Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015
Rabu, 29 Oktober 2014

[Dikemas Kini] Liwat II: Inti Pati Hujah Peguam Anwar Ibrahim




[Malaysia Kini] 5.25pm Ram membayangkan beliau akan selesai esok.

Mahkamah ditangguhkan dan Shafee membayangkan beliau boleh bermula esok, dan mungkin akan selesai pada Jumaat.

510pm Keraguan yang jelas muncul, kata Ram.

Dan apabila perkara itu berlaku, katanya, keputusan mesti diberikan dengan menyebelahi tertuduh.

5.05pm: Ram berkata, pencemaran boleh berlaku disebabkan oleh Supt Jude. “Ia pencemaran tidak sengaja.”

“Sekarang ini kita tidak tahu siapa dan bagaimana sampel perianal diuruskan.”

5.00pm: Ram berkata terdapat kemungkinan sampel diambil tercemar.

Katanya, terdapat DNA lelaki tak diketahui ditemui dalam B5 di samping 'Lelaki Y' dalam sapuan perianal.

4.50pm: Ram berkata terdapat contoh penurunan (degradation) sampel-sampel lain.

(Sebanyak 12 sapuan diambil semasa doktor HKL memeriksa Saiful.)

“Ada yang asli dan ada yang tidak,” kata peguam itu.

“... hakim Mahkamah Rayuan silap dan hakim Mahkamah Rayuan betul.”

4.40pm: Ram berkata, setiap percampuran (tindakan seksual), sperma mesti dipisahkan daripada sel bukan sperma.

4.20pm: Ram berkata, jika terdapat pertikaian, pendakwaan boleh memanggil saksi pakar mereka untuk menolaknya.

Beliau berkata, sampel yang diambil selepas 96 jam akan menunjukkan penurunan (degradation).

Hakim Ariffin berkata sama ada sampel menunjukkan penuruhan.

“Jika ia pengalamani penuruhan, ia akan jadi kucar-kacir, seperti tiada bacaan.”

4.10pm: Ram berkata terdapat pertikaian sekitar isu pencemaran bahan dan beliau merasakan hakim Mahkamah Rayuan menyalaharahkan diri mereka sendiri.

Peguam bela berkata, ahli kimia pembelaan telah mencerahkan mahkamah berhubung apa yang diteliti mereka (terhadap analisis dibuat oleh ahli kimia kerajaan).

“Terdapat 18 titik alel tetapi ia tidak dilaporkan oleh laporan (ahli kimia).”

“Testimoni DW4 dan DW5 daripada apa yang diperhatikan mereka. Pihak pembelaan tidak memanggil sebarang saksi untuk menolak keterangan mereka,” kata Ram.

4.07pm: Mahkamah bersambung semula.

3.40pm: Hakim Ariffin menangguhkan mahkamah untuk rehat 15 minit.

3.30pm Ram berkata sapuan pada dubur hanya diberikan kepada ahli kimia selepas 96 jam selepas insiden didakwa berlaku itu.

Katanya, ahli kimia kerajaan bersetuju bahawa akan berlaku penurunan (degradation) selepas 36 jam.

“Ia disimpan dalam laci dan bukan peti sejuk.”

3.35pm: Ram bagaimanapun berkata, sampel ditemui asli atau mendekati asli seperti ditakrifkan oleh pakar pembelaan berdasarkan graf bacaan.



3.05pm: Ram berkata mahkamah patut menerima bukti daripada saksi pembelaan, iaitu pakar forensik Brian Mcdonald (kanan) kerana beliau seorang ahli kimia yang cekap.

Ram berkata, hakim Mahkamah Rayuan tidak menerima pandangan pakar pembelaan berbanding Mahkamah Tinggi (yang membebaskan Anwar).

Ram berkata, hakim Mahkamah Rayuan tidak mengambil kira bukti DW4 (McDonald) dan daripada DW2 (David Wells).

“Perkara ini berkaitan, apabila hakim perbicaraan tidak mengkritik DW4. Hakim Mahkamah Rayuan tidak dapat menghargai bukti-bukti itu kerana tidak melihatnya (pakar asing) memberi keterangan.”

Berhubung sampel yang diambil daripada Saiful, peguam bela mempersoalkan integritinya.

“Sampel itu diambil daripada Saiful pada 28 Jun dan ia diberi kepada Jabatan Kimia pada 30 hari bulan,” katanya.

Ram berkata, sampel daripada Saiful patut disimpan dalam peti sejuk tetapi sebaliknya disimpan dalam kabinet Supt Jude Pereira.

2.50pm: Dokumen itu, kata Ram, penting untuk pasukan pembelaan untuk ditunjukkan kepada pakar mereka.

“Tiada daripada dokumen itu dibekalkan walaupun ia dimiliki oleh PW5 (Seah).

“Malah Seah gagal mencerahkan mahkamah dengan analisis,” katanya.

Dokumen itu, kata Ram, penting untuk memastikan garis panduan diikuti, dalam mendapatkan sperma dan rekod pengasingan sperma.

“Dokumen standard dan laporan SDR tidak diberikan. Ini mencacatkan pembelaan,” katanya.

2.40pm: Ram meneruskan penghujahannya dengan berkata, ahli kimia tidak menukar bekas sampel.

Katanya, ahli kimia tidak dapat mengesahkan berapa banyak jumlah DNA daimbil daripada sampel Saiful.

Seah tidak dapat menyatakannya kerana dia tidak mempunyai rekod kata peguam bela itu.

“Pendakwaan gagal menghasilkan jumlah dan rekod pengasingan sperma DNA. Dokumen ini tidak dibekalkan kepada pendakwaan.”

2.37pm: Loceng Mahkamah dibunyikan dan hadirin kembali ke tempat duduk mereka.

1pm: Ram berkata, Seah bersifat selektif dalam apa yang dilaporkannya sebagai 'stutter' kerana ia boleh mendedahkan banyak lagi pihak sebagai “Lelaki Y”

“Dia (Seah) tidak lapor bacaan tertinggi (peak) yang lain. Dia lapor bacaan tertinggi 13 tetapi tidak 17 dan 18.”

Hakim Arifin meminta penangguhan untuk makan tengah hari. Mahkamah akan bersambung pada 2.30 petang.

12.55pm: Ram berkata, alel datang secara berpasangan.

Katanya, Seah datang ke mahkamah tanpa menunjukkan garis panduan daripada jabatan.

“Hasil akhir bahawa dapatannya adalah tidak boleh dipercayai,” katanya.

12.45pm: Ram berkata setiap orang mempunyai profil DNA berbeza dan terdapat terdapat kemungkinan kecil, ia dikongsi bersama orang lain.

“Mahkamah tidak dapat menentukan bukti Seah daripada aspekstutter dan peratusan.

"Beberapa dokumen ini tidak tersedia kepada pembelaan untuk soal balas.”

Katanya, 12 sampel diambil daripada Saiful dan ditanda oleh Dr Siew Shueu Feng daripada JKL.

Ia meliputi bahan uji daripada rektum, perianal, rektum tinggi dan rektum rendah.

12.40pm: Beberapa anggota parlimen Pakatan Rakyat tiba di mahkamah, antara mereka Raja Kamarul Bahrin (Kuala Terengganu) dan Johari Abdul (Sungai Petani).

Ram kemudian berhujah berkaitan alel (allele) dan stutter yang diamalkan oleh Jabatan Kimia.

“Ia belum diiktiraf sejak 2005,” katanya.

Dua ahli kimia memberi keterangan dalam perbicaraan sebelum ini, iaitu Dr Seah Lay Hong dan Noraidora Saedon.

12.25pm: Ram Karpal berkata terdapat "Lelaki Y" dalam sampel yang ditemui dan ini seterusnya dikaitkan dengan sampel DNA yang diambil dari sel lokap Anwar.

Beliau berkata pihak pendakwa gagal membuktikan tanpa keraguan bahawa "Lelaki Y" adalah perayu.



12.15pm: Sangeet berhujah bahawa terdapat satu siri dokumen yang tidak diberikan kepada pihak pembelaan.

Beliau berkata tidak ada asas bagi hakim untuk menolak permohonan pihak pembelaan untuk mendapatkan dokumen tersebut bagi memastikan ada kedudukan yang sama.

Pada peringkat awal perbicaraan, Hakim Zabidin tidak membenarkan pihak pendakwaan untuk menyediakan dokumen-dokumen tersebut.

Sangeet berhujah bahawa tidak ada perbicaraan yang adil dan penangkapan itu dibuat secara tidak sah.

Sekarang Ram Karpal mula berhujah mengenai DNA.

12.02pm: Sangeet berkata waran tangkap asal yang dikemukakan semasa perbicaraan utama adalah tidak sah.

Katanya, waran itu hanya dikeluarkan di balai (polis) dan menambah bahawa hakim silap apabila memutuskan untuk menerima bukti itu semasa perbicaraan utama berdasarkan dokumen yang sama (iaitu waran tangkap asal).

Oleh itu, katanya, perolehan (tiga) barangan tersebut juga harus dianggap sebagai haram.

11.45am: Sangeet berkata ada bukti (langsung) lain yang pihak pendakwa telah dan ia tidak seharusnya bergantung kepada keterangan mengikut keadaan (circumstantial evidence).

Pihak pendakwaan, katanya, tidak boleh bergantung kepada perbicaraan utama untuk membantah apa yang berlaku dalam 'bicara dalam perbicaraan'.

11.35pm: Sangeet berkata, hakim perbicaraan memutuskan bahawa barang-barang itu diperoleh dengan tujuan tidak adil.

Katanya, keputusan awal dibuat ketika beliau memilih menggunakan budi bicara tetapi perbicaraan utama menerima bukti-bukti itu.

“Kemasukan barang itu melalui cara tidak sah,” katanya.

Hakim Mohd Zabidin pada mulanya tidak menerima tiga barang itu – tuala, berus gigi dan botol air – sebagai bukti semasa perbicaraan dalam perbicaraan tetapi berubah selepas itu.

10.47am: Bagaimanapun, Hakim Arifin berkata, memperoleh bukti secara tidak sah juga diterima di Malaysia.

Sangeet berkata, pihak perayu ditahan di Jalan Segambut dan bertemu Jude di balai polis kira-kira ham 8 malam dan dibawa ke HKL.

“Anwar enggan beri DNA dia di hospital. Dia menggunakan hak yang dijamin perlembagaan untuk tidak berbuat demikian.

“Keseluruhan prosedur adalah salah kerana ia bertentangan dengan peraturan lokap (kerana tahanan harus berada dalam lokap sebelum jam 6 petang).”

Sangeet berkata, polis menahan Anwar semalaman ketika mereka tahu mereka berada di sana hanya untuk merakamkan kenyataan.

Tetapi, kata Sangeet, Anwar diberika tiga barang itu dan kemudian dikeluarkan secara berhati-hati.

10.45am: Peguam bela Sangeet berkata, tiga barang itu diperoleh secara tidak sah melalui muslihat dan penipuan manakala tangkapan pula tidak sah.

“Terdapat tangkapan tetapi waran hanya dikeluarkan oleh IPK KL. Taufik kata tangkapan dibuat berdasarkan Seksyen 377B (Kanun Keseksaan):

Sangeet berkata, hakim pada mulanya membuat keputusan menyebelahi mereka dengan tidak menerima tiga barang itu.

“Beliau memutuskan barang-barang itu digunakan secara tidak adil.”

10.40pm: Sangeet berkata, perbicaraan dalam perbicaraan diadakan untuk menentukan kebolehterimaan tiga barang itu.

“(Peguam pembelaan) Sankara Nair dan R Sivarasa memberi keterangan dan mereka menceritakan bagaimana kereta Anwar diserbu (polis) ketika tahanan.

“Seorang superintenden Taufik memberi keterangan bahawa dia mendapat arahan untuk menangkap Anwar.

“Tiada alasan diberikan oleh Taufik untuk membuat tangkapan, yang memberi keterangan sebagai satu-satunya saksi dalam pendakwaan,” kata Sangeet.

10.30am: Sangeet berkata 'Male Y' boleh jadi sesiapa sahaja dan tidak semestinya Anwar.

Sangeet berkata, semasa perbicaraan di Mahkamah Tinggi, penyiasat di tapak berlaku jenayah Supt Amidon diminta memberikan bukti dan timbalan pendakwaraya (DPP) meminta tiga barangan itu diserah.

“Bagaimanapun (ketua pembelaan ketika itu) Karpal Singh membantah. Penerimaan tiga barang itu adalah salah. Mahkamah Tinggi tidak mahu menerima barang-barang itu.

“Bagaimanapun, hakim menyemak semula permohonan sejurus sebelum pendakwaan menutup kes.”

10.20am: Hakim Abdull Hamid bertanya, bilakan botol itu diberikan. Sangeet berkata ia diberi ketika soal siasat.

10.15am: Hakim Arifin bertanya sama ada terdapat sebarang barang ditinggalkan dalam sel sebelum Anwar memasukinya.

Peguam pembelaan Sangeet merujuk diari lokap yang menyebut ia kosong dan tiada tahanan lain.

Seorang lagi panel, Hakim Md Raus berkata, ketiga-tiga barang itu diberikan kepada Anwar tetapi Sangeet bertanya kembali sama ada ia digunakan oleh dia.

10.10am: Peguam pembelaan Sangeet berkata, penghakiman Mahkamah Tinggi menyatakan pegawai polis melihat Anwar menggunakan toilet sel dan memberus gigi pada 17 Julai 2008.

Bagaimanapun, kata Sangeet, pegawai polis itu hanya mendengar dan tidak melihatnya sendiri.


10.05pm: Sangeet, diari lokap menyatakan Anwar tidur pada waktu malam, bangun dan bersandar pada palang lokap sebelum mengambil air sembahyang dan bersembahyang sunat.

Anwar ditahan pada 16 Julai 2008 selepas pergi ke Hospital Kuala Lumpur dan tidur semalam di lokap ibu pejabat polis Kuala Lumpur.

“Terdapat bukti langsung dan pendakwaan tidak boleh bergantung kepada bukti keadaan ketika terdapat bukti langsung.”

10am: Sangeet berkata, berus gigi, sabun dan tuala diberikan kepada Anwar semasa di dalam lokap.

Sangeet berhujah, tiada sebarang bukti daripada saksi polis menunjukkan bahawa Anwar menggunakan barang-barang itu.

“Diari lokap hanya menyatakan Anwar berada dalam penjara dan bersembahyang pada waktu pagi,” katanya,

“Tuala Good Morning”, berus gigi dan botol air mineral didakwa digunakan oleh polis bagi mendapatkan DNA Anwar tanpa pengetahuannya.

9.50am: Peguam pembelaan Sangeet Kaur Eeo pula memulakan penghujahannya.

Katanya, peguam utama Gopal Sri Ram berhujah bahawa Saiful bukan saksi berwibawa.

angeet menegaskan tindakan Mahkamah Rayuan mendapati Saiful sebagai saksi berwibawa tidak boleh dipertahankan kerana dia tidak membuat pengakuan.

Sangeet berkata, DNA daripada Anwar diperoleh daripada sel tempat dia ditahan sebelum ini.

Pendakwaan, katanya, gagal menghubungkan “male Y” kepada kes itu.

“Mahkamah Rayuan tidak boleh bergantung kepada keadaan di mana bukti langsung datang daripada pengakuan pegawai polis yang menjaga sel itu,” katanya.

9.45am Surendran memulakan penghujahan dengan memetik kenyataan pelbagai pihak berhubung keadaan daripada kandang tertuduh yang turut memberi kesan.

Anwar satu-satunya pihak yang memberi kenyataan daripada kandang tertuduh, yang dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mendapati beliau tidak bersalah sebelum ini.

Tertuduh mempunyai tiga pilihan untuk pembelaannya sama ada memberi keterangan daripada kandang saksi, berdiam diri atau memberi kenyataan tidak bersumpah daripada kandang yang tidak boleh disoal balas.

“Mahkamah patut mempertimbangkan kenyataan Dr Mohd Osman yang bertentangan dengan Saiful. Mahkamah Rayuan patut mengambil kira kekuatan pengakuan Anwar di mahkamah yang mana ia sepenuhnya tidak endahkan.

“Ini menyebabkan penyalaharahan yang memerlukan campur tangan Mahkamah Persekutuan,” kata Surendran.

9.40am: Mahkamah mula bersidang selepas ketua hakim negara mengambil tempat. - 29/10/14





Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH