Rumah Tangga Obama Goyah Kerana PM Denmark?
Rumah Tangga Obama Bergolak
[HM] Washington: Khabar angin mengenai pergolakan rumah tangga Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama dan isteri, Michelle Obama kembali berhembus.
Tidak lama dulu tersebar berita kononnya Michelle pernah meminta cerai.
Kini, berita yang kebenarannya masih diragukan, kembali dilapor media Amerika Syarikat.
Laman web showbizspy kelmarin memetik laporan National Enquirer yang menyatakan Obama dan Michelle kini tidur di kamar berasingan.
Michelle dikatakan begitu serius mahu bercerai dengan suaminya selepas berkahwin selama 21 tahun.
Menurut sumber berkenaan, rumah tangga pasangan itu sudah lama goyang dan mereka hanya bertahan kerana anak serta karier politik Obama.
“Tetapi Michelle sekarang begitu marah.
Dia merasa dimalukan di depan dunia.
Dia sudah menemui peguam dan memaklumkan kepada Obama mengenai kesediaannya untuk bercerai,” lapor National Enquirer yang memetik sumber dari Rumah Putih.
Sumber berkenaan memberitahu, Michelle bagaimanapun bersedia tinggal di Rumah Putih selagi Obama menjadi presiden dan tetap menjalani kehidupan masing-masing.
Menurut National Enquirer, Michelle begitu berang selepas Obama bergambar dan bermesra dengan Perdana Menteri Denmark Helle Thorning-Schmidt ketika menghadiri upacara berkaitan mendiang bekas Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela.- AFP -25/12/13
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.