KWSP dan KWAP Labur Lebih RM3 Bilion dalam 1MDB, Anak Syarikat - Kementerian Kewangan
KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) telah melabur lebih RM3 bilion keatas 1MDB dan anak syarikatnya sehingga 31 Mac tahun ini, kata Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan.
Dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli semalam, Kementerian Kewangan memaklumkan KWSP telah melaburkan RM1.52 bilion manakala KWAP melabur sebanyak RM1.4 bilion.
Di samping itu, Kementerian Kewangan juga memaklumkan bahawa KWSP telah melanggan bon terbitan 1MDB berjumlah RM200 juta pada 2009, yang dijamin sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia.
Antara anak syarikat 1MDB yang disenaraikan untuk pelaburan KWAP adalah Bandar Malaysia Sdn Bhd, 1MDB Energy Limited, 1MDB Global Investment Limited, dan Jimah Energy Ventures Sdn Bhd (JEV).
“Bagi KWAP pula, jumlah pelaburan dan pegangannya KWAP dalam 1MDB dan anak-anak syarikatnya setakat 31 Mac 2015 adalah berjumlah RM1.4 bilion,” jawab kementerian itu.
Kenyataan itu juga menyebut KWSP telah melaburkan sejumlah RM1.52 bilion ke atas anak syarikat 1MDB Panglima Power Sdn Bhd (PPSB) dan JEV.
Namun kenyataan itu berkata pelaburan KWSP ke atas PPSB dan JEV dibuat pada 2003 dan 2005, iaitu sebelum 1MDB mengambil alih syarikat itu iaitu pada tahun 2012 dan 2014.
KWSP adalah adalah tabung persaraan wajib bagi pekerja sektor swasta di negara ini manakala KWAP menguruskan tabung pencen untuk kakitangan awam. -Astro Awani/19/5/15
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.