Tambang Komuter NAIK 4 Sen Sekilometer Mulai 2 Disember
Kadar baharu perkhidmatan Komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) naik dari 4 sen satu kilometer dengan maksimum kenaikan RM7.10 bagi satu perjalanan mulai 2 Disember ini bagi laluan Tanjung Malim ke Sungai Gadut, Negeri Sembilan dan Batu Caves ke Pelabuhan Klang.
Presiden KTMB Lt Kol (B) Sarbini Tijan berkata kadar kenaikan tambang baharu itu mengikut perjalanan stesen ke stesen, tetapi harga tambang komuter bagi laluan antara Sungai Gadut ke Tampin dan Kamunting ke Gurun tidak mengalami sebarang perubahan.
"Kadar tambang baharu ini adalah bagi menampung kos operasi serta kos penyelenggaran yang meningkat setiap tahun," katanya pada sidang media pengumuman kadar baharu itu di Stesen KL Sentral di Kuala Lumpur, hari ini.
Beliau berkata dalam struktur tambang baharu ini, KTMB juga memberi diskaun 20% daripada kadar tambang tiket tunai untuk pembayaran tambang tanpa tunai (Touch' n Go).
Fambahnya diskaun sebanyak 24% bagi tiket mingguan dan diskaun sebanyak 33% untuk tiket bulanan.
Beliau berkata pelajar sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi juga layak menerima tambang konsesi sebanyak 50% di bawah struktur tambang baharu itu.
KTM Komuter juga masih mengekalkan tambang konsesi bagi warga emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU) iaitu 50% daripada kadar tambang tunai baharu manakala kanak-kanak berumur bawah 2 tahun adalah percuma.
Sarbini berkata pelaksanaan struktur tambang baharu itu berdasarkan kelulusan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) serta dipersetujui Kabinet.
Katanya, pelarasan tambang kali terakhir bagi KTM Komuter adalah pada Februari 2003.
Beliau berkata KTM juga bakal menyediakan Automatic Fare Collection System (AFC) tahun depan, kemudahan jalur lebar wi-fi dalam tren dan kereta api elektrik berkelajuan 160km sejam bagi meningkatkan mutu perkhidmatannya.
Sementara itu, beliau berkata KTM mengaktifkan jawatankuasa banjir di Johor, Negeri Sembilan, Pahang dan Kelantan sebagai persediaan menghadapi musim banjir. – The Malaysian Insider/2 November, 2015.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.