Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label seks dengan binatang. Papar semua catatan

,

Khamis, 16 April 2015

Lelaki Lakukan Seks dengan Anjing



Missoula (Amerika Syarikat): Seorang lelaki di sini, diarah supaya menjauhkan diri daripada semua haiwan peliharaan selepas didapati melakukan serangan seksual terhadap anjing milik adik teman wanitanya.

Kenneth Kellmer didakwa di mahkamah selepas dia didapati menindih seekor anjing berusia tiga setengah tahun di sebuah rumah di sini pada Februari lalu.

Menurut dokumen mahkamah, seorang wanita membuat laporan polis selepas dia mendapati teman lelaki kakaknya menindih anjing peliharaannya.

Wanita itu mendakwa dia pulang ke rumah kakaknya di sini dan mendapati Kellmer, 41, berada di kediaman berkenaan.

“Apabila pengadu masuk ke dalam rumah, dia terkejut melihat Kellmer dalam keadaan seluar terlondeh sedang menindih anjing peliharaannya,” katanya.

Kellmer ditahan polis pada Ahad lalu dan didakwa atas tuduhan jenayah kerana melakukan serangan seksual.

Lelaki itu didakwa di mahkamah pada Isnin lalu dan dibebaskan tanpa ikat jamin selepas berjanji untuk hadir pada perbicaraan seterusnya.

Mahkamah mengeluarkan perintah bagi menghalang Kellmer daripada menghampiri anjing atau kucing termasuk enam ekor haiwan peliharaannya.

Adik teman wanita Kellmer memberitahu mahkamah bahawa lelaki itu mempunyai beberapa haiwan peliharaan di rumahnya.

Kes dijangka disambung semula dalam tempoh dua minggu lagi dan jika didapati bersalah Kellmer berdepan hukuman penjara sekurangnya 10 tahun dan denda AS$50,000 (RM185,337). - Agensi/Harian Metro/16/4/15


,

Isnin, 17 November 2014

Seks dengan Biri-biri Angkara...

Sekadar hiasan.
[Harian Metro] Fresno (California): Seorang pelajar universiti yang dituduh mengadakan seks dengan biri-biri berkata, dia bertindak demikian kerana terlalu stres menghadapi peperiksaan.

Lelaki berusia 23 tahun itu ditangkap mengadakan seks oleh rakan pelajarnya di Universiti Fresno State selepas mendengar bunyi bising dari kandang haiwan berkenaan di kampus.

Pelajar yang namanya tidak didedahkan memberitahu polis, dia amat tertekan dengan peperiksaan yang bakal dihadapinya, menyebabkan dia minum terlalu banyak arak.

“Ia sungguk menjijikkan dan membuat saya marah. Kenapa perlu lepaskan geram pada haiwan semata-mata kamu tertekan dengan peperiksaan,” kata Marisa Burkdoll, antara pelajar yang menguruskan haiwan berkenaan di kampus itu.

“Pelajar itu bukan tertekan tetapi mungkin menghadapi masalah mental.

“Dia sasarkan haiwan yang tidak boleh mempertahankan diri mereka,” katanya sambil mendesak pihak berkuasa memenjarakan pelajar terbabit.

Biri-biri berkenaan ialah sebahagian daripada haiwan yang diternak di kampus itu untuk tujuan pembiakan dan ternakan. Ia kini dirawat oleh veterinar. - Agensi/17/11/14

Isnin, 27 Oktober 2014

Seks dengan Anjing


[Harian Metro] Miami: Seorang pemilik anjing menghadapi tuduhan melakukan kekejaman terhadap haiwan selepas dia mengadakan seks dengan binatang itu. 

Jonnie Boggess ditangkap selepas kumpulan hak asasi haiwan membuat laporan mendakwa lelaki berusia 47 tahun itu mengadakan seks dengan anjingnya, Piglet. 

Menurut pihak berkuasa, Bogges mendakwa dia tidak bertindak kejam dan tidak menyalahi undang-undang kerana berat Piglet melebihi 18 kilogram dan ia sudah dimandulkan. 

Lelaki itu juga mendakwa dia tidak bertindak kasar ketika mengadakan seks dengan Piglet. 

“Bogess berkata, selepas mengadakan seks dengan anjing itu, dia akan memeluk Piglet, membelainya dan memberitahunya dia mencintainya,” kata jurucakap polis Kanawha County, Sarjan Larry O’Brien. 

Menurut polis, Bogess akhirnya berkata, dia sepatutnya tidak mengadakan seks dengan anjingnya. Dia mendakwa mabuk ketika itu. 

Bagaimanapun, jirannya tidak mempercayainya. 

“Dia sering mengadakan seks dengan haiwan. Kami tidak hairan dia ditangkap,” kata seorang jirannya. 

O'Brien berkata, anjing berkenaan diserahkan kepada pihak berkuasa dan Boggess kini menanti hukuman. -27/10/14



,

Khamis, 21 Ogos 2014

Wanita Mengaku Melakukan Seks dengan Anjing Berulang kali



[Harian Metro] Albuquerque (Amerika Syarikat): Seorang wanita ditangkap kerana disyaki mengadakan seks dengan anjing dan cuba meracun tuan punya haiwan itu.

Shari Knight, 53, dituduh mencabul Spike dan Jake, anjing milik rakan sebiliknya, Beverly Bradley.

Kedua-dua anjing itu cedera ringan akibat kejadian di Albuquerque, New Mexico, Amerika Syarikat, lapor sebuah akhbar tempatan.

Defendan juga dituduh cuba meracun pemilik anjing itu dan abangnya, sehari selepas dia ditangkap bersama-sama seekor anjing berkenaan.

Shari dikatakan mencampurkan alkohol dan cecair pembersih tandas ke dalam makanan rakannya.

Dia berpacaran dengan abang Beverly, tetapi hubungan mereka berakhir selepas lelaki itu mengetahui mengenai tabiat ganjil Shari.

Menurut media tempatan, dokumen mahkamah menunjukkan Shari mengaku mengadakan seks berulang kali dengan anjing berkenaan.

Dia kini ditahan atas tuduhan menganiaya haiwan dan menyerang hingga menyebabkan kecederaan. - 21/8/14

Lanjut di sini.

, ,

Isnin, 3 Mac 2014

Alasan Lelaki Melakukan Seks dengan Kambing...

Sekadar hiasan.

[HM] Abuja: Seorang penduduk kampung di Nigeria ditahan kerana berasmara dengan kambingnya tetapi tetap berkeras mengatakan dia tidak bersalah kerana sudah meminta kebenaran terlebih dulu daripada haiwan itu.

Menurut laporan media semalam, Malam Kamisu Baranda diserahkan kepada polis oleh ketua kampung di Dutse sebelum direman. 

Lelaki berusia 20 tahun itu mengakui berasmara dengan kambing sebanyak 10 kali sebelum ini. 

Alasan Baranda?

Dia mengulangi perbuatan itu kerana haiwan berkenaan benar-benar memuaskan nafsunya sehingga dia tidak berminat menjalin hubungan cinta dengan wanita.

Baranda berkata, dia membawa kambing berkenaan ke hutan berhampiran kediamannya untuk mengelak daripada rasa malu ketika melakukan perbuatan itu. 

Katanya, dia hanya berasmara dengan kambingnya sendiri, selain turut meminta kebenaran daripada haiwan itu sebelum berasmara. 

Dia juga mendakwa tidak faham mengapa berasmara dengan haiwan adalah satu kesalahan. 

Baranda memberitahu jika dia tahu perbuatannya itu salah, dia tidak akan melakukan demikian. 

Ketua majistret Dutse kemudian mengarahkan Baranda dipenjara dua minggu atas kesalahan itu.- 2/3/14/ Agensi

P/s: Gila seks!!!


, ,

Selasa, 25 Februari 2014

Seks dengan Lembu: Seorang Tibai, Seorang Rakam



[HM] New York: Seorang peladang dari Herkimer County, New York kebingungan apabila lembu ternakannya tiba-tiba berkelakuan pelik.

Disebabkan haiwan itu turut gagal menghasilkan susu yang banyak berbanding biasa, peladang terbabit memasang kamera pengawasan berhampiran ladangnya. Dia terkejut ketika memeriksa rakaman kamera itu apabila melihat dua lelaki cuba mengadakan seks dengan ternakan miliknya, lapor CNYCentral.com.

Peladang yang tidak mahu dikenali itu kemudian menghubungi pihak berkuasa. Susulan daripada itu, dua lelaki berkenaan, Michael Jones, 35, dan Reid Fontaine, 31, ditahan atas tuduhan salah laku seks terhadap haiwan.

Pihak berkuasa berkata, Fontaine cuba melakukan seks dengan beberapa lembu, manakala Jones merakam adegan berkenaan.

Kedua-dua lelaki itu bukan yang pertama dituduh cuba melakukan seks dengan lembu.

Pada 2008, tukang cuci warga Brazil Ferreira Paraizo dituduh mengadakan seks dengan 400 lembu. Paraizo mendakwa, dia lebih suka berasmara dengan haiwan daripada manusia.

Dalam satu penyelidikan yang dijalankan pada 2011, Jurnal Perubatan Seks mendapati lelaki yang cenderung mengadakan seks dengan haiwan berisiko menghidap kanser zakar sekali ganda berbanding mereka yang melakukannya dengan kaum sejenis. - Agensi/25/2/14


, , ,

Isnin, 17 Februari 2014

Lelaki Nodai Anjing Peliharaan Teman Wanita


Sekadar hiasan.

[HM] England: Seorang lelaki ditahan selepas didakwa melakukan seks luar tabii dengan anjing peliharaan teman wanitanya.

Perbuatannya itu terbongkar selepas wanita berkenaan memeriksa telefon bimbit lelaki itu.

Wayne Bryson, 19, mengaku melakukan perbuatan itu dengan anjing teman wanitanya baka Staffordshire.

Dia tidak dapat menjelaskan sebab berbuat demikian ketika disoal polis tetapi mengaku melakukannya sekali saja.

Menurut sumber, Bryson juga mengaku memiliki ganja untuk kegunaan peribadi.

Bryson juga diikat jamin dengan syarat dia tidak ditinggalkan bersendirian dengan haiwan.- Agensi/15/2/14


, ,

Rabu, 18 Disember 2013

Remaja PERKOSA 300 Ekor Ayam


[HM] Tasikmalaya (Indonesia): Seorang remaja, AS, 17, yang dibicarakan semalam atas tuduhan mencabul seorang kanak-kanak berusia enam tahun, mengejutkan mahkamah apabila mengaku turut mencabul ratusan ayam.

Hakim yang mengetuai perbicaraan itu, Motur Panjaitan berkata, ini kali pertama dia mendengar kes seumpama itu. “Tertuduh mengaku memperkosa lebih 300 ayam dan kebanyakan haiwan itu mati akibat perbuatannya,” kata Motur.

Perbicaraan itu diadakan secara tertutup tetapi keadaan di luar penuh sesak dengan beberapa orang membawa ayam mereka kerana mahu menuntut ganti rugi.

Peguam AS Ramadanil S Daulay berkata, remaja itu memiliki kelainan seks.

“Kami memohon kepada mahkamah supaya mengarahkan tertuduh menjalani rawatan,” katanya kepada wartawan selepas perbicaraan itu.

AS ditangkap selepas memperkosa seorang kanak-kanak dan mencampakkan mangsa ke laut beberapa bulan lalu. Kanak-kanak berkenaan ketika itu dirawat di sebuah hospital tempatan.

Sementara itu, seorang penduduk yang berada di luar mahkamah berkata, dia dan beberapa jirannya mahu AS membayar ganti rugi terhadap kematian ayam mereka. - Agensi - 18/12/13



,

Isnin, 16 September 2013

Kantoi Seks dengan Kuda dan Anjing


[HM] London: Pada April lalu, polis Britain menangkap seorang lelaki kerana kesalahan mencuri.

Bagaimanapun, siasatan yang dilakukan menemui jenayah lain yang lebih mengejutkan.

Polis menahan Graham Redfearn, 41, kerana disyaki memecah masuk sebuah kediaman dan mencuri. Apabila menggeledah rumah suspek, mereka menemui rakaman video lucah lelaki terbabit, menunjukkan dia yang melakukan seks dengan seekor kuda, manakala dalam satu lagi rakaman menunjukkan dia melakukan seks dengan dua ekor anjing.

Redfearn memberitahu polis dia hanya menjalankan “eksperimen” dengan berbaring di atas katil, manakala selebihnya dilakukan anjing itu,” lapor akhbar Metro UK.

Menurut Shropshire Star, polis percaya Redfearn ingin berkongsi video itu dengan orang lain. Dia mengaku bersalah terhadap dakwaan aktiviti seksual bersama kuda dan anjing, selain dua lagi tuduhan menghasilkan imej lucah melampau.

Redfearn turut memuat turun status di Facebook mengatakan dia tidak sabar untuk “bekerja” dengan kuda dan pernah mempunyai pengalaman melakukan kerja sedemikian.

Mahkamah Khamis lalu, melarang Redfearn memiliki haiwan dan dia dikenakan arahan larangan aktiviti seksual selama 10 tahun.

Menurut akhbar Mirror pula, dalam kenyataannya kepada mahkamah di Shrewsbury, Redfearn berkata, dia berkelakuan demikian kerana pernah didera dan diperkosa anjing German Shepherd ketika berusia 12 tahun.

Walaupun video menunjukkan dia melakukan seks dengan kuda, Redfearn terlepas hukuman penjara kerana tiada bukti menunjukkan bahawa haiwan berkenaan marah atau cemas.

Ini bukan kes seksual dengan haiwan yang pertama di Britain dibicarakan.

Ogos lalu, seorang lelaki dari Wiltshire dilarang melakukan kerja di ladang selepas mengaku melakukan seks dengan seekor kambing. Awal minggu ini, dia dijatuhkan hukuman penjara enam minggu. - Agensi -16/9/13


Baca lanjut di sini.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH