SPAD Beri Isyarat Kenaikan Tambang LRT, Monorel
[TMI] Ketika keadaan belum reda dengan kritikan terhadap kenaikkan tarif elektrik baru-baru ini serta harga barangan lain, Tan Sri Syed Hamid Albar memberi isyarat tambang pengangkutan awam LRT dan monorel pula bakal naik tahun depan,
Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam (SPAD) tersebut memberi alasan kenaikan tersebut wajar memandangkan sudah 10 tahun tiada kenaikan.
"Sudah 10 tahun tak pernah dinaikkan, jadi kadar tambang LRT dijadualkan naik tahun depan," kata beliau yang dipetik dalam akhbar harian The Malay Mail hari ini.
Bagaimanapun, Syed Hamid memberi jaminan kajian terperinci akan dibuat bagi memastikan ia adil dan tidak membebankan rakyat.
Ketika ini tambang LRT berkadar antara 70 sen ke RM5.90.
Heidzir, 35, seorang penumpang yang menggunakan pengangkutan awam tersebut setiap hari berulang-alik dari Putrajaya ke Bangsar menyatakan rasa tidak puas hatinya.
"Saya menggunakan pengangkutan awam supaya dapat berjimat cermat, tapi kalau naik apa gunanya saya guna tren ini.
"Minyak pun naik, tol pun mungkin naik, tambang tren pun nak naik juga. Tren ini kebanyakannya digunakan oleh rakyat yang tidak berkemampuan," kata beliau yang bekerja sebagai jurutera IT.
Putrajaya pada 2 Disember lalu mengumumkan kenaikkan tarif elektrik sebanyak 15% bermula 1 Januari depan.
Sebelum itu, kerajaan pentabiran Datuk Seri Mohd Najib Razak juga telah memotong subsidi minyak sebanyak 20 sen dan semasa pembentangan Bajet 2014 menghapuskan subsidi gula sebanyak 34 sen.
Langkah tersebut menerima kritikan pelbagai pihak khususnya pembangkang Pakatan Rakyat yang menggesa kerajaan menangani ketirisan dan keborosan dalam pentadbiran seperti yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara lalu. -11 Disember 2013.
P/s: Terima kasih pengundi BN.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.