Selepas Gagal Dipanggung, Tanda Putera Akan Jadi Wayang Pacak FELDA
Tanda Putera Jadi wayang Pacak FELDA
[BH] Bandar Seri Jempol: FELDA akan menayangkan filem kontroversi, Tanda Putera, kepada penghuni 317 tanah rancangan di seluruh negara, menerusi Kembara Wayang Padang yang bermula, malam kelmarin.
Pengerusinya, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, berkata penayangan filem arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba, itu akan dibuat secara berperingkat.
Katanya, keluarga peneroka wajar menonton filem itu kerana ia menyentuh pembangunan tanah rancangan yang dimulakan Allahyarham Tun Abd Razak.
Fahami sejarah
“Saya yakin masyarakat FELDA akan ambil peluang untuk bersama-sama menonton filem ini, sekali gus mengetahui fakta yang dibentangkan menerusi filem ini sebelum membuat pelbagai tohmahan,” katanya selepas merasmikan Kembara Wayang Padang Peringkat Kebangsaan di Padang Awam FELDA Palong 12, dekat sini malam kelmarin.
Turut hadir, Timbalan Pengarah Besar FELDA (Pembangunan Komuniti), Ab Ghani Mohd Ali; Pengarah Pembangunan Komuniti dan Koordinasi FELDA, Anuar Malek dan Ketua Eksekutif Yayasan FELDA, Datuk Dr Emel Faizal Mohd Mokhtar.
Mohd Isa yang juga Ahli Parlimen Jempol, berkata pihaknya juga akan mempertimbangkan penayangan filem yang dianjurkan Jabatan Pembangunan Komuniti FELDA itu di kawasan kampung jika ada permintaan.
Filem bermutu
“Ini adalah filem yang baik, sejarah yang sangat sesuai ditonton oleh anak muda. Jadi, tiada masalah kita bekerjasama menyiarkannya," katanya.
Sementara itu, Anuar berkata, kembara wayang padang dikendalikan sendiri Ikatan Seni Komuniti Anak FELDA (ISKAF) dan diharap dapat menyatukan keseluruhan masyarakat tanah rancangan.
Katanya, hak penayangan filem itu yang diberikan oleh Pesona Pictures adalah kerjasama terbaik dan diharap dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. - 7/10/13
P/s: Tonton Tanda Putera, tonton juga pendedahan Tunku Abdul Rahman dan Lim Kit Siang. Anda mahu percaya filem atau pengakuan di bawah ini?
Fitnah daripada laman filem TP. |
Fitnah kencing bendera, pengendali Laman filem Tanda Putera akui kesilapan. Baca di sini.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.