Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

▼

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label Khir Toyo. Papar semua catatan

, ,

Selasa, 29 September 2015

Khir Toyo Dihukum 12 Bulan Penjara, Harta Disita




Bekas menteri besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan bermula hari ini kerana menyalahgunakan pengaruhnya ketika mentadbir negeri itu untuk membeli sebidang tanah dan banglo pada 2007.

Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin yang menyampaikan keputusan itu juga mengekalkan keputusan mahkamah lebih rendah melucutkan hak terhadap hartanah berenaan.

Hakim berkata, khidmat masyarakat seperti dicadangkan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah tidak sesuai dalam kes ini.

“Hukuman seumpama itu akan menjejaskan keyakinan rakyat kepada kerajaan,” katanya.

Zulkefli berkata Dr Khir sebagai penjawat awam menyalahgunakan kedudukannya untuk mengambil hartanah tanpa pertimbangan secukupnya.

Dr Khir boleh memohon mendapatkan pengampunan daripada Sultan Selangor.

Minggu lalu, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Dr Khir selepas panel hakim mengekalkan sabitan yang dibuat mahkamah rendah.

Hakim Tan Sri Jeffrey Tan Kok Hwa yang menyampaikan keputusan sebulat suara panel 5 hakim berkata pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes itu.

“Semua perkara dalam pertuduhan sudah dibuktikan, termasuk sama ada beliau penjawat awam atau tidak,” katanya ketika menyampaikan keputusan.

Dr Khir tenang ketika penghakiman hukuman dibacakan dalam mahkamah yang penuh sesak dengan ahli keluarga, penyokong dan media.

Beliau akan menjalani hukuman di Penjara Kajang.

Dr Khir sebelum ini diikat jamin RM750,000 sehingga rayuannya selesai.

Shafee ketika ditemui wartawan berkata Dr Khir mungkin kehilangan pencennya sebagai bekas menteri besar dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang.

Undang-undang menyatakan mana-mana wakil rakyat atau bekas wakil rakyat yang didenda RM2,000, atau dipenjarakan minimum 12 bulan akan hilang ganjaran mereka.

Shafee berkata pengampunan adalah satu pilihan tetapi pihak pembelaan sedang melihat kemungkinan lain yang masih belum boleh didedahkan.

Difahamkan pilihan lain ialah memohon semakan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan berasaskan kepada ketidakadilan kepada tertuduh.

“Kami terkejut dengan sabitan bersalah oleh Mahkamah Persekutuan kerana kami mengharapkan beliau dibebaskan. Kami juga berharap hukuman lebih ringan selepas mahkamah ini pada minggu lalu mengekalkan sabitan,” katanya.

Shafee berkata, beliau diarahkan anak guamnya untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap akhbar The Sun kerana menyiarkan 2 artikel bertujuan mempengaruhi hakim.

Dalam penghakiman hari ini, Zulkefli berkata rasuah dalam apa juga cara dan bentuk tidak boleh diterima dan denda saja tidak akan memberikan pengajaran.

“Begitu juga khidmat masyarakat. Dalam apa juga keadaan, khidmat masyarakat hanya pilihan dalam kes membabitkan pesalah muda dan tidak terpakai kepada perayu (Dr Khir),” katanya.

Hakim berkata, penjara adalah hukuman yang tepat dan sesuai walaupun pihak pendakwa tidak merayu untuk hukuman lebih berat. – The Malaysian Insider/29 September, 2015.


Respons Khir Toyo:

Ketika anda membaca catatan ini saya mungkin sudah ke penjara kerana saya jadualkan tulisan ini diterbitkan selepas hukuman dijatuhkan.

Saya mohon maaf kepada seluruh keluarga, sahabat, rakan-rakan dan penyokong yang mungkin terpalit malu kerana kes ini. Saya juga berterima kasih kepada mereka yang masih memberi kata-kata semangat dan bersimpati dengan saya.

Saya tahu sebahagian orang di media sosial bertepuk tangan dan memaki hamun saya sebagai penerima rasuah. Adakah mereka faham bahawa rumah tersebut saya beli separuh siap, dengan pinjaman bank dan masih membayar ansuran bulanan sehingga sekarang? Saya maafkan mereka.

Saya juga tahu rumah saya menjadi kontroversi apabila seorang pemimpin Umno mengupah jurugambar mengambil gambar rumah saya menggunakan helikopter menunjukkan seolah-olah ia sebesar istana.

Hakikatnya, rumah saya bukanlah antara yang terbesar di kawasan terbabit. Tidak mengapa, saya telah maafkannya.

Saya hanya ingin menyatakan bahawa sepanjang perbicaraan, pendakwa raya tidak pernah mengemukakan sebarang fakta yang menunjukkan berlaku unsur rasuah. Secara asasnya, unsur rasuah harus dalam keadaan saya mendapat habuan kerana meluluskan sesuatu kepada Shamsuddin (Haryoni, pengarah Ditamas Sdn Bhd).

Tidak pernah ada sebarang fakta dan bukti menunjukkan pembelian rumah saya dengan harga RM 3.5 juta yang dikatakan murah oleh pendakwa raya, dibalas dengan sebarang keistimewaan pemberian projek atau kelulusan tender oleh saya.

Yang ada hanyalah surat sokongan yang diberi kepada syarikat Shamsuddin seperti mana saya sokong puluhan malah mungkin ratusan syarikat lain.

Jika tidak korup mengapa saya didapati bersalah? Saya dituduh dan didapati bersalah di bawah Perkara 165 Kanun Keseksaan yang merupakan satu kesalahan teknikal dengan hukuman maksimum dua tahun penjara.

Dalam tuduhan ini pendakwa raya tidak memerlukan sebarang bukti ada keistimewaan diberikan kepada Shamsuddin. Apa yang perlu dibuktikan ialah saya telah membeli sesuatu barangan dengan harga (balasan) yang tidak mencukupi, daripada seseorang yang diketahui mempunyai hubungan rasmi dengan saya sebagai penjawat awam.

Demikianlah kesungguhan peguam negara terdahulu yang mahu memenjarakan saya. Saya tidak pasti rumah saya akan dirampas atau tidak. Mereka membicarakan saya di bawah Perkara 165 tetapi mereka menggunakan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk merampas rumah saya.

Adilkah, saya dituduh di bawah kesalahan yang memerlukan pembuktian ringan, tapi menggunakan akta yang memerlukan pembuktian berat untuk merampas rumah saya? Hanya Allah yang tahu niat sebenar beliau.

Semasa hendak membeli rumah separuh siap tersebut saya memaklumkan kepada pemegang jawatan penting ketika itu termasuk perdana menteri, setiausaha kerajaan negeri dan pihak SPRM sendiri.

Untuk rekod, saya juga membeli hartanah tersebut dengan pinjaman bank dan meminta penilaian hartanah dilakukan. Sehingga kini saya masih mempunyai baki hutang lebih dari RM2 juta. Adakah ini menunjukkan saya korup? (Baca: Fakta dan angka tidak boleh menipu).

Jika saya mahu mengambil rasuah saya hanya minta Shamsuddin beri percuma kepada saya dan namakan atas nama sesiapa sahaja sebagai proksi.

Saya redha dengan keputusan ini sungguhpun sehingga hari ini saya tidak tahu berapakah balasan yang mencukupi.

Mungkin kerajaan perlu menubuhkan satu jawatankuasa yang membolehkan penjawat awam membuat rujukan, bagi memenuhi ukuran balasan yang mencukupi, agar tidak ada lagi yang terperangkap seperti saya. [Lihat: Putus sudah harapan?]

Dilanyak akhbar The Sun

Minggu lalu ketika merayu agar dikurangkan hukuman saya menyatakan antara sumbangan yang dibuat ialah mencapai matlamat Selangor Maju 2005 seperti mana yang disasar oleh kerajaan sejak 1990-an.

The Sun tampil mempertikaikan kenyataan tersebut. Saya tidak lagi berniat mahu berhujah sejauh mana layak atau tidak Selangor diisytihar negeri maju. Ini kerana kerajaan yang disokong oleh The Sun juga sehingga hari ini mengekalkan status Selangor Negeri Maju.

Sehingga di saat akhir, ketika tiada kuasa dan jawatan, The Sun memilih untuk melanyak saya. Saya tidak pasti apakah punca kemarahan mereka sedemikian rupa.

Adakah kerana saya dilihat sebagai anti-kaum India kerana merobohkan beberapa kuil yang dibina secara haram? Atau adakah kerana saya tidak meluluskan pusat Lumba Kuda di Bukit Tagar, Selangor?

Saya tidak fikir ia sekadar soal “good governance”, kerana sesiapa sahaja yang membacaThe Sun dari dulu sehingga hari ini boleh membezakan tahap dan jenis kritikan akhbar atau pengarang akhbar tersebut kepada menteri besar selepas saya.

Malah ada ketika mereka mempertahankan menteri besar selepas saya biarpun kesilapan yang dibuat sangat nyata.

Kes roboh kuil

Saya juga ingin memohon maaf jika masyarakat beragama Hindu marah kepada saya akibat perobohan kuil Hindu di Rimba Jaya. Kes kuil Rimba Jaya telah dibawa ke Mahkamah sejak tahun 1998 lagi.

Ia dibina secara haram atas tanah persendirian. Kerajaan negeri telah membuat perbincangan dengan pentadbir kuil dan mereka bersetuju menerima pampasan sebanyak RM40 ribu dan juga diberi tapak baru.

Keputusan merobohkan kuil Rimba Jaya adalah keputusan Mahkamah bukannya keputusan saya mahu pun kerajaan negeri. Mahkamah memutuskan kuil dan setinggan disitu hendaklah dirobohkan. Mahkamah telah menolak rayuan 11 orang penduduk yang enggan berpindah.

Saya, selaku Menteri Besar ketika itu, kerajaan negeri dan Majlis Bandaraya Shah Alam hanya melaksanakan keputusan Mahkamah. Namun saya terima ia sebagai satutanggungjawab saya.

Jika masih ada yang berdendam, saya berharap mereka juga dapat mengingati saya sebagai menteri besar pertama yang memberi peruntukan kepada semua kuil Hindu dan rumah ibadat lain yang berdaftar.

Di bawah pentadbiran saya juga kerajaan negeri menubuhkan Tabung Pendidikan Anak-anak Pekerja Ladang.

Isu anugerah penyapu

Sebahagian membenci saya bukan kerana kesalahan ini. Mereka marah kerana saya beri “Anugerah Penyapu” kepada penjawat awam dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Majlis Daerah Hulu Selangor. [Untuk huraian panjang sila lihat artikel lama: Padah penyapu atau padah sikap kita?]

Sungguhpun ia bukan idea saya, dan telah dipersetujui dalam mesyuarat bersama semua PBT ketika itu, saya terima ia sebagai satu tanggungjawab saya. Saya pohon maaf jika masih ada yang berkecil hati.

Baru-baru ini saya ada berjumpa dan bercakap dari hati ke hati dengan Tukiman Nail, bekas presiden Majlis Daerah Hulu Selangor, yang menerima anugerah penyapu tersebut dan isteri beliau. Saya anggap telah selesaikan dengan beliau sebagai sesama muslim.

Masalah setinggan

Ada yang masih berkecil hati dengan cara saya menyelesaikan isu setinggan. Saya tidak boleh memuaskan hati semua penghuni setinggan.

Apa yang boleh saya katakan, saya telah membuat yang terbaik dalam kemampuan saya dan kerajaan negeri untuk menyelesaikan isu setinggan:

(i) Memberi penempatan yang lebih baik

(ii) Menyelesaikan isu tuan tanah dan setinggan

(iii) Memberi subsidi RM7,000 untuk setiap setinggan membeli pangsapuri baru.

Akhirul kalam, saya mohon maaf jika ada salah dan silap kepada seluruh penduduk Selangor. Jika ada hayat dikandung badan, insha-Allah saya akan terus menulis selepas keluar penjara nanti.

Wassalam.

Khir Toyo bekas MB Selangor. Tulisan ini diterbit dalam blog beliau, drkhir.com. Mahkamah Persekutuan hari ini menjatuhkan hukuman setahun penjara ke atasnya selepas menolak rayuannya berhubung sabitan kes rasuah ditolak pada minggu lalu.

, ,

Rabu, 23 September 2015

Rasuah: Khir Tawar Rawatan Gigi Percuma Ganti Penjara 12 Bulan



Peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata bekas menteri besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo sedia menawarkan khidmat komuniti dalam bentuk menyediakan rawatan pergigian percuma kepada orang miskin selama dua tahun.

Rawatan itu diberikan selama tiga hari seminggu.

Tawaran itu dibuat oleh Mohamad Khir untuk menggantikan hukuman penjara selepas didapati bersalah atas tuduhan rasuah mengikut seksyen 165 Kanun Keseksaan.

"Anak guam saya bersedia untuk memberikan suatu aku janji bertulis yang menawarkan perkhidmatan pergigian percuma untuk golongan miskin, tiga hari seminggu selama dua tahun," kata Shafee, sambil menambah bahawa Khir adalah pesalah pertama.

Shafee juga berkata, anak guamnya berumur 50 tahun, dan mempunyai enam anak berusia enam hingga 24 tahun.

Beliau berkata bahawa beliau telah melihat Khir memberi tuisyen kepada anak-anaknya, dan juga mengajar mereka membaca Al-Quran sehingga khatam.

Mohamad Khir juga mengalami masalah jantung dan sewaktu di Institut Jantung Negara bulan lalu, beliau mengalami serangan sekali lagi

Shafee berkata harta itu tidak patut dilucut hak kerana ia dimiliki bersama oleh isterinya dan masih ada baki RM2.3 juta termasuk yang terhutang kepada bank.

Ini kali pertama khidmat komuniti ditawarkan menggantikan hukuman penjara bagi kesalahan rasuah.

"Saya masih memiliki lesen amalan dan masih merawat rakan-rakan dan anggota keluarga," Mohamad Khir.

Khir yang juga menjelaskan kepada mahkamah bahawa Selangor telah berkembang bawah kepimpinan beliau dalam tempoh lapan tahun menjadi MB.

Mahkamah akan memberi penghakiman terhadap bekas MB Selangor itu pada Selasa jam 2.30 petang. -Malaysia Kini/22/9/15


Berkaitan:

Mahkamah Tolak Rayuan Khir, Kekal Sabitan Rasuah

Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan rasuah bekas menteri besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo.

"Kami menolak rayuan," kata Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Makinudin selepas Hakim Jeffrey Tan Kok Wha membaca penghakiman.

Hakim Zulkefli mengetuai panel lima anggota hakim.


Mereka termasuk Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Ahmad Ma'arop, Hasan Lah, Tan Sri Jeffrey Tan Kok Wha dan Datuk Ramly Ali.

Sebelum ini, Khir didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara 12 bulan.

Beliau mempunyai rumah agam gaya Bali di Seksyen 7 Shah Alam yang dirampas oleh pihak berkuasa apabila Mahkamah Tinggi mendapati beliau bersalah kerana rasuah.

Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan itu.

Mohamad Khir diwakili oleh Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, M Athimulan, Kamarul Hisham Kamaruddin, Jahabardeen Yunus, Sarah Abishegam.

Pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Mohd Masri Daud dan Mohd Dusuki Ahmad

Mahkamah Persekutuan memberi tempoh 30 minit untuk pihak pembelaan menyediakan mitigasi. 

Sementara itu, Bernama melaporkan mengikut keputusan yang dibacakan oleh Hakim Tan, mahkamah memutuskan bahawa pertuduhan terhadap Dr Mohamad Khir tidak mempunyai kecacatan.

Beliau berkata tiada kesilapan dalam fakta-fakta pertuduhan yang menyatakan bahawa Dr Mohamad Khir melakukan kesalahan itu atas sifatnya sebagai penjawat awam (Menteri Besar).

Dr Mohamad Khir, 50, yang memakai sut berwarna kelabu, kelihatan tenang apabila mahkamah mengekalkan sabitan dan hukuman penjara setahun.

Mahkamah Persekutuan bersidang hari ini untuk membuat keputusan selepas menangguhkan prosiding pada 27 Ogos lepas kerana Dr Mohamad Khir menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Mahkamah Tinggi Shah Alam mendapati Dr Mohamad Khir bersalah kerana mendapatkan untuk dirinya dan isterinya, Zahrah Kechik, 50, dua lot tanah dan sebuah banglo di seksyen 7, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarahnya, Datuk Shamsuddin Hayroni.

Dr Mohamad Khir gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan pada 30 Mei, 2013.

Bekas anggota dewan undangan negeri Sungai Panjang itu dituduh melakukan kesalahan tersebut di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei, 2007. -Malaysia Kini/22/9/15


P/s: Kalau rakyat marhaen:



,

Jumaat, 31 Mei 2013

Mahkamah Rayuan Kekalkan Hukuman Penjara Khir Toyo, Adakah...


...magik akan berlaku di peringkat Mahkamah Persekutuan yang merupakan platform terakhir pasukan pembelaan Khir Toyo untuk mengelakkan pelanggan mereka dikenakan hukuman 12 bulan penjara?

Menurut laporan media:

Mahkamah Rayuan Kekalkan Hukuman Penjara 12 Bulan Terhadap Khir Toyo

[Mstar] PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan pada Khamis mengekalkan hukuman penjara 12 bulan terhadap bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo atas tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan isteri suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7, Shah Alam di sini empat tahun lepas.

Mahkamah juga mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Disember 2011 lepas yang memerintahkan agar tertuduh dilucutkan hak ke atas hartanah yang dimiliki itu dan diserahkan kepada kerajaan.

Tiga panel hakim yang diketuai Datuk Seri Abu Samah Nordin bagaimanapun membenarkan peguam perayu Datuk Seri Mohamad Shafee Abdullah agar menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menantikan keputusan rayuan Mahkamah Persekutuan. Sambung di sini.


Sama-samalah kita tunggu sama ada akan berlaku magik atau tidak semasa kes ini dibawa ke Mahkamah Persekutuan.

Sesungguhnya, rakyat Malaysia mahu melihat keadilan dapat ditegakkan dan orang yang didapati bersalah dikenakan hukuman yang setimpal tanpa mengira darjat.







, , ,

Rabu, 22 Mei 2013

[Gambar] Mengapa Pemimpin BN TIDAK Digari, Mahasiswa DIGARI?

Sumber gambar di sini.

, , , ,

Rabu, 23 Mei 2012

Isu Fitnah Minta RM10 Juta: S Manikavasagam Akan Saman Khir Toyo

 
[KD] SUBANG JAYA 22 Mei: Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam mahu mantan Menteri Besar Selangor, Dr Khir Toyo mendedahkan bukti berhubung dakwaan tawaran RM10 juta.

Katanya, jika Khir berani, beliau sepatutnya tampil mendedahkan bukti, bukannya sengaja memburukkan namanya.

“Dia boleh cakap dia ada bukti, tunjukkan kepada saya, buktikan bahawa saya yang panggil dia untuk jumpa. Buktikan!

“Tapi kenapa lepas empat tahun, dia (Khir) cakap dalam akhbar Sinar Harian (17 Mei lalu), bahawa BN tidak mengamalkan cara begini.

“Kalau betul, kenapa tak buat laporan ke atas saya. Kamu (Khir) boleh lapor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya pada sidang media di pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo Burne di sini hari ini.

Hadir sama, Gwo Burne dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Tegas Manikavasagam, bagi membuktikan laporan itu berniat jahat, beliau akan membuat laporan polis dan memanjangkannya bagi menyaman penyebar berita itu.

“Dalam kes ini, saya akan buat laporan polis berdasarkan laporan bertajuk ‘MP Kapar Minta RM10 Juta Dari Khir Toyo Untuk Keluar PKR’ ditulis oleh M Zakrul Adam daripada blog Sel13.com.

“Kemudian saya akan lantik peguam bagi menyaman mereka, saya sudah rancang untuk memfailkan saman itu dalam masa terdekat,” katanya.

Mengimbas kembali kejadian yang didakwa beliau bertemu dengan Khir untuk meminta wang RM10 juta, Manikavasagam memberitahu, beliau sendiri terkejut dengan tawaran tersebut.

“Dia (Khir) yang cakap dengan saya begini: YB, jika kamu tidak gembira, datanglah kepada kami, kami akan jaga kamu. Kami akan beri kamu duit RM10 juta.

“Bukan dari mulut saya, semuanya dari mulut dia. Kemudian saya cakap, tengoklah…tidak sampai lima minit, dia (Khir) terus jalan,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, pujukan dan tawaran untuk keluar parti turut dialaminya sejak beberapa tahun dahulu tetapi pendiriannya tetap utuh bersama Pakatan Rakyat.

“Sejak 2008, saya sudah senaraikan beberapa orang yang mahu saya keluar parti, sehingga sanggup menunggu berjam-jam di luar rumah saya. Mereka letak kereta di depan rumah saya.

“Hari ini, Exco Kerajaan Negeri Perak seorang wanita, saya tidak mahu beritahu namanya, tapi jika dia cabar saya, saya akan sebut semua nama dalam senarai saya yang datang ke rumah dan pejabat saya di Kapar. Semua saya ada,” jelas beliau lagi.
 
 
Berkaitan:
 
Isu RM10j: MP Kapar mahu saman Dr Khir

 Isu RM10j: MP Kapar mahu saman Dr Khir
S.Manikavasagam (kanan) menunjukkan tajuk muka hadapan akhbar Sinar
Harian 17 Mei lalu yang menyiarkan kenyataan Dr Khir.

[SH] PETALING JAYA – Ahli Parlimen Kapar S.Manikavasagam akan mengambil tindakan mahkamah terhadap Dr Mohamad Khir Toyo berhubung kenyataan yang mendakwa dirinya meminta wang RM10 juta untuk keluar dari PKR dan menjadi Ahli Parlimen Bebas.

Beliau berkata kenyataan tersebut sama sekali tidak berasas dan sengaja mahu mengaibkan dirinya sebagai seorang Ahli Parlimen.

“Saya tegaskan lagi, kali pertama saya terjumpa dia (Dr Khir) pada pertemuan di Hotel Blue Wave itu dan kalau benar saya ada beberapa kali hubungi beliau sebelum pertemuan di Hotel Grand Blue Wave sila kemukakan bukti ,” katanya pada sidang media khas, semalam.

Turut hadir Ahli Parlimen Kelana Jaya ,Gow Burne Loh dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad.

Menurutnya tindakan menyaman bekas menteri besar itu terpaksa diambil berikutan Dr Khir sebelum ini mendakwa beliau ada bertemunya selepas ceramah di Kuala Selangor pada akhir 2008 meminta sejumlah wang untuk keluar parti sedangkan perkara itu tidak berlaku.

Beliau yang juga Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK) akan membuat laporan polis hari ini berhubung artikel yang dikeluarkan oleh portal Sel13.com kerana menyiarkan berita tidak benar mengenai dirinya.

“Saya akan buat laporan di Balai Polis Meru melibat individu bernama Fakhrul Radzi Adam yang dan juga portal Sel13.com kerana terbabit menyiarkan fitnah jahat terhadap diri saya,” katanya.


 

,

Jumaat, 23 Disember 2011

Khir Toyo Bersalah, PENJARA Setahun


Saya petik:

[MK] Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini mendapati bekas menteri besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo bersalah atas tuduhan rasuah.

Mahkamah menjatuhkan hukuman 12 bulan penjara berkuatkuasa hari ini, serta memerintahkan harta terbabit dilucuthak kepada kerajaan Malaysia.

Hukuman penjara itu dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan berkuat kuasa mulai hari.
Perintah melucuthak harta tersebut pula dibuat mengikut Seksyen 36(1) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 1997.

Dalam penghakimannya, Hakim Datuk Mohtaruddin Baki berkata hukuman yang berat adalah perlu kerana dalam kes-kes yang melibatkan kepentingan awam dan swasta, kepentingan awam perlu diberi keutamaan.

Bagaimanapun, Mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman tersebut.

Sebelum itu, Mohtaruddin berkata pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes terhadap ADUN Sungai Panjang itu tanpa sebarang keraguan yang munasabah.

NONEKhir didakwa mengikut seksyen 165 Kanun Keseksaan - tuduhan rasuah yang lebih ringan, berbanding dengan tuduhan di bawah Akta Pencegahan Rasuah dan Akta baru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Khir berdepan dengan kemungkinan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Jika denda itu melebihi RM2,000, Khir boleh hilang kelayakannya sebagai ADUN dan tidak boleh bertanding dalam pilihan raya akan datang.

Turut hadir ialah isterinya, Zaharah Kechik dan kira-kira 40 penyokongnya - ada yang duduk dan ada yang berdiri di dalam bilik mahkamah yang padat.

Khir diwakili oleh pasukan peguam yang diketuai oleh Jahaberdeen Yunoos, M Athimulan dan Kamarul Hisham Kamaruddin.

DPP Abdul Wahab Mohamed menjalankan pendakwaan.

Khir tiba di mahkamah seawal jam 9.15 pagi.

Khir, 45, didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya, Zahrah Kechik, 45, dua lot tanah dan sebuah rumah di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, daripada pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Hayroni pada harga RM3.5 juta sedangkan ia dibeli oleh Ditmas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

khir toyo mansion 060709 06Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Dr Mohamad Khir, yang juga ADUN Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, di Shah Alam, pada 29 Mei 2007.

Pada 8 Ogos lalu, Hakim Mohtaruddin memerintahkan Khir membela diri atas tuduhan itu selepas mendapati pendakwa sudah membuktikan kes prima facie ke atas pemimpin politik itu.

Dua puluh lima saksi pendakwa dan lima saksi pembela, termasuk Khir, memberi keterangan dalam perbicaraan tersebut. 



P/s: "Setahun saja?" kata kawan saya. Saya kata, "Silap-silap, tak kena langsung. Baru Mahkamah Tinggi."




, ,

Isnin, 13 Jun 2011

Pengarah Ditamas Beri Khir Toyo ‘Diskaun’ Takut Bisnes Terancam. Adakah Wujud Unsur Ugutan?


Saya petik:
[TMI] SHAH ALAM, 13 Jun – Seorang pengarah syarikat memberitahu Mahkamah Tinggi Shah Alam bahawa dia menjual banglo dan dua bidang tanah kepada bekas Menteri Besar Dr Mohd Khir Toyo pada harga RM3.5 juta meskipun ia dibeli dengan harga RM6.5 juta kerana bimbang dengan nasib perniagaannya di Selangor.

Pengarah Ditamas Sdn Bhd Shamsuddin Haryoni yang menyambung keterangan hari ini selepas ditangguhkan minggu lalu kerana kurang sihat berkata, Dr Khir telah menolak tawarannya antara RM5 dan RM5.5 juta, sebaliknya mahu membeli hartanahnya di Seksyen 7 itu dengan hanya RM3.5 juta.

“Kami ada projek di Selangor, bisnes di Selangor dan menteri besar mahu membeli rumah saya dengan harga RM3.5 juta,” kata Shamsuddin di Mahkamah Tinggi hari ini.

“Jadi, kami bersetuju. Saya risau kedudukan saya sebagai ahli perniagaan dan saya bimbang bisnes saya akan tergugat,” katanya lagi.

“Saya tak sangka harga yang ditawarkan (Dr Khir) rendah. Saya ingatkan (Dr Khir runding) dalam RM5 juta hingga RM5.5 juta.

“Setelah berbincang dengan isteri saya, saya bersetuju untuk jual dengan harga itu memandangkan dia menteri besar Selangor. Kalau saya tak terima, saya khuatir status saya sebagai ahli perniagaan akan terjejas,” katanya.

Selain itu beliau berkata, rumah tersebut juga dibeli olehnya kerana tiada pilihan. Katanya, selepas Datuk Sumadi Ismail, yang juga saksi pendakwaan menolak untuk membeli rumah tersebut, beliau diminta Dr Khir untuk beli rumah itu.

“Saya mendapat tahu, selain saya, Datuk Khir juga berminat untuk membeli rumah tersebut. Selepas itu, ada beberapa perbincangan antara saya, Datuk Sumardi dan Datuk Khir.

“Datuk Khir menyuruh Datuk Sumardi membeli rumah tersebut, tetapi beliau tidak boleh kerana ada komitmen lain. Kemudian Datuk Khir menyuruh saya pula membeli rumah tersebut,” katanya.

Selain itu, ketika ditanya Timbalan Pendakwa Raya, mengapa beliau bersetuju untuk membeli rumah tersebut, katanya, “saya seorang ahli perniagaan di Selangor yang mempunyai banyak projek hartanah.”

“Bila menteri besar menyuruh saya membelinya, saya tak ada pilihan. Saya perlu membelinya,” katanya.

Dalam pada itu, sebelum mahkamah ditangguhkan petang tadi, peguam bela Dr Khir, M Athimulan memutuskan untuk mencabar kredibiliti saksi dengan memohon pihak pendakwaan memberi rakaman percakapan Shamsuddin kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar mereka dapat membuat semakan terhadap keterangan saksi.

Dr Khir didakwa memperoleh dua lot tanah dan sebuah rumah bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta daripada Ditamas.

Bekas menteri besar Selangor itu didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L daripada Ditamas melalui Shamsuddin.

Hartanah tersebut diperoleh dengan harga RM3.5 juta sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta daripada Saiful.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai menteri besar Selangor pada ketika itu.

Shamsuddin pula didakwa bersuhabat dengan beliau untuk melakukan kesalahan tersebut di tempat dan masa yang sama.

Bagaimanapun, Isnin lalu pihak pendakwa telah menggugurkan tuduhan ke atas Shamsuddin.

Dr Khir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi menteri besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007.

Dr Khir yang menjawat jawatan menteri besar dari Ogos 2000 hingga Februari 2008, didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali, jika disabit kesalahan.

Berkaitan:
Khir Toyo Arah Catat Nilai Ubah Suai Banglo RM600,000 Sahaja - Saksi
[Mstar] SHAH ALAM: Pereka lamab, Nasir Ismail memberitahu, bahwa dia hanya menuruti permintaan Dr Mohamad Khir Toyo untuk menyediakan surat yang menyatakan nilai pengubahsuaian rumah di Seksyen 7, di sini ialah RM600,000 walaupun mendakwa nilai keseluruhannya adalah melebihi RM6juta.

Menurut Nasir, surat tersebut disediakan selepas Mohamad Khir memerlukan surat bagi tujuan formaliti kerana berhasrat untuk membeli rumah tersebut dan dua lot tanah itu daripada syarikat Ditamas Sdn. Bhd.

Kata saksi lagi, jumlah RM600,000 itu juga dicadangkan oleh Mohamad Khir.

"Waktu itu dia adalah MB (Menteri Besar) Selangor, apa dia suruh saya buat," katanya di Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin.

Semasa disoal balas oleh peguam M. Athimulan yang mewakili Mohamad Khir, saksi tidak bersetuju bahawa surat itu adalah satu perjanjian kerana menurut saksi, dia tidak boleh menandatangani sebarangperjanjian ekoran status dirinya yang bankrap.

Merujuk kepada surat tersebut, Nasir seterusnya berkata, dia menerimapembayaran sebanyak RM100,000 menerusi sekeping cek bertarikh 4 Jun2007, namun tidak dapat mengingati jika dia ada menerima dua lagi keping cek bernilai RM100,000 (bertarikh 8 Ogos 2007) dan RM200,000 (10 September 2007).

Pada keterangan lain, Nasir, 55, menafikan dakwaan Athimulan yang mengatakan berlaku pergaduhan antara dia dengan Mohamad Khir yang didakwa berpunca apabila Mohamad Khir tidak menjelaskan bakinya sebanyak RM200,000.

Sebaliknya, saksi menjelaskan pergaduhan tersebut berlaku antara dia dengan isteri Mohamad Khir, Zahrah Kechik yang dikatakan tidak menggemari konsep Bali yang dibuatnya.

Nasir yang memberi keterangan sebagai saksi pendakwaan ketiga juga mempertahankan keterangannya bahawa nilai pengubahsuaian rumah tersebut melebihi RM6 juta dan bukannya antara RM600,000 hingga RM1.5juta seperti yang dicadangkan oleh Athimulan.

Selain itu, Nasir juga mengakui bahawa dia tidak menyimpan sebarang dokumen seperti resit menyebabkan dia tidak dapat mengingati dengan jelas semasa ditanya oleh Athimulan berhubung pembayaran cek-cek bagikerja-kerja pengubahsuaian.

,

Sabtu, 11 Jun 2011

Gaji Khir Toyo Selama Lapan Tahun Belum Mampu Biayai Kos Ubah Suai Rumah RM6.5 juta


Berita menarik di KD.

Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhami Shafiei menegaskan bahawa gaji yang diterima oleh Khir Toyo sebagai MB Selangor selama tujuh-lapan tahun berturut-turut masih belum mampu membiayai kos RM6.5 juta untuk mengubah suai kediaman mewahnya. Pendedahan itu menunjukkan kekayaan dan jumlah aset melampau yang dimiliki Khir, sekaligus mengambarkan pentadbiran UMCO yang korup.

“Kalau ikutkan gaji yang diterima oleh Menteri Besar lebih kurang RM35, 000 sebulan, walaupun beliau memegang jawatan itu tujuh hingga lapan tahun, namun dengan jumlah sebanyak RM6.5 juta yang dikeluarkan secara tunai meragukan kita.

Dalam perbicaraan kes rasuah membabitkan Khir semalam, mahkamah didedahkan bahawa beliau membelanjakan RM6.5 juta bagi mengubah suai rumahnya seperti diberitahu pereka landskap yang membuat kerja pengubahsuaian berkenaan.

P/s: Buka mata rakyat!!!

Khamis, 9 Jun 2011

Fuh, Bayar Ubah Suai Rumah RM 6.5 Juta, TUNAI!!!


P/s: Buka mata rakyat!

,

Isnin, 6 Disember 2010

[Kemas Kini] Takziah Khir Toyo!

Saya petik (pagi tadi):
[TMI] KUALA LUMPUR, 6 Dis — Bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Khir Toyo akan dikenakan tuduhan di Shah Alam hari ini berhubung isu pembelian dua lot tanah, dipercayai untuk tujuan pembinaan rumah banglo ketika menerajui kerajaan negeri.

Beliau dijangka akan tuduh membeli dua lot tanah pada harga lebih rendah daripada nilai pasaran.
Turut akan didakwa ialah seorang ahli perniagaan yang bersubahat dengan beliau.

Kedua-dua mereka akan didakwa di Mahkamah Sesyen, Shah Alam.

Difahamkan Peguam Negara Tan Sri Gani Patail sendiri akan memfailkan tuduhan ke atas kedua-dua mereka.
Dua tahun lalu Dr Khir  didakwa oleh Pakatan Rakyat membina “istana” di Seksyen 7 Shah Alam bernilai RM23 juta.

Sebelum ini, ADUN Sekincan Ng Suee Lim mendakwa anggaran kos pembinaan rumah di kawasan seluas 50,000 kaki persegi atau 0.5 hektar itu, ialah RM20 juta, manakala tanahnya dibeli dengan harga RM3.8 juta.
Difahamkan tanah itu bernilai RM6.5 juta.

Rumah tersebut terletak di Jalan 1/7L di Seksyen 7, Shah Alam.

Pertengahan tahun lalu, Ng menunjukkan bukti bahawa Dr Khir, 45, dan isterinya Zahrah Kechik, 45, memberi secara bersama tanah tersebut dari Ditamas Sdn Bhd pada 2007.

Dokumen itu menunjukkan bahawa seorang pengarah Ditamas — yang dikenali sebagai Shamsuddin Hayroni — didakwa Ng sebagai kawan Dr Khir.

Sambil menggelarkan rumah tersebut sebagai “istana bergaya Bali”, Ng berkata, pakar industri pembinaan menganggarkan kos pembinaan dan kelengkapan rumah tersebut ialah kira-kira RM20 juta.
The Malaysian Insider difahamkan Shamsuddin juga akan dikenakan tuduhan hari ini.

Kemas Kini (12:40 tgh):
* Istana gaya Bali: Khir Toyo hadapi tuduhan rasuah miliki lot tanah, banglo
[TMI] SHAH ALAM, 6 Dis - Bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo hari ini dituduh di Mahkamah Sesyen berhubung kesalahan membeli dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7 di sini - yang berkaitan dengan isu 'istana gaya Bali' - untuk kepentingan diri dengan menggunakan kedudukan sebagai ketua kerajaan negeri tiga tahun lalu.

Dr Khir, 45, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Azhaniz Teh Azman Teh.
..............
Beliau didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7  di sini pada 29 Mei 2007.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang merangkap Ketua Pembangkang DUN Selangor itu didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.....


Berkaitan:

P/s: Takziah bukan untuk kematian sahaja! Ada beberapa kemungkinan di sini, sama ada semua ini hanya lakonan semata-mata atau Khir Toyo akan "dikorbankan" untuk menunjukkan bahawa Najib melalui SPRM begitu tegas memerangi rasuah atau tidak mustahil juga langkah ini adalah untuk memastikan karier politik Khir Toyo di Selangor berakhir. Siapa tahu??? Yang mana satu?: habis madu sepah dibuang atau take 1, take 2, action... Tunggu dan lihat.

,

Rabu, 24 November 2010

Suatu Ketika Khir di Disney Land

Saya salin dan tampal dari sini.


Rabu, 17 November 2010

Banglo Khir Toyo Hampir Disita


Khir Toyo terlepas pandang. Katanyalah. Yang sering dipandangnya ialah kelaku Pakatan Rakyat di Selangor. Dia selalu terlepas pandang hal-hal yang bersangkutan dengan diri dan rakan-rakan politiknya di Selangor.

Saya petik:
[BH] SHAH ALAM: Banglo milik Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo di Sekysen 7 di sini, sekali lagi menjadi tumpuan semalam apabila Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyerahkan notis sita rumah selepas bekas Menteri Besar itu dikatakan tidak menjelaskan penilaian bagi rumahnya sejak tiga tahun lalu.

Bagaimanapun, Dr Mohamad Khir segera menjelaskan bayaran tertunggak itu kira-kira RM11,000 sebaik menerima notis berkenaan yang diserahkan kakitangan Unit Perolehan MBSA kepada seorang wanita di rumahnya kira-kira jam 10 pagi.
Ketika dihubungi kemudian, Dr Mohamad Khir berkata, beliau tidak mene-rima sebarang notis daripada MBSA sejak kebelakangan ini, malah ketika notis sita rumah itu diserahkan, beliau tiada di rumah ketika itu.

"Saya sudah menyelesaikan bayaran ini. Ia hanya kes terlepas pandang dan saya harap ia tidak dijadikan isu," katanya.

Banglo milik Dr Mohamad Khir menjadi isu selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada DAP, Ng Suee Lim dilaporkan mendakwa kos pembinaan banglo termasuk pengambilan dua bidang tanah masing-masing berkeluasan 0.2 hektar dan 0.1 hektar bernilai kira-kira RM24 juta.

,

Jumaat, 3 September 2010

Wanita "Cun" Pecah Tembelang Busuk Khir Toyo

MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim hanya menghantar SU beliau untuk "membogelkan" Khir Toyo. Memalukan! Saya petik:

[MK] Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo sebaiknya berdiam diri saja kerana dakwaan yang ditimbulkannya terhadap pentadbiran Selangor hanya akan memakan diri sendiri, kata setiausaha politik kepada menteri besar Selangor, Faekah Husin.

Faekah mendakwa banyak masalah yang berlaku di negeri itu pada masa sekarang sebenarnya berpunca daripada keputusan yang dibuat sewaktu pentadbiran Khir Toyo.

Faekah memberi contoh, keadaan itu boleh dilihat dalam isu melibatkan pembahagian tanah kepada peneroka di sebuah tanah rancangan di Bandar Alam Perdana, Kuala Selangor.

Jelasnya, peneroka berkenaan telah memohon untuk mendapatkan geran kecil bagi tanah seluas antara 60 hingga 120 ekar itu.

Bagaimanapun, terdapat beberapa individu yang mengemukakan injunksi di mahkamah bagi menghalang geran berkenaan dikeluarkan.

"Di sinilah bermula komen-komen negatif itu. Jadi kerajaan negeri kena jawab dan cari apakah punca masalah sebenar," katanya lagi.

Tambahnya, beliau telah membuat siasatan dan terkejut apabila mendapati terdapat antara pemilik tanah tersebut merupakan pemimpin Umno di negeri itu.

"Sangat malang apabila saya terjumpa beberapa nama. Doktor gigi pun ada yang jadi peneroka Felda," katanya yang telah menyiasat nama pemilik tanah berkenaan.

Beliau juga mendedahkan mengenai amalan pemberian bonus oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) kepada menteri besar.

"Tidak hairanlah isu bonus menjadi fokus apabila kita timbulkan isu kecurian pasir," kata Faekah lagi dalam satu temubual dengan Malaysiakini semalam.

Katanya, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini berang apabila diberitahu bahawa beliau diberi bayaran sebanyak RM135,000 oleh syarikat milik kerajaan negeri itu.

Faekah berkata, beliau kemudiannya diarahkan oleh Khalid untuk menyiasat siapakah yang memberi arahan untuk meluluskan bayaran berkenaan dan apakah prosedur yang telibat.

Faekah kemudiannya berkata, beliau telah menghubungi pegawai kewangan PKNS yang menjelaskan bahawa pemberian bonus kepada menteri besar merupakan amalan biasa sejak pentadbiran terdahulu.

"Sebab itu saya kata, kalau saya jadi Khir Toyo saya akan berdiam diri sahaja," kata Faekah lagi.

, , ,

Jumaat, 13 Ogos 2010

Khalid Ibrahim Bandingkan Kepimpinannya dengan Khir Toyo & Jawab Fitnah Blogger UMCO

Tepat & padat!Saya petik:
[MK] Selepas lebih dua tahun merampas teraju pemerintahan Selangor daripada Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim merasakan pentadbirannya di negeri itu jauh lebih baik daripada penyandang sebelumnya.

“Kami (Pakatan Rakyat) jauh lebih baik daripada kerajaan sebelum ini, lebih berdedikasi dan bukan penurut semata-mata jika dibandingkan dengan (pentadbiran) Khir Toyo,” kata Khalid yang juga ADUN Ijok dan ahli parlimen Bandar Tun Razak.

“Khir Toyo berkhidmat kepada kerajaan pusat dahulu sebelum kepada rakyat. Beliau sendiri ambil banyak masa untuk stabilkan kedudukan sendiri.

“Oleh itu sebahagian keputusannya bertentangan dengan kepentingan negeri.”

Dalam wawancara dengan Malaysiakini pada Selasa lalu, Khalid bahkan menggambarkan Dr Khir mempunyai kualiti pentadbiran yang teruk sekali sehingga sekiranya berada dalam dalam sektor swasta beliau tidak mampu pergi jauh.

“Kalau bekerja di (kumpulan) Guthrie, beliau (Khir Toyo) tidak akan sampai tahap pengurus kanan pun,” kata Khalid, bekas ketua pegawai eksekutif konglomerat itu.

Ketawa besar

Khalid mula terkenal apabila mengambil alih Guthrie – semasa itu syarikat perindustrian British – kurang daripada dua jam pada tahun 1981 setelah menyelesaikan "dawn raid" di London Stock Exchange.

Mengkritik ketua pembangkang negeri itu lagi, Khalid berkata, masalah lawan politiknya itu bukanlah pada sikap atau wawasannya, tetapi watak watak kepimpinannya.

“Kepimpinannya bukan seperti contoh yang dia bawa. Saya rasa dia, seperti peribahasa Melayu sebut, sambil menyelam sambil minum air,” katanya yang sudah 2 tahun 5 bulan menjadi ketua eksekutif negeri Selangor.

Sementara itu, Khalid ketawa besar apabila diajukan soalan sama ada beliau melantik isteri keduanya pegawai kanan di Perbadanan Menteri Besar Selangor, seperti dakwaan yang tersebar di internet.

Malah, jelasnya, beliau hanya mempunyai seorang isteri sahaja, iaitu Salbiah Tunut.

“Tidak (benar). Mereka (penulis blog) bercakap tentang pembantu peribadi saya. Dia sudah bekerja dengan saya semasa di PNB (Permodalan Nasional Berhad) sejak tahun 1980 lagi,” jelas bapa kepada empat orang anak itu.

Hanya satu isteri

Khalid menjelaskan, beliau membawa masuk pekerja lamanya ke pejabat menteri besar bagi mengatasi kemungkinan berlakunya kebocoran maklumat pentadbiran.

Tambahan lagi, katanya, pembantunya itu sudah berkahwin, mempunyai dua anak dan turut mengenali isterinya Salbiah.

“Mereka (yang menuduh ini) bodoh. Apa boleh buat, banyak orang bodoh di negara ini. Isteri saya kenal dia. Dia sudah bekerja dengan saya selama 30 tahun, bukan kelmarin atau hari ini,” kata Khalid.

Beberapa blog anti-Pakatan, antaranya Ruang Bicara Faisal, The Unspinners melaporkan Khalid mewujudkan jawatan baru, pegawai koordinasi kepada menteri besar, bagi menempatkan isteri mudanya ke jawatan itu.

Mereka juga mendakwa jawatan tersebut tidak wujud semasa pemerintahan BN dahulu.

Bagaimanapun, jawab Khalid: “Ini jawatan lama.”- Jimadie Shah Othman & Aidila Razak

,

Khamis, 29 Julai 2010

"Pesara Lombong Pasir Haram" Selangor?



Sila lihat data di bawah ini, bukan kekacakan "pelombong pasir" di atas. Saya petik:
[MK] Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini melabelkan Ketua Pembangkang Negeri, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo, sebagai “pesara lombong pasir haram”.

Ditanya pada sidang akhbarnya mengenai dakwaan bekas menteri besar itu yang menuduh syarikat milik kerajaan negeri - Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) membayar royalti yang berkurangan berbanding ketika beliau mentadbir Selangor, Khalid menjawap dengan sinis.

“Khir Toyo tahu semua butirannya. Saya fikir dia mesti terbabit dalam perniagaan melombong pasir sebelum ini - kemungkinan besar yang beroperasi secara haram. Saya tidak mahu komen pelombong pasir haram yang sudah bersara itu,” katanya.

Khir mendakwa KSSB hanya membayar royalti RM12,000 kepada kerajaan negeri di sebalik memungut hasil RM734,000 tahun lalu. - Regina Lee

Biarpun "pelombong pasir" ini dikhabarkan telah bersara, namun persoalan bahawa kemungkinan "pelombong" kacak itu masih belum bersara dan masih aktif melombong pasir di serata Selangor jangan sesekali kita pinggirkan? Siapa tahu?

Rabu, 8 Julai 2009

MENGUJI "KEJANTANAN" KHIR TOYO!

(Rumah Agam Khir Toyo: Percayakah anda jika dikatakan nilainya hanya sekadar RM3.5 juta?)

Butiran Kes:
Keluasan Lot Rumah: 50,000 kaki persegi (0.5 hektar)
Harga Tanah: RM3.8 juta
Anggaran Kos Pembinaan Rumah: RM20 juta
Alamat Rumah: Jalan 1/7L, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor
Tempoh berkhidmat sebagai Menteri Besar Selangor: 8 tahun
Anggaran Pendapatan Menteri Besar: RM576,000 setahun

[BERNAMA]"Saya minta kunci (rumah) dengan dia" kata Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan Ng Suee Lim merujuk kepada perbualannya dengan bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo di luar dewan sebelum persidangan Dewan Undangan Negeri bermula hari ini.
"Tadi saya minta kunci dengan dia, dia minta saya bagi deposit 10 peratus dahulu. Saya kata pembeli belum tengok macam mana nak bagi deposit," katanya kepada pemberita semasa ditanya mengenai apa yang dibualkannya dengan Dr Mohamad Khir.
Ng berkata beliau meminta kunci rumah agam Dr Mohamad Khir sebagai menyahut cabaran Adun Sungai Panjang itu menjadi ejen hartanah bagi menjual rumah agam dan dua lot tanah milik bekas Menteri Besar itu di Seksyen 7 di sini yang didakwa Ng bernilai RM24 juta.
Bagaimanapun, Dr Mohamad Khir menafikan rumah dan tanah itu dibeli dengan harga RM24 juta tetapi dibeli dengan harga RM3.5 juta tiga tahun lepas dengan pinjaman selama 30 tahun daripada HSBC Bank.
Bekas Menteri Besar itu kemudian mencabar Ng supaya menjadi ejen hartanah dan menjualkan rumah dan tanah itu pada harga RM24 juta dan jika berjaya beliau akan diberikan komisen 50 peratus atau RM12 juta.
"Dia suruh saya jumpa di mahkamah, saya tidak ada masalah...tapi kunci bagilah kalau tidak macam mana saya nak jadi estet agent," katanya.


BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH