Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label ah long. Papar semua catatan

, , ,

Isnin, 18 Mei 2015

[Video] "10 ah long masuk, 10 ah long saya bunuh" - Ah Kooy




KUALA LUMPUR: Berhati-hati semua peminjam wang tidak berlesen atau lebih dikenali dengan gelaran ah long terutama di Menglembu, Perak.

Bagaimana tidak sebuah klip video Ketua Balai Polis Menglembu, ASP Chen Ah Kooy berdurasi 41 saat yang sedang 'viral' di media sosial kini menjadi bukti polis sudah tidak mahu berkompromi lagi dengan sindiket itu.

Ah Kooy yang berpakaian seragam dengan cermin mata hitam, membuat amaran kepada ah long yang menjadikan kawasan sekitar Mengelembu sebagai lokasi menampal poster atau iklan pinjaman wang.

"Masuk saya punya 'area, ah long 10 orang mari, 10 saya bunuh, lu tak puas hati panggil 'lawyer' jumpa saya. Jangan ganggu saya punya area Menglembu, ini sticker jangan gantung ah long.

"Saya tak pakai duit ah long. Saya tidak mahu DAP dan MCA komplen kepada saya Menglembu semua penuh dengan sticker ah long. Datang dan lihat. Ah long berani mari jumpa saya kita 'Chek chow' (lawan satu lawan satu).

"Kita berlawan. Awak ada pistol, bawa keluar. Saya tahu awak membelinya dari Thailand," kata Ah Kooy di dalam rakaman tersebut.


Video berdurasi 41 saat yang menunjukkan amaran Ah Kooy kepada ah long di sekitar Mengelembu - Sumber YouTube bagan serai

Sementara itu, sebuah portal melaporkan, lelaki yang menjadi 'model' di dalam klip video itu merupakan pekerja bagi sebuah agensi ah long.

"Kakitangan saya telah menggantung kain rentang apabila dia ditangkap. Daripada apa yang saya diberitahu, sebuah parti politik telah membuat aduan kepada polis mengenaibanneritu di suatu tempat di Cheras.

"Itulah yang mendorong anggota polis untuk melakukan apa yang dilakukan," kata individu yang dihubungi melalui nombor yang tertera di dalam klip video seperti yang dilapor portal berkenaan.


Dalam pada itu, laporan sebuah akhbar berbahasa Cina yang menemuramah Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong mengesahkan bahawa Ah Kooy adalah Ketua di Balai Polis Menglembu.


Chang Keong menegaskan, walaupun niat Ah Kooy adalah murni, tindakannya itu dilihat tidak profesional selain penggunaan perkataan yang kurang sesuai dalam klip berkenaan.

Tambah Chang Keong lagi, terdapat 14 kes berkaitan dengan peminjam wang haram di Ipoh sejak Januari dan lima daripadanya berlaku di Menglembu. -Astro Awani/18/5/15


P/s: Bravo!!




Selasa, 24 Disember 2013

Ops Cantas Khas Bersihkan Iklan Ah Long, Sampai Bila Mahu Buat Kerja yang Sia-sia?


[AA] KUALA LUMPUR: 150 poster besar di sekitar Ampang telah diturunkan dalam Operasi Cantas Khas petang semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Amiruddin Jamaluddin berkata, operasi itu bertujuan membanteras kegiatan pinjaman tidak berlesen di sekitar Lembah Klang khasnya di Ampang.

Kegiatan menampal serta mengantung iklan oleh agen-agen Along itu bukan hanya mencacatkan pemandangan malah mengganggu penglihatan pengguna jalan raya.

Beliau berkata demikian selepas selesai operasi pembersihan poster Along di sekitar Ampang.

Operasi itu disertai oleh tujuh pegawai dan 35 anggota polis termasuk Penguatkuasa Majlis Perbandaran Ampang Jaya.

Dalam operasi ini 150 poster besar diturunkan manakala poster-poster kecil dibersihkan terutama di pondok telefon, papan tanda jalan, dan tiang-tiang elektrik.

Operasi bermula pada pukul 3 petang sehingga 7 malam dan akan dilakukan setiap hari. - 24/12/13



P/s: TM tidak bermaksud untuk memperlekeh usaha pihak berkuasa, tetapi ops membersihkan iklan ah long tidak menyelesaikan masalah, malah mungkin digelakkan oleh ah long lahanat.

Nombor telefon sudah tertera pada poster/iklan, mengapa tidak diperangkap orang yang terlibat dalam aktiviti haram ini? Jika orang ramai dapat menghubungi lintah darat lahanat itu melalui nombor yang tertera pada iklan, mengapa pihak berkuasa tidak boleh/gagal menghubungi mereka yang terlibat sekali gus memberantas gejala ini sehingga akar umbi? 

TM sudah banyak kali memberikan komen tentang hal ini. Tampaknya, solusi mereka masih sama...koyak dan bersihkan iklan along.  

Walhal dengan adanya nombor telefon, kegiatan ah long ini mudah untuk dibasmi, namun jika tindakan yang diambil sekadar membersihkan poster, maka sampai kiamat pun isu ini tidak akan selesai. Malah setiap nombor telefon itu didaftar untuk memudahkan pihak berkuasa mengesan empunya nombor jika berlaku sebarang penyalahgunaan.

Tidak tahulah jika di belakang ah long ini ada JERUNG BESAR?


,

Rabu, 18 Disember 2013

Tujuh Sekeluarga Dikurung Along


CHONG (kiri) bersama tiga cucu lelaki terbabit menunjukkan rantai yang digunakan along.

[HM] Kuala Lumpur: Akibat bapa berhutang dengan along kerana ketagih judi, tiga anak lelaki berusia 61 tahun itu, seorang menantu dan tiga cucunya yang masih kecil menjadi mangsa apabila along bertindak mengurung mereka dalam rumah dengan merantai besi mengunci pintu rumah di Segambut Muda.

Bapa berkenaan meninggalkan sekeping nota tertera nombor telefon dipercayai milik along serta jumlah hutang RM2,000 yang perlu dibayar sebelum menghilangkan diri bulan lalu, kerana bimbang diburu ceti haram berkenaan.

Isterinya, Chan Ah Lin, 55, berkata, dia mengetahui mengenai kejadian pada 9 Disember lalu, itu jam 4 petang, selepas mendapat panggilan telefon daripada anak sulung memberitahu mereka sekeluarga diserang sekumpulan along yang datang ke rumah.

“Saya bergegas pulang ke rumah dan mendapati mereka tidak dapat keluar kerana pintu utama sudah dikunci daripada luar menggunakan rantai besi. Anak sulung memanjat keluar melalui tingkap dan berusaha membuka kunci mangga menggunakan tukul, namun gagal.

“Jiran yang mendengar bunyi bising ketukan datang ke rumah untuk membantu, namun gagal. Anak sulung saya kemudian ke kedai membeli gergaji untuk memotong rantai besi berkenaan,” katanya yang ditemui di Wisma MCA di sini, semalam.

Menurut Ah Lin, anaknya menyedari mereka sekeluarga dikurung selepas menerima panggilan telefon daripada along memberitahu mereka sudah merantai pintu kerana gagal membayar hutang sejak pertengahan bulan lalu.

“Setiap kali along datang rumah, kami yang sengsara. Sejak 10 tahun lalu, hampir RM100,000 wang sudah dihabiskan untuk membantu melangsaikan hutang dia (suami) dengan ceti haram, namun hingga sekarang dia masih belum insaf.

“Hingga awal Disember ini, sudah tujuh ceti haram datang ke rumah mencarinya, manakala lebih 10 lagi sering menelefon kami sekeluarga. Kami tidak tahu ke mana dia menghilang kerana sejak aktif berjudi, dia jarang pulang ke rumah,” katanya.

Pengerusi Biro Aduan Awam MCA Datuk Seri Michael Chong berkata, hasil rundingan dengan along terbabit, pihaknya berjaya menyelesaikan sebahagian hutang lima daripada tujuh along tanpa mengambil kira sebarang bayaran faedah. -18/12/13


P/s: Ambil ikhtibar


, ,

Selasa, 30 Julai 2013

Bahana Pinjam Duit Ah Long Keparat...Bacalah!


‘Jangan main-main lo’

[HM] Shah Alam: Akibat kesilapan seorang ketua keluarga, istilah Aidilfitri seakan tiada dalam keluarga itu apabila semua keperluan berbuka dan hari raya terpaksa dilupakan semata-mata hanya untuk membuat bayaran kepada empat peminjam wang tanpa lesen atau along sejak dua minggu lalu.

Tiada juga baju baru bagi anak pasangan itu seramai empat orang yang berusia dua dan 17 tahun apatah lagi juadah berbuka enak seperti orang lain.

Menceritakan kekesalan mereka, pasangan suami isteri terbabit kini terpaksa berhempas pulas mencari wang untuk membayar ‘bunga’ atau faedah daripada empat along yang mencecah RM2,500 seminggu.

Semuanya bermula apabila mangsa mahu dikenali sebagai Zam, 43, bertemu dengan seorang lelaki yang juga along di sekitar Klang yang menawarkan pinjaman mudah sebanyak RM80,000 tanpa memerlukan syarat ketat, awal bulan ini.

Tanpa banyak bicara, Zam yang sememangnya mempunyai niat untuk membuat pinjaman bagi melangsaikan hutangnya sebelum ini bersetuju dengan beberapa syarat ditetapkan along terbabit yang antaranya memerlukan dia membuat ‘bayaran percubaan’ sebanyak RM1,500. Along itu memberikan alasan mangsa perlu membuat ‘bayaran percubaan’ terlebih dulu untuk memastikan dia mampu membayar jumlah sama selepas pinjaman diluluskan syarikat yang mendakwa sebagai peminjam wang berlesen itu.

Menurut Zam, selepas bayaran dibuat, along itu menghubunginya dan memaklumkan wang pinjaman dipohon sudah diluluskan tetapi dia perlu membuat bayaran lain untuk urusan pemprosesan dan duti setem yang keseluruhannya berjumlah RM1,200.

“Disebabkan kesempitan wang, saya meminjam dengan empat along lain bagi membolehkan semua bayaran diminta dapat saya bayar dalam tempoh yang ditetapkan kerana mahu mendapatkan wang pinjaman bagi menyelesaikan hutang terdahulu.

“Selepas semua pembayaran berjumlah RM2,700 dibuat, along itu berjanji wang pinjaman RM80,000 akan dimasukkan terus ke dalam akaunnya sebelum along itu menghilangkan diri dan tidak boleh dihubungi,” katanya kepada Harian Metro.

Beliau berkata, dia terpaksa meminjam daripada empat along dengan jumlah kira-kira RM8,000 kerana kesuntukan masa untuk menjelaskan hutang dengan kadar yang cepat kerana dia bekerja sebagai pekerja penyelenggaraan di sebuah kilang. Katanya, disebabkan wang pinjaman RM80,000 dipohon gagal diperoleh menyebabkan dia kini diburu empat along dan memaksanya membuat pembayaran secara mingguan untuk setiap minggu yang mencecah RM2,500.

“Saya buntu untuk mencari wang bagi membayar empat along itu kerana sebahagian daripada gaji sudah digunakan untuk membayar hutang terdahulu dan baki gaji tidak sampai RM1,000 sebulan.

“Saya tak sangka akan dijerat seperti ini kerana beranggapan akan mendapat wang pinjaman RM80,000. Kini saya terpaksa memohon cuti tahunan bagi mencari wang untuk melangsaikan hutang empat along terbabit dalam tempoh masa ditetapkan,” katanya.

Lebih membimbangkan, Zam berkata, ada antara along terbabit yang mengugut untuk datang ke rumahnya untuk menyimbah cat sekiranya dia lewat membuat pembayaran mingguan seperti diminta.

Katanya, dengan keadaan dia saja yang bekerja dan bebanan hutang melampau menyebabkan mereka sekeluarga kini ibarat ‘kais pagi makan pagi kais petang makan petang’ kerana tidak mempunyai wang untuk membeli barangan dapur.

“Saya tahu ini satu kesilapan dan saya menyesal kerana tersilap langkah sehingga menjerat diri sendiri dan keluarga. Saya mohon pada mana-mana individu atau pihak yang boleh memberikan bantuan kepada keluarga saya bagi meringankan beban,” katanya. - 30/7/13



P/s: TM sudah banyak kali memberikan komen fasal ah long keparat ini. Jadikanlah kisah di atas sebagai pengajaran.

Kalau terjerat, mungkin tiada sesiapa yang dapat membantu anda. Baru-baru ini, seorang lelaki yang menjadi mangsa ah long membuat tiga laporan polis, namun tindakan itu tidak dapat membebaskan dirinya daripada gangguan dan ugutan ah long. Baru-baru ini juga seorang gadis diaibkan dan dicabul oleh ah long keparat apabila ahli keluarganya gagal melunaskan baki pinjaman/bunga.

Mengapa sindiket ah long tidak berjaya ditumpaskan di Malaysia walhal jelas terpampang nombor telefon mereka di merata-rata tempat? Anda fikirlah sendiri!



, ,

Sabtu, 27 Julai 2013

Gadis Dibogel & Dicabul Ah Long


KUALA LUMPUR - Bukan hanya dibogel dan dicabul, malah seorang gadis berusia 18 tahun turut diugut gambar bogelnya disebarkan jika abang ipar dan kakaknya gagal menjelaskan hutang ah long.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Dila berkata, abang ipar dan kakaknya itu meminjam lebih RM3,000 daripada ah long sejak akhir tahun lalu, namun gagal membayar balik.

“Akibatnya saya yang terima padah apabila tiga lelaki dipercayai ah long mula datang mengganggu di tempat saya bekerja,” katanya sewaktu ditemu bual di sebuah rumah perlindungan di pinggir ibu kota, semalam.

Dila berkata, gangguan daripada tiga lelaki itu berlarutan hampir setiap hari sehingga awal tahun ini.

Menurutnya, pada suatu hari ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, tiga lelaki berkenaan memaksanya menaiki motosikal.

“Saya dibawa ke kawasan semak, sebelum mereka mengarahkan saya menanggalkan pakaian dan mengambil gambar saya sebelum dicabul bergilir-gilir," katanya.

Dila berkata, sehingga kini dia tidak tahu di mana abang ipar dan kakaknya berada dan berharap mereka dapat melangsaikan hutang tersebut secepat mungkin.

Anak ketujuh daripada sembilan adik beradik itu memberitahu, berikutan insiden itu emosinya terganggu dan dia kini trauma dan hanya mempunyai ibunya untuk membantu.

Penderitaan Dila tidak habis di situ apabila dia turut mengakui pernah didera oleh abang sulungnya yang mengalami sakit mental sejak lima tahun lalu, memaksa dia tinggal bersama keluarga kakaknya.

“Abang sulung pernah mencabul salah seorang daripada kakak saya, sebelum dia dipenjara kira-kira dua tahun atas kesalahan itu,” katanya.

Menurutnya, abang sulungnya itu juga sering bertindak ganas dengan memukul, menyepak, menghentak kepalanya didinding atas alasan tidak berpuas hati dengan masakannya. - 27/7



P/s: Walaupun ah long menyebarkan nombor telefon mereka di merata-rata tempat, tetapi jarang-jarang kita baca berita mereka dicekup pihak berkuasa.  Jangan pelik! Jangan pelik juga jika pihak berkuasa tempatan dan polis melakukan gotong-royong membersihkan iklan ah long di kawasan bandar dan sewaktu dengannya.



, ,

Sabtu, 13 April 2013

Gadis Dirogol Konco Ah Long Kerana Gagal Bayar Bunga Pinjaman


[HM] Seorang wanita berusia 23 tahun terpaksa menyerahkan maruah diri bagi menggantikan bunga pinjaman wang yang gagal dibayar kepada along dalam satu kejadian kira-kira jam 2.30 petang, Jumaat lalu.

Semuanya berlaku selepas bekas majikannya yang menjadi perantara dengan along berkenaan sanggup mengarahkan dua lelaki, iaitu konco along berkenaan merogol bekas pekerjanya itu disebabkan gadis terbabit gagal berbuat demikian.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah mengesahkan kejadian itu dan memberitahu siasatan mengenainya kini sedang dijalankan.

Harian metro difahamkan, detik hitam dalam hidup wanita itu berlaku di sebuah hotel di Jalan Persiaran Raja Muda Musa, di sini, kira-kira jam 2.30 petang.

Menceritakan semula kejadian, sumber berkata, mangsa yang berusia 23 tahun menerima panggilan daripada bekas majikannya memberitahu terdapat kerja kosong di premisnya di Pekan Klang di mana tempat dia bekerja sebelum ini.

Bagaimanapun, niatnya untuk mencari pekerjaan bertukar tragedi apabila dia dibawa ke sebuah hotel sebelum dirogol dua lelaki dipercayai pemungut bayaran bunga duit along terbabit.

Difahamkan, mangsa hanya membuat pinjaman sebanyak RM2,000 daripada along terbabit, tetapi tidak mampu untuk membayar bunga hutang berkenaan selepas dibuang kerja hanya kerana mengambil cuti selama sehari.

“Selepas dihubungi dan dipanggil ke premis itu, mangsa dipertemukan dengan dua lelaki terbabit sebelum dimarah dan dimaki hamun dengan perkataan kasar kerana dia tidak membayar duit bunga pinjaman.

“Suspek juga mengugut akan menjual mangsa kepada individu lain sekiranya gagal membuat bayaran berkenaan sebelum membawa mangsa menaiki kereta Proton Satria berwarna kelabu untuk berjumpa dengan majikan mereka,” katanya.

Bagaimanapun, mangsa sekali lagi ditipu suspek terbabit apabila dia dibawa ke sebuah restoran di Bukit Tinggi, di sini sebelum diugut buat kali kedua oleh salah seorang daripada mereka.

“Suspek mengarahkan mangsa membayar semua wang yang dipinjam. Sekiranya gagal, dia akan dipaksa bekerja di tempat yang diarahkan suspek sebagai cagaran kepada hutang berkenaan atau diarahkan mengadakan hubungan seks dengan mereka.

“Mangsa yang ketakutan terus merayu kepada agar diberikan masa untuk melunaskan hutang berkenaan, namun rayuan itu tidak diendahkan sebelum membawanya ke hotel,” katanya.

Bimbang dirinya diperlakukan lebih buruk, katanya, mangsa hanya menurut perintah untuk mengikuti mereka pergi ke hotel berkenaan dan di sana dia dirogol sebelum suspek menghantarnya pulang ke rumah.

Mangsa yang trauma kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Klang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusof berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.


P/s: Sila ambil pengajaran!

, , ,

Selasa, 3 Julai 2012

Mati Dipaksa Minum Racun



[HM] KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga emas menemui ajal selepas dipaksa minum sejenis cecair dipercayai asid oleh sekumpulan penjenayah yang dipercayai konco ceti haram atau along.

Mangsa, Tan Chong Hong, 58, yang berasal dari Taman Pertama, Cheras, di sini, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), jam 3 petang kelmarin.

Sumber polis berkata, pada jam 1 tengah hari Jumaat lalu, mangsa dihantar anak lelakinya ke klinik berdekatan rumahnya kerana mengalami masalah kesihatan.

Menurutnya, selepas mendapat rawatan mangsa berjalan sendirian untuk pulang ke rumah kerana anaknya mempunyai urusan lain.

“Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan, empat lelaki menculik mangsa dengan sebuah kereta sebelum dia ditemui orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri di tepi jalan jam 5 petang keesokan hari.

“Polis masih menyiasat tempat mangsa ditemui kerana setakat ini orang awam yang menghantar mangsa ke PPUKM masih gagal dikesan,” katanya.

Sumber itu berkata, anak lelaki mangsa yang dihubungi pihak hospital pada jam 9 malam Jumaat lalu bergegas ke hospital untuk menemui ayahnya. Menurutnya, mangsa meninggal dunia di PPUKM jam 3 petang kelmarin dan laporan bedah siasat mengesahkan kematian mangsa disebabkan kerosakan organ dalaman di perut akibat tindakan bahan kimia.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan mengesahkan wujud bahan beracun dalam badan mangsa.

“Bagaimanapun, polis masih melakukan siasatan lanjut untuk mengenal pasti punca kematian mangsa,” katanya.


, , , , ,

Rabu, 30 Mei 2012

Patutlah KONGSI GELAP, AH LONG Tidak Berjaya Diberantas Sehingga Kini. Ikuti Pengakuan Bekas KPN


[MK] Mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengesahkan wujud pakatan sulit di antara rangkaian kongsi gelap dan pasukan Polis Di Raja Malaysia.

Dalam temubual eksklusif dengan Malaysiakini, Musa turut mengakui rangkaian sama wujud antara kongsi gelap dan ahli politik tanah air yang disifatkannya berada pada tahap "serius."

Katanya, beliau mula mengambil langkah serius untuk membanteras aktiviti haram seperti judi, pelacuran dan sindiket peminjam wang ketika mula memegang jawatan Ketua Polis Johor.

Ini kerana beliau tidak percaya kepada konsep "menggunakan penjenayah untuk mengawal penjenayah lain," seperti digambarkan dalam filem Godfather yang menceritakan hubungan kongsi gelap dan pasukan polis.

"Mereka sendiri (di Amerika Syarikat) mengambil masa bertahun-tahun untuk menghapuskan perkara ini," katanya.

Menurutnya, rangkaian kongsi gelap yang memperolehi banyak wang melalui aktiviti haram tidak boleh dibiarkan "mengawal" ahli politik.

"Mereka ini banyak dana. Jadi apabila dana luas mereka boleh kawal orang. Kalau ahli politik terlibat, mereka boleh kawal ahli politik," katanya.

Usaha tersebut katanya diperhebatkan lagi apabila beliau mengetuai Jabatan Siasatan Jenayah.

Namun, tindakan tegasnya kurang disenangi ahli politik tertentu dan sebahagian daripada pegawai di dalam pasukan polis.

"Apabila saya ambil tindakan, orang politik datang pejabat saya tanya 'Kenapa you ambil tindakan sebegini?' dan mengatakan ini (mereka yang dikenakan tindakan adalah) kawan-kawan mereka.

"Jadi apabila kita hendak banteras, mereka marahlah kita sekat rezeki mereka," katanya.
Maklum kepada Pak Lah

Menurutnya, beliau sendiri pernah bertemu secara peribadi dengan ahli politik yang mempunyai hubungan dengan kongsi gelap agar mereka menghentikan hubungan itu.

"Saya dah tegur Menteri berkenaan perkara ini. Tugas saya menyampaikan sahaja. Nak berubah awak kena arahkan sayalah dan saya akan buat cara saya (untuk banteras)," katanya.

Malah, beliau mendakwa turut memanjangkan perkara itu kepada Perdana Menteri pada masa itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

"Perdana Menteri (Abdullah) pun saya beritahu," katanya.

Menurut Musa, beliau tidak mahu peminjam wang tidak berlesen (Along) terus mewujudkan masalah kepada orang ramai sehingga mengakibatkan kanak-kanak takut pulang ke rumah kerana serangan Along.

Menurutnya, orang ramai tidak sepatutnya menyalahkan peminjam sahaja dalam situasi ini, kerana tindakan perlu diambil terhadap sindiket itu yang mengenakan faedah melebihi 18 peratus setahun.

"Jika mereka bebas mengenakan kadar faedah melebihi 18 peratus, ini bermakna tiada penguatkuasaan," katanya.

"Malah, siapa yang memberikan peminjam wang ini lesen? Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Ada anggota polis bertugas di kementerian itu tetapi masih ada orang menjadi mangsa hari ini," katanya.

Ketegasan beliau, menurutnya, menimbulkan "reaksi balas" dari mereka yang mempunyai hubungan dengan kongsi gelap terbabit.

Menurutnya, individu berkenaan cuba memburukkan namanya dengan menuduhnya mengatur pelantikan pegawai kanan polis dengan "restu" kumpulan kongsi gelap terbabit.

"Saya terima backlash kerana satu saya cuba banteras aktiviti haram dan kerana saya hendak bersihkan (pasukan polis).

"Kalau saya sertai mereka (kongsi gelap) sayalah IGP terbaik," katanya.

Dalam temubual sama, Musa turut mengiyakan bahawa rangkaian ahli politik-kongsi gelap-polis itu adalah "kuasa ketiga" yang sebelum ini didakwanya membantutkan usaha-usaha reformasi dalam pasukan polis yang cuba dibawa beliau.

"Campur tangan datang dari banyak pihak termasuk ahli politik," katanya.



P/s: Pekung PDRM, pekung menteri mula terbuka. Busuk!
Ubah sekarang!




,

Rabu, 11 April 2012

11 764 Dapat pengecualian Bayaran Balik PTPTN, Peminjam Wajib Terus Sokong Usaha Pakatan


Adakah PTPTN akan mengumumkan pengecualian bayaran balik kepada sejumlah pelajar jika PR tidak membangkitkan bebanan yang ditanggung pelajar secara berterusan dan konsisten? Samalah juga dengan situasi berkaitan dengan pemansuhan ISA, adakah kerajaan BN akan memansuhkan ISA dan menggantikannya dengan akta baharu (belum tentu adil dan tidak zalim) jika PR tidak bersuara menentang ISA?

PTPTN diwujudkan untuk mengambil alih program pinjaman pelajaran JPA dan pinjaman agensi kerajaan yang lain bermula awal tahun 1997. Selepas pelaksanaannya, barulah banyak pihak menyedari bahawa PTPTN umpama ah long berlesen yang amat membebankan peminjamnya. Jika ah long lintah darat mengenakan bunga yang tidak masuk akal, PTPTN pula mengenakan caj perkhidmatan (asalnya 4%, kini 1%) yang amat membebankan. Untuk melihat betapa "kejamnya" sistem pinjaman ini, sila rujuk gambar yang saya salin dan tampal daripada Penarik Beca dan Kedah Lanie:



Apabila PR berikrar untuk menghapuskan PTPTN jika berjaya mengambil alih Putrajaya, pemimpin UMNO melalak dengan mengatakan bahawa orang Melayu akan terjejas teruk, rugi, dan sebagainya. Walhal, penghapusan PTPTN akan digantikan dengan suatu sistem yang lebih baik dan tidak membebankan graduan yang baru tamat pengajian. Najib pula didakwa cuba mengelirukan amsyarakat dengan mengeluarkan data kos PTPTN berjumlah RM43 bilion yang kemudiannya disanggah oleh Husam. Menurut Husam,  kos PTPTN setakat ini hanya sekitar RM24 bilion.

Cuba lihat penyata PTPTN di atas yang sekarang dimomokkan oleh pemimpin BN dan jurublog pencacai sebagai nyawa orang Melayu. Adakah pinjaman pelajaran sebanyak RM48 ribu tetapi perlu dibayar sehingga RM61 ribu itu menguntungkan Melayu, membantu Melayu? Mengapa peminjam perlu membayar "bunga" yang berlindung di bawah kos pentadbiran sehingga RM13 ribu? Mengapa pelajar perlu menanggung kos gaji dan operasi PTPTN?

Sepatutnya, kerajaan yang bertanggungjawab mencari jalan agar dapat menyediakan kemudahan yang dapat meringankan beban pelajar yang rata-ratanya datang daripada keluarga miskin dan sederhana. Seteruk-teruk kerajaan sekali pun, mintalah pelajar membayar jumlah yang dipinjamnya, bukan mengenakan caj tambahan yang hampir menyamai separuh daripada jumlah pinjaman untuk membiayai kos operasi PTPTN.

Cuba fikir! -DCM


P/s: Orang muda wajib menyokong sesuatu yang memberikan faedah kepada mereka dan masa depan negara!


,

Selasa, 13 Disember 2011

Remaja 15 Tahun PINJAM Wang daripada Ah Long Untuk Berjudi


P/s: Gila! Kalau anda baca versi Inggeris, remaja ini dikatakan meminjam lebih RM 10 ribu daripada ah long keparat kerana ketagih berjudi atas talian di internet. Yang hairannya, bagaimana ah long ini boleh meminjamkan wang sebanyak itu kepada remaja yang masih bersekolah?

Apabila terjadi kes seperti ini, tanyalah pendapat MCA dan penyokong tegar judi yang bersungguh-sungguh menentang kerajaan Kelantan mengurangkan/menghapuskan judi di negeri itu.

, ,

Khamis, 13 Oktober 2011

SKMM Batal Lebih 700 000 Nombor Telefon, Apa Sudah Jadi dengan Tujuan Asal Pendaftarannya?


Apa sudah jadi???

Jika disorot kembali tujuan pihak berkuasa mewajibkan pendaftaran nombor telefon bimbit prabayar adalah kerana faktor keselamatan. Berdasarkan berita Bernama sekitar Jun 2006, aktiviti dan serangan puak yang dilabelkan pengganas oleh Barat serta kaitannya dengan telefon bimbit menjadi pendorong utama pihak berkuasa di serata dunia mengambil langkah mewajibkan pengguna telefon bimbit prabayar mendaftar nombor masing-masing.

Peristiwa penahanan anggota al-Qaeda melalui operasi Mont Blanc sekitar Mac 2004 seperti yang dilaporkan oleh akhbar the New York Times menjadi antara peristiwa penting langkah pendaftaran nombor telefon. Pihak berkuasa AS mendakwa berjaya menjejaki mereka berdasarkan satu perkhidmatan telefon bimbit prabayar di Switzerland.

Sebulan kemudian, insiden pengeboman keganasan yang tercetus di Madrid, Sepanyol, dikaitkan dengan sebuah paket yang dilaporkan mengandungi telefon bimbit prabayar yang diikat pada plastik bahan letupan dan disembunyikan dalam beg sukan. April tahun 2005 pula, tiga pengeboman serentak berlaku di Songkhla, Thailand dan ketiga-tiga bom itu dilaporkan diledakkan menggunakan telefon bimbit, berkemungkinan dengan kad SIM prabayar.

Menyedari hakikat itulah, seperti yang dilaporkan Bernama, perkhidmatan telefon bimbit prabayar telah menarik perhatian penguat kuasa undang-undang dan pertubuhan keselamatan negara, sesetengahnya mahu melihat langkah-langkah kawalan diwujudkan bagi membendung anasir-anasir negatif yang menggunakan telefon bimbit prabayar tanpa menggunakan nama.

Justeru, beberapa buah negara yang memiliki sistem telefon bimbit prabayar seperti Malaysia, Indonesia, Singapura, Australia, Switzerland, Taiwan dan Thailand telah melaksanakan atau sedang melobi untuk mendapatkan keperluan pendaftaran bagi perkhidmatan itu.

Berkuat kuasa 1 Januari 2006, semua pengguna telefon bimbit prabayar yang baru atau yang sedia ada di Malaysia dikehendaki mendaftar dengan pembekal perkhidmatan telefon bimbit prabayar masing-masing. Para pengguna baru perlu mendaftarkan butiran-butiran mereka ketika membeli kad SIM manakala pengguna sedia ada perlu juga berbuat demikian sebelum 15 Disember 2006.

Berdasarkan prosidur, pelanggan dikehendaki mendaftar nombor telefon bimbit mereka dengan pembekal talian telefon. Hanya pelanggan prabayar berusia 12 tahun dan ke atas sahaja yang boleh mendaftar. Ibu bapa atau penjaga akan mendaftarkan untuk anak-anak mereka yang berusia 12 tahun ke bawah dan pelanggan prabayar juga TIDAK BOLEH mendaftar untuk orang lain.

Masalahnya sekarang, mengapa proses pendaftaran ini berjaya disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab termasuk lintah darat ah long? Bayangkan 741 RIBU nombor telefon dibatalkan membabitkan iklan haram dibatalkan perkhidmatan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia sehingga 2010. Apa sudah jadi dengan tujuan asal pendaftaran nombor telefon bimbit? Jika begini halnya, maka sia-sialah kerajaan mewajibkan pendaftaran nombor telefon bimbit kerana terbukti, proses pendaftaran ini boleh diselewengkan.

Yang kita kesalkan, kerajaan melalui agensi terbabit hanya membatalkan sahaja nombor telefon itu tanpa membuat siasatan dan langkah proaktif untuk menangani masalah ini? Mengapa tiada siasatan dan tindakan tegas diambil terhadap pembekal talian kerana cuai mendaftarkan pengguna palsu dan sebagainya? Mengapa tiada tindakan lanjut untuk memastikan proses pendaftaran ini selamat dan tiada pihak yang teraniaya kerana dipergunakan oleh sindiket lintah darat yang tampaknya sehingga hari ini masih bermaharajalela di negara kita- DCM

,

Jumaat, 1 Julai 2011

Cari Penyakit, Pinjam Duit Ah Long Ganti Duit Hantaran


Saya petik:
[HM] JOHOR BAHRU: Akibat bimbang keluarganya menanggung malu jika perkahwinannya ditunda, memaksa seorang kerani wanita yang bekerja di sebuah syarikat swasta di sekitar bandar raya ini membuat pinjaman RM3,000 daripada along pada November tahun lalu.

Akibat tindakan melulunya itu, dia kini terpaksa menanggung bunga hutang mencecah RM40,000.
Mangsa mahu dikenali Siti, 29, kini mengandung tujuh bulan berkata, dia terpaksa membuat pinjaman daripada 23 along untuk melunaskan bayaran bunga pinjaman berkenaan.

“Saya terdesak meminjam selepas sebahagian daripada wang hantaran berjumlah RM10,000 digunakan untuk perbelanjaan peribadi.

“Kerana kekurangan wang, saya cuba mendapatkan pinjaman bank, namun permohonan ditolak dan pada masa sama saya semakin buntu kerana tarikh perkahwinan semakin hampir,” katanya yang ditemani suaminya ketika ditemui di pejabat Biro Aduan Awam MCA Johor Bahru di sini, semalam.

,

Isnin, 2 Mei 2011

Ah Long Potong Telinga & Jari

30

Saya petik:
[HM] KUALA LUMPUR: Sebahagian telinga kirinya dipotong, begitu juga ibu jari tangan kiri manakala kedua-dua tangan dan kakinya turut ditetak hingga hampir putus.

Itu penderitaan yang dilalui seorang peniaga akibat kekejaman ceti haram atau along menyebabkan dia terlantar di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang selama seminggu sebelum dipindahkan ke wad biasa, kelmarin.
A Muthukrishnan, 42, yang mengusahakan perniagaan daging kambing diserang tiga lelaki bersenjatakan parang dipercayai konco along di hadapan rumahnya di Bandar Baru Selayang, di sini, pada kira-kira jam 4 pagi, 23 April lalu.

Serangan ke atasnya disebabkan dia dikatakan gagal melunaskan hutang RM50,000 sedangkan dia sudah pun membayar lebih daripada RM60,000 sejak lima tahun lalu.

Dalam kejadian serangan itu, mangsa yang menaiki motosikal untuk memulakan perniagaannya dihalang sebuah kereta tidak diketahui jenisnya.

P/s: Ngeri. Tetapi masih banyak yang sanggup bergadai nyawa meminjam dengan ah long.


.

, ,

Ahad, 3 April 2011

Jika Orang Kata "Ah Long" Dilindungi Pihak Tertentu, Saya Percaya!!!


Berita baik untuk "ah long". 

Bernama melaporkan bahawa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sukar mengambil tindakan undang-undang terhadap peminjam wang tidak berlesen atau ceti haram kerana tidak mendaftar perniagaan. Wow, mudahnya alasan yang diberikan.

Seterusnya berita Bernama melaporkan bahawa menteri berkaitan, Datuk Chor Chee Heung berkata, anggota penguat kuasa kementerian sentiasa melakukan siasatan dengan memenyamar sebagai peminjam dan sebagainya, namun langkah itu dikatakan mengambil masa yang lama untuk mengambil tindakan terhadap ceti haram. Aiikkkk! 

Mengapa langkah ini digambarkan sebagai sesuatu yang membazirkan masa? Walhal tindakan menyamar sebagai peminjam adalah langkah yang praktikal jika pihak berkuasa yang berkenaan benar-benar mahu menghapuskan "ah long". Mungkin atas alasan bodoh pihak berkuasa, iklan "ah long" semakin banyak ditampal di merata-rata tempat.

Lagi lucu, pernah suatu ketika dahulu, pihak polis melancarkan kempen menanggalkan pelekat atau iklan "ah long" di sekitar bandar. Langkah "bodoh" itu hanya membuatkan "ah long" mentertawakan pihak berkuasa.

Datuk Chor Chee Heung turut ditanya sama ada Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 boleh diletakkan di bawah tanggungjawab Bank Negara bagi memastikan masalah ceti haram itu dapat diselesaikan sepenuhnya, Chor berkata, perkara itu mungkin dibentangkan pada mesyuarat Kabinet akan datang. Jika berkesan, mengapa tindakan ini tidak diambil sejak awal-awal lagi?

Jadi, jika orang berkata "ah long" dilindungi oleh pihak tertentu, saya percaya kerana bisnes mereka kian berkembang dan jarang-jarang kedengaran, atau tidak pernah kedengaran jerung-jerung besar di balik kegiatan "ah long" ini ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan.

Saya tidak spesifikkan kepada sesiapa, saya bukan seperti Raja Petra yang mempunyai maklumat sehingga mengaitkan orang ternama dalam kegiatan "ah long", namun agak pelik sehingga kini "ah long" gagal ditangani sepenuhnya, biarpun pihak berkuasa di negara ini didakwa antara yang terbaik di dunia.

P/s: KASTAM sudah terburai sedikit, walaupun banyak pihak percaya tangkapan SPRM dalam isu penyelewengan dan rasuah sepatutnya melebihi 62 orang seperti yang dilaporkan oleh media. Bila pula jabatan dan majlis perbandaran mahu diburaikan? Begitu juga pihak berkuasa yang lain.

* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.


,

Sabtu, 15 Januari 2011

Sanggup Biarkan Isteri & Anak Dirogol/Ditiduri Lintah Darat...


...asalkan hutang dapat dikurangkan atau dilangsaikan.

Saya petik:
[BH] JOHOR BAHRU: Ada peminjam yang berhutang lebih RM100,000 ($42,084) kepada pemiutang haram, atau along, di Johor terpaksa menyerahkan isteri atau anak perempuan mereka untuk ditiduri atau dirogol sebagai ganti melangsai hutang.

Ia sebahagian daripada 100 laporan tentang ancaman along terhadap peminjam, yang mempunyai hutang tertunggak hampir RM1.8 juta, yang diterima Biro Aduan Awam Persatuan Cina Malaysia (MCA) Johor Bahru sepanjang tahun lalu.

Ketua biro itu, Encik Michael Tay, berkata beberapa pemilik pusat kesihatan dan kecantikan pula berdepan risiko hilang perniagaan mereka yang dijadikan cagaran kepada along.

'Walaupun terpencil, kejadian peminjam terpaksa membiarkan isteri atau anak perempuan ditiduri along adalah ancaman sangat serius. Ancaman itu sewajarnya menjadi pengajaran kepada orang ramai supaya jangan berurusan dengan along,' katanya kelmarin.

Menurutnya lagi, peminjam mempunyai hutang tertunggak biasanya dipaksa pinjam daripada ceti haram lain bagi melunas hutang pertama, sehingga menyebabkan mereka menanggung hutang berlipat kali ganda dengan beberapa along.

'Dalam situasi itu, mangsa biasanya tidak dapat berbuat apa-apa dan hanya menurut saja kerana tidak mahu di apa-apakan. Malah, ada peminjam dikehendaki mencagarkan perniagaan jika berhutang dalam jumlah yang besar,' katanya.

Beliau turut mendedahkan ada seorang pengedar akhbar meninggalkan perniagaannya dan lari ke luar negara kerana ketakutan selepas berhutang RM20,000 dengan lapan along. Lelaki 50 tahun itu membiarkan isteri dan dua anaknya berusia lima dan lapan tahun meneruskan hidup serba kepayahan.

P/s: Gila! Industri ah long keparat ini sebenarnya boleh ditanagani oleh pihak berkuasa kerana bukan sukar untuk menangkap mereka berdasarkan maklumat yang dipaparkan pada iklan yang ditampal dengan wewenang di sekitar kota. Sebelum ini, ada jurublog yang mendakwa kegiatan ini dilindungi oleh pihak tertentu terutamanya pihak yang memegang kuasa.

Hari ini lintah darat keparat ini semakin bermaharaja lela. Selain peminjam, salah siapa?

,

Rabu, 29 Julai 2009

JIKA ANDA AH LONG, APA RESPONS ANDA?

(Foto: The Star)

* Inikah antara langkah berkesan yang dilaksanakan oleh pihak polis dalam menangani gejala "ah long"?


* Inikah antara jalan penyelesaian yang dapat dilakukan oleh pasukan polis yang dikatakan antara yang terbaik di dunia?

* Bukankah lebih baik kerja-kerja menurunkan poster itu diserahkan kepada pihak Majlis Bandaran atau kontraktor yang diberi tender membersih kawasan persekitaran.

* Jika beginilah langkah yang diambil, maka tidak hairan jenayah ini semakin berleluasa
[BERNAMA] 28 Julai - Bagi membendung gejala Ah Long daripada terus menular dalam masyarakat, Polis Kajang telah melancarkan operasi menurunkan poster yang ditampal golongan itu di sekitar Hulu Langat sejak 22 Julai lepas.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Shakaruddin Che Mood berkata dalam enam hari dari mulanya operasi itu sebanyak 3,259 poster Ah Long telah diturunkan.

Dalam operasi yang akan berakhir 5 Ogos depan semua ketua balai polis di daerah itu diarah menurunkan poster berkenaan.

"Ada sesetengah kumpulan Ah long ini tidak berputus asa dengan menampal semula poster mereka walaupun poster itu telah ditanggalkan polis.

"Tindakan berterusan ini akan kami tangani dan kami akan terus menanggalkan poster apabila mereka menampalkan poster itu
," katanya kepada pemberita di sini Selasa.

Shakaruddin berkata beliau telah membuat panggilan kepada 50 nombor telefon Ah Long yang dipaparkan dalam poster pinjaman haram mereka tetapi belum berpeluang bersemuka dengan mereka.

"Saya pernah menyamar dan membuat panggilan untuk meminjam wang daripada Ah Long tetapi terpaksa pula menunggu lama kerana terlalu banyak alasan yang diberi sebelum pinjaman dapat dibuat," jelas beliau.

Sementara itu, dalam operasi mencegah perjudian yang dijalankan sejak awal tahun ini, polis setakat hari ini telah menahan seramai 66 orang termasuk dua wanita yang berumur antara 25 dan 35 tahun serta merampas 896 mesin judi berkomputer bernilai RM200,000.

Dalam bulan ini sahaja, polis Kajang berjaya merampas 265 mesin judi dan menangkap 17 lelaki yang bekerja sebagai operator mesin judi, kata Shakaruddin.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH