Kerajaan: Kalimah Allah Bebas Digunakan di Sabah dan di Sarawak
Kalimah 'Allah' bebas diguna di Sabah, S'wak, kata k'jaan
[MK] Kalimah 'Allah' boleh digunakan oleh penganut Kristian rakyat Sabah dan Sarawak dalam ibadah mereka, termasuk Bible dalam bahasa Melayu, kata kerajaan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup dilaporkan dalam Sin Chew Daily sebagai berkata bahawa ini telah diputuskan oleh kabinet dalam mesyuaratnya semalam.
]
Beliau berkata Kabinet memutuskan untuk kembali kepada penyelesaian 10-perkara, yang membenarkan import dan cetakan Bible dalam sebarang bahasa di Malaysia, termasuk Alkitab yang menggunakan kalimah 'Allah'.
Menurutnya, Kabinet telah membincangkan keputusan Mahkamah Rayuan kerana isu tersebut telah menimbulkan banyak rasa tidak puas hati dan rasa bimbang di kalangan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak.
Mereka, tambahnya, bimbang jika Bible bahasa Melayu yang menggunakan kalimah 'Allah' akan diharamkan.
Oleh itu, Sin Chew Daily melaporkan Kurup berkata, Kabinet merasakan terdapat keperluan untuk membuat perjelasan mengenainya. - 17/10/13
P/s: Adakah pejuang kalimah Allah di bawah ini faham bahawa penghakiman yang menang di Mahkamah Rayuan itu hanya menghalang penggunaan kalimah Allah dalam akhbar/majalah The Herald saja bukannya merangkum semua penerbitan atau di mana-mana tempat di Malaysia?
Adakah mereka tahu bahawa PM/kabinet yang disokong oleh mereka meluluskan penggunaan kalimah Allah di Borneo termasuk dalam Bible BM/Indon?
Adakah mereka tahu bahawa PM/kabinet yang disokong oleh mereka meluluskan penggunaan kalimah Allah di Borneo termasuk dalam Bible BM/Indon?
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.