Bunuh Anak Kerana Cinta
Anak Ganggu Cinta
[HM] Paris: Seorang wanita menghadapi hukuman penjara selepas mengaku melemaskan anaknya yang baru berusia 15 bulan di Selat Inggeris hanya kerana budak itu ‘mengganggu’ hubungan cintanya.
Kekejaman Fabienne Kabou itu dapat disaksikan hasil rakaman kamera litar tertutup di tempat kejadian yang menunjukkan wanita dari Senegal itu menolak anak perempuannya Adelaide ke pesisiran pantai di Berck sur Mer pada 19 November lalu.
Mayat Adelaide ditemui nelayan dalam keadaan masih diikat pada kereta sorongnya.
Dengan menggunakan data DNA yang ditemui pada kereta sorong itu, polis menahan Fabienne, 36, di sebuah rumah yang dikongsi dengan kekasihnya berusia 63 tahun di Paris 10 hari kemudian.
Penuntut jurusan falsafah itu memberitahu polis, dia mengambil tindakan kejam selepas melihat kehadiran Adelaide ‘mengganggu’ hubungannya dengan lelaki terbabit yang juga bapa mangsa.
Kepada kekasihnya, Fabienne mendakwa Adelaide sudah diserahkan kepada neneknya di Senegal.
Fabienne ditahan Sabtu lalu dan disoal hakim dalam sesi mahkamah tertutup sebelum diarahkan disiasat atas tuduhan bunuh.
Peguamnya Fabienne Roy-Nansion berkata, wanita terbabit mengakui perbuatannya.
Bapa kanak-kanak itu dilaporkan berkata Fabienne ibu yang baik, malah jiran ditemui juga terkejut dengan kejadian itu.
Kejadian itu menimbulkan kemarahan ratusan orang yang berhimpun di luar mahkamah serta pesisiran pantai dengan membawa atau memakai barangan berwarna putih - cara warga Perancis memprotes dalam kes membabitkan keganasan terhadap kanak-kanak.
Sementara itu, pakar perundangan di Mahkamah Rayuan Paris, Gerard Lopez berkata, perbuatan Fabienne tidak boleh dianggap sebagai tindakan orang gila, sebaliknya sudah dirancang .
“Siasatan kini perlu melihat sama ada dia menjadi mangsa penderaan fizikal atau psikologi pasangannya.
“Ada orang yang menjadi keanak-anakan dan narsisistik selepas menjadi ibu.
“Kita perlu mengkaji sama ada wanita itu terdorong akibat tekanan untuk memenuhi kehendak kekasihnya yang mahukan perhatiannya,” katanya. - Agensi - 3/12/13
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.