Yayasan Islam Guna Duit Anak Yatim Bayar Kos Menteri Main Golf di AS
Selepas beberapa kontroversi dalam pentadbiran sebuah yayasan di bawah Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) hari ini mendedahkan, pihak berkenaan turut menggunakan wang daripada tabung anak yatim bagi membiayai perbelanjaan seorang menteri dan isterinya di Amerika Syarikat (AS).
Pengarah NOW, Akmal Nasir mendakwa satu rombongan diadakan 21 Mei hingga 29 Mei 2014, melawat bandar Washington DC, Minnesota dan Iowa.
Beliau memberitahu satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini, pembayaran lawatan menteri dan rombongannya itu dibuat melalui sebuah institusi di bawah kawalan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (Yapeim).
"Lebih mendukacitakan, pembayaran itu dibuat melalui institusi kawalan Yapeim iaitu Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (Pemangkin) yang mana duit itu adalah khusus untuk kegunaan bantuan anak yatim dan miskin," katanya.
Akmal mendedahkan jumlah keseluruhan perbelanjaan diambil daripada tabung anak yatim dan miskin bagi menampung perbelanjaan menteri bersama isteri serta rombongan itu dianggarkan RM410,978.56. – The Malaysian Insider/13 November, 2015.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.