Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label KWSP. Papar semua catatan

,

Selasa, 17 Mei 2016

KWSP Kekal Pemegang Terbesar Hutang Domestik Kerajaan




Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kekal sebagai pemegang terbesar hutang domestik kerajaan dengan komposisi pegangan 21.6 peratus atau RM131.7 bilion.

Menurut menteri kewangan, pinjaman itu dalam bentuk pegangan KWSP dalam instrumen sekuriti kerajaan berjumlah RM65.9 bilion dan terbitan pelaburan kerajaan RM65.8 bilion.

Dalam jawapan bertulis di parlimen, menteri juga menjelaskan pinjaman yang diperoleh kerajaan persekutuan adalah bagi tujuan membiayai perbelanjaan pembangunan yang memberikan kesejahteraan kepada rakyat serta menyokong pertumbuhan ekonomi negara.

Dan secara tidak langsung, kata Datuk Seri Najib Razak, ia memberi manfaat kepada syarikat-syarikat yang melaksanakan pelbagai program pembangunan negara.

Najib menjelaskan hutang domestik kerajaan sebanyak 96.6 peratus atau RM609.1 bilion. Bakinya RM21.5 bilion (3.4 peratus) adalah pinjaman luar pesisir.

Beliau menjawab soalan Wong Tien Fatt (Sandakan) berkaitan hutang kerajaan kepada KWSP, selain tujuan dan syarikat dimanfaatkan daripada hutang itu.

Sementara itu, Najib juga berkata, kedudukan terkini hutang kerajaan pada akhir Disember 2015 sebanyak RM630.5 bilion atau 54.5 peratus daripada Keluaran Dalam negara Kasar (KDNK).

Beliau bagaimanapun menegaskan kerajaan komited memastikan paras hutang persekutuan tidak lebih 55 peratus daripada KDNK.- Malaysia Kini/17/5/2016

Khamis, 11 Jun 2015

KWSP Pinjamkan RM25 Bilion kepada Pembinaan PFI yang Sarat dengan Hutang


Dana pencen terbesar Malaysia merupakan pemiutang utama syarikat milik kerajaan Pembinaan PFI Sdn Bhd, yang meminjamkan RM25 bilion kepada syarikat pembinaan itu, tetapi Kementerian Kewangan berkata, ia dijamin oleh hasil daripada pajakan balik.

Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak berkata pendedahan pembiayaan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) ialah dalam bentuk pinjaman kadar tetap, dan bon atau langganan sukuk ialah sebahagian daripadanya, berdasarkan jaminan kerajaan, gadai janji aset dan jaminan bank.

Dalam jawapan bertulis di Parlimen, beliau berkata KWSP hanya mempunyai pelaburan sebanyak RM200 juta dalam 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang sarat dibebani hutang.

"Pelaburan KWSP dalam 1MDB hanya terhad kepada RM200 juta di mana ia dijamin kerajaan Malaysia.

"Manakala, pendedahan KWSP kepada Pembinaan PFI Sdn Bhd berjumlah RM25.29 bilion, yang dijamin pajakan balik daripada kerajaan Malaysia," katanya menjawab soalan Khalid Samad (PAS-Shah Alam).

Kedua-dua itu antara pendedahan portfolio KWSP dalam GLC berjumlah RM79.99 bilion pada 31 Mac tahun ini.

Pembinaan PFI mengumpul hutang hingga RM26.6 bilion dalam masa 7 tahun sejak ia ditubuhkan.

Ia merupakan syarikat milik Kementerian Kewangan Diperbadankan bertaraf "special purpose vehicle" ditubuhkan pada 28 September, 2006 bertujuan memperoleh modal untuk membiayai projek pembangunan dan program yang dikenal pasti kerajaan.

Ia susulan pendedahan Laporan Ketua Audit Negara 2013 siri ketiga mendedahkan Pembinaan PFI menjadi liabiliti antara ketiga tertinggi daripada semua entiti anak syarikat kerajaan berakhir pada 2012.

Najib berkata, sebagai cara memastikan pelaburan KWSP ini stabil dan konsisten dalam pulangan jangka masa panjang lebih daripada 50% daripada saiz pelaburan KWSP dilaburkan dalam instrumen berpendapatan tetap merangkumi sekuriti kerajaan tetap dan bon sama taraf serta pinjaman dan bon bagi kedua-dua mandat domestik dan global.

"Oleh yang demikian pulangan KWSP secara semulajadinya dipengaruhi pergerakan kadar faedah dan inflasi.

"Memandangkan kadar inflasi yang semakin meningkat sejak 2009, KWSP terus melabur dan mempelbagaikan lagi pelaburan dalam kelas aset Ekuiti dan Inflasi yang terdiri daripada hartanah dan infrastruktur sejajar dengan alokasi aset strategik KWSP dalam usaha menjana pulangan pelaburan optimum pada kadar risiko berpatutan," katanya. – The Malaysian Insider/11 Jun, 2015.

, , ,

Selasa, 19 Mei 2015

KWSP dan KWAP Labur Lebih RM3 Bilion dalam 1MDB, Anak Syarikat - Kementerian Kewangan




KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) telah melabur lebih RM3 bilion keatas 1MDB dan anak syarikatnya sehingga 31 Mac tahun ini, kata Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan.

Dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli semalam, Kementerian Kewangan memaklumkan KWSP telah melaburkan RM1.52 bilion manakala KWAP melabur sebanyak RM1.4 bilion.

Di samping itu, Kementerian Kewangan juga memaklumkan bahawa KWSP telah melanggan bon terbitan 1MDB berjumlah RM200 juta pada 2009, yang dijamin sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia.

Antara anak syarikat 1MDB yang disenaraikan untuk pelaburan KWAP adalah Bandar Malaysia Sdn Bhd, 1MDB Energy Limited, 1MDB Global Investment Limited, dan Jimah Energy Ventures Sdn Bhd (JEV).

“Bagi KWAP pula, jumlah pelaburan dan pegangannya KWAP dalam 1MDB dan anak-anak syarikatnya setakat 31 Mac 2015 adalah berjumlah RM1.4 bilion,” jawab kementerian itu.

Kenyataan itu juga menyebut KWSP telah melaburkan sejumlah RM1.52 bilion ke atas anak syarikat 1MDB Panglima Power Sdn Bhd (PPSB) dan JEV.

Namun kenyataan itu berkata pelaburan KWSP ke atas PPSB dan JEV dibuat pada 2003 dan 2005, iaitu sebelum 1MDB mengambil alih syarikat itu iaitu pada tahun 2012 dan 2014.

KWSP adalah adalah tabung persaraan wajib bagi pekerja sektor swasta di negara ini manakala KWAP menguruskan tabung pencen untuk kakitangan awam. -Astro Awani/19/5/15





Khamis, 23 April 2015

Pengeluaran KWSP Kekal Pada Usia 55 Tahun - PM


KUALA LUMPUR: Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikekalkan hak untuk mengeluarkan wang mereka pada usia 55 tahun, kata Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Khamis.

Najib berkata, beliau sedar akan kebimbangan orang ramai mengenai sebarang perubahan KWSP pada masa depan.

"Dalam masa dua hari proses perundingan dalam talian yang baru-baru ini dijalankan, lebih daripada 50,000 rakyat Malaysia telah mengambil bahagian dan memberikan pandangan mereka.

"Ia sudah menjadi satu perundingan awam yang terbesar yang pernah dijalankan," katanya.

Beliau berkata, kerajaan sentiasa mendengar pandangan rakyat.

"Dan ia jelas bahawa sebahagian besar ahli-ahli KWSP, walaupun memahami kepentingan simpanan persaraan pada usia 60, tetapi mereka mahu hak menggunakan dana persaraan mereka pada usia 55 tahun.

"Saya ingin memberi jaminan kepada rakyat bahawa ahli KWSP akan dikekalkan hak mereka untuk membuat pengeluaran pada usia 55 tahun," katanya.

Najib berkata KWSP akan memastikan bahawa sebarang tambahan baharu akan terpakai hanya kepada penyumbang baharu jika ahli membuat keputusan untuk bekerja selepas umur 55 tahun.

Najib turut mengumumkan KWSP telah memulakan inisiatif untuk menawarkan pilihan pelaburan yang mematuhi Syariah untuk ahli-ahlinya pada 2017.

"Ini akan mewujudkan dana Syariah terbesar seumpamanya di dunia, dan akan mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai pusat kewangan Islam terkemuka," katanya. -NEVILLE SPYKERMAN/Mstar/23/4/15


Khamis, 26 Disember 2013

[PANAS] Kadar Simpanan Asas KWSP Dirombak, RM196,800 Menjelang 55 Tahun


Kadar Simpanan Asas KWSP Dirombak Januari Ini

[Bernama] KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengingatkan ahlinya berhubung kuantum baharu Simpanan Asas, yang menetapkan RM196,800 sebagai amaun minimum ahli yang perlu ada dalam akaun KWSP mereka menjelang umur 55 tahun, berkuat kuasa bulan depan. 

Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP Nik Affendi Jaafar berkata kadar baharu itu ditanda aras dengan pencen minimum pekerja sektor awam, yang bersamaan RM820 sebulan untuk tempoh 20 tahun dari umur 55 hingga 75 tahun.

Beliau berkata ia akan disemak setiap tiga tahun berdasarkan kepada keperluan persaraan, kadar inflasi dan kos hidup.

"Dengan mengambil kira faktor kos hidup yang semakin meningkat, jangka hayat rakyat Malaysia yang panjang serta kadar inflasi, KWSP telah membuat keputusan meningkatkan Simpanan Asas untuk memastikan 13 juta ahlinya mempunyai tahap simpanan yang mencukupi bagi menikmati persaraan yang mampan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nik Affendi berkata Simpanan Asas semasa ialah RM120,000 pada umur 55 (RM500 sebulan bagi tempoh 20 tahun) mungkin tidak mencukupi bagi menampung persaraan ahli kerana berada di bawah garis kemiskinan.

Selain itu, katanya, statistik KWSP menunjukkan 71 peratus ahli bersara pada umur 55 tahun mempunyai simpanan kurang daripada RM50,000 dalam akaun KWSP mereka.

Nik Affendi berkata kadar yang disemak semula ini memerlukan ahli mempunyai simpanan yang lebih tinggi dalam akaun KWSP bagi membolehkan mereka layak menyertai Skim Pelaburan Ahli KWSP di mana simpanan mereka boleh dilaburkan dalam unit amanah.

"Ini untuk memastikan ahli mempunyai simpanan yang mencukupi dalam akaun KWSP apabila mereka bersara bagi membiayai keperluan asas persaraan sebelum boleh memilih untuk melabur dalam pelaburan lain," katanya.

Beliau berkata antara inisiatif yang diperkenal KWSP untuk mempertingkat simpanan persaraan ahli ialah kadar caruman majikan sebanyak 13 peratus untuk pekerja yang bergaji RM5,000 dan ke bawah.

"Selain itu, kadar caruman penuh KWSP untuk pekerja sehingga umur 60 tahun dan Pengeluaran Fleksibel Umur 55 tahun yang membenarkan ahli untuk memanjangkan simpanan KWSP mereka bagi tempoh yang lama," katanya.

Bagi membantu ahli merancang persaraan mereka, Nik Affendi berkata KWSP akan memperkenal perkhidmatan penasihat kewangan kepada ahli mulai tahun depan dengan projek perintis di Lembah Klang sebelum diperluas ke seluruh negara dalam tempoh tiga tahun. - 26/12/13



, ,

Rabu, 12 September 2012

Wang KWSP Digunakan untuk Selamatkan Saham FGVH



KWSP beli lebih banyak unit saham FGV

[TMI] KUALA LUMPUR, 12 Sept — Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membeli 2.2 juta saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) lagi oleh kerana harga saham gergasi perladangan jatuh menjunam lagi semalam sebelum pulih sedikit meningkat lima sen lebih tinggi.

Saham FGVH semalam tidak terlepas turun ke bawah harga jualan institusi sebanyak RM4.55 semalam, menjunam 11 sen dari harga pembukaan rendah RM4.57, sebelum pulih kepada RM4.73 pada akhir hari dagangan.


 
KWSP adalah salah satu pelabur asas FGVH dan telah meningkatkan kepentingan langsung dalam GLC tersebut daripada 5.07 peratus pada 4 Julai kepada 7.02 peratus semalam.

Pengumpulan saham FGVH walaupun menurun sejak dua bulan lalu menyebabkan sesetengah pemerhati pasaran menganggap bahawa dana pencen terbesar di negara ini membantu untuk menaikkan saham kumpulan perladangan.

Harga FGVH juga membimbangkan beberapa peneroka Felda yang telah diberi pilihan untuk membeli saham pada harga runcit IPO pada RM4.45.

Dilaporkan pada 29 Ogos, kerajaan memperolehi peruntukan RM360.7 juta oleh Felda untuk membiayai 800 unit saham yang dibeli oleh setiap peneroka sepenuhnya.

Peruntukan itu menyebabkan peneroka bebas daripada perlu membayar lima peratus faedah bank setahun ke atas pinjaman yang mereka ambil untuk membeli saham dan peneroka akan membayar balik Felda kira-kira RM50 setiap bulan tanpa faedah, selama lima tahun.

Harga saham FGVH lemah berbanding dengan rakan-rakan seperti Sime Darby dan KL Kepong.

Walaupun saham-saham perladangan telah berada di bawah tekanan disebabkan kebimbangan mengenai harga minyak sawit yang lebih rendah, KL Kepong turun kira-kira empat peratus dari awal bulan Julai dan Sime Daby turun hanya kira-kira satu peratus berbanding dengan FGVH yang telah jatuh kira-kira 12 peratus.

FGVH melaporkan keuntungan mengecewakan bagi suku kedua, turun 32.5 peratus berbanding tahun sebelumnya disebabkan oleh pengurangkan tuaian minyak sawit, peningkatan dalam kos operasi, dan sumbangan yang lebih rendah daripada subsidiari gula MSM Holdings.

Kumpulan itu juga berhadapan dengan penuaan pokok-pokok kelapa sawit sebanyak 53 peratus daripada 320,000 hektar ladang kelapa sawit antara yang tertinggi dalam industri dan latihan penanaman semula akan menyebabkan kehilangan lebih benyak pendapatan sepanjang tempoh sebelum pokok-pokok menjadi matang.

FGVH juga dilaporkan mengalami kerugian dari segi produktiviti tan sehektar yang disenaraikan sebagai ketiga terendah di kalangan firma perladangan utama di Malaysia.

Harga minyak sawit juga dijangka kekal lemah dalam tempoh terdekat oleh kerana stok penimbal Malaysia kekal tinggi dan negara ini juga menghadapi persaingan untuk eksport dari Indonesia.

Sesetengah penganalisis walaubagaimanapun mengambil perhatian bahawa FGVH menawarkan aliran tunai yang mantap dan 50 peratus dasar pembayaran dividen. 

 
Berkaitan:

FVGH: Kerajaan tak dengar kata, saham merudum

[HD] TUMPAT: Akibat kerajaan tidak mahu mendengar pandangan orang lain termasuk pegawai Felda serta peneroka, saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) mencecah serendah RM4.57 seunit.

AJK PAS Pusat, Datuk Kamaruddin Jaffar (gambar) berkata kejatuhan saham itu paling rendah sejak ianya mula merudum beberapa hari lalu sebanyak RM4.69 seunit selepas mencatat kedudukan paling tinggi sejak Julai lalu, RM5.55.

Katanya, apa yang berlaku akibat tindakan kerajaan memperdagangkan masa depan peneroka Felda melalui penyenaraian saham Felda sehingga menjadikan saham sebagai barang dagangan negara dan di peringkat antarabangsa.

Katanya, saham Felda itu kini telah menjadi milik syarikat-syarikat asing, syarikat judi yang mana semua syarikat itu motif utama mereka adalah perniagaan.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily ketika ditemui pada majlis Aidilfitri bersama peniaga Kedai Bebas Cukai, Pengkalan Kubur, di sini semalam sebagai mengulas saham Felda menjunam jatuh sehingga RM4.57 seunit.

Katanya lagi, apabila ekonomi tidak lagi memberikan keuntungan yang mudah kepada pemegang saham itu mereka sewenang-wenang akan menjualkannya tanpa mengira kesannya terhadap peneroka.

“Walaupun jumlah unit saham hanya 800 sahaja, tetapi dengan kerugian yang dialami, mereka terpaksa membuat pinjaman bank dan pinjaman yang lain untuk membeli sahaja-saham itu,” ujarnya lagi.

Kamaruddin seterusnya berkata, peneroka tidak pandai menjual atau membeli saham apa lagi menguruskannya, tetapi apabila disedari tiba-tiba harga menjadi rendah.

“Bila dicampur dengan kos kerugian, pinjaman dan sebagainya peneroka mengalami kerugian yang amat besar berikutan kerajaan tidak mahu mendengar pandangan rakyat serta pihak lain,” ujarnya.

Katanya, Felda, hasilnya dan bumi Felda sepatutnya seratus peratus dimiliki oleh peneroka dan seterusnya generasi kedua kedua atau ketiga dan seterusnya.

Beliau tidak menafikan apa yang berlaku itu ‘permainan’ saham dan lumrah berlaku, sebaliknya risiko yang tidak sewajarnya berlaku terpaksa ditanggung oleh peneroka kerana ‘offer’ tidak bijak kerajaan untuk rakyat.

“Kerana kedegilan kerajaan tidak mahu mendengar pandangan pegawai Felda, ramai antara mereka disisihkan, ditukar dan berbagai lagi dan sekarang kita tengok apa yang berlaku,” ujarnya.

Katanya, bagi membantu kerajaan menampung kerugian dalam saham itu, KWSP pula diminta membantu.

Sambungnya, jika langkah itu diambil dividen yang diperolehi pencarum juga akan menjadi kecil jumlahnya.

Katanya, kerajaan seharusnya menjadikan pengalaman Tabung Haji Plantation yang gagal sebagai panduan sebelum saham Felda disenaraikan.

“Soalan kita, adakah ahli-ahli Tabung Haji mendapat keuntungan yang besar atau dividen yang tinggi selepas ianya disenaraikan sebagai saham.

“Hujah yang sama diberikan pada saham FGVH ini, jangankan mendapat untung yang besar, rugi pula yang terpaksa ditanggung,” ujarnya.


P/s: Duit kita disalahgunakan oleh mereka sewenang-wenangnya!


,

Selasa, 21 Februari 2012

Mari Lihat Jumlah Dividen KWSP, Tabung Haji dan ASB Dari Dahulu Hingga Sekarang

Sumber di sini.

Menteri Kewangan yang bertanggungjawab:

1957-1959-Hau Shaik Lee,
1959-1969-Tan Siew Sin,
1969-1970-Razak,
1970-1974-Tan Siew Sin,
1974-1976-Hussien Onn,
1976-1984-Ku Li,
1985-1990-Daim,
1991-1998-Anwar,
1998-1999-Mahathir,
2000-2001-Daim,
2001-2003-Mahathir,
2003-2008-Abdullah,
2008-Sekarang -Najib
 
 
Janganlah bangga sangat apabila kerajaan mengumumkan dividen sebanyak 6%! 
 
 
 
 

,

Jumaat, 3 Februari 2012

Kerajaan Guna RM1.5 Bilion Duit KWSP (Duit Rakyat) untuk Bina Perumahan Awam, Siapa Izinkan?


Saya petik:

Najib: Dana biaya khas RM1.5b tak jejas KWSP

[Bernama] MARANG - Kerajaan hari ini memberi jaminan penggunaan RM1.5 bilion dana daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk Skim Pembiayaan Khas bagi perumahan awam untuk golongan berpendapatan rendah tidak akan menjejaskan pencarum KWSP.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata jumlah pembiayaan yang digunakan untuk skim itu tidak begitu besar berbanding dana yang ada pada KWSP.

"Skim yang dicadangkan itu tidak menjejaskan kepentingan KWSP kerana nilai  rumah itu jauh lebih tinggi di pasaran berbanding harga rumah itu dijual kepada pembeli.

"Jadi sekiranya pembeli tidak mampu membayar balik atau tidak membayar balik, rumah itu masih boleh dijual di  pasaran dengan harga lebih besar, soal kepentingan KWSP sentiasa kita lindungi," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas bantahan sesetengah pihak terhadap penggunaan RM1.5 bilion dana daripada KWSP untuk membiayai program berkenaan.
...........
Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata skim pembiayaan itu dirangka untuk membantu mereka yang berminat memiliki rumah di kawasan ibu negara, terutama mereka yang tidak layak mendapat pinjaman daripada institusi kewangan.

"Ini merupakan skim mesra rakyat, terutama golongan yang berpendapatan rendah," katanya.

Beliau menegaskan kerajaan sentiasa mengutamakan kepentingan pencarum KWSP.

Skim itu dilancarkan Perdana Menteri pada 28 Jan lalu setelah jemaah Menteri mempersetujui skim yang dicadangkan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar itu.

Skim itu dilaksanakan di bawah Program Perumahan Rakyat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (PPR-MTEN) dan juga Perumahan Awam DBKL.

Ia akan dikendalikan Syarikat Perumahan Wilayah Persekutuan yang ditubuhkan di bawah Yayasan Wilayah Persekutuan dengan dana pembiayaan daripada KWSP. 



P/s: Kalau kerajaan Najib tiada duit, walaupun hasil minyak setahun sahaja mencecah RM90 bilion, buatlah cara tiada duit, jangan belasah duit rakyat untuk meraih sokongan, meraih undi untuk PRU13.

Yang membuatkan orang menyirap darah apabila KWSP mengenakan polisi pengeluaran duit simpanan yang ketat kepada rakyat membuat caruman. Ada pencarum yang terpaksa membayar denda dan dihukum penjara kerana terpaksa berbohong untuk mengeluarkan wang tersebut. Namun KWSP dengan senang hati, tanpa meminta izin daripada rakyat, menggunakan duit itu untuk dipinjamkan kepada GLC, kroni, dan tekini untuk kepentingan kempen PRU BN.

Siapa izinkan KWSP/Najib berbuat demikian?



, ,

Selasa, 24 Mei 2011

ANAK Dakwa Felda Peroleh Pinjaman RM6 Bilion daripada KWSP untuk Tutup Masalanya

Saya petik:
[TMI] KUALA LUMPUR, 24 Mei — Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) meminta Felda memberikan penjelasan berhubung dakwaan bahawa agensi persekutuan itu memperoleh pinjaman RM6 bilion daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dipercayai mahu menampung masalah kewangan dialami.

Pengerusi Anak Mazlan Aliman berkata, pihaknya mendapat maklumat Felda telah berbuat demikian dan oleh itu mahu pengurusan Felda dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan menjelaskan sama ada benar atau tidak perkara itu.

Beliau berkata mendapat maklumat itu daripada minit mesyuarat daripada Jawatankuasa Kemajuan Rancangan (JKKR) yang menyebut “permohonan sara hidup yang dibincangkan untuk dinaikkan telah dibawa ke mesyuarat gabungan JKKR dan telah dipersetujui tetapi setelah dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Perunding Peneroka, jawapannya adalah dukacita, tidak dapat dipertimbangkan kerana Felda telah meminjam dari KWSP untuk pembangunan lot peneroka sebanyak RM6 bilion.

Bagaimanapun katanya, beliau tidak tahu bila pinjaman sejumlah itu diperoleh.

Justeru tambah Mazlan (gambar), pihaknya mempersoalkan tindakan Felda itu sambil menyifatkan ia tidak wajar selain menuntut penjelasan.

“Belum pun reda isu kemerosotan rizab Felda, terdapat pula laporan yang menyebut bahawa Felda telah meminjam daripada KWSP sebanyak RM6 bilion. Dakwaan Anak ini jika benar, ia satu perkara amat memeranjatkan.

“Untuk apa wang RM6 bilion ini dipinjamkan? Bagi tujuan apa? Kerajaan mesti membuat penjelasan segera kerana ia memberi implikasi sangat buruk kepada pengurusan Felda keseluruhannya,” katanya pada sidang media di sini.

Sebelum ini Mazlan mendakwa Felda mengalami kemerosotan rizab tetapi telah dinafikan oleh Ahmad dan kerajaan.

“Alasan-alasan yang digunakan Datuk Ahmad Maslan berhubung kemerosotan rizab Felda yang merosot dari RM4.08 bilion pada 2004 kepada RM1.35 bilion pada 2009 ialah ia telah digunakan untuk menampung kos peneroka.

“RM2 bilion digunakan untuk pembangunan tanam semula termasuk sara hidup dan pendahuluan hasil, RM603 juta untuk pinjaman rumah, RM253 juta untuk Tabung Kemiskinan Sabah dan RM662 juta untuk bangunan baru Felda, namun laporan Felda meminjam daripada KWSP, ini amat mengejutkan dan kita mahu tahu apa yang berlaku,” kata Mazlan.

Tegas ahli jawatankuasa kerja PAS pusat itu, sekiranya dakwaan itu tidak benar satu penafian perlu dibuat pengurusan Felda dan Ahmad.

“Kita mahu tahu kebenaran,” kata beliau.

Pada sidang media hari ini, Mazlan meminta agar Felda menjelaskan tentang status anak-anak peneroka yang meneruskan pengajian di Pusat Latihan Kejuruteraan Penerbangan Malaysia (METC).

“Anak menerima aduan mengenai status anak peneroka yang belajar di METC, walaupun peluang belajar di sana satu langkah yang dialu-alukan tetapi ia mesti telus dan Felda mesti jawab persoalan ini.

“Yang pertama apakah status terkini program itu? Berapa kos sebenar untuk seorang pelajar? Apakah jenis lesen yang akan mereka dapat? Adakah benar dakwaan kos yang dibayar Felda terlalu mahal? Setakat manakah pelajar METC ini mendapat pentauliahan yang melayakkan mereka untuk pergi lebih jauh,” soalnya.

P/s: Sebagai pencarum, anda sewajarnya prihatin dengan dakwaan itu. Saya berkata demikian kerana anda tahu betapa susahnya untuk mengeluarkan wang simpanan daripada KWSP. Namun, organisasi itu umpama begitu mudah menyerahkan wang kepada Felda untuk tutup kelemahan pengurusan agensi yang ada kaitan dengan kerajaan itu.

Seperkara lagi, jika benar Felda meminjam wang daripada KWSP, maka sahlah kenyataan bahawa kewangan Felda kukuh hanyalah "gebang" semata-mata!



, ,

Selasa, 19 Oktober 2010

Duit Rakyat Bakal Digunakan Bayar Pampasan 5 Bilion -7.5 Bilion Tol PLUS?

Saya petik:
[MR] "Pampasan maksima RM5 bilion" menyusul, sebaik sahaja rakyat diumumkan khabar baik bahawa "kadar tol empat lebuhraya PLUS tidak dinaikkan untuk lima tahun", ketika Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan membentangkan Belanjawan tahun 2011, Jumaat lalu.

Timbalan Menteri Kewangan, Donald Lim Siang Chai ketika ditanya selepas pembentangan Belanjawan 2011 oleh Najib Razak, berkata kerajaan tidak perlu membayar pampasan kepada syarikat konsesi, lantaran keputusan untuk tidak menaikkan tol selama lima tahun.  Namun demikian, Donald Lim enggan mengulas lanjut berhubung isu ini.

Bagaimanapun, kenyataan ini bertentangan dengan apa yang diumumkan oleh UEM Group (yang dikuasai Khazanah Nasional) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam sidang media pada hari ini.  UEM Group dan KWSP mengambil-alih PLUS Expressways Berhad dengan RM 23 bilion pada 15 Oktober.

Menurut UEM Group dan KWSP, kerajaan telah berhutang dengan syarikat konsesi lebuh raya sejumlah RM2.5 bilion, setakat 30 Jun 2010.  Malah, kerajaan dianggarkan perlu membayar pampasan maksima RM5 bilion seandainya tidak menaikkan kadar tol untuk lima tahun, mengikut perjanjian konsesi asal.  Dengan kata lain, kerajaan mungkin perlu membayar RM7.5 bilion dalam masa lima tahun yang akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutif UEM Group, Izzaddin Idris (gambar kanan) berkata,  UEM Group dan KWSP telah mengambil-kira risiko komersialnya ketika mencadangkan pengambil-alihan dengan nilai RM23 bilion.  Jadi, penawaran RM4.60 untuk seunit saham telah mengambil kira faktor "kadar tol tidak dinaikkan untuk lima tahun".

Bagaimanapun, pihak UEM Group dan KWSP bersedia untuk berunding dengan kerajaan dalam isu perjanjian konsesi baru dan pampasan dalam tempoh beberapa bulan yang terdekat.

*Neo Chee Hua ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina.  Disedut, diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang dari teks asal.

Berkaitan:
* Pampasan tol: Putrajaya dijangka bayar PLUS RM7.5 bilion


BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH