[KANTOI] Menteri Kesihatan Akui Peningkatan Diabetis dan Obesiti BUKAN Kerana Gula
[TMI] Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam hari ini mengakui peningkatan penyakit diabetis atau kencing manis serta obesiti di kalangan rakyat di negara ini bukan semata-mata berpunca daripada pengambilan gula.
Namun jelas beliau, pengambilan gula boleh menyebabkan penghidap penyakit berkenaan bertambah teruk atau kronik.
Subramaniam mengulas laporan The Malaysian Insider berhubung dakwaan seorang doktor pakar yang menyangkal alasan kerajaan menaikkan harga gula demi menangani peningkatan penyakit tersebut di negara ini.
Menurut Dr P Ramesh, langkah tersebut tidak akan mengurangkan rakyat Malaysia mengidap diabetik, memandangkan penyakit tersebut juga berpunca daripada pengambilan karbohidrat yang tinggi, seperti yang terkandung dalam nasi dan bahan berasaskan gandum.
"Ramai rakyat Malaysia menghidap obesiti bukan kerana mereka mengambil gula, tetapi berpunca daripada pengambilan makanan dan minuman.
"Masalah sebenar adalah ramai tidak mengamalkan senaman secara konsisten. Justeru, ia adalah satu alasan yang sangat menjengkelkan," kata Dr Ramesh.
Menurut Subramaniam, dari segi sains dan nutrisi, gula bukanlah sejenis makanan yang wajib dalam kehidupan harian.
Oleh itu, keputusan kerajaan menghapuskan subsidi gula adalah satu perkara wajar dimana ia memperbetulkan kesalahan kerajaan.
"Sepatutnya kerajaan sejak dahulu tidak memberikan subsidi gula kepada rakyat. Saya rasa inilah kesilapan kerajaan yang kini telah diperbetulkan.
"Ini adalah masa terbaik untuk tidak lagi memberikan subsidi gula kepada rakyat tambahan pula umum sedia maklum mengetahui pengambilan gula secara kerap tidak baik untuk kesihatan malah ia memudaratkan," katanya.
"Pengambilan gula adalah satu budaya di negara ini. Namun kita perlu tahu ia tidak diperlukan kerana bukan bahan keperluan penting seperti beras atau petrol.
"Sekiranya pesakit diabetik pergi berjumpa doktor termasuk yang memberi pandangan ini, pastinya mereka menyarankan pengurangan pengambilan gula," katanya dalam satu sidang media selepas menghadiri forum Simposion Klinikal Immunology Kebangsaan di Kuala Lumpur. – 26 Oktober, 2013.
P/s: Subsidi gula dikurangkan kerana mereka mahu menutup kelemahan pengurusan ekonomi dan pentadbiran sehingga menyebabkan ketirisan berbilion RM, rasuah berleluasa, hutang melambung dan akaun semasa negara semakin kering.
Apabila berlaku begitu, rakyat majoriti yang menerima akibat.
Berilah apa-apa alasan, sebahagian besar rakyat Malaysia tidak bodoh!
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.