Mangsa Pemerdagangan Manusia Dakwa Dirogol 43,200 Kali
SEORANG wanita berusia 23 tahun mendakwa pernah menjadi mangsa rogol sebanyak 43,200 kali selepas diperdaya oleh sindiket pemerdagangan manusia.
Menurut Karla Jacinto, jumlah tersebut adalah anggaran kasar dalam tempoh empat tahun dia dirogol.
Memetik laporan CNN, wanita warga Mexico itu mendedahkan, zaman gelapnya bermula selepas dia berkenalan dan bercinta dengan seorang lelaki berusia 22 tahun.
Menurut Karla, dia yang ketika itu berusia 12 tahun kemudian memilih untuk mengikut lelaki tersebut dan hidup bersamanya.
“Saya tinggal bersamanya selama tiga bulan. Dia melayan saya dengan baik. Semuanya sangat indah,” kata Karla.
Namun, selepas itu, Karla diperkenalkan kepada ‘bapa ayam’ sebelum teman lelakinya itu menghilangkan diri.
Dia dipaksa menjadi pelacur sehinggalah pada usia 15 tahun, Karla melahirkan seorang bayi perempuan.
Bagaimanapun, Karla akhirnya berjaya diselamatkan dalam satu operasi anti-pemerdagangan manusia pada 2008. Ketika itu dia berusia 16 tahun.
Tidak mahu kanak-kanak lain menjadi mangsa sepertinya, Karla kini menjadi aktivis yang lantang bersuara menentang aktiviti pemerdagangan manusia.– MYNEWSHUB.CC/12/11/15
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.