Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label kalimah Allah. Papar semua catatan

, ,

Isnin, 5 Mei 2014

Dahan Kalimah Allah Dijual RM4.4 Juta



[HM] Riyadh: Seorang ahli perniagaan dari negara Teluk sanggup membelanjakan SR5 juta (RM4.15 juta) untukm membeli dahan yang berukir kalimah Allah.

Ahli perniagaan yang tidak dikenali itu membelinya daripada Ahmed Al Gamdi, anak orang yang menemui dahan berkenaan ketika menebang pokok kurma lebih 25 tahun lalu.

“Dahan itu dijual SR5 juta (RM440 juta) di satu pameran seni di ibu negara minggu lalu.

Ia dibeli oleh ahli perniagaan dari negara di Teluk Arab,” lapor akhbar Sabq.

Gamdi berkata, selepas 25 tahun bapanya memotong pokok berkenaan di Makkah, barat Saudi, kalimah Allah itu masih kekal pada dahan itu sedangkan yang lain musnah.

Katanya, kebanyakan dahan lain pokok itu sama ada mati atau bentuknya berubah kecuali dahan yang mempunyai kalimah Allah itu saja kekal dan tidak berubah.- Agensi/5/5/14

Lanjut di sini.

, ,

Jumaat, 7 Mac 2014

Samakan Ultraman dengan Allah Punca Tindakan KDN


[AA] KUALA LUMPUR: Terjemahan komik Ultraman The Ultra Power yang menyamakan watak adiwira itu dengan nama Allah dipercayai menjadi alasan tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan komik tersebut.

Sejak berita pengharaman itu disiarkan oleh Bernama pada petang Khamis, foto halaman komik berkenaan mula tersebar melalui beberapa blog dan di jaringan media sosial.

Terjemahan perkataan 'god' kepada "Allah" itu berbunyi: "Dalam 2009 filem Mega Monster Battle:. Ultra Galaxy Legend The Movie, dia dianggap sebagai, dan dihormati sebagai, "Allah" atau Elder semua wira Ultra."

Ayat berkenaan diterjemahkan daripada ayat asal yang berbunyi:"In the 2009 film Mega Monster Battle: Ultra Galaxy Legend The Movie, he is considered to be, and respected as, the "God" or Elder of all Ultra heroes."

CubaanAstro AWANImenterjemahkan teks asal berkenaan dengan menggunakan sistem terjemahan dalam talian Google Translate juga mendapatkan hasil terjemahan yang sama seperti yang terkandung dalam foto halaman komik yang tersebar di blog dan media sosial itu.







Komik berkenaan diterbitkan oleh Resign Publications dan dicetak oleh Network Printers.

Laporan Bernama pada Khamis menyebut KDN mewartakan Perintah Larangan Penerbitan terhadap buku 'Ultraman The Ultra Power', yang didapati mengandungi unsur-unsur mungkin memudaratkan ketenteraman awam.

Warta larangan itu berkuat kuasa pada 18 Februari lepas mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

"Adalah menjadi satu kesalahan mengikut subseksyen 2 Seksyen 8 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 sekiranya mana-mana orang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada dalam miliknya bagi apa-apa jua maksud seperti itu apa-apa hasil penerbitan larangan," menurut kenyataan itu.

Mereka yang disabitkan melakukan kesalahan itu boleh dikenakan penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.


Laporan Bernama itu bagaimana pun tidak menyebut dengan terperinci alasan tindakan KDN. Laporan pengharaman yang tidak jelas itu kemudiannya cepat menjadi bahan jenaka di media sosial.

Pensyarah kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr. Zaharuddin Abd Rahman dalam komentarnya di Facebook berkata, beliau bersetuju dengan pengharaman itu walaupun tindakan itu mungkin tidak popular dan dilucukan oleh orang ramai.
Beberapa komen lain di jaringan media sosial Twitter juga berkongsi pandangan yang sama yang bersetuju sekiranya pengharaman ini ada kaitan dengan tindakan menyamakan watak adiwira itu dengan Allah. -7/3/14









, , ,

Rabu, 12 Februari 2014

[Video] Muzakarah Kalimah Allah: "Kecewa Noh Omar Tidak Mampu Sekolahkan Saya" - Khalid Samad


[KhalidSamad] Saya telah hadir ke ‘Muzakarah Kalimah Allah’ di studio MobTV malam kelmarin. Rakaman video berkenaan boleh ditonton melalui laman web MobTV: Muzakarah - Kalimah Allah : Dari Sudut Perundangan. Saya telah hadir tanpa sebarang syarat atau udang di sebalik batu, dengan penuh kesediaan untuk disekolahkan oleh Noh Omar. Malangnya beliau mengaku bahawa beliau tidak merupakan pakar dalam soal hukum Islam mahupun soal perlembagaan Negara. Dalam soal hukum Islam beliau mengesyorkan kita terima sama keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dan Negeri dan dalam soal perlembagaan, beliau syorkan kita serahkan sahaja kepada pihak mahkamah.

Saya hairan dengan sikap beliau ini. Kalau Noh menganggap kita tidak layak membincang isu ini, mengapa dia cabar saya untuk berdebat? Kalau Noh anggap beliau tidak cukup pakar, mengapa beliau berkata beliau ingin sekolahkan saya? Maka kecewa teramatlah diri saya dalam soal ini kerana tidak bertambah ilmu saya walau sedikit pun setelah bermuzakarah lebih sejam bersamanya. Hanya yang terserlah adalah kecelaruan pemikiran yang biasa pada mana-mana pimpinan UMNO/BN.

Mungkin bagi diri Noh, sememangnya beliau tidak mampu menilai dan memberi pandangan berhubung isu ini. Oleh itu beliau memilih jalan selamat dan tidak memberi sebarang komen terhadap hujjah yang telah saya kemukakan. Ayat Quran yang mempunyai makna dan maksud yang jelas ditepis dengan sekadar menyatakan, “kamu bukan ulama. Kenapa kamu tidak menjadi anggota Dewan Ulama PAS?” dan sebagainya. Sekadar itu sahajalah kemampuan dirinya sambil menyerang peribadi saya berhubung tauliah saya yang tidak dilanjutkan dan tuduhan kertas putih terhadap saya semasa saya ditahan ISA.

PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH OLEH BUKAN ISLAM
Hujjah saya bahawa kalimah Allah digunakan oleh masyarakat Arab Jahiliah sebelum, semasa dan selepas zaman Rasulullah (SAW) langsung tidak di’iya’kan atau ditolak. Kerana menurut beliau sendiri, beliau bukan pakar dan oleh itu beliau tidak tahu.

Hujjah saya yang berlandaskan Ayat Al-Quran bahawa masyarakat Nasrani (Kristian) dan Yahudi sebelum, semasa dan selepas zaman Rasulullah (SAW) menggunakan kalimah Allah dan ianya langsung tidak dilarang oleh Ar-Rasul juga tidak dihiraukannya. Begitu juga di zaman para Sahabat, Tabiin dan Taba-Tabiin selepas wafatnya Rasulullah, termasuk zaman Bani Umayyah, Abasiah sehingga Othmaniah keadaannya terus begitu.

Cabaran saya untuk dikemukakan pandangan walaupun seorang ulama muktabar pada zaman itu yang menyatakan bahawa kalimah Allah hak eklusif orang Islam dan haram untuk bukan Islam, juga tidak disahutnya. Apakan daya, beliau tidak tahu dan hanya mampu bertaqlid dalam soal ini walaupun tidak mengetahui apa sebarang hujjah di sebaliknya.

MENGAPA DIHARAMKAN
Mengikut fahaman saya, pada dasarnya pengharaman itu adalah berkaitan dengan usaha menghalang penyebaran agama lain kepada ummat Islam. Pada asalnya hukum penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam adalah harus (dibenarkan) tetapi dalam konteks penggunaannya untuk menyebarkan agama mereka kepada orang Islam maka ianya diharamkan. Maka haramnya adalah atas cara dan tujuan ianya digunakan bukan kerana “Allah adalah milik ummat Islam” atau “Allah adalah Tuhan ummat Islam”, iaitu kata syirik yang terhasil dari golongan jahil berhubung isu yang dipolitikkan ini.

Dalam soal penyebaran agama bukan Islam kepada orang Islam, kita semua bersetuju ianya dilarang dan perlu dibenteras. Oleh itu buku dan kitab termasuk risalah serta apa jua usaha menyampaikan agama bukan Islam kepada ummat Islam perlu dihalang. Namun, adakah sesama bukan Islam juga ingin dihalang dan dipantau sedangkan ianya tidak sama-sekali melibatkan ummat Islam? Jika buku Bible ini tidak boleh diserahkan kepada orang Islam, apakah keperluan untuk kita sebagai ummat Islam menentukan perkataan apa yang digunakan di dalam Bible tersebut? Tidakkah ini bercanggah dengan maksud ayat yang masyur yang saya yakin Noh sendiri mengetahuinya iaitu,“Lakum diinukum wali yadiin” atau bagi kamu agama kamu dan bagi kami agama kami.

Pada zaman Nabi, arab musyrikin mempunyai berbagai-bagai kekeliruan terhadap Allah sepertimana juga orang Kristian dan Yahudi. Dasar ‘bagi kamu agama kamu dan bagi kami agama kami’ membiarkan mereka terus dengan kepercayaan mereka terhadap Allah sambil ummat Islam menyatakan kefahaman yang sebenarnya.

PERSOALAN AQEEDAH?
Pada penghujung muzakarah tersebut, Noh merumuskan ucapannya dengan mengatakan ‘mempertahankan kalimah Allah’ adalah persoalan Aqeedah. Nampak gaya bukan sekadar Noh tidak mampu sekolahkan saya, beliau juga merupakan ‘guru’ yang kurang bijak. Beliau tidak mampu memahami bahawa ini bukan soal aqeedah tetapi kaedah untuk menyekat penyebaran agama lain di kalangan ummat Islam. Itu pun oleh kerana dianggap ummat Islam mudah dikelirukan. 

Jika benar ianya Aqeedah, maka mengapa sebut kalimah Allah oleh bukan Islam ‘secara biasa’ dibolehkan? Sekiranya ianya Aqeedah, bagaimana ianya dibenarkan di Sabah dan Sarawak? Kalau ianya Aqeedah tidakkah ia bermakna seluruh dunia Islam, selain dari ummat Islam di Semenanjung sahaja telah sesat kerana membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah?

Akan tetapi apa yang disebut oleh bukan Islam berhubung Allah, seperti Allah ‘tiga dalam satu’, adalah tidak benar dan salah. Namun, walaupun salah menurut pandangan Islam, sebagai seorang Islam kita tidak boleh melarang kerana itu agama mereka dan kepercayaan mereka. Samada dikatakan Allah itu tiga atau Tuhan itu tiga ianya tetap salah menurut Islam.

Maka, Enakmen Agama Bukan Islam adalah kaedah untuk mengelak ummat Islam dikelirukan dan dengan itu terpengaruh dengan agama bukan Islam. Itu sahaja, bukan soal Aqeedah. Dan implikasinya ialah bahawa orang Melayu Islam di Semenanjung ini lebih mudah dikelirukan berbanding dengan yang berada di Sabah dan Sarawak! Maka itulah sebabnya di Sabah dan Sarawak ianya dibenarkan tetapi tidak di Semenanjung. Mungkin ianya ada kaitan dengan hakikat UMNO lebih lama di Semenanjung berbanding Sabah dan UMNO tidak ada di Sarawak maka orang Islam di Semenanjung mudah dikelirukan? Di mana adanya UMNO, di situ Melayu jahil dan mudah dikelirukan?

Saya sebenarnya letih dengan guru yang kurang bijak sebegini. Malam itu saya mengambil pendekatan tidak menyerang kerana saya datang untuk ‘disekolahkan’. Saya jelaskan fahaman saya dan jawab serangan Noh terhadap diri saya. Saya tidak menyerang dirinya. Namun dalam keadaan begitu pun saya sedih kerana kemampuannya untuk ‘menyekolahkan’ saya tidak sama sekali diserlahkan. Sebaliknya beliau hanya mengaku bahawa beliau tidak tahu serta tidak layak dan mendakwa begitu juga diri saya. Yang pasti, DIA yang tidak tahu dan oleh kerana tidak tahu, maka beliau tidak mampu juga menilai hujjah yang telah saya kemukakan. Oleh itu beliau tidak mampu menilai kemampuan saya.

Letih saya dengan guru sebegini; bukan sahaja tiada ‘udang’ di sebalik batu, bahkan tiada apa pun di sebalik batu!




,

Khamis, 30 Januari 2014

Isu Debat Kalimah Allah: Khalid Samad Beri Tempoh 10 Hari kepada Noh Omar...


Khalid rela 'disekolahkan' Noh, tapi 'live'

[MK] Ahli parlimen Khalid Samad berkata beliau sedia "disekolahkan" oleh pemimpin Umno Datuk Seri Noh Omar berhubung isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam tetapi ia hendaklah diadakan secara langsung.

Beliau memberi tempoh sehingga 10 Februari depan untuk Noh mengatur acara itu menerusi mana-mana saluran televisyen dengan mengekalkan tajuk dan moderator yang sama.

Katanya, jika terdapat isu keselamatan, debat itu boleh diadakan tanpa kehadiran penyokong masing-masing.

"Kita bentang idea dan hujan bukan atas kekuatan fizikal dan penyokong dan sebagainya.

"Kalau tidak mampu, untuk susun dan atur, maka saya akan buat sendiri. Saya panggil dia dan kita tengok siapa sekolah siapa," katanya dalam sidang media.

Debat Khalid-Noh anjuran Sinar Harian sebelum ini dibatalkan. Pembatalan itu dibuat saat-saat akhir setelah mengambil kira pelbagai sudut situasi termasuk berkaitan keselamatan.

Noh kemudian menyatakan kekesalannya kerana berasa seolah-olah dipermainkan dan tidak dapat “menyekolahkan” musuh politiknya itu. -30/1/14


,

Isnin, 27 Januari 2014

Debat Kalimah Allah: Noh Tetap ke Karangkraf...Respons Khalid Samad...



[MK] Pengerusi badan perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar kesal debat mengenai polemik kalimah Allah dibatalkan.

Beliau meluahkan rasa kesal gagal membetulkan kenyataan timbalan pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad dan mahu penganjur memberi penjelasan kerana seolah-olah dipermainkan.


"Saya merasa kesal dengan pembatalan debat yang telah dirancang. Inilah masanya untuk saya 'sekolahkan' Khalid Samad yang sering mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan dalam isu kalimah Allah.

“Saya tetap ke Karangkraf hari ini untuk mendapatkan penjelasan daripada mereka kerana saya rasa seolah-olah dipermainkan oleh pihak penganjur," tulis beliau di laman Twitter hari ini.

Awal pagi ini, penganjur debat, Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd mengumumkan pembatalan debat tersebut.

Laman Sinar Online memetik Penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Abd Jalil Ali berkata, keputusan saat akhir itu dibuat setelah mengambil kira pelbagai sudut situasi terkini.

Abd Jalil berkata, pandangan dan nasihat telah disuarakan pelbagai pihak menerusi akhbar, media sosial, e-mel dan surat-surat yang dihantar ke pejabat Sinar Harian.


Sementara itu Khalid (kanan) membalas dalam blog beliau bahawa pembatalan debat itu "sudah dijangka" dan beliau tidak berminat membuat sebarang andaian.

"Saya sendiri sebenarnya malas membuat sebarang andaian, namun saya bertambah hairan kerana inilah peluang keemasan untuk mereka membuktikan (kononnya) saya 'jahil' dan telah 'gadaikan agama'.

“Mengapa mereka lepaskan peluang ini? Mungkin kerana mereka pun sudah tahu bahawa sebenarnya apa yang mereka buat tiada asas yang kukuh," tulis beliau di laman blog. 27/1/14



P/s: Buat apa Noh Omar ke Karangkraf? Kalau di Sinar batal, anjurkan di tempat lain. Jika tidak, rakyat beranggapan Noh Omar hanya berani mencabar sahaja.


Respons Khalid Samad:

Lihat hasil dahulu bukan terus batal debat - Khalid

[HD] KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berpendapat sepatutnya semua pihak perlu melihat terlebih dahulu hasil daripada debat berkaitan isu kalimah Allah bukannya terus membatalkan program tersebut.

Jelasnya, debat merupakan langkah untuk menyelesaikan segala kekeliruan yang berlaku dan menjawab segala persoalan yang melanda masyarakat sekarang.

"Saya menghormati keputusan dari pihak Sinar Harian yang memaklumkan pembatalan debat tersebut dan tak bermaksud untuk mempertikaikan keputusan yang dibuat.

"Pada pendapat saya sepatutnya kita perlu melihat terlebih dahulu hasil dari debat yang akan dianjurkan, apa yang boleh diputuskan daripadanya sama ada dari sudut negatif mahupun positif.

"Kalau ia dibatalkan tanpa kita mengetahui hasilnya, apa yang kita akan rumuskan adakah debat itu terus mengelirukan masyarakat, menimbulkan ketegangan atau sebaliknya,” jelas beliau kepada Harakahdaily.

Beliau yang menerima makluman melalui sistem pesanan ringkas (sms) tentang pembatalan itu turut memberitahu, persiapan bagi debat telah pun dilaksanakan termasuk jemputan dan juga fakta-fakta yang akan dibentang pada program tersebut.

Sehubungan itu,, beliau bersedia untuk hadir jika ada mana-mana pihak yang sudi menganjur dan menjemput beliau dalam membincangkan isu tersebut jika perkara itu dapat menguraikan kekeliruan yang ada.

"Perkara yang baik sepatutnya diteruskan dan jika ada mana-mana pihak jemput saya sebagai pendebat, saya akan hadir.

"Kita kena perjelaskan dan menyelesaikan kekeliruan yang ada sekarang ini, bukan untuk bergaduh ataupun menunjuk siapa yang hebat tetapi kita mahu mencari penyelesaiannya," sambung beliau yang juga AJK PAS Pusat.

Debat Sinar Harian mengenai isu kalimah Allah antara beliau dengan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang dijadualkan hari ini (27 Januari) terpaksa dibatalkan.

Penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Abd Jalil Ali dalam satu kenyataan berkata, keputusan di saat akhir ini dibuat setelah mengambil kira pelbagai sudut situasi terkini. - Muhammad Faizal/ 27/1/14


Respons lanjut Noh yang menegaskan mahu meneruskan debat tersebut di sini.

Sabtu, 25 Januari 2014

'Jangan guna kalimah ALLAH ganti God' -TGNA


[SH] KOTA BHARU - Masyarakat bukan Islam di negara ini tidak boleh sesekali menggunakan kalimah ALLAH sebagai menggantikan perkataan God sebagaimana yang terdapat dalam kitab mereka khususnya Bible, tegas Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurutnya, perkataan God dalam kitab itu lebih tepat diterjemah kepada perkataan ‘tuhan’ bukannya ALLAH sebagaimana desakan sesetengah pihak.

“Tetapi yang menjadi masalah sekarang kerana ada orang mahu God diterjemah kepada ALLAH, ini tidak betul, God maknanya Tuhan, ia bukan bermakna ALLAH, ALLAH lain, tuhan lain, tuhan terlalu banyak, ada orang bertuhankan harta.

“Tuhan yang sebenar adalah ALLAH, tetapi God dalam bahasa Inggeris itu tidak boleh diterjemah kepada ALLAH, sebaliknya tuhan. Nama apa tuhan?

"ALLAH nama sebenarnya. Nabi Isa bukan tuhan, Siti Maryam tidak tuhan, (Malaikat) Jibril tidak tuhan, ALLAH itu nama-Nya, sifatNya ada 99, orang tidak boleh kenal ALLAH melainkan melalui nama-nama-Nya,” katanya ketika menyampaikan Kuliah Jumaat di Medan Ilmu.


Menurutnya, masyarakat Arab jahiliyah di Makkah menggunakan kalimah ALLAH sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW lagi, malah sekarang orang Cina pun selalu menyebut Alhamdulillah, Insya ALLAH selaligus membuktikan kalimah ALLAH sudah jadi sebutan untuk semua tanpa mengira Islam atau kafir.

Bagaimanapun katanya, walaupun kini kalimah ALLAH itu menjadi lafaz ‘biasa’ dalam kegiatan seharian masyarakat termasuk orang bukan Islam, namun ia tidak boleh disamakan dengan tuhan yang dirujuk dalam fahaman agama mereka.

Dalam pada itu, Nik Abdul Aziz enggan mengulas lanjut mengenai isu kalimah ALLAH sebaliknya hanya mengulangi sokongannya terhadap keputusan Majlis Syura Ulama Pas pada Januari tahun lalu.

Isu kalimah ALLAH hangat kembali berikutan tuntutan Pengarang The Herald, Paderi Lawrence Andrew yang berkeras mahukan semua gereja Katolik di Selangor menggunakan kalimah ALLAH dalam perhimpunan mingguannya sebelum mengundang kemarahan umat Islam.

Mesyuarat Majlis Syura Ulama Pas pada 13 Januari tahun lalu sebulat suara memutuskan ALLAH adalah kalimah suci iaitu ALLAH Yang Esa, tunggal, tidak beranak dan tidak diperanakkan.

Majlis Syura Ulama ketika itu turut menegaskan bahawa kalimah ALLAH adalah kalimah khusus dan tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah tersebut, begitu juga sebaliknya. - 25/1/14


P/s: Penjelasan yang lebih "direct" daripada kenyataan berlapik Majlis Syura sebelum ini. Kalimah Allah boleh digunakan namun tidak boleh disalahgunakan.


,

Khamis, 23 Januari 2014

Isu Rampasan Bible: Putrajaya Kekal Penyelesaian 10 Perkara, Apakah Penyelesaian 10 Perkara?



Putrajaya Kekal Penyelesaian 10 Perkara, Serah Isu Rampasan Bible kepada Selangor

[TMI] Kerajaaan persekutuan komited dengan Penyelesaian 10 Perkara yang menyatakan bahawa Alkitab boleh menggunakan kalimah Allah namun berhubung isu rampasan bible terletak di bawah kuasa kerajaan negeri, kata Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Ketua Pemuda Umno itu berkata, Putrajaya “mahu meredakan ketegangan” perdebatan kalimah Allah meskipun penyelesaian 10 perkara sudah dimeterai pada 2011 bersama pemimpin Kristian membenarkan penggunaan bible dalam bahasa Melayu, Alkitab.

“Kurang komen isu ini lebih baik. Sudah tentu kerajaan persekutuan komited kepada penyelesaian 10 perkara dan perkara itu jelas.

“Apabila berkata tentang enakmen, ia sepenuhnya di bawah pertimbangan kerajaan negeri,” katanya ketika ditemui media di Kuala Lumpur hari ini.

Sebelum ini, Putrajaya mengambil pendekatan berdiam diri meskipun ketegangan agama memuncak oleh pertubuhan Islam dalam penerbitan dan khutbah terhadap penggunaan kalimah Allah.

Khairy berkata Kabinet telah membincangkan isu pertelingkahan kalimah Allah dalam mesyuaratnya semalam.

Berhubung tawaran rundingan bersama Pakatan Rakyat (PR) berhubung beberapa isu, Khairy berkata isu kalimah Allah harus diselesaikan dahulu oleh kerajaan negeri Selangor.

Katanya, Selangor menghangatkan isu kalimah Allah dengan serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas Pertubuhan Bible Malaysia (BSM) pada awal bulan ini.

Dalam serbuan berkenaan, Jais merampas lebih 300 bible berbahasa Melayu dan Iban yang dikatakan akan diedarkan ke Sabah dan Sarawak.

“Isu itu perlu diselesaikan dahulu sebelum sebarang dialog di antara Barisan Nasional (BN) dan PR. Tiada apa yang boleh dilakukan.

“Dalam kes BSM, serbuan dijalankan oleh pihak berkuasa agama negeri maka penyelesaian 10 perkara tidak boleh menggantikan enakmen negeri,” katanya. 

Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Penyebaran Kepada Umat Islam) 1988 dipinda pada November 2013 melarang bukan Islam menggunakan 35 kalimah termasuk “Allah”.

Khairy berkata meskipun Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menasihatkan Jais berpandukan kepada penyelesaian 10 perkara, namun jabatan itu tidak dapat mematuhinya kerana terikat dengan enakmen negeri.

“Kerajaan negeri Selangor telah berunding dengan Jais dan cuba menyelesaikan isu ini,” katanya.

Beliau berkata Putrajaya perlu menghormati undang-undang negeri semasa kerana Malaysia adalah sebuah persekutuan.

“Lain negeri, lain undang-undang. Kita perlu menghormati negeri kerana mereka mempunyai undang-undang sendiri,” katanya yang memberikan contoh penduduk Semenanjung perlu menunjukkan MyKad ketika memasuki Sabah dan Sarawak. – -TRINNA LEONG/23 Januari, 2014.


Apakah Penyelesaian 10 Perkara?




Berkaitan:

"Antara persetujuan yang dicapai adalah; Al-Kitab dalam apa-apa bahasa boleh dibawa masuk ke Malaysia, termasuk dalam Bahasa Malaysia dengan syarat – bagi Semenanjung Malaysia, naskhah itu perlu diletakkan lambang Salib dan ‘Christian Publication’ pada muka depannya." - Roket Kini


P/s: Moga-moga tiada pihak yang menuding jari kepada PAS atau PR dalam hal yang berkaitan.


, ,

Isnin, 11 November 2013

Umno Didakwa Tipu Melayu dalam Isu Kalimah Allah, PAS Gesa Tarik Balik Tuduhan



[TMI] PAS mendakwa pemimpin politik Umno telah menipu masyarakat Melayu dalam isu kalimah Allah apabila mereka sendiri membenarkan penggunaannya di kalangan masyarakat Kristian.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar (gambar) menyifatkan masyarakat Melayu telah diperbodohkan oleh Umno yang menggunakan isu penggunaan kalimah Allah sepanjang tempoh berkempen pada pilihan raya umum ke-13 lalu.

"Orang Melayu kena faham dalam pilihan raya tempoh hari mereka telah ditipu oleh Umno dan macai-macai Umno," kata Ahli Parlimen Pokok Sena tersebut dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Beliau juga mendesak pemimpin Umno menarik balik kenyataan yang menghentam PAS dalam pendirian melibatkan penggunaan kalimah Allah.

"Apa isunya sebelum ini apabila kerajaan menuduh pihak PAS sedangkan kerajaan sendiri membenarkan?

"Pendirian kerajaan sebelum ini bukan berasaskan agama tetapi berasaskan sentimen politik untuk menghangatkan suasana politik... kerajaan BN (Barisan Nasional) perlu tarik balik semua kenyataan yang memburukkan PAS kerana kerajaan sendiri membenarkan kalimah Allah," kata beliau lagi.

Mahfuz sebelum itu bertikam lidah dengan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom apabila mengeluarkan kenyataan bercanggah apabila bertegas kalimah Allah hanya ekslusif untuk penganut Islam tetapi pada masa sama Kabinet pula membenarkan penggunaan kalimah suci tersebut di Sabah dan Sarawak.

"Jadi memang betullah keputusan kabinet yang YB (Jamil Khir) juga anggota Kabinet bersetuju membenarkan kalimah Allah digunakan orang Kristian," kata Mahfuz semasa di dalam Dewan Rakyat apabila Jamil Khir menegaskan keputusan tersebut diambil berlandaskan 10 Penyelesaian yang telah dipersetujui sebelum ini.

Isu berkaitan penggunaan kalimah Allah tercetus sejak 2009 apabila Kementerian Dalam Negeri melarang penerbitan Herald menggunakan kalimah berkenaan dalam penerbitan mingguan berbahasa Melayu mereka bagi kegunaan penganut Katolik.

Mahkamah Rayuan memutuskan Herald dilarang menggunakan perkataan berkenaan.

Bagaimanapun, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa kongres ke-28 Parti Bersatu Sabah berkata, penganut Kristian di Malaysia Timur boleh meneruskan penggunaan kalimah Allah walaupun Mahkamah Rayuan membuat keputusan sebaliknya.

Katanya, Putrajaya akan menghormati penyelesaian 10 perkara yang dimeterai pada 2011 iaitu gereja Sabah dan Sarawak boleh meneruskan penggunaan kalimah Allah dan menggesa semua pihak tidak mempolitikkannya kerana ia akan menjadi ancaman memudaratkan diri sendiri.

Namun, baru-baru ini semasa perutusan sempena sambutan Maal Hijrahnya, Najib berkata akan tetap mempertahankan kalimah Allah demi bangsa, agama, dan negara.

Dalam perutusan sempena sambutan Maal Hijrahnya, Najib berkata, ketegasan itu bagaimanapun dibuat secara berhemah melalui konsep Wasatiyyah yang menjadi asas kemakmuran Malaysia.

"Menghayati pengertian hijrah yang lebih luas, kita tetap memartabatkan agama dan mempertahankan kalimah Allah demi agama, bangsa dan negara tercinta.

"Malaysia yang menjunjung tinggi perlembagaan dan Islam sebagai agama bagi negara, tetap istiqamah mendaulatkan kedudukan Islam di negara ini berlandaskan Maqasid Syariah dan pendekatan berhemah berkonsepkan Wasatiyyah," katanya dalam perutusan berkenaan yang boleh didapati di laman web www.1malaysia.com.my. – 11 November, 2013.



Khamis, 24 Oktober 2013

Dr Yusof Al-Qardhawi: Kalimah Allah Milik SEMUA


[Ustazengineer/Kredit Kelab GB] Artikel ini diambil berdasarkan teks khutbah Jumaat Dr Yusuf Al-Qardhawi pada 22 Januari 2010 yang lalu di Masjid Umar bin Al-Khattab di Doha, ibu negara Qatar. 

Anda boleh melihat kenyataan penuh beliau melalui laman web rasmi Dr Yusof Al-Qardhawi dan juga saya perolehi terjemahan beliau melalui laman web saudara Ridzuan Abdul Aziz. Syukran diatas perkongsian. 

Ianya merupakan penjelasan yang ringkas dan padat dalam usaha untuk memahamkan orang Malaysia keseluruhannya berkaitan dengan keadaan dan situasi sebenar menurut kaca mata Islam berkenaan dengan isu penggunaan kalimah Allah. 

Apa yang dinyatakan oleh beliau terdapat beberapa perkara yang boleh disimpulkan bagi menutup isu ini yang kian berlarutan di Malaysia. 

Pertama, kenyataan yang dikeluarkan oleh ulama’ yang diiktiraf oleh ulama’-ulama’ seluruh dunia hendaklah dihormati dan diakui kerana ketinggian ilmu beliau jika dibandingkan dengan pendapat sesetengah ‘ustaz’ atau ulama’ mahupun sesetengah golongan di Malaysia ini. 

Kedua, kalimah Allah adalah kalimah milik seluruh umat manusia, bukan milik umat Islam semata-mata. Ini dinyatakan jelas menerusi surah yang menjadi pembuka bagi kitab Al-Quran, الحمد لله رب العالمين iaitu segala pujian hanyalah bagi Tuhan sekalian alam, bukan Tuhan sekalian umat Islam. 

Ketiga, mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab dalam mencetuskan rusuhan antara kaum dengan menyerang rumah-rumah ibadah antara Kristian dan juga umat Islam. 

Islam sendiri melarang umatnya sendiri merosakkan tempat ibadah kaum kuffar hatta di dalam perperangan sekalipun. 

Ini terbukti semasa Salahuddin Al-Ayubi sewaktu membebaskan Jerusalam (Baitul Maqdis) daripada cengkaman Kristian beliau tidak menyeksa tahanan perang dan memelihara gereja dan juga para pendeta kristian. 

Yusuf Al-Qaradhawi Mengutuk Serangan terhadap orang Kristian di Malaysia. 

Doha – Dr Yusuf Qaradhawi, Presiden dari ‘International Union for Muslim Scholars’ mengutuk kejadian yang berlaku antara Muslim dan Kristian di beberapa buah negara Arab dan Islam, dan serangan ke atas beberapa buah gereja membuktikan bahawa peristiwa-peristiwa itu disebabkan oleh ketidak fahaman dan kejahilan, bukanlah dari amalan orang Islam. 

Serangan terhadap beberapa buah gereja di Malaysia adalah berpunca dari penggunaan lafaz ‘Allah’ yang mulia oleh orang Kristian adalah tidak sesuai kerana Allah adalah Tuhan sekalian alam, dan bukan hanya umat Islam. 

وفي خطبة الجمعة 22-1-2010 بمسجد عمر بن الخطاب بالعاصمة القطرية الدوحة قال القرضاوي إن: “الأحداث التي وقعت بين المسلمين والنصارى في عدد من الدول معظمها سببه الجهل، وليس تعصب المسلمين، فالمسلمون أمة متسامحة، القرآن علمهم التسامح لأن الله سبحانه وتعالى هو الذي خلق الناس متفاوتين”.

وتابع قائلا: “ولو شاء الله أن يجمعهم على الهدى لجمعهم، ولكن كما قال تعالي: (هُوَ الَّذِي خَلَقَكُمْ فَمِنْكُمْ كَافِرٌ وَمِنْكُم مُّؤْمِنٌ)، (وَلَوْ شَاءَ رَبُّكَ لَجَعَلَ النَّاسَ أُمَّةً وَاحِدَةً وَلاَ يَزَالُونَ مُخْتَلِفِينَ * إِلاَّ مَن رَّحِمَ رَبُّكَ…)، فاختلاف الناس في الأديان بمشيئة الله ولا يستطيع أحد أن يعارض مشيئة الله ويجبر الناس أن يكونوا كلهم مسلمين”.

وأوضح أن “اختلاف الناس في الأديان بين مؤمن بدين وكافر بدين لا نفصل نحن (المسلمين) فيه في الدنيا، إنما الذي يفصل فيه الله تعالي يوم القيامة، كما قال عز وجل: ( وَإِن جَادَلُوكَ فَقُلِ اللهُ أَعْلَمُ بِمَا تَعْمَلُونَ * اللهُ يَحْكُمُ بَيْنَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فِيمَا كُنْتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ)، (اللهُ رَبُّنَا وَرَبُّكُمْ لَنَا أَعْمَالُنَا وَلَكُمْ أَعْمَالُكُمْ لاَ حُجَّةَ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمُ اللهُ يَجْمَعُ بَيْنَنَا وَإِلَيْهِ الْمَصِيرُ)”.

وحول أحداث ماليزيا والهجمات التي تعرضت لها بعض الكنائس قال القرضاوي إن: “الاعتداءات التي وقعت على الكنائس في ماليزيا أمر لا يليق”، مستهجنا الأسباب التي أدت لوقوع تلك الأحداث، وهي استخدام النصارى لكلمة الله في ترجماتهم قائلا: “يا أخي الله رب العالمين جميعا، رب المسلمين والمسيحيين والعرب والعجم.. واللي بيفتح المصحف أول آية في القرآن بعد البسملة الحمد لله رب العالمين، وآخر سورة في القرآن قل أعوذ برب الناس ملك الناس، مش رب المسلمين، أو رب العرب، أو ملك العرب، إله العرب”، وتساءل مستفسرا: “لماذا إذن يزعل الماليزيين؟!”.

وتعرض عدد من الكنائس في ماليزيا ذات الغالبية المسلمة لسلسلة من الهجمات التخريبية منذ أن قضت محكمة في ديسمبر الماضي بحق صحيفة كاثوليكية في استخدام كلمة “الله” للإشارة للرب في المسيحية في إصداراتها بلغة المالايو الذين يشكلون 60% من الشعب الماليزي، ويقول بعض المسلمين الماليزيين إن استخدام المسيحيين لكلمة ارتبطت بالمسلمين قد يكون وراءه محاولة لتحويلهم عن ديانتهم الدوحة- استنكر العلامة الدكتور يوسف القرضاوي رئيس الاتحاد العالمي لعلماء المسلمين الأحداث التي وقعت بين المسلمين والنصارى في عدد من الدول العربية والإسلامية، والاعتداءات التي نالت عددا من الكنائس، مؤكدا أن معظم تلك الأحداث سببها الجهل، وليس تعصب المسلمين، مشيرا إلى أن ما وقع في ماليزيا من اعتداءات على الكنائس بسبب استخدام النصارى للفظ الجلالة “الله” لا يليق؛ لأن الله رب العالمين وليس المسلمين فقط. 

Dalam khutbah Jumaat 22.1.2010 di masjid Umar bin Al-Khattab di ibu kota Doha, Qatar, Dr yusuf Al-Qaradhawi berkata: 

“Peristiwa-peristiwa yang berlaku antara Muslim dan Kristian di beberapa buah negara, sebahagian besarnya disebabkan oleh kejahilan dan sikap tidak bertoleransi seorang Muslim. 

Hakikatnya umat Islam adalah umat yang bertoleransi. Al-Quran mengajarkan toleransi, kerana Allah Subhanahu Wa Taala yang menjadikan kesemua umat manusia itu adalah sama. 

Beliau menambah: “Jika Allah kehendaki untuk mengumpul semua manusia di atas petunjuk-Nya, nescaya Dia akan berbuat demikian tetapi sebagaimana firman Allah Taala: (Dia-lah yang mencipta kamu semua dan dikalangan kamu ada yang kafir dan ada yang beriman), (Sekiranya Tuhan kamu menginginkan, nescaya Dia menjadikan semua manusia sebagai satu umat dan tidak ada perbezaan * kecuali mereka yang dikasihi oleh Tuhan kami …) 

Justeru, perbezaan manusia menganut agama adalah kehendak dari Allah Taala dan tidak ada yang dapat menentang kehendak Allah dan memaksa semua orang untuk menjadi Muslim”. 

Beliau menjelaskan lagi bahawa “perbezaan manusia menganut bermacam-macam agama tidaklah memisahkan kita (umat Islam) dengan orang kafir di dunia ini, tetapi Allah akan memisahkan (di antara Muslim dan Kafir) pada hari kiamat kelak sebagaimana firman Allah Taala : (Sekiranya mereka (orang-orang kafir) membantahi kamu (wahai Muhammad) maka katakanlah Allah Maha Mengetahui apa yang kamu lakukan * Allah yang akan menghukum kamu pada hari kiamat berkaitan apa yang kamu perselisihkan (Allah adalah Tuhan kami dan Tuhan kamu untuk kami, dan setiap pekerjaan kami untuk kami dan perbuatan kamu adalah untuk kamu, tidak ada hujah di antara kami dan kamu dan Allah mengumpulkan kita semua dan hanya kepada-Nya kita akan dikembalikan). “ 

Dan tentang Malaysia dan peristiwa serangan di beberapa buah gereja, Dr Yusuf Al-Qaradhawi berkata: “Serangan-serangan yang terjadi pada gereja-gereja di Malaysia adalah tidak tepat,” mencela alasan yang menyebabkan berlakunya peristiwa itu iaitu penggunaan kalimah Allah oleh orang-orang Kristian dalam penterjemahan. 

Beliau berkata: “Wahai saudara, Allah merupakan Tuhan semua alam, Tuhan kepada Muslim, Kristian, orang Arab, Parsi… Oleh itu lihatlah ayat pertama Al-Quran selepas Bismillah dan الحمد لله رب العالمين dan lihatlah pada surah terakhir dalam Al-Quran Allah berfirman “Katakanlah (wahai Muhammad) Aku berlindung daripada tuhan sekalian manusia” bukan Tuhan orang Muslim,bukan juga Tuhan orang Arab atau majikan, atau Raja Arab, bukan juga Tuhan yang orang Arab sembah, “ justeru beliau tertanya-tanya: 

“Mengapa orang-orang Malaysia sejak kebelakangan ini tidak selasa (penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh Kristian) ?!”.. 

Moga perkongsian ini beroleh manfaat dan menambah keimanan kita terhadap akidah Islam. 



Rabu, 23 Oktober 2013

Kalimah Allah: Harun Taib Sanggah Dr Asri


[UM] KUALA TERENGGANU 21 Okt. - Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib terkejut dengan kenyataan bekas Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin bahawa tiada larangan kepada bukan Islam menggunakan kalimah Allah.

Harun yang membantah kenyataan berhubung perkara itu menegaskan, bukan Islam dilarang sama sekali menggunakan kalimah suci itu yang hanya khusus untuk agama dan umat Islam.

Malah beliau tetap mempertahankan pendiriannya menyokong penuh keputusan Mahkamah Rayuan tempoh hari yang tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam majalah mingguan The Herald.

“Saya tidak bersetuju dengan pendapat Mohd. Asri, sebagai orang Islam, saya tetap tegaskan bahawa kalimah Allah hanya hak agama dan umat Islam, bukan Islam tiada hak menggunakan kalimah suci itu.

“Saya tetap tak setuju kalau ada orang kata agama lain dan bukan Islam boleh guna kalimah Allah. Malah, saya sokong keputusan mahkamah baru-baru ini yang melarang penggunaan kalimah Allah dalam majalah The Herald dan semua pihak kena akur dengan keputusan itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Mohd. Asri dalam blognya bahawa tiada larangan kepada bukan Islam menggunakan kalimah Allah, malah mereka digalakkan berbuat demikian berdasarkan al-Quran dan sunah.

Antaranya bekas Mufti Perlis itu menyebut: “Malangnya ada Muslim yang tidak jelas hal ini sehingga bukan Muslim sama sekali tidak boleh menggunakan nama Allah."

Dalam pada itu, Harun percaya di sebalik tindakan serta kesungguhan orang Kristian menggunakan kalimah Allah, tersirat tujuan serta agenda tertentu mereka. -23/10/13

Kenyataan Dr Asri di sini. baca hujah Dr Asri di sini.

P/s: Harun Taib sanggah, apa hujahnya? Semua orang boleh menyokong dan menyanggah, tetapi perlu mengemukakan hujah.




Selasa, 22 Oktober 2013

[PANAS] Kristian Sabah, Sarawak DILARANG Guna Kalimah Allah di Semenanjung



[TMI] Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menambahkan lagi kekeliruan dalam isu kalimah Allah apabila berkata, penganut Kristian di Sabah dan Sarawak perlu patuh kepada undang-undang diamalkan di Semenanjung Malaysia yang tidak membenarkan kalimah Arab itu digunakan oleh bukan Islam apabila berada di sini.

Menteri Pelancongan itu berkata, warga Semenanjung yang ingin berkunjung ke Sabah dan Sarawak juga dikehendaki patuh kepada peraturan imigresen dan adat budaya mereka di sana.

"Di Semenanjung, kalimah Allah merujuk kepada Tuhan orang Islam malah di Semenanjung juga, Bible digunakan dalam bahasa Inggeris.

"Penganut Kristian di Sabah dan Sarawak perlu mematuhi peraturan di Semenanjung. Saya sendiri membantah jika kalimah Allah digunakan di Semenanjung. – 22 Oktober, 2013.


P/s: Memang sudah jadi cacamarba!

Di sini tidak boleh di sana boleh, orang di sini tidak boleh orang di sana boleh, kini orang di sana tidak boleh pula guna di sini. Bagi UMNO dan geng, Allah hanya tercemar jika digunakan di Semenanjung Malaysia terutama dalam The Herald.

Pening!

Yang pasti Allah itu ada di mana-mana, Allah itu Tuhan sekalian alam!



Isnin, 21 Oktober 2013

Dr Asri: Kalimah Allah Milik Semua


[SH] SHAH ALAM – Isu kalimah ALLAH yang bermula pada 2009 kembali panas selepas Mahkamah Rayuan Isnin lalu menetapkan majalah The Herald tidak boleh menggunakan kalimah tersebut dalam percetakan mereka.

Namun, persoalan yang terus bermain di minda rakyat sekarang adalah, adakah kalimah tersebut boleh dibenarkan atau tidak kepada bukan Islam? Ada yang berasa boleh dan ramai yang berkata tidak boleh. Malah, percanggahan begini boleh mengelirukan umat Islam serta bukan Islam.

Pendakwah terkenal, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, setiap hari orang Islam seluruh dunia melafazkan ayat dalam Surah al Fatihah, yang berbunyi ‘segala puji bagi ALLAH Tuhan segala alam’.

“Tiada Muslim pun yang menyebut ‘segala puji bagi ALLAH Tuhan kaum Muslimin sahaja’. Ini kerana Muslim mengakui ALLAH itu Tuhan untuk semua, bukan untuk kaum dan pihak tertentu sahaja.

“Maka isu kalimah ALLAH tidak pernah timbul di negara-negara Arab. Bahkan mereka mungkin sukar untuk faham dan hairan apabila kita memberitahu kita menghalang pihak Kristian memanggil Tuhan itu ALLAH. Di Sabah dan Sarawak juga sudah berpuluh tahun mereka
menggunakannya,” kata bekas Mufti Perlis itu.

Katanya, isu kalimah ALLAH ini menjadi sejarah menarik dan tersendiri di Semenanjung Malaysia kerana masalah ini tidak pernah wujud di negara-negara Arab kerana Kristian Arab menggunakan perkataan ALLAH apabila merujuk kepada Tuhan sejak sebelum dan selepas
zaman Nabi Muhammad SAW.

“Bahkan kaum Quraisy sebelum kehadiran Nabi Muhammad SAW juga guna nama ALLAH. Bapa Nabi Muhammad SAW bernama Abdullah, yang bermaksud hamba ALLAH,padahal bapa Nabi Muhammad SAW tidak sempat pun bertemu dengan Nabi Muhammad SAW sebagai Rasulullah,” katanya.

Kata Asri, Kristian Qibti di Mesir juga sejak sekian lama memanggil Tuhan sebagai ALLAH.

“Demikian juga Kristian Lebanon dan Jordan. Gereja-gereja mereka berdoa dengan memanggil ALLAH sejak zaman silam. Apa yang hendak dihairankan, asal-usul ajaran mereka dari ajaran Nabi Isa AS.

“Bukan sahaja perkataan ALLAH. Banyak lagi perkataan yang membabitkan akidah yang sama antara Islam dan Kristian, (termasuk) nama para nabi; Ibrahim, Musa, Harun, Isa dan lain-lain,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, keadaan di Malaysia berbeza dan tidak mengizinkan kalimah ALLAH digunakan oleh bukan Islam, malah kerajaan boleh menetapkan peraturan supaya tidak berlaku kekeliruan sehingga menyebabkan provokasi.

"Berdasarkan hukum agama, kalimah ALLAH adalah untuk semua lapisan masyarakat, tanpa mengira agama, bangsa dan budaya. Demi kesejahteraan dan menghormati beberapa negeri, ia diselaraskan supaya tidak dibenarkan. Kerajaan perlu juga harus tampil menjelaskan mengapa ia (kalimah ALLAH) tidak boleh digunakan.

"Mungkin ada sesetengah pihak mendakwa kalimah ALLAH di dalam Bible seolah-olah ada agenda tertentu. Kerana itu, saya katakan, kerajaan tampil dengan peraturan sebegini. Cuma, tiada penjelasan yang dibuat. Mesti ada hujah,” katanya.

Dalam membuat perbandingan isu kalimah ALLAH di negara ini, Asri turut memberi satu contoh di mana seorang pekerja kaunter keluar menunaikan solat sunat dhuha, dan ketiadaan pekerja kaunter itu menyebabkan keadaan menjadi kelam-kabut walaupun untuk beberapa minit.

“Lalu ketuanya mengeluarkan peraturan, tidak membenarkan solat dhuha di pejabat kerana tidak mahu keadaan yang sama berulang. Ia jelas, bukan tidak membenarkan solat, tetapi jangan dilakukan pada waktu bekerja, memandangkan pekerjaannya berbentuk perkhidmatan,” katanya.

Asri berkata, kalimah ALLAH sebenarnya sudah lama digunakan masyarakat bukan Islam, termasuk dalam lagu negeri masing-masing.

“Pernah ke dengar (dalam) lagu negeri, baris yang ada kalimah ALLAH, orang bukan Islam tukar kepada nama Tuhan mereka?

“ALLAH adalah untuk semua. ALLAH itu menjelaskan Tuhan yang satu. Contoh lain yang saya ambil, seorang Cina mengatakan: ‘Hari ini Tuhan ALLAH kasi turun hujan. Adakah kita nak marah Cina itu? Adakah perlu kita betulkan ayatnya dengan mengatakan Tuhan kamu bukan ALLAH? Jika ada, ia sudah tidak mengesakan ALLAH lagi,” katanya.

“Itu adalah realiti. Kalau ada yang keliru, mereka tidak jelas dengan akidah. Saya tidak bela orang kafir, tetapi kafir di Arab menggunakan kalimah ALLAH sejak dahulu lagi.

"Mereka ini digelar musyrikin kerana mendakwa ada tuhan lain selain ALLAH. Ia sudah tertulis di dalam al-Quran,” katanya. - 20/10/13



Sabtu, 19 Oktober 2013

Polemik 'Allah' Merebak ke Dunia Islam


[MK] Rumah siap pahat berbunyi. 

Itulah yang terjadi di dunia-dunia Islam dalam isu kalimah 'Allah' walaupun Mahkamah Rayuan sudah lima hari membuat keputusannya.

"Sekarang, sebagai Muslim, saya akan jujur dengan rakyat Malaysia yang membuat keputusan ini dan yang menyokongnya: Ini keputusan paling tidak logik, tanpa sedar dan keanak-anakan yang pernah saya dalam hidup saya. 

"Ia karut semata-mata," tulis kolumnis harian Turki Hurriyet Daily News hari ini.

Mustafa Akyol yang berpengalaman dalam beberapa akhbar tempatan dan antarabangsa berkata, keputusan berhubung kes The Herald mengelirukan umat Islam serta amat salah, tidak Islamik dan tidak rasional.

"Kenapa? Pertama sekali, perkataan 'Allah' bermaksud 'Tuhan' dalam bahas Arab, dan dia tidak eksklusif untuk Islam," tulisnya lagi.

Mufti: Kenapa hakciptakan 'Allah'?

Rabu lepas, editorial harian Pakistan Daily Times menyelar penghakiman itu sebagai sesuatu yang sedih yang dibuat menjelang sambutan suci Hari Raya Aidiladha.


"Masalah dengan umat Islam hari ini mereka melayan Islam seperti entiti tidak selamat dan perlukan penjagaan, perhatian dan perlundungan khas agar tidak dicemari dan pudar...

"Siapa yang memberikan umat Islam bebebasan menghakciptakan kalimah Allah? Itu adalah nama-Nya, dan Dia Tuhan seluruh alam, seperti firmannya dalam kitab suci," tulis mufti Abdul Aziz al Sheikh dalam komennya yang turut menyebut tentang insiden keganasan di Syria dan Pakistan.

Akhbar Emirates Arab Bersatu (UAE) The National (kiri) menjadi yang pertama memberikan reaksi melalui lidah pengarangnya pada hari yang sama keputusan dibuat dengan berhujah kalimah Allah tidak ekslusif untuk Islam.

Sementara harian Indonesia Jakarta Post pula menyebut: "Bolehkan orang Islam, yang mengaku beriman kepada Tuhan yang Maha Kuasa, dengan sungguh-sungguh menuntut eksklusiviti untuk Tuhan?|

"Mereka yang menuntut eksklusiviti untuk Tuhan melemahkan iman mereka sendiri," tulis Endy M Bayuni pada Khamis.

PERKASA: Ada juga Arab jahil

Bagaimanapun, di negara ini, Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali (bawah) dalam sebuah akhbar Inggeris semalam menyelar kritikan terhadap keputusan itu dengan berhujah, terdapat juga orang Islam yang jahil di negara Arab dan di Indonesia semuanya tidak mustahil.

"Kenapa kita mesti kisah... Saya tak rasa semua orang Arab faham Islam. Bahawa tiada seorang pun yang jahil di sana.

"Mereka (daripada dunia Arab) yang menyokong AS menyokong Sosialis dan Kristian...

"Begitu juga di Indonesia... lagi teruk. Sesiapa yang bersongkok tidak semestinya orang Islam... ada mereka yang makan babi. Semuanya tidak mustahil di Indonesia," beliau dipetik sebagai berkata. -19/10/13


,

Jumaat, 18 Oktober 2013

Presiden ISMA Minta Orang Kristian....


FMT Putar Belit Kenyataan ISMA?

Saya langsung tidak menyeru Sabah dan Sarawak berpisah dengan Semenanjung, kata presiden ISMA.


[FMT] BANGI: Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) telah menyangkal laporan portal berita FMT kelmarin berjudul “Keluar dari Malaysia: pelawaan Isma disambut baik”.

Menurut Presiden ISMA, Abdullah Zaik Abd Rahman, FMT memutarbelit kenyataannya untuk menyatakan sesuatu yang hakikatnya adalah agenda yang mereka perjuangkan.

“Saya sama sekali tidak menyentuh hubungan semenanjung dengan Sabah dan Sarawak dalam kenyataan sebelum ini.

“Bahkan saya langsung tidak menyeru Sabah dan Sarawak berpisah dengan Semenanjung.

“Jadi saya fikir ini adalah agenda dan strategi mereka. Tujuan mereka hanya mahu menanamkan kebencian antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak serta mengambil kesempatan daripada suasana keruh ini untuk kepentingan mereka,” jelasnya.

Pada 14 Oktober lalu, Abdullah Zaik dalam www.ismaweb.net menyeru agar pihak Kristian meninggalkan sebarang usaha yang akan menjejaskan keharmonian kaum di negara ini.

Tambahnya, sebagai warganegara, mereka harus akur dengan kedaulatan Islam, ketinggian hukum dan syiar Islam di negara ini.

“Tindakan mencabar hakikat tersebut boleh menjejaskan kesetiaan mereka kepada Raja dan negara,” katanya.

“Mereka boleh buat pilihan lain untuk berpindah ke mana-mana negara kalau sudah tidak lagi boleh menerima kedaulatan Islam dan Raja yang menjaga kedaulatan agama itu,” katanya lagi.

Kenyataan beliau supaya orang Kristian berpindah ke mana-mana negara lain mendapat reaksi dari rakyat Sabah dan Sarawak yang disiarkan dalam FMT. Mereka bersetuju supaya Sabah dan Sarawak dikeluarkan dari Malaysia dan bukannya mereka berhijrah ke negara lain.

Oleh itu tidak timbul FMT memutarbelitkan kenyataan Abdullah kerana memang benar beliau suruh orang Kristian berpindah ke mana-mana negara lain kalau sudah tidak boleh menerima kedaulatan Islam dan Raja yang menjaga kedauatan agama itu.

Malah FMT tidak pernah menulis bahawa ISMA menyeru supaya Sabah dan Sarawak dipisahkan dari Malaysia.

Untuk berlaku adil, FMT menyiarkan kenyataan penuh ISMA di bawah ini untuk membuktikan sama ada FMT memutarbelit kenyataannya atau tidak.


P/s: Bernas betul kenyataan Presiden ISMA ini. Bayangkan jika rakyat Sarawak dan Sabah benar-benar mahu menuntut kemerdekaan daripada Malaysia?


Berkaitan:




Najib Sahkan Pengharaman Kalimah Allah Tidak Terpakai di Sabah dan di Sarawak.


Akhbar Borneo Post bertarikh 18 Oktober 2013 mengesahkan bahawa kalimah Allah bebas digunakan di Sabah dan di Sarawak. Hal ini disahkan oleh Najib berikutan timbul tanda tanya selepas Mahkamah Rayuan dalam penghakimannya menghalang The Herald menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan bahasa Melayu akhbar itu. Pengharaman ini selari dengan skop penghakiman yang hanya terpakai dalam penerbitan The Herald saja bukannya dalam semua penerbitan atau di Sabah dan di Sarawak.

Timbul persoalan: Adakah bagi mereka nama Allah hanya tercemar dalam penerbitan versi bahasa Melayu The Herald saja? Apakah tujuan pengharaman tersebut? Adakah kerana politik (undi) atau keyakinan dan keikhlasan mereka kononnya mahu menjaga nama Allah?  Anda nampak isu di balik isu ini? -DCM

Tonton video ini (Pendirian PAS):


Penjelasan UIA:



Maklumat sebelum ini:



Khamis, 17 Oktober 2013

Kerajaan: Kalimah Allah Bebas Digunakan di Sabah dan di Sarawak


Kalimah 'Allah' bebas diguna di Sabah, S'wak, kata k'jaan

[MK] Kalimah 'Allah' boleh digunakan oleh penganut Kristian rakyat Sabah dan Sarawak dalam ibadah mereka, termasuk Bible dalam bahasa Melayu, kata kerajaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup dilaporkan dalam Sin Chew Daily sebagai berkata bahawa ini telah diputuskan oleh kabinet dalam mesyuaratnya semalam.

]
Beliau berkata Kabinet memutuskan untuk kembali kepada  penyelesaian 10-perkara, yang membenarkan import dan cetakan Bible dalam sebarang bahasa di Malaysia, termasuk Alkitab yang menggunakan kalimah 'Allah'.

Menurutnya, Kabinet telah membincangkan keputusan Mahkamah Rayuan kerana isu tersebut telah menimbulkan banyak rasa tidak puas hati dan rasa bimbang di kalangan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak.

Mereka, tambahnya, bimbang jika Bible bahasa Melayu yang menggunakan kalimah 'Allah' akan diharamkan.

Oleh itu, Sin Chew Daily melaporkan Kurup berkata, Kabinet merasakan terdapat keperluan untuk membuat perjelasan mengenainya. - 17/10/13


P/s: Adakah pejuang kalimah Allah di bawah ini faham bahawa penghakiman yang menang di Mahkamah Rayuan itu hanya menghalang penggunaan kalimah Allah dalam akhbar/majalah The Herald saja bukannya merangkum semua penerbitan atau di mana-mana tempat di Malaysia?

Adakah mereka tahu bahawa PM/kabinet yang disokong oleh mereka meluluskan penggunaan kalimah Allah di Borneo termasuk dalam Bible BM/Indon?



Rabu, 16 Oktober 2013

[PANAS] Kalimah Allah: Dr Asri Persoal "Amaran" Murtad dan Kafir Mufti Johor


Dr Asri: Takkan Seluruh Dunia Arab Murtad?

[MK] Tindakan memurtadkan umat Islam yang membenarkan penganut Kristian menyebut kalimah Allah mempunyai kesan yang amat besar sehingga melibatkan seluruh dunia Arab dan ulama-ulama terkemuka, kata Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Ini kerana, selain semenanjung Malaysia, seluruh dunia Arab, sejak zaman permulaan Islam lagi membenarkan golongan Kristian menyebut kalimah Allah, kata bekas mufti Perlis itu.


"Sejak seribu tahun lalu, sejak zaman Nabi Muhammad lagi mereka menggunakan perkataan Allah. Tiada isu selagi mereka menggunakannya merujuk kepada zat yang sebenar, bukan untuk berhala," katanya.

Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Dr Asri (atas) bagaimanapun enggan merujuk langsung kepada mana-mana pihak sebaliknya hanya menyebut "pihak tertentu".

Dr Asri berkata, jika pandangan itu jika diambil kira, bermaksud sarjana terkemuka Islam Dr Yusof Qardawi dan Dr Wahbah Zuhaili - yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian - juga dianggap murtad.

Menurutnya lagi, pandangan itu juga memberi kesan kepada negeri yang lagu rasminya menggunakan kalimah Allah, serta penggunaan tulisan Allah untuk logo polis dan tentera, termasuk bukan Islam. 

"Kena hati-hati pada kesan sesuatu pandangan. Pandangan ini tidak munasabah. Jadi, pihak tersebut mesti tampil menjelaskan macam mana yang dikatakan sesat itu" katanya.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Nooh Gadut hari ini memberi amaran, umat Islam yang mempertikai keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kes penggunaan kalimah "Allah" boleh menjadi kafir dan murtad.

Kalau Islam dihalang guna 'Isa' bagaimana?

Sementara itu, pendakwah bebas Wan Ji Husein (bawah) pula tampil dengan beberapa persoalan berkaitan kalimah Allah yang menurutnya patut diperjelas oleh Nooh, antaranya:


(1) Status ayat al-Quran yang menyatakan sembelihan Ahli Kitab (Yahudi dan Kristian) yang dibacakan nama Allah boleh dimakan.

(2) Status agama Yahudi dan Kristian yang menggunakan kalimah Allah sejak zaman Nabi Muhammad lagi.

(3) Suruhan Allah dalam al-Quran yang menyuruh orang Kristian bersumpah dengan nama Allah jika mereka menafikan sesuatu tuduhan jenayah.

(4) Yahudi dan Kristian sejak zaman penurunan wahyu sendiri mempunyai kefahaman yang berbeza dengan Islam apabila menyatakan Uzair dan Isa anak Allah, seperti dirakam dalam al-Quran.

"Makanya, apa logiknya kata Yahudi dan Nasrani dulu tak sama dengan Yahudi dan Nasrani zaman sekarang? Nooh Gadut ada jawapan tak?" tulis bekas anggota jawatankuasa Dewan Ulama PAS itu.

Wan Ji juga menimbulkan persoalan berhubung sikap umat Islam jika mahkamah di negara yang diperintah orang Kristian, seperti England, melarang umat Islam menyebut nama Nabi Isa dalam al-Quran dengan alasan

"Noh Gadut setuju atau tidak dengan mahkamah England itu?" soalnya lagi?



Berkaitan:

'Kafir, Murtad Jika Pertikai Keputusan Kes kalimah Allah'

[MK] Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Nooh Gadut memberi amaran bahawa umat Islam yang mempertikai keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kes penggunaan kalimah 'Allah' boleh menjadi kafir dan murtad.

Nooh Gadut juga berkata, tindakan mempertikai keputusan berkenaan juga “mencerminkan akidah dan syariat mereka sesat serta keji dari segi akhlak”, lapor Utusan Malaysia.

“Kalau takdirnya yang mempertikaikan itu umat Islam, mereka boleh menjadi kafir dan murtad sekiranya (kenyataan mempertikaikan) itu dilakukan dengan sengaja,” katanya.

Tindakan itu menggambarkan bahawa individu terbabit mempersoalkan bahawa kalimah 'Allah' hanya untuk orang Islam, katanya yang mendakwa perkara tersebut digariskan dalam al-Quran.

“Kalau jatuh murtad, gugurlah amalan mereka di dunia dan akhirat. Segala amalan kebaikan tidak akan diterima.

“Oleh itu, mereka wajib segera bertaubat dengan mengucap dua klimah shahadah dan berjanji tidak akan mengulangi dosa itu lagi,” katanya lagi seperti dipetik dalam laporan berkenaan. -16/10/13


P/s: Tuan mufti, apakah hukum orang yang meluluskan penggunaan kalimah Allah dalam Bible dan penggunaannya di Sabah dan di Sarawak?  



Selasa, 15 Oktober 2013

The Herald Dilarang Guna Kalimah Allah, Sabah dan Sarawak?



[Mstar] PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan sebentar tadi memutuskan Gereja Katolik dilarang menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan akhbar mingguannya - The Herald.

Keputusan itu dibuat tiga hakim yang diketuai Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Mohamed Apandi Ali.

Panel tiga hakim itu turut dianggotai Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abdul Aziz Abd Rahim dan Datuk Mohd Zawawi Salleh.

Bernama melaporkan mahkamah mendapati bahawa Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak bertindak dalam apa-apa cara yang mewajarkan campur tangan badan kehakiman mengenai keputusannya melarang penerbitan itu menggunakan kalimah Allah.

"Mengenai keterangan di hadapan kita juga kami berpuas hati bahawa bahan rujukan yang mencukupi telah dipertimbangkan oleh menteri (dalam negeri) dalam melaksanakan tugas dan kuasa berkanun mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984," katanya.

Beliau berkata ia juga penghakiman mahkamah bahawa keadaan yang ditetapkan oleh Kementerian Dalam Negeri dalam permit penerbitan Herald melarang The Herald daripada menggunakan kalimah "Allah" tidak melanggar mana-mana hak perlembagaan gereja.

"Ia merupakan dapatan bersama kami bahawa penggunaan nama "Allah" bukan sebahagian daripada kepercayaan dan amalan agama Kristian," kata Hakim Apandi yang membaca ringkasan keputusan itu.

Pada 16 Februari 2010, Ketua Paderi Gereja Roman Katolik, Tan Sri Murphy Pakiam memfailkan permohonan semakan kehakiman menamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden, menuntut antara lain, perisytiharan bahawa keputusan kementerian melarang penggunaan kalimah 'Allah' dalam penerbitan The Herald adalah tidak sah.

Penerbitan mingguan itu yang diterbitkan dalam empat bahasa, telah menggunakan kalimah 'Allah' untuk merujuk kepada "Tuhan" dalam edisi bahasa Malaysia, khusus untuk penduduk di Sabah dan Sarawak.

Pada 31 Disember 2009, Mahkamah Tinggi mengisytiharkan keputusan Kementerian Dalam Negeri melarang The Herald menggunakan kalimah itu adalah salah di sini undang-undang, tidak sah dan batal. -14/10/13

Berkaitan:

'Tetap menyembah Allah hingga tiba kerajaan-Nya'

[MK] Keputusan Mahkamah Rayuan yang melarang The Heraldmenggunakan kalimah Allah dalam penerbitan berbahasa Melayu untuk merujuk kepada Tuhan kepada penganut Kristian disambut dengan pelbagai reaksi.

Ketua biskop Malaysia Timur berkata, penganut Kristian di Sabah dan Sarawak akan tetap menyembah "Allah".

Beliau malah mencabar pihak berkuasa dengan berkata: "Apa yang akan kamu lakukan".

Gerakan pula menjadi parti komponen pertama BN yang mengeluarkan kenyataan akhbar untuk menegaskan bahawa semua pihak dalam gabungan itu patut diambil pandangannya sebelum kerajaan membuat pendirian dalam isu itu.

Yang berikut pandangan pelbagai pihak berhubung keputusan hari ini.

Ketua Biskop Bolly Lapok
pengerusi Persatuan Gereja Sarawak

Gereja tidak perlu pembela dari luar untuk menentukan apa yang penting atau tidak kepada kepercayaan kami. Ia (keputusan) yang bertentangan dengan akal waras.

Buat masa ini, penganut Kristian di Sabah dan Sarawak akan terus hormat menyembah "Allah" ini sehingga kerajaan-Nya tiba. Dan kami mahu bertanya kepada kerajaan: Apa yang akan kamu lakukan tentangnya?

Abdullah Zaik Abd Rahman
presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Tinggalkan sebarang usaha yang akan menjejaskan keharmonian kaum kerana orang Islam di negara ini akan menentang sebarang niat jahat dari mana-mana pihak yang ingin mengancam masa depan mereka. -14/10/13

Hakim: Keputusan kes 'Allah' demi Islam

[MK] Penggunaan perkataan "dengan aman dan damai" dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan patut ditafsirkan sebagai keperluan melindungi kesucian Islam sebagai agama utama dalam negara dan melindunginya daripada sebarang ancaman, kata hakim kanan.

Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Mohamed Apandi Ali (kiri) berkata, perkataan itu dimasukkan ekoran kontrak sosial yang dipersetujui oleh pengasas negara ini.

"Penghakiman saya mendapati ancaman paling mungkin terhadap Islam, dalam konteks negara ini, adalah menyebarkan agama lain kepada umat Islam," katanya dalam penghakiman 43 halaman dalam kes berkaitan edisi bahasa Melayu, mingguan Katolik The Herald.

"Ini menjadi sebab kenapa Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan dimasukkan."

Beliau, bersama hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Mohd Zawawi Salleh daripada Mahkamah Rayuan sebulat suara membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2009 yang membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam The Herald.

Perkara 3(1), jelas Apandi, bukan sebahagian daripada cadangan Suruhanjaya Reid tetapi dimasukkan selepas bantahan, rundungan, perbincangan dan kesepakatan seluruh kumpulan berkepentingan.

Perkara itu menyebut Islam sebagai agama persekutuan dan agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di negara ini. - 14/10/13



P/s: Kalimah "Allah" diharamkan penggunaannya oleh bukan Islam di Semenanjung tetapi berdasarkan keratan akhbar di bawah kalimah itu dihalalkan penggunaannya di Sabah dan Sarawak. Kalimah Allah diharamkan penggunaannya dalam akhbar/majalah Herald tetapi jika merujuk kepada keratan akhbar di bawah kalimah itu halal penggunaannya dalam Bible dan pada papan tanda gereja di Sabah dan Sarawak.




Maknanya bagi UMNO dan pejuang kalimah Allah, penggunaan kalimah itu hanya tercemar jika digunakan dalam akhbar Herald dan di Semenanjung Malaysia tetapi tidak dalam Bible dan di Sabah dan di Sarawak. Begitu???

Allahuakbar Tuhan sekalian alam!


BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH