Lelaki Dicekup Cuba Rakam Wanita Mandi
Menurut Zaini, suspek bila disoal, menjelaskan beliau kehilangan telefonnya di tempat kejadian sewaktu melawat rakannya yang tinggal di kondominium yang sama. - Gambar Hiasan
PETALING JAYA: Seorang lelaki bukan saja gagal merakam adegan seorang wanita yang sedang mandi, malah 'terperangkap' oleh telefon bimbitnya sendiri yang digunakan untuk merakam.
Panik bila menyedari wanita tersebut mengesan sebuah telefon dalam mod rakam di tingkap bilik air rumahnya di sebuah kondominium di sini Ahad lepas, lelaki itu melarikan diri tanpa sempat mengambil telefonnya.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Zaini Che Din berkata suspek berusia 40an ditahan polis keesokan harinya (Isnin) di kediamannya di Seksyen 12, di sini, berdasarkan gambar salinan kad pengenalannya dalam telefon bimbit berkenaan.
"Kejadian berlaku kira-kira pukul 12.03 pagi hari tersebut.
"Sebaik saja menyedari adegan beliau sedang dirakam, mangsa merampas telefon berkenaan dan menjerit beberapa kali menyebabkan suspek terus melarikan diri," katanya.
Dalam satu kenyataan pada Rabu, Zaini berkata, suspek bila disoal, menjelaskan beliau kehilangan telefonnya di tempat kejadian sewaktu melawat rakannya yang tinggal di kondominium yang sama.
Beliau bagaimanapun tidak membuat laporan polis berkenaan kehilangan itu. Suspek direman empat hari bermula semalam dan barang bukti telah dirampas dan dihantar ke jabatan forensik untuk analisis, kata Zaini. -Bernama/5/11/15
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.