Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label iklan. Papar semua catatan

, ,

Isnin, 1 Jun 2015

Janda Anak Satu Pula Iklan "Beli Rumah Dapat Isteri"




JAKARTA: Selepas seorang janda anak dua, Wina Lia membuat iklan jual rumah dapat berkahwin dengan tuan rumah, kini seorang lagi janda anak satu turut membuat iklan serupa.

Indira Astarisa, 37, membuat iklan untuk menjual rumahnya di Malang di sini, dan bersedia untuk berkahwin dengan dengan lelaki yang membeli rumahnya itu.

Janda anak satu dan bekas model itu membuat iklan untuk menjual rumahnya dengan harga Rp1.7 bilion (RM471,628).

“Saya merancang menjual rumah, tetapi sekiranya ada pembeli yang sesuai saya tidak kisah untuk berkahwin dengannya.

“Saya mempunyai seorang anak lelaki dan sudah 15 tahun menjanda,” katanya.

Sejak berpisah dengan suaminya Indira membesarkan anaknya dengan menjadi model sambilan dan berniaga pakaian dan makanan.

“Saya mahu menjual rumah ini kerana mahu dijadikan modal untuk mengembangkan perniagaan selain membiaya pengajian anak saya,” ujarnya.

Kata Indira, sejak iklan itu dibuat pada minggu lalu dia dihujani banyak panggilan telefon yang bertanya mengenai rumahnya, termasuk pembeli dari luar negara.

“Ramai yang menelefon, termasuk lelaki dari Singapura yang bertanya mengenai rumah ini dan juga tentang diri saya,” jelasnya.

Menurutnya, ada seorang pembeli yang menawarkan harga Rp1.6 bilion (RM443,885) untuk membeli rumah itu, tetapi dia belum memberi kata putus.

Sebelum ini, Wina Lia, 40, menjadi popular di Internet selepas membuat iklan jual rumah dapat tuan rumah.

Bagaimanapun, sehingga kini Wina Lia masih belum dapat menjual rumahnya di Sleman, Yogyakarta itu atau mencari calon suami.-Agensi/Harian Metro/1/6/15




,

Ahad, 5 April 2015

Unik, Iklan Pujuk Kekasih



Beijing Seorang ahli perniagaan menempah iklan di sebuah akhbar arus perdana di sini semata-mata untuk meminta maaf daripada kekasihnya.

Lelaki yang dikenali sebagai Scott Xu itu menempah empat muka surat iklan di akhbar Beijing Youth Daily pada keluaran Khamis lalu.

Pada muka surat pertama memaparkan gambar lelaki itu bersama kekasihnya dan pada muka surat kedua menyiarkan sepucuk surat permohonan maaf yang ditulis dalam bahasa Inggeris.

Antara kandungan surat itu: “Kepada Xuan, hari ini mungkin hari yang biasa, tetapi sangat bermakna untuk kita. Saya memohon maaf kerana sering menyakiti kamu dan saya yang akhirnya terluka.

“Saya mahu kamu tahu bahawa kamu sangat penting dalam hidup saya dan saya sangat mencintai kamu. Tiada siapa yang boleh memberikan cinta seperti kamu yang sangat unik dan istimewa,” katanya.

Untuk dua muka surat seterusnya, Xu hanya menulis beberapa patah perkataan kepada kekasihnya.

Pada muka surat ketiga hanya tertera mesej: Saya membiarkan muka surat ini kosong” dan di muka surat terakhir “Kerana saya tidak tahu untuk menulis apa lagi”.

Menurut wakil Xu, ahli perniagaan itu membelanjakan 600,000 yuan (RM353,907) untuk menempah iklan berkenaan.

Ahli perniagaan itu dilaporkan mahu memujuk kekasihnya selepas mereka bertengkar baru-baru ini.

Difahamkan, pasangan itu baru bercinta selama tiga bulan. -Harian Metro/5/4/15


Isnin, 18 Ogos 2014

[Video] Iklan yang Meruntun Jiwa, Kecuali Anda Tiada Perasaan


Selepas iklan Thailand yang kerap dikongsi di laman sosial, kali ini iklan China pula mendapat perhatian pengguna laman sosial. 

Iklan dengan tema masakan ibu ini sungguh menyentuh hati.

Tonton iklan ini sehingga habis dan akan mengerti pengorbanan seorang ibu terhadap anaknya.

Sayangi ibu bapa kerana anda akan amat merindui mereka apabila mereka sudah tiada nanti.



, ,

Selasa, 11 Februari 2014

Iklan Dilihat Permainkan Kenyataan Kangkung Ditarik Semula


Iklan 'tak diluluskan' McDonald's ditarik semula

[MK] McDonald's Malaysia menarik semula iklan yang dilihat mempermainkan kenyataan kontroversi 'kangkung' oleh perdana menteri.

Rangkaian makanan segera popular itu memberitahu Malaysiakini yang iklan tersebut sebenarnya "tidak diluluskan" dan terlepas daripada saringan rasmi.

"McDonald's Malaysia ingin menjelaskan bahawa visual yang dihasilkan itu terlepas ke restoran-restoran kami akibat kesilapan komunikasi.

"Semua bahan ini telah ditanggalkan," kata rangkaian restoran itu dalam kenyataan mereka.

Bahan iklan itu yang mula dikesan di meja-meja restoran McDonald's di sekitar Lembah Klang adalah sebahagian daripada kempen pemasaran McSavers.

Ia berbunyi seperti berikut:

“Harga sayur tidak turun tapi harga burger tetap turun”

Ia ditanggalkan beberapa hari kemudiannya.

Ayat dalam kempen itu dilihat merujuk kepada kenyataan Datuk Seri Najib Abdul Razak yang mendakwa harga kangkung sudah berkurangan.

Kenyataa itu yang dibuat Najib bagi menggambarkan bagaimana turun naik harga barang berlaku kerana faktor luaran dan bukannya dasar kerajaan, diperlekehkan oleh orang ramai. 11/2/14



,

Isnin, 28 Oktober 2013

Patutlah Pengiklan Tidak Utamakan Bahasa Kebangsaan...


...undang-undangnya tidak tegas!

Tontonlah saluran televisyen rangkaian Media Prima. Ada salurannya tidak mengutamakan bahasa kebangsaan dan hanya memberikan fokus kepada bahasa kaum tertentu seolah-olah penontonnya tidak fasih dan memahami bahasa kebangsaan. Saluran RTM juga ada menyiarkan iklan bukan dalam bahasa kebangsaan.Dahulu iklan dalam bahasa etnik atau bahasa Inggeris peratusnya cukup kecil, namun kini sudah menjadi dominan di saluran televisyen tertentu.

Realitinya, bukan DAP yang menjahanamkan bahasa kebangsaan, orang Melayu sendiri yang menjahanamkan bahasa sendiri.

Berkaitan:

DBKL Keluar 40 Notis kepada Pemilik Iklan Tidak Utama Bahasa Melayu
 
[Bernama] Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan sebanyak 40 notis kesalahan kepada pemilik iklan yang melanggar syarat dan tidak mengutamakan Bahasa Melayu.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata DBKL juga menurunkan 77 papan tanda iklan yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan dengan betul.

Beliau berkata undang-undang itu mewajibkan pengiklan mendapat pengesahan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berhubung penggunaan Bahasa Melayu yang betul pada visual iklan papan tanda.

"Penggunaan bahasa kebangsaan di tempat awam perlu terus diberi perhatian yang serius.

"Di beberapa buah lokasi di Kuala Lumpur, masih ada nama bangunan, kompleks perniagaan dan taman perumahan baharu yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan malah menonjolkan bahasa lain, terutama Bahasa Inggeris," katanya pada majlis pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2013 peringkat Wilayah Persekutuan hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib.

Tengku Adnan juga berkata beliau berharap DBP tidak memberi pengesahan kepada permohonan iklan yang gagal mematuhi undang-undang kecil itu selain memantau dan mengenal pasti paparan tanda iklan yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan dengan betul.

"Ini supaya DBP dapat mengambil tindakan yang sewajarnya, saya yakin dan percaya bahawa kerjasama erat antara DBKL dan DBP mampu, pada satu hari nanti, memberikan wajah nasional kepada Kuala Lumpur," katanya. – Bernama, 28 Oktober, 2013.



P/s: Cuba dendanya dinaikkan sebanyak RM100 ribu....

Tahniah rakyat China, Korea dan Jepun kerana mengangkat dan mengutamakan bahasa sendiri dalam kehidupan. 


,

Sabtu, 13 Julai 2013

Sampai Begini Sekali Slogan Iklan & Aksi Model Produk Ubat Kuat???




P/s: Isteri siapa? Ibu siapa?

TM sudah banyak kali komen iklan seperti ini. 

Apa pandangan anda?



Rabu, 25 Julai 2012

[Gambar] "Oh, isteriku yang sendat...ketat..."

Sumber: Tuk Kiyai

DCM sudah dua kali menyiarkan kiriman tentang iklan yang sewaktu dengan iklan di atas. Rasanya, kedua-dua iklan tersebut juga mempromosikan produk dari syarikat yang sama.

TM tidak pasti sama ada ayat yang mengandungi kata "sendat" dan "ketat" di bahagian atas iklan tersebut memang sedia ada atau rekayasa pengguna internet. Jika memang disertakan dalam iklan, maka sudah tentu banyak orang yang bertanya: Terdesak sangatkah pihak syarikat sehingga terpaksa menggunakan frasa yang berbaur lucah dan gatal itu?

Namun, ayat "Saya kekal bergetah, ketat, dan awet muda walaupun sudah melahirkan anak ke-4." memang tertera pada iklan tersebut. Biarpun begitu, kata-kata tersebut juga tidak sesuai untuk paparan umum. Apa tafsiran remaja dan kanak-kanak apabila membaca ayat atau frasa tersebut? Tidakkah penggunaan sesetengah kata itu akan memprovokasi imaginasi mereka? Paling penting, adakah orang Melayu yang dicanang memiliki sifat sopan santun terlibat dalam hal-hal sebegini?


P/s: Cuba bayangkan anda menjaedi model iklan di atas? Malu atau bangga? 

Khamis, 19 Julai 2012

[Gambar] Wanita Bertudung Tunjuk Perut untuk Iklan Ubat Kurus

Sumber di sini.

P/s: Boleh jadi model iklan ini bukan beragama Islam. Boleh jadi model ini beragama Islam. Dua-dua situasi salah. Poin pentingnya, jika syarikat ubat kurus ini menggunakan gambar ini untuk tujuan iklan, siapa yang bertanggungjawab untuk menegur atau mengambil tindakan? Siapa yang memantau atau melulus iklan yang dipaparkan di akhbar? Apa perana pihak akhbar yang menyiarkan iklan ini?



,

Khamis, 10 Mei 2012

Fuh, Iklan Mengetatkan VAGINA! Cuba Lihat Aksi Modelnya!

Sumber gambar di sini.

Perkara pertama timbul di fikiran saya: tidak malukah wanita dalam gambar di atas beraksi begitu?

Sebelum ini DCM ada menyentuh iklan membesarkan payudara. Gambar wanita pada iklan itu saya hitamkan di bahagian mata. Kononnya mahu menjaga identiti wanita berkenaan walaupun orang bisa sahaja melihat wajahnya pada iklan di akhbar. Kali ini, gambar iklan di atas, saya siarkan sepenuhnya.

Anda lihatlah aksi wanita di atas. Siapa suaminya? Aduhai!

Rasanya dalam kiriman lalu sudah disentuh tentang hal ini.

Cukuplah!


P/s: Ada yang terangsang? Ada yang terpengaruh?


, ,

Jumaat, 20 April 2012

Iklan Membesarkan Payudara, Mudahnya Wanita Dimanipulasi Pengusaha Produk Kosmetik

Sumber gambar di sini.


Pertama, status dan testimoni dalam iklan di atas mungkin hanya rekaan semata-mata. Biasalah, kerap sangat kita membaca testimoni memuji sesuatu produk melambung tinggi sehingga ada yang kantoi apabila menyalin dan menampal testimoni produk luar negara.

Kedua, katakanlah status atau testimoni di atas adalah benar. Cuba bayangkan anda adalah suami atau kaum keluarga wanita di atas. Apakah perasaan anda melihat gambar super hot di atas? Bangga? Anda bangga isteri anda digambarkan seperti itu?

Gambar ini berkemungkinan hasil kesan Photoshop seperti juga iklan yang memaparkan gambar model yang dikatakan langsing selepas mengambil produk atau menjalani rawatan kecantikan tertentu. Bukan menafikan hasil rawatan, tetapi kesan Photoshop digunakan untuk memastikan model kelihatan sempurna. Seperti juga gambar di atas, payudara wanita itu mungkin dibesarkan untuk memberikan kesan "wow" kepada pembaca akhbar atau majalah.

Yang kita hairan apabila wanita yang menjadi model sesuatu produk (misalnya di atas) sanggup dipergunakan sehingga mencemarkan maruah diri, keluarga, dan suami untuk imbuhan yang tidak sebesar mana. Sedangkan gambar ini berlegar-legar dari skrin ke skrin menjadi tatapan umum. Ada yang mengkritiknya, ada juga yang berahi melihat gambarnya.

 Baca pula catatan kononnya ditulis oleh model iklan ini. Penggunaan frasa "nasi lemak 20 sen", "risau suami cari perempuan lain", "lelaki di luar sana melirikkan mata pada..." dan sebagainya benar-benar merendahkan/mempertikaikan tubuh badan yang dikurnai Allah, martabat seorang wanita, dan maruah suami. Adakah wanita di atas bangga membaca testimoni tersebut? -DCM


P/s: Banyak wanita yang dimanipulasi pengeluar produk untuk meningkatkan keuntungan tanpa mengira kesan tindakan itu kepada pelbagai pihak.



, ,

Khamis, 13 Oktober 2011

SKMM Batal Lebih 700 000 Nombor Telefon, Apa Sudah Jadi dengan Tujuan Asal Pendaftarannya?


Apa sudah jadi???

Jika disorot kembali tujuan pihak berkuasa mewajibkan pendaftaran nombor telefon bimbit prabayar adalah kerana faktor keselamatan. Berdasarkan berita Bernama sekitar Jun 2006, aktiviti dan serangan puak yang dilabelkan pengganas oleh Barat serta kaitannya dengan telefon bimbit menjadi pendorong utama pihak berkuasa di serata dunia mengambil langkah mewajibkan pengguna telefon bimbit prabayar mendaftar nombor masing-masing.

Peristiwa penahanan anggota al-Qaeda melalui operasi Mont Blanc sekitar Mac 2004 seperti yang dilaporkan oleh akhbar the New York Times menjadi antara peristiwa penting langkah pendaftaran nombor telefon. Pihak berkuasa AS mendakwa berjaya menjejaki mereka berdasarkan satu perkhidmatan telefon bimbit prabayar di Switzerland.

Sebulan kemudian, insiden pengeboman keganasan yang tercetus di Madrid, Sepanyol, dikaitkan dengan sebuah paket yang dilaporkan mengandungi telefon bimbit prabayar yang diikat pada plastik bahan letupan dan disembunyikan dalam beg sukan. April tahun 2005 pula, tiga pengeboman serentak berlaku di Songkhla, Thailand dan ketiga-tiga bom itu dilaporkan diledakkan menggunakan telefon bimbit, berkemungkinan dengan kad SIM prabayar.

Menyedari hakikat itulah, seperti yang dilaporkan Bernama, perkhidmatan telefon bimbit prabayar telah menarik perhatian penguat kuasa undang-undang dan pertubuhan keselamatan negara, sesetengahnya mahu melihat langkah-langkah kawalan diwujudkan bagi membendung anasir-anasir negatif yang menggunakan telefon bimbit prabayar tanpa menggunakan nama.

Justeru, beberapa buah negara yang memiliki sistem telefon bimbit prabayar seperti Malaysia, Indonesia, Singapura, Australia, Switzerland, Taiwan dan Thailand telah melaksanakan atau sedang melobi untuk mendapatkan keperluan pendaftaran bagi perkhidmatan itu.

Berkuat kuasa 1 Januari 2006, semua pengguna telefon bimbit prabayar yang baru atau yang sedia ada di Malaysia dikehendaki mendaftar dengan pembekal perkhidmatan telefon bimbit prabayar masing-masing. Para pengguna baru perlu mendaftarkan butiran-butiran mereka ketika membeli kad SIM manakala pengguna sedia ada perlu juga berbuat demikian sebelum 15 Disember 2006.

Berdasarkan prosidur, pelanggan dikehendaki mendaftar nombor telefon bimbit mereka dengan pembekal talian telefon. Hanya pelanggan prabayar berusia 12 tahun dan ke atas sahaja yang boleh mendaftar. Ibu bapa atau penjaga akan mendaftarkan untuk anak-anak mereka yang berusia 12 tahun ke bawah dan pelanggan prabayar juga TIDAK BOLEH mendaftar untuk orang lain.

Masalahnya sekarang, mengapa proses pendaftaran ini berjaya disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab termasuk lintah darat ah long? Bayangkan 741 RIBU nombor telefon dibatalkan membabitkan iklan haram dibatalkan perkhidmatan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia sehingga 2010. Apa sudah jadi dengan tujuan asal pendaftaran nombor telefon bimbit? Jika begini halnya, maka sia-sialah kerajaan mewajibkan pendaftaran nombor telefon bimbit kerana terbukti, proses pendaftaran ini boleh diselewengkan.

Yang kita kesalkan, kerajaan melalui agensi terbabit hanya membatalkan sahaja nombor telefon itu tanpa membuat siasatan dan langkah proaktif untuk menangani masalah ini? Mengapa tiada siasatan dan tindakan tegas diambil terhadap pembekal talian kerana cuai mendaftarkan pengguna palsu dan sebagainya? Mengapa tiada tindakan lanjut untuk memastikan proses pendaftaran ini selamat dan tiada pihak yang teraniaya kerana dipergunakan oleh sindiket lintah darat yang tampaknya sehingga hari ini masih bermaharajalela di negara kita- DCM

Isnin, 22 November 2010

Iklan Cinta Berahi



Sumber dan keterangan gambar di sini.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH