Respons Mat Sabu terhadap Gesaan KDN Agar Beliau Mengemukakan Bukti Bukan Penganut Syiah
Beban Pembuktian Ditangan KDN, Bukan Saya - Mat Sabu
[Mstar] PETALING JAYA: Mohamad Sabu berkata terpulang kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk membuktikan beliau seorang pengikut kumpulan Syiah, berbanding dirinya yang perlu membuktikkan dia tidak bersalah.
"Beban pembuktiaan di tangan mereka kerana merekalah yang menuduh saya.
"Berdasarkan pengetahuan saya, begitulah cara undang-undang di Malaysia," kata Timbalan Presiden PAS kepada The Star Online dalam satu khidmat pesanan ringkas.
Terdahulu, Kementerian Dalam Negeri dilaporkan menggesa Mohamad tampil mengemukakan bukti jika dirinya tidak terlibat dengan fahaman Syiah.
Pegawai Agama KDN, Ustaz Dr Zamihan Mat Zain Al Ghari berkata Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu juga perlu berhujah secara ilmiah bagi menafikan 10 bukti yang dikeluarkan KDN semalam yang mengaitkannya dengan fahaman syiah.
Khamis lepas, KDN mengemukakan 10 bukti yang mendakwa Mat Sabu mempunyai kaitan dengan fahaman Syiah, yang dilabelkan sebagai ajaran sesat di Malaysia.
Antara bukti yang dikemukakan ialah Mat Sabu didakwa menghadiri kelas agama anjuran dua pemimpin Syiah di Bukit Merah pada 2011 dan sering menyatakan rasa kagumnya terhadap pentadbiran pemimpin Syiah di Iran, Ayatollah Ruhollah Khomeini.
Bukti berkenaan dikemukakan selepas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan pemimpin 'nombor dua' PAS terlibat dengan ajaran syiah.
Mat Sabu bagaimanapun telah menafikan dakwaan yang dilemparkan terhadapnya. - 15/12/13
P/s: Sejak kes fitnah liwat, macam-macam lawak berlaku dalam sistem perundangan kita.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.