Perompak Noda Gadis Datang Bulan
[HM] Kuantan: Seorang lelaki layak digelar binatang apabila bukan saja merompak mangsanya, malah tergamak menodai wanita terbabit walaupun didatangi haid dalam kejadian samun dan rogol di sebuah taman perumahan di Sungai Karang Jaya, dekat sini.
Difahamkan, dalam kejadian pada jam 6.20 petang, 7 Disember lalu, mangsa berusia 25 tahun yang juga anak kepada seorang anggota polis bertugas di Temerloh diikat kaki, tangan dan mulut menggunakan kain serta pelekat sebelum rumahnya diselongkar dan pakaiannya ditanggalkan suspek.
Kejadian berlaku apabila mangsa yang berada di rumah seorang diri terdengar pintu diketuk sebelum membukanya.
Sumber berkata, mangsa yang menyangka rakan serumahnya pulang terus membuka pintu, namun terkejut apabila seorang lelaki memakai topi keledar dan menutup muka meluru ke arahnya. Lelaki itu kemudian menolak dan memeluk mangsa dari belakang sambil mengacukan pistol mainan bagi menakutkannya. -10/12/13
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.