Penoreh Getah Dituduh Liwat Isteri Sendiri
[TV3] Seorang penoreh getah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Temerloh hari ini atas pertuduhan meliwat isterinya sendiri.
Tertuduh, Adnan Ramli, yang berusia 48 tahun, bagaimanapun tidak mengaku bersalah dan menuntut dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Jamaludin Mat.
Dia didakwa melakukan hubungan seks secara luar tabii tanpa kerelaan isterinya setelah melakukan hubungan seks secara normal di rumahnya sendiri di Perumahan Kilang Sawit Charuk Puting, Temerloh.
Hakim membenarkan Adnan diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 13 November untuk sebutan semula kes.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 377(C) Kanun Keseksaan.
Jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan kerana meliwat. -Siti Norfairuz S Mohamed/14/10/14
Berkaitan:
Penoreh getah mengaku tidak salah liwat isteri
Tertuduh dibawa keluar dari perkarangan mahkamah selepas dituduh meliwat isteri sendiri.
[Sinar Harian] TEMERLOH – Seorang penoreh getah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan meliwat isteri sendiri.
Tertuduh dituduh meliwat isterinya di rumah mereka kira-kira jam 2 pagi 7 Oktober lalu.
Tertuduh mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah.
Lelaki terbabit yang berusia 48 tahun dan mempunyai empat anak hasil perkongsian hidup bersama isteri ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh selepas isterinya membuat laporan polis.
Berdasarkan laporan, kejadian itu bukan kali pertama sebaliknya sudah beberapa kali berlaku tanpa kerelaan isteri.
Mangsa bekerja sebagai buruh am membuat laporan polis selepas mendakwa mengalami tekanan akibat kejadian itu.
Hakim Jamaludin Mat memerintahkan tertuduh diikat jamin RM5,000 selepas tertuduh merayu wang jaminan dikurangkan sebelum menetapkan 13 November depan sebagai sebutan semula kes.
Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana meliwat dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan. -14/10/14
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.