ternyata telah beredar di internet sejak 2009 lalu.
Beberapa situs koran Inggris menggunakan foto tersebut pada halaman muka, namun dengan cepat mereka terpaksa menghapus foto itu setelah tersiar kabar bahwa foto itu hasil rekayasa. Hal yang sama juga terjadi di berbagai situs surat kabar dan kantor berita dunia.
Koran The Guardian terbitan Inggris misalnya, menyatakan bahwa foto palsu itu digunakan pertama kali pada "themedialine.org," surat kabar online di Timur Tengah, pada tanggal 29 April 2009. Pihak editor menyatakan tidak bisa memastikan apakah foto tersebut asli atau palsu.
Sejak tahun 2009, sejumlah forum konspirasi bersikeras menyatakan bahwa foto itu tidak palsu dan sesuai mengklaim bahwa pemimpin AlQaeda telah tewas. Foto utama diambil dari bin Laden pada tahun 1998 dan digunakan oleh kantor berita Reuters.
Presiden AS Barack Obama, sebelumnya (2/5) mengumumkan bahwa bin Laden tewas di tangan pasukan AS pada hari Ahad (1/5) setelah dia ditemukan di tempat persembunyiannya di Pakistan.
Sementara itu, seorang pejabat Amerika menyatakan bahwa jenazah bin Laden dilempar ke laut, seraya menyatakan bahwa "pemakaman" tergesa-gesa itu sesuai dengan hukum Islam, yang menetapkan waktu penguburan 24 jam setelah kematian. Hingga kini belum ada reaksi dari para pejabat Amerika Serikat mengenai tersebarnya foto rekayasa jenazah bin Laden itu.
 P/s: Penyebaran foto yang direkayasa ini menimbulkan lebih banyak persoalan!

,

Selasa, 3 Mei 2011

BBC Buat Kesilapan: "Obama Mati"


BBC membuat kesilapan semasa melaporkan kematian Osama di portalnya. Berdasarkan paparan skrin di atas, BBC membuat kesilapan editorial apabila menyatakan "Obama telah mati" pada laporan pemecah berita di portalnya. Kesilapan itu berlaku pada laporan kemas kini sekitar pukul 11.19 malam sejurus Presiden AS membuat ucapan secara langsung mengesahkan pembunuhan Osama Ben Laden. 

P/s: Terlalu kemaruk melaporkan berita sehingga membuat kesilapan. Berita "pembunuhan" Osama (banyak orang sangsi dengan kematian Osama - ada pihak mengatakan gambar jenazah Osama itu gambar rekayasa) oleh tentera AS lahanat ini berjaya menyesakkan ruang maya beberapa hari ini. Oleh itu, media yang mula-mula menyiarkan berita atau perkembangan terkini tentang Osama sudah tentu dikerumuni jutaan manusia dari serata dunia. Makin banyak pengunjung, maka makin banyaklah pendapatan yang diperoleh.



Isnin, 2 Mei 2011

AS Dakwa Berjaya Bunuh Osama


Saya petik:

[BH] WASHINGTON: Osama bin Laden dilaporkan mati dan mayatnya sudah dijumpai oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat, kata pegawai negara itu, awal pagi tadi.

CNN memetik sumber berkata, Osama dibunuh dalam satu operasi ketika anggota risikan Amerika Syarikat menyerbu sebuah rumah agam di luar Islamabad.

Tentera Amerikat Syarikat memburu Osama bertahun-tahun, yang kemudiannya digandakan berikutan serangan pesawat terhadap Pusat Perdagangan Sedunia di New ork dan Pentagon yang dilaporkan menyebabkan 3,000 terkorban orang pada 2001.

Bagaimanapun Osama berupaya melepasi pemburuan tentera Amerika Syarikat dan sering beranggapan bahawa beliau bersembunyi di kawasan sempadan Pakistan dan Afghanistan. - AFP

P/s: Banyak persoalan yang boleh ditimbulkan berkaitan dengan Osama. Ada teori yang mengatakan Osama ialah ejen AS dan al-Qaeda diwujudkan untuk menghalalkan AS melancarkan kempen ketenteraannya di serata dunia. Ada juga mengatakan bahawa Osama pejuang Islam yang melancarkan jihad terhadap AS dan sekutunya. Lagi menarik, ada pihak mendakwa Osama telah lama meninggal dunia, dan nama Osama dijaja oleh AS hanya untuk menghalalkan tindakan ketenteraannya di negara Islam.

Katakanlah Osama benar-benar pejuang Islam, maka kematian Osama itu menunjukkan Barack Obama penerima Anugerah Nobel Keamanan sudah mula menunjukkan belangnya. Berdasarkan laporan media, tentera AS yang menyertai operasi sulit itu diarahkan membunuh semua anggota berkaitan dengan al-Qaeda. Mengapa mereka tidak ditangkap dan dibicarakan? Sedangkan AS adalah negara yang kononnya memperjuangkan hak asasi manusia!

Obama yang menjadi harapan kepada jutaan Muslim kini sudah menunjukkan wajah sebenarnya. Ribuan orang mati di Libya dibedil tentera Nato, begitu juga di Afghanistan. Israel, bapa pengganas masih lagi dilindungi oleh Obama dan AS.  Apa beza Obama dengan Bush? Lahanat!

Jika benar Osama sebagai pejuang Islam sudah meninggal dunia, al fatihah, semoga dosanya diampunkan Allah SWT.


, ,

Isnin, 30 Ogos 2010

Osama Ejen CIA - Castro


Saya petik:

[SH] HAVANA - Pemimpin Cuba, Fidel Castro mendakwa pemimpin kumpulan Al-Qaeda, Osama Laden adalah ejen Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat (AS).

Menurutnya, Osama sering muncul apabila bekas Presiden AS, George W. Bush mahu menakut-nakutkan dunia dan beliau menegaskan dokumen rahsia yang didedahkan di Internet baru-baru ini membuktikan dakwaannya itu.

"Setiap kali Bush mahu mencetuskan ketakutan dan memberi ucapan penting, Osama akan muncul dan mengugut dunia dengan memaklumkan tindakan ganas yang akan dilakukannya.

"Osama adalah pekerja bawahan Bush," katanya kepada media Cuba semasa pertemuan dengan seorang penulis kelahiran Lithuania yang terkenal dengan penulisan buku berbentuk teori konspirasi untuk memerintah dunia.

Castro berkata, dokumen rahsia yang dibocorkan di laman sesawang WikiLeaks.org 'membuktikan dengan jelas bahawa Osama adalah ejen CIA'.

Bagaimanapun, pemimpin revolusi Cuba itu tidak mengulas lanjut kenyataan beliau itu. - ANI

, ,

Rabu, 16 Jun 2010

Lelaki ini Mahu Membunuh Osama bin Laden!

Lelaki inilah yang ditangkap oleh pihak berkuasa Pakistan di kawasan pergunungan negara tersebut ketika sedang dalam misi untuk memburu Osama bin Ladin seperti yang dilaporkan oleh AP. Namanya ialah Gary Brooks Faulkner, seorang pekerja binaan, berasal dari Amerika Syarikat. Ketika ditangkap, pihak berkuasa menemukan pedang, pistol, dan gajet untuk melihat pada waktu malam bersama-sama dengannya.

Menurut anggota keselamatan Pakistan di daerah Chitral, Muntaz Ahmad Khan, “Kami hanya tergelak apabila dia memberitahu niatnya yang mahu membunuh Osama bin Ladin.” Namun, apabila pemeriksaan lanjut dilakukan dan mereka menemukan pelbagai senjata, mereka mula mempercayai kata-kata Faulkner.

Ketika disoal siasat, Faulkner menyatakan bahawa dia cukup marah selepas serangan September 11. Katanya ”Saya yakin Osama bertanggungjawab terhadap pertumpahan darah di seluruh dunia dan saya mahu membunuhnya”.

Apabila ditanya tentang harapan untuk menjejaki Osama, Faulkner menjawab “Tuhan bersama-sama dengan saya, saya yakin dapat membunuhnya.” Namun, menurut laporan media, Gary Faulkner yang kuat dengan pegangan agamanya merupakan bekas banduan yang terlibat dalam jenayah dan sering keluar masuk penjara antara tahun 1981-1993.

Untuk menjayakan misinya, Faulkner dilaporkan telah menjual segala alat pertukangannya dan menurut abangnya, Faulkner dikatakan bersedia untuk mati di Pakistan.

Menurut laporan media, Faulkner yang berusia 50 tahun telah berkunjung ke Pakistan sebanyak 6 kali dan belajar serba sedikit bahasa penduduk tempatan. Dia juga sengaja membiarkan misai dan jambangnya panjang.

* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH