Kedai Seks Halal
[HM] Ankara: Sebuah kedai dalam talian menawarkan barangan seks yang dibenarkan Islam serta minyak urut dan pewangi dilancarkan di Turki, semalam, menjadikan ia bisnes pertama seumpamanya di negara berkenaan.
Laman sesawang Kedai Seks Halal berkenaan menawarkan produk yang disahkan “selamat sepenuhnya” dan mematuhi semua norma dalam ajaran Islam.
Pelayar Internet yang masuk ke laman sesawang itu akan menemui dua capaian berbeza yang mengasingkan produk untuk lelaki dan wanita.
Bahagian lain laman sesawang itu direka untuk membincangkan seks dalam konteks Islam di bawah pelbagai tajuk, seperti Seks Oral Menurut Islam, Adab Seks Dalam Islam dan Kehidupan Seks Dalam Islam.
Pengasasnya yang enggan dikenali berkata, mereka percaya kedai dalam talian itu dapat memperbetulkan prejudis terhadap Islam selepas selama ini ia dianggap agama yang menentang seks. - AFP - 22/10/13
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.