Anwar Nafi Terima RM60 Juta Wang Syarikat Judi
Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menafikan menerima RM60 juta daripada syarikat judi Magnum Corporation Bhd melalui orang tengah.
“Ini semua bohong dengan niat jahat serta tidak benar,” kata bekas ketua pembangkang itu.
Beliau membuat penafian itu semasa sesi soal balas yang dikendalikan oleh peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili senator Datuk S Nallakaruppan (gambar).
Shafee menamakan orang tengah itu sebagai isteri Anwar, Datuk Seri Wan Azizah Ismail, adik angkat Sukma Darmawan Saasmitadja, senator Mohd Ezam Md Noor dan isteri menteri besar Selangor Shamsidar Taharin.
Shafee mendakwa wang itu diserahkan di rumahnya di Bukit Damansara, kediaman rasmi timbalan perdana menteri dan gelanggang tenis di kondominium Tivoli Villa di ibu negara.
Anwar memberi keterangan dalam kes saman RM100 juta terhadap Nallakaruppan kerana mendakwa wang itu diberikan padanya ketika menjadi timbalan perdana menteri dan kementerian kewangan.
Kenyataan itu diucapkan ketika Anwar bertanding dalam pilihan raya Permatang Pauh pada 2008. -Malaysia Kini/13/11/15
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.