Janda Iklan Rumah Dapat Dirinya Akhirnya Berkahwin
JOGJAKARTA: Seorang wanita yang pernah popular di Internet selepas membuat iklan beli rumah dapat tuan rumah akhirnya berkahwin.
Wina Lia, 40, memberitahu dia kini sudah berkahwin dengan seorang jejaka berusia 38 tahun yang dikenali sebagai M Abdillah.
Lebih menarik lagi, M Abdillah tidak membeli rumah Wina dan mereka berkahwin atas dasar cinta.
“Saya kali pertama berjumpa dengan Abdillah ketika mahu menjual rumah saya pada September lalu.
“Abdillah adalah ejen hartanah yang membantu saya menjual rumah dan kali ini tiada syarat pembeli dapat berkahwin dengan saya,” katanya.
Ujarnya, sejak pertemuan itu Abdillah yang berstatus duda sering mengajaknya keluar.
“Pertemuan yang pada mulanya atas dasar perniagaan kemudiannya menjadi bibit-bibit cinta.
“Saya menyukai Abdillah kerana dia baik, penyabar dan penyanyang.
“Pada 20 Oktober lalu Abdillah meminang saya dan kami bernikah pada hari itu juga,” katanya.
Wina memberitahu, perkahwinannya berlangsung sederhana di rumahnya di Sleman dan hanya dihadiri keluarga dan rakan rapat.- Agensi/Harian Metro/2/11/15
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.