Jual Isteri dan Motosikal
ISTERI Bob berdiri di sebelah motosikal kesayangannya. |
[HM] Virginia: Berdepan dilema gara-gara diberi kata dua oleh isterinya, seorang pemilik motosikal Harley Davidson mengambil tindakan mengejutkan apabila menawarkan kenderaan itu serta pasangannya untuk dijual.
Hanya dikenali sebagai Bob, dia dilaporkan dimarahi isterinya kerana memberi terlalu banyak perhatian kepada motosikal.
Justeru isteri Bob mengugut supaya dia mengubah sikap atau perlu memilih antara motosikal atau pasangan hidupnya.
Bob kemudian mengiklankan motosikal dan isterinya untuk dijual.
Kata Bob, motosikal Sportster 2006 XL1200L miliknya masih dalam keadaan baik, manakala isterinya ialah “model 1959” yang juga masih berkeadaan baik walaupun agak berusia.
Gambar motosikal dan isteri Bob turut dipaparkan di laman sesawang itu.
Wanita terbabit dilihat tersenyum di sebelah kenderaan itu dengan memakai kot mewah.
Bob membuat tawaran AS$5,900 (RM19,000) untuk pembida berminat. - Agensi - 9/12/13
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.