Kempen BIADAP, Kaitkan Subsidi Gula dengan Orang yang Sudah Meninggal Dunia
TPM kaitkan Azizan pertahan potong subsidi gula
[MK] Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin mempertahankan pengurangan subsidi gula sebanyak 34 sen yang diumumkan kerajaan dalam pembentangan Bajet 2014 semalam dan berkuatkuasa hari ini.
Menurutnya, ia dilakukan untuk manfaat orang ramai dan hadirin yang hadir perlu mengambil iktibar daripada penyakit kencing manis yang dideritai allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.
Azizan terpaksa menjalani pembedahan memotong kedua-dua belah kakinya akibat komplikasi penyakit kencing manis. Bekas menteri besar Kedah itu meninggal dunia pada 26 September lalu.
"Kita tak bagi lagi subsidi untuk gula.siapa setuju angkat tangan.
"Saya tak ambil gula tuan-tuan.
"Ramai meninggal dunia sudah ditakdirkan Allah, tapi di dunia ini disebabkan banyak makan, di samping itu banyak ambil gula sampai tak usahlah saya cerita tentang almarhum (Azizan).
"Sebab itu juga dia terpaksa melalui proses kakinya terpaksa dipotong.
"Jadi kerajaan umum tak ada subsidi umum tak ada gula keputusan tepat hendak menjaga maslahah am - hendak menjaga kesihatan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya di majlis pertemuannya bersama guru dan ibubapa pelajar sekolah sekitar Yan dan Kuala Muda pagi tadi.
Turut hadir ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir, Anggota Parlimen Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom serta calon BN untuk pilihan raya kecil Sungai Limau, Dr Ahmad Sohaimi Lazim. - 26/10/13
P/s: Mereka yang salah urus ekonomi, ketirisan melibatkan berbilion RM, rasuah berleluasa kemudian apabila ekonomi teruk, akaun semasa semakin kering, hutang negara melambung tinggi, mereka kenakan cukai dan potong semua subsidi kecuali untuk kroni dengan memberikan pelbagai macam alasan sampai cuba mewajarkannya dengan mengaitkan dengan orang yang sudah meninggal dunia.
BIADAP!!!
Benarkah gula penyebab utama obesiti dan diabetis? Baca di sini.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.