MB Terengganu Timbang Lantik Hadi Penasihat Kerajaan
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dilapor mempertimbangkan melantik Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai penasihat kerajaan BN itu.
“Tiada masalah. Saya pernah jumpa Hadi sebelum jadi MB dan kami ada berbincang.
“Beliau beri beberapa pandangan positif (berkaitan kerjasama tidak memihak dan pentadbiran).
“Ia gambarkan kesediaan PAS membuka pintu untuk mula bekerjasama dengan kita,” beliau dilapor sebagai berkata oleh New Straits Times.
Razif berkata demikian ketika menyampaikan ucap utama dalam konvensyen Umno Terengganu semalam.
Beliau berkata penting untuk mempertimbangkan pandangan politik pelbagai pihak dan menerima apa yang memberi manfaat kepada orang ramai.
Hadi pada 1 November berkata partinya sedia bekerjasama dengan BN dalam isu-isu pentadbiran. -Malaysia Kini/6/11/15
P/s: Eloklah jadi penasihat sampai bila-bila. Tidak perlulah habiskan duit derma dan ahli untuk bertanding dalam PRU.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.