RM270j untuk Latih Guru Bahasa Inggeris
MP Persoal RM270j untuk Latih Guru BI
[MK] MP Bukit Bendera Zairil Khir Johari mempersoalkan sejumlah RM270 juta yang dibelanjakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sepanjang tiga tahun lalu untuk membayar perunding luar bagi melatih guru bahasa Inggeris tempatan.
Katanya, jumlah tersebut merupakan pembaziran lebih besar oleh kementerian tersebut berbanding RM20 juta yang dibayar kepada firma perunding McKinsey untuk Pelan Pembangunan Pendidikan.
Katanya, kerajaan sememangnya wajar meningkatkan mutu guru tersebut, namun kementerian itu tidak sepatutnya melantik perunding dengan pulangan yang tidak berpatutan dengan kos.
Beliau yang merujuk kepada satu jawapan bertulis di Parlimen berkata, pilihan yang lebih murah dan lebih baik boleh didapati dari dalam negara, tambahnya.
Katanya, tiga perunding tersebut iaitu British Council, Brighton Education Group dan SMR HR Group, dianugerahkan kontrak mulai tahun 2011 hingga 2013 dengan kos keseluruhan berjumlah RM268.5 juta atau RM89.5 juta setahun.
“Sebagai sebahagian daripada perjanjian itu, firma terbabit akan menyediakan 360 orang mentor penutur jati bahasa Inggeris (120 mentor setiap firma) sepanjang tempoh tiga tahun.
“Jumlah perbelanjaan sebanyak RM270 juta untuk melatih 7,500 guru adalah bersamaan dengan RM36,000 bagi setiap guru dalam tempoh tiga tahun.
“Jumlah ini adalah lebih daripada kos untuk mendaftar guru yang sama ke program ijazah dalam bahasa Inggeris dengan struktur pembelajaran yang tersusun di sebuah universiti tempatan,” katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, program ijazah sarjana muda sastera dalam pengajian bahasa Inggeris di satu universiti swasta tempatan hanya melibatkan kos RM24,000, lebih rendah dari kos yang dibelanjakan untuk setiap guru terbabit.
“Tidak kira apa penjelasan yang diberikan oleh KPM, tidak ada alasan munasabah yang boleh mewajarkan jumlah yang tidak masuk akal untuk dibelanjakan bagi menyediakan apa yang sebenarnya merupakan cuti bergaji selama tiga tahun bagi 360 orang mentor penutur jati bahasa Inggeris,” katanya.
Tambahnya, program tersebut hanya melibatkan “sesi bersama mentor” antara tiga hingga empat jam sebulan.
“Ini serta-merta menimbulkan persoalan tentang keberkesanan program mentor ini. Bagaimanakah seseorang itu diharapkan menguasai sesuatu bahasa dengan hanya tiga hingga empat jam latihan sebulan?,” soalnya lagi. -21/10/13
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.