[Video] "10 ah long masuk, 10 ah long saya bunuh" - Ah Kooy
KUALA LUMPUR: Berhati-hati semua peminjam wang tidak berlesen atau lebih dikenali dengan gelaran ah long terutama di Menglembu, Perak.
Bagaimana tidak sebuah klip video Ketua Balai Polis Menglembu, ASP Chen Ah Kooy berdurasi 41 saat yang sedang 'viral' di media sosial kini menjadi bukti polis sudah tidak mahu berkompromi lagi dengan sindiket itu.
Ah Kooy yang berpakaian seragam dengan cermin mata hitam, membuat amaran kepada ah long yang menjadikan kawasan sekitar Mengelembu sebagai lokasi menampal poster atau iklan pinjaman wang.
"Masuk saya punya 'area, ah long 10 orang mari, 10 saya bunuh, lu tak puas hati panggil 'lawyer' jumpa saya. Jangan ganggu saya punya area Menglembu, ini sticker jangan gantung ah long.
"Saya tak pakai duit ah long. Saya tidak mahu DAP dan MCA komplen kepada saya Menglembu semua penuh dengan sticker ah long. Datang dan lihat. Ah long berani mari jumpa saya kita 'Chek chow' (lawan satu lawan satu).
"Kita berlawan. Awak ada pistol, bawa keluar. Saya tahu awak membelinya dari Thailand," kata Ah Kooy di dalam rakaman tersebut.
Video berdurasi 41 saat yang menunjukkan amaran Ah Kooy kepada ah long di sekitar Mengelembu - Sumber YouTube bagan serai
Sementara itu, sebuah portal melaporkan, lelaki yang menjadi 'model' di dalam klip video itu merupakan pekerja bagi sebuah agensi ah long.
"Kakitangan saya telah menggantung kain rentang apabila dia ditangkap. Daripada apa yang saya diberitahu, sebuah parti politik telah membuat aduan kepada polis mengenaibanneritu di suatu tempat di Cheras.
"Itulah yang mendorong anggota polis untuk melakukan apa yang dilakukan," kata individu yang dihubungi melalui nombor yang tertera di dalam klip video seperti yang dilapor portal berkenaan.
Dalam pada itu, laporan sebuah akhbar berbahasa Cina yang menemuramah Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong mengesahkan bahawa Ah Kooy adalah Ketua di Balai Polis Menglembu.
Chang Keong menegaskan, walaupun niat Ah Kooy adalah murni, tindakannya itu dilihat tidak profesional selain penggunaan perkataan yang kurang sesuai dalam klip berkenaan.
Tambah Chang Keong lagi, terdapat 14 kes berkaitan dengan peminjam wang haram di Ipoh sejak Januari dan lima daripadanya berlaku di Menglembu. -Astro Awani/18/5/15
P/s: Bravo!!
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.