Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Ikuti DUNIACACAMARBA Melalui e-mel (Masukkan Alamat e-mel)

Jadi Rakan TM

Google+ Badge

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, ,

Sabtu, 16 Mei 2015

Pandikar Sudah Letak Jawatan Speaker- Tun Mahathir



Gambar: The Malaysian Insider
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mendedahkan Tan Sri Pandikar Amin Mulia sudah mengumumkan peletakan jawatannya sebagai speaker Dewan Rakyat.

"Speaker sudah berhenti. Dia datang jumpa saya dia kata dia hendak berhenti. Dia tak mahu dah. Sekarang yang jadi pengerusi dewan, dia punya timbalan," katanya dalam satu program Bicara Negara yang diadakan di Ipoh, Perak hari ini.

Bekas perdana menteri itu berkata jawatan speaker akan diambil alih oleh timbalannya yang akan meneruskan sesi Dewan Rakyat Isnin ini.

Dalam reaksinya, Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee berkata laporan mengenai peletakan jawatan Pandikar merupakan spekulasi semata-mata.

"Pada mesyuarat terakhir pun, cerita peletakan jawatan beliau timbul, tetapi beliau sedang cuti rasmi waktu itu. Beliau hadir juga akhirnya," Ronald memberitahu The Star Online.


Dr Mahathir berkata Dewan Rakyat boleh mengadakan usul tidak percaya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dan ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) perlu turut sama memberi sokongan agar usul berkenaan mendapat sokongan majoriti. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 16 Mei, 2015.

Menurutnya, minggu lalu Pandikar mempengerusikan mesyuarat penganjur Persidangan Speaker Komanwel yang akan diadakan pada Januari tahun depan di Kota Kinabalu.

Pandikar kali terakhir dilihat bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika melancarkan sebuah projek perumahan rakyat di Kota Belud, Sabah, Ahad lalu.

Dr Mahathir berkata Dewan Rakyat boleh mengadakan usul tidak percaya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, namun ahli Parlimen Umno tidak berani melakukannya.

Katanya, jika benar Dewan Rakyat meluluskan usul undi tidak percaya itu, ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) perlu turut sama memberi sokongan agar usul berkenaan mendapat sokongan majoriti.

“Sebenarnya Parlimen boleh menjatuhkan Najib dengan mengadakan undi tidak percaya kepadanya. Ahli Umno bukan majoriti. Mereka terpaksa juga mendapat sokongan daripada ahli BN.

“Saya dapati ahli Umno agak lemah dan mereka tidak berani buat apa pun. Takut-takut lagi satu pilihan raya tidak boleh jadi calon kot, tidak tahulah.

“Masing-masing semua takut belaka menjaga kepentingan diri. Sebab itu hendak ada undi tidak percaya agak sukar,” katanya dalam dewan yang dipenuhi lebih 1,000 orang.

Menjawab soalan salah seorang hadirin mengenai kelantangannya mengkritik Najib boleh menyebabkannya dipecat daripada Umno, Dr Mahathir berkata, “Nak pecat saya, pecat. Saya sudah kena pecat daripada (zaman) Tunku (Abdul Rahman) lagi.” – Hasbullah Awang Chik/The Malaysian Insider/16 Mei, 2015.

Penafian Speaker Parlimen Tan Sri Pandikar Amin Mulia meletak jawatan di sini.

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH