Rakan Teman Lelaki Penolong Kanan Terlampau Didakwa Memiliki Video Lucah dan Memeras Ugut
Muhamad Usman, (kanan) dan Irfan dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Melaka, semalam. |
[BH] Muhamad Usman, iaitu Irfan Ahmed Ashraf Muhammad, 38, yang juga peniaga jubah, didakwa memeras ugut hingga mendorong Lizah menyerahkan RM10,000 pada jam 12 tengah hari, 20 November lalu di depan sebuah restoran di Bukit Beruang.
Dia dituduh di depan Majistret Syajaratudur Abd Rahman, mengikut Seksyen 383 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua jika sabit kesalahan.
Irfan juga menghadapi tuduhan kedua dan ketiga, masing-masing atas kesalahan memiliki sebuah pemacu storan media jenama Kingston serta telefon bimbit mengandungi filem lucah di sebuah kawasan stesen minyak di Jalan Panglima Awang, jam 6.45 petang 30 November lalu.
Bagi dua tuduhan itu, dia yang diwakili peguam, Zulfiqri Zakaria dan Intan Nazifa Ahmad didakwa mengikut Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 yang jika sabit kesalahan, boleh didenda antara RM10,000 hingga RM50,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Untuk tuduhan keempat, dia pada jam 7.30 malam, tarikh yang sama didapati memiliki sebuah komputer riba jenama Dell mengandungi filem lucah di sebuah hotel di Taman Kota Laksamana, di sini dan didakwa mengikut seksyen sama seperti tuduhan kedua dan ketiga. Irfan bagaimanapun, mengaku tidak bersalah bagi semua tuduhan.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin keseluruhan RM13,000 sebelum menetapkan 7 Januari untuk sebutan semula. Pendakwaan kes dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Nabilah Nizam.
Berita berkaitan di sini.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.