Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label hutang negara. Papar semua catatan

,

Selasa, 17 Mei 2016

KWSP Kekal Pemegang Terbesar Hutang Domestik Kerajaan




Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kekal sebagai pemegang terbesar hutang domestik kerajaan dengan komposisi pegangan 21.6 peratus atau RM131.7 bilion.

Menurut menteri kewangan, pinjaman itu dalam bentuk pegangan KWSP dalam instrumen sekuriti kerajaan berjumlah RM65.9 bilion dan terbitan pelaburan kerajaan RM65.8 bilion.

Dalam jawapan bertulis di parlimen, menteri juga menjelaskan pinjaman yang diperoleh kerajaan persekutuan adalah bagi tujuan membiayai perbelanjaan pembangunan yang memberikan kesejahteraan kepada rakyat serta menyokong pertumbuhan ekonomi negara.

Dan secara tidak langsung, kata Datuk Seri Najib Razak, ia memberi manfaat kepada syarikat-syarikat yang melaksanakan pelbagai program pembangunan negara.

Najib menjelaskan hutang domestik kerajaan sebanyak 96.6 peratus atau RM609.1 bilion. Bakinya RM21.5 bilion (3.4 peratus) adalah pinjaman luar pesisir.

Beliau menjawab soalan Wong Tien Fatt (Sandakan) berkaitan hutang kerajaan kepada KWSP, selain tujuan dan syarikat dimanfaatkan daripada hutang itu.

Sementara itu, Najib juga berkata, kedudukan terkini hutang kerajaan pada akhir Disember 2015 sebanyak RM630.5 bilion atau 54.5 peratus daripada Keluaran Dalam negara Kasar (KDNK).

Beliau bagaimanapun menegaskan kerajaan komited memastikan paras hutang persekutuan tidak lebih 55 peratus daripada KDNK.- Malaysia Kini/17/5/2016

, , ,

Khamis, 30 April 2015

1MDB: "Ke mana wang itu (RM14-20 Bilion) hilang?" - Tun M


Kerajaan Mesti Bebas Hutang - Dr Mahathir

KAJANG: Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mempunyai masalah dengan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selagi pentadbiran kerajaan bebas daripada hutang.

Bekas perdana menteri itu menegaskan bahawa kerajaan perlu memberi penjelasan mengenai apakah yang berlaku kepada wang dan pinjaman yang diambil oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Agenda kerajaan adalah membayar hutang. Jika kerajaan dapat menguruskan untuk bebas hutang, saya tiada masalah.

"Bagaimanapun, masalahnya adalah bukan setakat RM1 juta atau RM2 juta yang tidak dapat dikesan, tetapi dianggarkan antara RM14 bilion dan RM20 bilion.

"Ke mana wang itu hilang? Ini adalah wang rakyat dan ia akan memberikan kesan kepada kewangan negara," katanya pada sidang media di sini, Rabu.

Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Najib pada Selasa: "Biarpun kita sedang diasak dan dikritik, sebagai sebuah kerajaan yang telus, saya selaku Perdana Menteri, bersama-sama Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan didukung pula oleh menteri serta rakan anggota pentadbiran, tidak akan sesekali berganjak atau menyerah kalah. Malah, akan tetap beristiqamah dan berjuang merintis sejuta lagi jalan baru demi kebaktian kepada rakyat dan negara."

Bekas perdana menteri turut menggesa kerajaan supaya mendedahkan sama ada 1MDB ada memindahkan dananya ke Singapura atau tidak.

"Beliau memberi kenyataan bertulis (di Parlimen) bahawa wang itu berada di Singapura, tetapi bank negara Singapura memberi kenyataan yang bercanggah," kata Dr Mahathir.

Mengenai kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Masalan bahawa beliau tidak mempunyai perspektif yang tepat mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), Dr Mahathir berkata: "Dia jaga kewangan, tetapi dia tidak faham apa-apa tentang kewangan."

Ahmad menafikan adanya pemimpin tinggi Umno memberi amaran supaya beliau tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung GST.

Katanya, tiada sebab untuk beliau berhenti bercakap mengenai sistem cukai itu sama ada pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin atau Permatang Pauh.

"Jika saya berhenti bercakap mengenai GST, kemungkinan besar pembangkang akan menang," katanya. -Rahimy Rahim/Mstar/30/4/15


, ,

Sabtu, 23 Februari 2013

[Gambar] Hutang Negara TERKINI



P/s: Sedarlah rakyat Malaysia!

Sanggupkah anda memprejudiskan masa depan negara kita semata-mata terharu kerana menerima imbuhan yang tidak seberapa, kicap dan sos, atau kopi kuat daripada mereka?

Sanggupkah anda membiarkan khazanah negara disalahgunakan oleh pemimpin yang tidak amanah untuk memenuhkan tembolok kroni dan sanak saudara semata-mata kerana takut akan ugutan dan fitnah mereka?





Rabu, 11 April 2012

Dengan Bebanan Hutang yang Tinggi, Bagaimana Kerajaan Melangsaikan Hutang Bank Dunia?


Satu Malaysia mengetahui bahawa hutang negara sudah mencecah 53% daripada KDNK. Hal ini didedahkan oleh menteri BN di Parlimen. Mengikut angka, jumlah itu mungkin sudah mencecah RM500 bilion. Suatu jumlah yang cukup mengerikan. 

Mengikut pendapat pemimpin Pakatan, jumlah hutang negara mungkin sudah melepasi angka 55% seperti yang dibenarkan oleh Perlembagaan. Malah dalam tempoh dua tahun pentadbiran Najib, negara berhutang sebanyak lebih RM200 bilion yang diperoleh daripada pelbagai sumber.

Hari ini, BH melaporkan anak Che Det, Mukhriz mendakwa Malaysia sudah melangsaikan keseluruhan hutang daripada Bank Dunia berjumlah RM8 bilion. Timbalan Menteri itu juga mendakwa hutang negara dengan Bank Pembangunan Asia hanya tinggal 10 peratus daripada jumlah keseluruhan, iaitu  RM4 bilion.

Dengan beban hutang yang terlalu besar, bagaimana kerajaan BN yang kini sedang hebat berkempen untuk PRU 13 dapat melangsaikan hutang-hutang tersebut? Adakah kerajaan kini mengamalkan dasar "gali lubang tutup lubang"?


Berkaitan:

Bukan berpendapatan tinggi tapi berhutang tinggi

[HD] KETIKA Buku Jingga diluluskan oleh Konvensyen Pakatan Rakyat di Kepala Batas lebih dua tahun lalu, hutang yang ditanggung oleh isi rumah rakyat Malaysia ialah RM466 bilion.

Dalam Himpunan Anak Terengganu di Perantauan  di Kajang hujung Mac lalu, Prof. Dr. Anuar Ahmad dari Unisel berkata, hutang rakyat sekarang sudah melebihi RM700 bilion sekarang.

Apa yang Buku Jingga sebut dua tahun lalu tidak pernah dinafikan oleh pentadbiran Najib dan  dipercayai kenyataan Dr. Anuar ini juga  tidak akan dinafikan.

Dengan demikian ini bererti dalam masa dua tahun di bawah pemerintahan Najib, hutang rakyat sudah bertambah dari RM466 bilion kepada lebih RM700 bilion. Ia adalah kenaikan sebanyak sekitar RM234 bilion.

Dengan jumlah hutang RM700 bilion ini setiap rakyat menanggung hutang sebanyak RM3,000.

Bagi warga emas seperti Dr. Mahathir yang berusia lebih 80-an hutang mungkin ditanggung sehingga mati. Maka matinya dikira mati meninggalkan hutang. Beban dunia itu tidak ditanggungnya lagi sebaik matinya.

Tetapi bagi bayi yang baru dilahirikan, sebaik  saja menyedut udara dunia, dia telah dibebankan dengan hutang RM3,000. Belum ada jaminan hutang itu akan susut sehingga dewasanya, dan tiada juga jaminan ia tidak bertambah dalam pentadbiran Najib yang boros itu.

Jika  dalam masa  dua tahun lalu hutang itu bertambah sekitar RM234 bilion ini bermakna hutang itu bertambah lebih RM100 bilion setahun. Jika pentadbirannya disambung selepas PRU 13 ini, mungkin ssebelum tahun 2020 hutang rakyat itu menjadi RM1,000 bilion. Ini bererti hutang setiap  rakyat akan bertambah lebih dari RM3,000 seperti yang ada sekarang.

Ketika Najib mula menjadi Perdana Menteri, dia menjanjikan untuk menjadikan rakyat berpendapatan  tinggi. Tetapi untuk beberapa tahun ini yang terjadi ialah rakyat berhutang tinggi.


Ada pun hutang negara pula di hujung pentadbiran Abdullah Badawi yang ditohmah lemah terutama oleh Dr.  Mahathir adalah sekitar lebih dari RM200 bilion. Ia sudah dikira cukup parah.

Tetapi sekarang, selepas tiga tahun Najib mentadbirkan hutang negara sudah mencecah lebih dari RM450 bilion. Ia kira bertambah sekali ganda di bawah Najib.

Dr. Awang Adek, Timbalan Menteri Kewangan dikatakan berkata, negara akan jadi bankrap apabila hutang mencapai RM500 bilion.

Angka RM500 bilion itu sudah dekat. Kalau dalam masa tiga tahun hutang negara boleh melunjak dari sekitar RM200 bilion kepada kira-kira RM450 bilion, maka untuk mencapai hutang RM500 bilion – sekadar RM50 bilion saja lagi – tentulah tidak memakan masa yang lama jika program transformasi gagal masuk ke gear ajaib. -Subky Latiff



,

Khamis, 22 Mac 2012

Hutang Negara Didakwa Melebihi 53% KDNK



[KD] KUALA LUMPUR 21 Mac: Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail menyifatkan, kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin berkenaan hutang negara di paras 53 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) adalah tidak tepat.

“Peratusan itu diambil dari tahun lepas. Sekiranya kita mengambil kira hutang perbelanjaan terbaru, termasuk anggaran Belanjawan 2012, hutang negara pasti melebihi had ditetapkan.

“Malah, ia belum mengambil kira peruntukan luar jangka dan projek-projek yang didanai melalui pinjaman yang dijamin kerajaan, yang tidak dimasukkan dalam belanjawan,” ujar Azan.

Beliau turut menjelaskan, paras 55 peratus sebenarnya terlalu tinggi untuk dijadikan had siling hutang negara.

Beliau merujuk jawapan Awang Adek kepada soalan dari Ahli Parlimen Machang, Datuk Saifuddin Nasution Ismail di Dewan Rakyat hari ini, berkenaan tindakan kerajaan untuk mengawal hutang negara yang semakin meningkat.

Merujuk laman Malaysiakini, Awang Adek melalui jawapannya mengatakan, hutang negara belum mencapai tahap kritikal kerana kurang 2 peratus dari had pinjaman yang dibenarkan perlembagaan, iaitu 55 peratus daripada KDNK.

17 Februari lalu, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mengatakan kerajaan memanipulasi belanjawan dengan tidak memasukkan beberapa projek mega dalam belanjawan, sebaliknya menjadi penjamin kepada syarikat yang membuat pinjaman.

Tony Pua juga mengatakan kerajaan juga secara sewenang-wenangnya meminda undang-undang untuk menaikkan had hutang negara, dari 40 peratus pada tahun 2003 hingga 55 peratus pada masa kini.

Bercakap lanjut Azan berkata, kerajaan turut mengheret rakyat untuk sama-sama menanggung hutang, sehingga hutang isi rumah negara mencecah RM600 bilion, antara tertinggi di dunia.

“Sebenarnya ini isu yang perlu dititikberatkan. Kerajaan Umno BN melalui polisi seperti kadar bunga dan caj bank, melahirkan rakyat yang terbeban dengan hutang yang cukup besar,” ujar Azan.
 
 
 
 

,

Rabu, 21 Mac 2012

Lagi 2% Capai Had Pinjaman Dibenarkan Perlembagaan, Awang Adek Kata Hutang Negara Tidak Membimbangkan



"Ia tidak berada pada tahap yang kritikal pada masa ini. Had kita adalah 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kita kini cuma berada pada paras 53 peratus. Jadi tidak perlu bimbang tentang hal itu" - Awang Adek
 
Tidak payahlah ulas panjang-panjang kenyataan yang boleh menjahanamkan negara ini. Kalau beginilah orang yang dipertanggungjawab untuk mengurus negara, patutlah SEMUAnya RUGI. Kebanyakan GLC rugi, negeri yang diperintah berhutang berbilion RM, negeri yang diperintah walaupun ada sumber minyak, namun realitinya negeri TERMISKIN di Malaysia...bla...bla...bla

Ubah saudara, ubah dalam PRU 13!

Ingat hutang negara, kita yang tanggung!

Berita berkaitan:

[MK] Hutang negara belum berada pada tahap kritikal atau membimbangkan,walaupun ia hanya dua peratus sebelum mencecah had pinjaman yang dibenarkan oleh perlembagaan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussin.

"Ia tidak berada pada tahap yang kritikal pada masa ini. Had kita adalah 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kita kini cuma berada pada paras 53 peratus. Jadi tidak perlu bimbang tentang hal itu," katanya semasa sesi soalan di Dewan Rakyat hari ini.

Awang Adek menjawab soalan tambahan daripada Datuk Saifuddin Nasution (PKR-Machang) mengenai apa yang dilakukan oleh kerajaan untuk mengawal hutang kerajaan yang semakin meningkat.

Memetik rekod kewangan 2008 dan seterusnya yang mempamerkan peningkatan hutang dari tahun ke tahun, Saifuddin mendakwa bahawa trend peningkatan hutang akan menyaksikan negara berhutang sehingga 100 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).


"Had kami adalah pada 55 peratus. Jika kita tidak cecah 55 peratus, maka kita tidak akan capai 100 peratus," kata Awang Adek sambil menambah sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, mereka tidak akan membenarkan perbelanjaan dan pinjaman melebihi had yang ditetapkan.


,

Selasa, 10 Januari 2012

Pakar Ekonomi: Hutang Negara dan GDP SAMA Menjelang 2019 Jika Putrajaya Terus Boros

Saya petik:

[TMI] KUALA LUMPUR, 10 Jan — Hutang Malaysia akan mencecah 100 peratus Keluaran dalam negara kasar (KDNK) menjelang 2019 sekiranya Putrajaya berterusan meminjam lebih daripada hasil pendapatan, kata pakar ekonomi.

Bekas pengarah ekskutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) Mohamad Ariff Abdul Kareem mengingatkan bahawa kadar perolehan pendapatan kerajaan pusat terlalu perlahan dan tidak mampu membayar pinjaman yang meningkat 53.1 peratus KDNK pada 2010.

Beliau berkata jumlah hutang ditanggung kerajaan tidak terlalu besar namun kadar pertumbuhan dalam beberapa tahun kebelakangan ini menimbulkan kebimbangan.

Nisbah hutang-KDNK meningkat dari 41.1 peratus pada 2008 kepada 53.1 peratus pada 2010 manakala hutang kerajaan bertambah 14.6 peratus pada 2008 dan 18.3 peratus pada 2010, jauh mengatasi pertumbuhan KDNK negara, tambah Mohamad Ariff.

“Jika tiada perancangan untuk mengubah trend ini dalam perbelanjaan dan hasil negara, hutang negara akan mencecah 100 peratus KDNK menjelang 2019.

“Sekiranya pertumbuhan hutang semakin laju, ini boleh berlaku tidak lama lagi,” katanya melalui emel kepada The Malaysian Insider.

Mohamad Ariff menjelaskan ketika kerajaan mengambil langkah rangsangan fiskal untuk menghadapi krises ekonomi dunia yang mana ia digunakan untuk pembangunan infrastruktur terdapat keperluan untuk mengurangkan perkhidmatan awam, yang menjadi asas pengurusan perbelanjaan Putrajaya.

Katanya perkhidmatan awam Malaysia - terbesar setiap kapita di Asia Pasifik mengikut OECD - meningkat dari 23.3 peratus pada 2007 operasi bajet kepada 33.1 peratus pada 2010, meningkat kepada 41.6 peratus pada 2010 jika bayaran pencen dimasukkan.

Ini adalah beban kewangan utama kerajaan iaitu daripada kos berlebihan, pembaziran dan rasuah yang didedahkan setiap tahun oleh Ketua Audit Negara, kata seorang profesor dari Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa (INCEIF).

“Ia satu keperluan untuk kerajaan mengawal perbelanjaan yang mana ia termasuk mengurangkan perkhidmatan awam, membawa kerajaan untuk meningkatkan ketelusan dan tanggungjawab serta melaksanakan reformasi kutipan cukai untuk mendapat pendapatan,” kata Mohamad Ariff.

Ketua Pakar Ekonomi RAM Holdings Bhd Dr Yeah Kim Leng berkata Putrajaya perlu mempunyai “kemahuan politik” untuk melaksanakan Program Transformasi Kerajaan (GTP), yang bertujuan untuk menhentikan kenaikan defisit.

“Kita mesti melakukannya secara konsisten kerana (defisit fiskal) merupakan kelemahan utama ekonomi Malaysia,” katanya.

Yeah berkata Malaysia akan berada dalam kedudukan terbaik untuk mengurangkan defisit fiskal untuk jangka masa panjang jika Putrajaya kekal melaksanakan rancangan itu tetapi mengingatkan ia berdasarkan pertumbuhan tahunan KDNK antara lima hingga enam peratus.

Ini kerana mana-mana kelembapan ekonomi yang berlaku akan mendorong berlakunya potongan gaji dan kadar pengangguran lebih tinggi, yang akan memberikan impak negatif kepada hasil cukai, katanya.

“Terdapat satu hubungan antara pertumbuhan dan hasil kerajaan,” katanya menambah pengurangan setiap satu peratus dalam pertumbuhan KDNK, kutipan cukai akan menurun 0.8 petaus.

“Semasa perlahan kita boleh jangkakan defisit kewangan kerajaan sebenarnya besar.”

Beliau menambah bahawa kerajaan tidak mempunyai masa untuk mengukuhkan kedudukan fiskal sebagai pendapatan daripada sektor minyak dan gas, yang membantu meningkatkan jumlah pendapatan kerajaan kira-kira 40 peratus, namun dijangka akan menurun dalam tempoh lima hingga 10 tahun kerana hasil minyak Malaysia berkurangan.

P/s: Berita macam ini tidak akan sesekali disiarkan di Utusan atau media pencacai yang lain!


, ,

Jumaat, 28 Oktober 2011

Hutang Negara: Anwar Sebagai Menteri Kewangan, Najib Sebagai Menteri Kewangan



Menurut Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli seperti yang dilaporkan oleh Keadilan Daily (KD) keadaan hutang negara yang mencecah RM437 bilion, kini berada pada tahap yang sangat membimbangkan.

Beliau mengulas kajian oleh badan pemikir bebas Pusat Penyelidikan Untuk Kemajuan Masyarakat (REFSA) yang membuat jangkaan hutang negara mencecah RM1 trilion pada tahun 2020.

Kadar itu diramalkan sekiranya hutang kerajaan persekutuan berkembang pada kadar RM50 bilion setahun.

“Yang itu memang jelas.. angkanya memang sudah diketahui umum. Namun (masalah) yang lebih besar ialah tak sampai tahun 2020, (hutang) negara sekarang pun di tahap yang sesak,” katanya pada Keadilandaily.com.

Tegasnya, Akta 637 Akta Pinjaman Tempatan 1959 dan Akta 275 Akta Pelaburan Kerajaan 1983, menetapkan pinjaman tidak boleh melewati kadar 55 peratus dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Manakala Akta 403 Akta Pinjaman Luar Negeri 1963 pula menghadkan pinjaman luar negeri pada RM35 ribu juta pada sesuatu masa.

Ekoran itu katanya, “Jikalau hutang bertambah dan kerajaan tak mampu untuk menanggungnya ia akan menjejaskan bukan saja kemampuan kerajaan untuk belanja tetapi akhirnya sampai terpaksa melupuskan aset negara seperti menggadaikan tanah kerajaan,”

“Sampai satu peringkat,  kutipan cukai negara juga tidak lagi dapat menampung bebanan hutang,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mempersoalkan hutang negara yang kini meningkat sebanyak RM437 bilion, berdasarkan Laporan BNM setakat suku ke 2 tahun ini.

Jika unjuran KDNK bagi 2011 dibuat berdasarkan pertumbuhan 5 peratus, maka kadar keberhutangan negara kini mencecah 53 peratus dari KDNK.

Kadar itu jauh lebih tinggi berbanding pada 2007 iaitu sebanyak 42 peratus dari KDNK negara. Manakala kadar hutang isi rumah pula mencecah RM577 bilion iaitu 77 peratus dari KDNK, berbanding pada 1997 hanya 33 peratus dari KDNK.


P/s: Hancusss!!!



,

Isnin, 17 Oktober 2011

[Wajib Baca] Hutang MALAYSIA RM437.2 BILION, Cuba Lihat Sumber Hutang, Duit Siapa?


Saya petik:

[HD] KUALA LUMPUR - Hutang Kerajaan Persekutuan sehingga 30 Jun 2011 berjumlah RM437.2 bilion atau 52.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).

Daripada jumlah tersebut, sebahagian besar hutang Kerajaan Persekutuan merupakan hutang dalam negeri yang berjumlah RM421 bilion atau 96.3 peratus daripada keseluruhan hutang, manakala baki RM16.2 bilion atau 3.7 peratus merupakan hutang luar negara.

Dengan jawapan bertulis Kementerian Kewangan kepada soalan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang meminta Menteri Kewangan menyatakan hutang luar negara mengikut negara yang memberi pinjaman kepada Malaysia.

Jawapan itu juga memberitahu sumber hutang, pinjaman dalam negeri diperolehi melalui terbitan Bil Perbendaharaan, Terbitan Pelaburan Kerajaan Kerajaan (TPK), Sekuriti Kerajaan Malaysia (SKM), pinjaman Kumpulan Pinjaman Perumahan dan terbitan Sukuk Simpanan Rakyat serta Sukuk 1Malaysia.

Pemegang instrumen berkenaan terdiri daripada institusi kewangan, syarikat insurans dan pertubuhan keselamatan sosial seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan SOCSO.


Dalam pada itu hutang luar negeri Kerajaan Persekutuan pula diperoleh daripada sumber pasaran modal antarabangsa melalui terbitan sukuk global dan pengeluaran pinjaman projek melalui institusi multilateral seperti Bank Dunia, Bank Pembangunan Asia dan Bank Pembangunan Islam serta bilateral dalam mata wang asing iaitu Dolar Amerika Syarikat, Yen, Dolar Eura, Dolar Kanada serta Dinar.



P/s: Berdasarkan berita di atas, sebahagian besar sumber hutang negara daripada duit rakyat. Jika difikirkan semula, patutlah susah sangat kita hendak keluar duit KWSP. Macam-macam peraturan dikenakan untuk tujuan itu. Rupa-rupanya kerajaan BN dengan selamba menggunakannya untuk tujuan yang kita sendiri masih kabur.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH