Mat Sabu dilantik Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang
[TMI] PAS hari ini mengumumkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang manakala Asmuni Awi dilantik sebagai Bendahari PAS yang baru.
Setiausahasa Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, berkata Asmuni menggantikan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob yang melepaskan jawatannya bagi memfokuskan tugas sebagai menteri besar tetapi kekal sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan.
"Mohamad dipilih kerana beliau adalah anak jati Pulau Pinang dan terkenal di negeri itu. Pemilihannya juga dapat meneruskan usaha hubungan baik dengan Pakatan Rakyat (PR).
"Jawatannya sebagai timbalan presiden dapat menyelaraskan kerja di negeri itu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur, hari ini.
Hadir sama ialah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.
Salahuddin berkata, jawatankuasa PAS yang baru tidak lagi memisahkan parti itu kepada ulama dan profesional tetapi kedua-duanya bergerak seiringan mendepani cabaran politik. – 17 Disember, 2013.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.