BAJET 2014: Komen Anwar Ibrahim
Anwar: Belanjawan hukum rakyat
[MK] Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar Belanjawan 2014 hari ini yang menurutnya menghukum rakyat dan gagal menyentuh isu asas kebocoran dan urus tadbir yang baik.
"Kamu menghukum rakyat dengan GST (cukai barang dan perkhidmatan). Tiada perubahan antara jurang kaya dan miskin. Kita akan bersungguh-sungguh menentang GST," kata ketua pembangkang.
Anwar juga menyifatkan belanjawan kali ini sebagai paradoks kerana dianggap menyebelahi syarikat dan "orang kaya tetapi dalam masa yang sama memperkenal cukai yang melibatkan banyak pihak.
"Cukai lebih rendah untuk orang kaya, dana khas kepada syarikat, dalam masa yang sama kamu kenakan cukai umum yang akan jejaskan segmen besar masyarakat. Ini paradoks."
Setelah pelbagai spekulasi, kerajaan akhirnya hari ini mengumumkan GST 6 peratus akan diperkenal bagi menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang akan dimansuhkan.
Ia akan berkuat kuasa pada 1 April 2015.
Menyentuh pengurangan subsidi gula mulai esok, ketua umum PKR itu menyifatkan hujah yang digunakannnya "remeh".
Subsidi gula sebanyak 34 sen akan dimansuhkan berkuatkuasa esok bertujuan mengurangkan jumlah pesakit diabetes di negara ini yang agak membimbangkan. -25/10/13
Cuba Tengok Rajah Ini
Bandingkan Sejarah Hutang Negara
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.