Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

▼

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label permainan video. Papar semua catatan

, ,

Sabtu, 4 Februari 2012

Mati Ketika Bermain Permainan Video



Berita AFP melaporkan seorang lelaki maut ketika bermain permainan video di sebuah kafe internet. Biarpun begitu kejadian itu tidaklah begitu mengejutkan kerana kes yang sama pernah berlaku di tempat lain.

Yang menghairankan, berpuluh-puluh orang lain terus leka bermain permainan video selama beberapa jam tanpa menyedari mereka sebenarnya sedang duduk berhampiran dengan mayat, kata polis, semalam. Mangsa dikenal sebagai Chen Rong-yu berusia 23 tahun, masuk ke sebuah kafe internet di bandar New Taipei malam Selasa lalu.

Seorang pelayan mendapati lelaki itu sudah tidak bernyawa namun masih duduk di kerusi permainan video sambil mendepangkan tangan pada malam berikutnya, kata polis.  Pelayan itu memberitahu pihak berkuasa, kali terakhir dia melihat mangsa bercakap adalah pada tengah hari Rabu apabila berbual dengan telefon. Hal ini bermakna, mayat lelaki itu duduk di kerusi selama sembilan jam tanpa disedari 30 pengunjung lain.

Satu siasatan awal polis mendapati mangsa mungkin maut akibat serangan jantung kerana keadaan dalam kafe yang agak sejuk. Siasatan juga menunjukkan dia bermain permainan video itu selama 23 jam. Chen bermain permainan yang diberi nama ‘League of Legends.’

Keluarganya memberitahu penyiasat bahawa dia sudah menjalani rawatan masalah jantung pada September lalu. Polis pula mengesyaki beberapa faktor menjadi punca dia diserang sakit jantung selain keadaan sejuk, keadaan keletihan dan kurang bergerak boleh menyebabkan darah beku seterusnya angin ahmar. -DCM



,

Rabu, 17 Ogos 2011

Budak Dibelasah Bapa di depan Orang Ramai. Mengapa?


Apa kesalahan budak ini? Menurut Shanghai Daily, budak ini dipukul teruk oleh ayahnya kerana mencuri wang sebanyak 300 yuan (sekitar RM130). Mengapa ayahnya begitu berang sehingga memukul anaknya yang berusia 12 tahun ini selama 30 minit? Untuk pengetahuan anda, duit 300 yuan itu adalah untuk sewa rumah keluarganya. Yang menyakitkan hati, duit itu disia-siakan untuk permainan video. Kejadian ini berlaku di kawasan Pudong di Shanghai, China pada hari Ahad lalu.


 Sebelum ini, seorang budak berusia 14 tahun diheret dalam keadaan bogel oleh ayahnya. Semuanya gara-gara si budak itu ingkar arahan ayahnya agar tidak bermain permainan video.


P/s: Dua-dua budak ini dibelasah kerana kemaruk/ketagih terhadap permainan video! Tiada bezanya dengan remaja di Malaysia.






,

Rabu, 11 Mei 2011

Permainan Komputer "Bunuh Osama" Dilancarkan


Sebuah permainan komputer atas talian melancarkan misi terbaharu, iaitu senario misi pasukan elit menggempur tempat persembunyian Osama kira-kira SEMINGGU selepas beliau dibunuh oleh tentera AS.

Berdasarkan senario permainan itu, sepasukan elit tentera tiba ke kawasan persembunyian Osama dengan menaiki Black Hawk. Episod 107 permainan itu yang diberi nama KumaWar dibina berdasarkan perkembangan terkini peperangan menentang keganasan ciptaan AS.

Para pemain akan mengetuai pasukan elit menggempur Osama berdasarkan lokasi dan tempat persembunyiannya di Abbottabad, Pakistan. Pemain akan melancarkan serangan untuk "membunuh" Osama.

Permainan komputer atas talian secara percuma ini telah beroperasi sejak tujuh tahun lalu. Pada masa ini, lebih 20 juta pengguna menggunakan permainan ini di seluruh dunia.

P/s: Sudahlah dibunuh tanpa diberi peluang membela diri, mayatnya didakwa dihumban ke laut, dihina oleh orang Islam dan dimaki oleh orang bukan Islam, kali ini "dirinya" dipersenda di dunia permainan komputer.(Saya menulis begitu jika Osama itu benar-benar pejuang Islam tulen.) Untuk bacaan lanjut, sila rujuk The Sun.

,

Jumaat, 29 April 2011

Jangan Beli DVD Game Ini, Jika Terbeli/Terjumpa, Laporkan kepada Pihak Berkuasa

Kulit DVD Devil May Cry 3

HM melaporkan sebuah permainan komputer, Devil May Cry 3 yang digilai remaja di negara ini mengandungi elemen menghina Islam apabila memaparkan kalimah Allah dan Kaabah. Pemain permainan itu didakyah kononnya berjihad untuk menentang syaitan kerana pemain dikehendaki menewaskan makhluk syaitan untuk menembusi 12 pintu sebelum ‘penghulu syaitan’ menanti mereka di pintu terakhir iaitu pintu Kaabah. Elemen penghinaan terhadap Islam jelas tertera apabila kalimah Allah dipaparkan di setiap pintu yang dikawal oleh syaitan termasuklah di pintu Kaabah.

Difahamkan, permintaan tinggi terhadap permainan itu menyebabkan pihak pengeluar kini sudah mengeluarkan empat edisi bagi permainan berkenaan sejak mula memasarkannya pertengahan tahun lalu.


P/s: Lahanat! Jika terbeli atau terjumpa di kedai, anda tahu apa yang perlu dilakukan!

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH