Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, ,

Ahad, 15 Disember 2013

[PANAS] Bukti Gred A Kaitkan Mat Sabu dengan Syiah TERBONGKAR



KDN: 20 pengakuan saksi direkodkan jadi bukti ‘gred A’ Mat Sabu Syiah

[TMI] Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan memiliki bukti eksklusif 'gred A' berupa pengakuan lebih 20 individu yang didakwa mampu 'menceritakan' kecenderungan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar) dengan fahaman Syiah.

Penolong Setiausaha Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam KDN, Zamihan Mat Zain Al-Ghari, berkata mereka merupakan individu terdekat dan rapat dengan pemimpin yang dikenali sebagai Mat Sabu itu.

“Ada yang 'sekapal' daripada sudut politik, ada juga pengikut Syiah yang sudah bertaubat. Mereka ini rapat dengan pemimpin tersebut, orang yang berkawan dengannya, jadi 'anak buah' dia. Mereka menyaksikan apa dia cakap, buat dan libatkan aktiviti berkaitan Syiah.

''Mereka juga pernah bersama dia ke Iran dan menghadiri mesyuarat kumpulan Syiah. Jadi, kalau orang yang dekat dengannya boleh mengemukakan bukti, bagaimana hendak nafi?

''Jangan lupa, bila dia ke luar negara, dia lawat siapa, pergi mana, sudah tentu ada aspek catatan rekod teknikal Jabatan Imigresen. Semua ada rekod dan bukti,'' katanya dipetik daripada akhbar Utusan Malaysia edisi Ahad, Mingguan Malaysia hari ini.

Zamihan berkata, KDN juga memiliki bukti yang mengaitkan Mohamad menghadiri seminar berkaitan Syiah di Iran selain kekerapan pertemuan dengan pemimpin tertinggi Syiah di luar negara.

Beliau mendakwa, penglibatan Mohamad dengan Syiah bukannya perkara baharu tetapi dikatakan berlaku sejak era 1990-an.

''Ada gambar, tetapi tidak banyak termasuk video.

''Kementerian mengemukakan 10 maklumat secara fakta. Kalau fakta ini ditarafkan sebagai lemah, lawak atau tidak masuk akal, sila bawa fakta yang boleh nyahkan bukti-bukti kementerian itu.

''Sampai kini, tak mampu nyahkan bukti itu. Kita tidak akan dakwa kalau tiada fakta. Kita bukan bercirikan politik atau mahu aibkan individu berkenaan. Kita bercakap atas platform kebenaran,'' katanya.

Mohamad sebelum ini menafikan sekeras-kerasnya berfahaman Syiah, tetapi tidak menolak beliau mengagumi pemimpin besar Revolusi Iran Ayatollah Ruhullah Musawi al-Khomeini dan Setiausaha Agung Hezbollah, Sayyid Hassan Nasrallah. – 15 Disember, 2013.


P/s: Mahu sambung gelak bukti Gred B?

Bila nak dakwa penganut Syiah yang terang-terang mengaku Syiah dan ada pula yang dikaitkan dengan UMNO?


 

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH