Rogol: Pemandu Uber Dipenjara Sampai Mati
New Delhi: Mahkamah India menjatuhkan hukuman penjara sampai mati terhadap seorang pemandu teksi Uber yang merogol seorang penumpang wanita muda dalam kenderaannya di New Delhi, tahun lalu.
Hakim Kaveri Baweja memutuskan pemandu itu, Shiv Kumar Yadav, bersalah terhadap tuduhan merogol, niat jenayah, menculik dan membahayakan nyawa wanita.
Mangsa yang menjadi penumpangnya bekerja dengan syarikat swasta, menyewa teksi berkenaan untuk pulang ke rumah, Disember lalu.
“Shiv Kumar Yadav akan menjalani hukuman penjara sehingga dia mati,” kata Kaveri.
Berikutan kejadian itu, kerajaan India mengharamkan Uber di New Delhi tetapi penguatkuasaan untuk menghalang tidak begitu berkesan. - AP/Harian Metro/3/11/15
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.