Kanak-kanak Cacat Otak Diliwat dan Didera secara Seksual di Pusat Jagaan
Apa dosa anak saya?
[HM] Seremban: “Apa salah dan dosa anak kembar saya yang kurang upaya ini sehingga mereka diliwat,” kata seorang ibu yang tidak dapat menahan sebak apabila mendakwa anak sulungnya yang juga pasangan kembar berusia tujuh tahun dan mengalami kecacatan otak diliwat penghuni pusat jagaan di Temiang, di sini, pada 29 September lalu.
Wanita terbabit yang dikenali sebagai Intan, 40-an, dari Sandakan, Sabah berkata, dia mengetahui kejadian itu selepas dihubungi suaminya, Rabu lalu.
Intan yang membuat laporan di Balai Polis Campbell, di sini, pada jam 12 malam, Khamis lalu berkata, dia tidak menyangka episod hitam itu berulang kepada anak keduanya.
“Suami saya mengetahui kejadian ini apabila diberitahu anak bongsu kami yang berusia enam tahun dia nampak abangnya diikat dan ditampar pada waktu malam sebelum diliwat seorang penghuni pusat jagaan itu.
“Sekiranya dakwaan itu benar, saya berharap pihak berkuasa mengambil tindakan,” katanya ketika ditemui menemani anaknya yang dirawat di Hospital Tuanku Jaafar, di sini, semalam.
Dia yang kini bekerja sebagai pembantu rumah di Taman Templer, Rawang, Selangor berkata, kejadian itu menyedihkannya kerana pada 16 April lalu, adik kembar mangsa diliwat seorang penghuni di pusat jagaan sama.
Harian Metro pada 17 April lalu melaporkan, dalam kejadian itu, mangsa yang lumpuh kedua-dua kaki bukan saja diliwat seorang remaja, malah duburnya turut dijolok dawai besi.
Menurut laporan itu, Intan menghantar tiga anak ke pusat jagaan terbabit pada awal tahun ini selepas dia sekeluarga dihalau mentua.
Katanya, pada awalnya anak kembarnya di tempatkan di pusat jagaan di Temiang manakala anak bongsu di sebuah pusat di Kuala Kangsar, Perak.
“Selepas kejadian anak kedua diliwat, Jabatan Kebajikan Masyarakat mendapatkan perintah mahkamah bagi hak jagaan sementara terhadap ketiga-tiga anak saya dan mereka ditempatkan di pusat jagaan di Temiang hingga kini.
“Saya tidak mampu menjaga anak kerana pendapatan tidak seberapa manakala suami pula baru bekerja sebagai pengawal keselamatan selepas keluar dari pusat pemulihan, Julai lalu,” katanya.
Intan berkata, pegawai pusat jagaan mengarahkan suaminya mengambil semula ketiga-tiga anak mereka.
Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Zainal Abu ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan berkata, siasatan masih dijalankan.-8/10/13
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.