Remaja PERKOSA 300 Ekor Ayam
[HM] Tasikmalaya (Indonesia): Seorang remaja, AS, 17, yang dibicarakan semalam atas tuduhan mencabul seorang kanak-kanak berusia enam tahun, mengejutkan mahkamah apabila mengaku turut mencabul ratusan ayam.
Hakim yang mengetuai perbicaraan itu, Motur Panjaitan berkata, ini kali pertama dia mendengar kes seumpama itu. “Tertuduh mengaku memperkosa lebih 300 ayam dan kebanyakan haiwan itu mati akibat perbuatannya,” kata Motur.
Perbicaraan itu diadakan secara tertutup tetapi keadaan di luar penuh sesak dengan beberapa orang membawa ayam mereka kerana mahu menuntut ganti rugi.
Peguam AS Ramadanil S Daulay berkata, remaja itu memiliki kelainan seks.
“Kami memohon kepada mahkamah supaya mengarahkan tertuduh menjalani rawatan,” katanya kepada wartawan selepas perbicaraan itu.
AS ditangkap selepas memperkosa seorang kanak-kanak dan mencampakkan mangsa ke laut beberapa bulan lalu. Kanak-kanak berkenaan ketika itu dirawat di sebuah hospital tempatan.
Sementara itu, seorang penduduk yang berada di luar mahkamah berkata, dia dan beberapa jirannya mahu AS membayar ganti rugi terhadap kematian ayam mereka. - Agensi - 18/12/13
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.