Jaket Paku Elak Dihimpit dalam Pengangkutan Awam
[HM] Singapura: Seorang pereka yang jemu dengan keadaan tolak-menolak ketika berada dalam kereta api bawah tanah mencipta aksesori yang pasti memudahkannya - tetapi menakutkan penumpang lain.
Siew Ming Cheng menghasilkan rekaan jaket bergelar Spike Away yang diperbuat daripada plastik dan dilengkapi dengan pepaku plastik yang tajam.
Cheng menghasilkan rekaan jaket itu ketika menghadiri bengkel rekaan di Universiti Nasional Singapura.
Bengkel Chindogu itu adalah acara yang mengumpulkan pereka bagi mencari ciptaan menangani masalah seharian. Ia dikendalikan pereka perabot futuristik Jerman, Werner Aisslinger.
Selepas sesi perbincangan peserta diberikan setengah hari untuk mencari bahan dan merealisasikan idea mereka.
Cheng memutuskan untuk mencipta jaket yang dilengkapi senjata sebagai penyelesaian paling berkesan untuk masalah itu.
Kesemua bahan untuk membuat jaketnya diperoleh dari kedai biasa.
Jajaran pepaku itu biasanya digunakan untuk mengelak burung dan kucing daripada merosakkan tanaman. Rekaan tidak semestinya amat praktikal selagi dapat menyelesaikan masalah dan bagi Cheng, ia sesuai digunakan dalam pengangkutan awam yang sesak. - Agensi -5/12/13
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.