Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Archives

Jumaat, 29 Ogos 2014

MAS Akan Buang 6 000 Pekerja, Pindah Ibu Pejabat ke KLIA




[The Malaysian Insider] Syarikat penerbangan negara Malaysia Airlines (MAS) akan mengurangkan 6,000 (30%) daripada 20,000 pekerja kepada 14,000 dan akan memindahkan ibu pejabat dan operasi utama ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di bawah pelan pemulihan syarikat itu, kata Khazanah Nasional Berhad.

Khazanah sebagai pemegang saham terbesarnya hari ini mengumumkan pengurangan pekerja besar-besaran dilakukan selepas MAS kerugian sekurang-kurangnya RM3 juta sehari bagi separuh pertama tahun kewangan semasa.

Kerugian semakin bertambah selepas syarikat itu berdepan dua tragedi besar, kehilangan Penerbangan MH370 pada Mac lalu dan MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine pada 17 Julai.

Pengarah Urusan Khazanah Tan Sri Azman Mokhtar menggariskan 12 perkara bagi membolehkan MAS mencatatkan semula keuntungan dan memulihkan syarikat penerbangan negara itu.

Antara 12 perkara yang disenaraikan dalam pelan penstrukturan semula MAS juga melibatkan rombakan menyeluruh MAS, yang akan membolehkan syarikat penerbangan itu mencapai keuntungan mampan dalam tempoh 3 tahun daripada penyahsenaraian daripada Bursa Malaysia, menjelang akhir 2017.

Azman berkata, Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya akan terus berkhidmat setahun lagi sehingga Julai, 2015. – 29 Ogos, 2014.


,

Seks pada Pertemuan Pertama, Hamil, Teman Lelaki Meninggal Dunia, Pelajar 15 Tahun Tanggung Aib



[Sinar Harian] KUALA TERENGGANU - Malang berganda! Seorang remaja berusia 15 tahun bukan sahaja terpaksa menanggung aib apabila disahkan mengandung tujuh bulan, malah lebih malang apabila mengetahui ‘ayah’ kepada anak di dalam kandungannya itu sudah meninggal dunia April lalu akibat kemalangan.

Remaja yang merupakan pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah di Besut itu disahkan mengandung selepas dihantar ibu bapanya untuk mendapatkan rawatan di klinik kesihatan berhampiran kediaman mereka, Selasa lalu, selepas mengadu sakit perut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, sebelum itu, mangsa sudah mengetahui yang dirinya mengandung, namun mendiamkan diri kerana takut.

Menurutnya, mangsa mendakwa berkenalan dengan suspek melalui telefon sebelum membuat keputusan berani untuk bertemu di pantai Air Tawar.

“Mangsa mengakui melakukan hubungan seks dengan suspek pada pertemuan pertama iaitu awal tahun ini.

“Bagaimanapun, selepas mengetahui teman lelakinya itu meninggal dunia akibat kemalangan berhampiran Kampung Raja, Besut, April lalu, mangsa bertindak membeli alat ujian mengandung sebulan selepas itu iaitu Mei lalu,” katanya ketika ditemui di pejabatnya.

Wan Abd Aziz berkata, hasil ujian menunjukkan mangsa positif mengandung, namun bertindak mendiamkan diri kerana bimbang perkara itu diketahui keluarga.

Bagaimanapun katanya, pada pagi Selasa lalu, mangsa yang mengalami sakit perut telah dihantar ke klinik kesihatan oleh kedua orang tuanya sebelum dikejutkan dengan pengesahan doktor memaklumkan mangsa mengandung tujuh bulan.

“Sejurus menerima maklumat itu, pegawai kesihatan bertugas membuat laporan di Balai Polis Kampung Raja, Besut, kira-kira jam 2.30 petang.

“Kes kini disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol, namun kita akan membuat beberapa penilaian memandangkan suspek sudah meninggal dunia,” katanya. - 29/8/14


Khamis, 28 Ogos 2014

Peserta Sukan Bogel Pulau Pinang Dihukum Sebulan Penjara, Denda RM5 000








[Berita harian] GEORGETOWN: Mahkamah Majistret Balik Pulau menjatuhkan hukuman sebulan penjara dan denda RM5,000 terhadap enam peserta Pesta Sukan Bogel Pulau Pinang di Teluk Kampi, di sini.

Majistret Muhammad Najib Ismail menetapkan hukuman itu selepas enam daripada sepuluh individu mengaku bersalah dalam sesi pendakwaan hari ini.

Semua tertuduh didakwa di bawah Seksyen 294 (a) Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 294 akta sama.

Terdahulu, Muhammad Najib menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 16 Oktober ini terhadap empat tertuduh yang tidak mengaku salah.

Enam yang mengaku salah ialah Loh Kok Hong, Mu Wai Peng, Justin Ang Ji Heng, Yam Kam Hoong, Liord Loo Joo Hong dan R Nandakumar.

Empat yang lain ialah Chew Tok Hwa, Chan Chia Weng, Teh Guan Hoon dan Kong Meng Leong.

Pendakwaan dikendalikan oleh Datuk Razali Che Ani dan Edward Chan. - Siti Sofia Md Nasir/28/8/14

Kanak-kanak Tertembak Jurulatih dengan Mesingan Sub


[Berita Harian] LOS ANGELES: Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun yang sedang belajar menggunakan mesingan sub tertembak jurulatihnya dengan tidak sengaja di sebuah pusat menembak di sini, sekali gus sekali lagi mencetuskan kebimbangan mengenai kawalan senjata api di Amerika Syarikat.

Tragedi itu berlaku Isnin lalu di pusat peranginan Last Stop di Arizona, di mana kanak-kanak perempuan berkenaan dibawa oleh ibu bapanya untuk menjalani latihan menembak, kata pejabat sherif.

Kanak-kanak terbabit berjaya mengawal senjata gred ketenteraan dalam mod 'satu tembakan' di pusat menembak 'Bullets and Burgers' itu.

Masalah timbul apabila mod senjata berkenaan diubah kepada automatik dan jurulatih Charles Vacca, 39, tertembak ketika dia sedang menunjukkan kanak-kanak terbabit cara untuk menggunakan senjata itu.

Akibatnya, jurulatih berkenaan terkena tembakan yang tidak disengajakan," kata Pejabat Sherif Mohave.

Vacca meninggal dunia di hospital kemudian. - AFP/28/8/14


Baru Kutahu



Baru kutahu:

Menurut Bernama ibu bapa Hajah Rosmah berasal dari Sari Lama yang terletak di salah satu daerah di Sumatera Barat.

Kata Hajah Rosmah "Saya berasa gembira kerana diterima dan diberi gelaran sebagai salah seorang keluarga diraja di Pagaruyung. Saya juga terharu kerana walaupun saya tidak pernah datang ke tanah Minangkabau, saya dapat menjiwai bahawa inilah tempat asal nenek moyang saya.

"Saya rasa seperti pulang ke kampung tetapi ini bukanlah bermakna saya melupakan Malaysia. Saya rasa ini merupakan detik permulaan pada diri saya dan ia pengalaman baru," katanya lagi.

P/s: Ingatkan Melayu jati.


















,

Khalid Ibrahim Dakwa Lebih Satu Nama Untuk Calon MB Selepas PRU13, Apa Kata SU Sultan?

[Milo Suam] SEMALAM Sultan Selangor dilaporkan meminta 6 nama calon² Menteri Besar Selangor ‎dari Pakatan Rakyat untuk dipersembahkan kepada baginda bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim. 

Bagaimanapun, KEADILAN dan DAP dilaporkan hanya akan menghantar satu nama iaitu Dr Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor. Ini kerana Dr Wan Azizah telahmendapat sokongan majoriti daripada 30 ADUN-ADUN Pakatan Rakyat Selangor‎.

Sebelum ini, Sultan Selangor telah meminta 4 nama calon-calon Menteri Besar Selangor dari Pakatan Rakyat pada 7 Mei 2013 dua hari selepas kemenangan ‎gabungan PAS KEADILAN dan DAP itu menang di Selangor pada PRU13 — Surat Sultan

Namun Pakatan Rakyat pada waktu itu hanya menghantar satu nama iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai calon Menteri Besar kerana beliau telah mendapat sokongan majoriti pada waktu itu.‎

Namun Tan Sri Khalid dilaporkan telah menafikan dakwaan itu. Menurut beliau bukan hanya nama beliau dihantar kepada Sultan Selangor sebagai Menteri Besar Selangor selepas PRU13 tahun lalu. Khalid seolah-olah cuba membayangkan Pakatan Rakyat berbohong.

‎Hasil tinjauan di portal Sinar Harian, satu laporan berita bertajuk "Sultan Selangor beri tiga sebab lantik Khalid Ibrahim sebagai MB" jelas menunjukkan salah satu sebab Sultan lantik Khalid pada waktu itu ialah kerana hanya nama Khalid Ibrahim seorang yang dihantar oleh Pakatan Rakyat — Sinar Harian



P/s: Siapa yang berbohong?



, ,

Rabu, 27 Ogos 2014

Tinggalkan PAS Jika Tidak Setuju Bersama Pakatan Rakyat - Khalid Samad


[The Malaysian Insider] Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mengakui secara terbuka wujudnya puak dalam PAS yang tidak bersetuju PAS terus bersama Pakatan Rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Ogos, 2014.Ahli-ahli PAS yang mahu parti Islam itu meninggalkan gabungan Pakatan Rakyat (PR), harus meninggalkan parti itu, kata Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad hari ini.

Khalid, yang merupakan seorang anggota Jawatankuasa Pusat PAS berkata, jika ahli-ahli parti berasa parti itu lebih baik tanpa PR, maka mereka harus meninggalkannya dan menyertai Umno.

"Apabila ahli ini pergi, barulah PAS akan dapat menjadi anggota yang efektif dalam PR," kata Khalid pada sidang akhbar di pusat perkhidmatannya di Shah Alam.

"Sudah tentu, dalam PAS ada berlaku perbezaan pendapat dan pandangan alternatif," katanya, mengakui ada puak dalam PAS yang tidak bersetuju dengan PR.

"Sebab itu saya katakan, mereka yang tidak bersetuju PAS tidak harus bersama dengan PR perlu meninggalkan parti dan pergi ke tempat lain." – LEE SHI-IAN/27 Ogos, 2014.

,

Lelaki Dihadap ke Mahkamah Kerana Mengadakan Seks dengan Tilam



[Harian Metro] London: Seorang lelaki dihadapkan ke mahkamah semalam atas tuduhan mengadakan seks dengan tilam.

Dalam keterangannya kepada Mahkamah Majistret di Derry, seorang anggota polis berkata, dia menemui lelaki yang pernah didapati bersalah atas tuduhan seks, berbogel dari pinggang ke bawah. 

Sambil menonton filem porno menerusi pemain DVD, dia melakukan gerakan seks dengan tilam di tempat letak kereta sebuah rumah orang tua di bandar itu awal pagi Sabtu lalu. 

Martin Gregory Coll, 52, dihadapkan ke mahkamah atas dua tuduhan berkait dengan kejadian itu.

Selain dituduh berkelakuan tidak senonoh, dia juga berdepan tuduhan ‘melakukan perbuatan lucah dan menjijikkan sehingga mencetuskan kemarahan orang awam dengan menonton filem porno secara terbuka sambil mengadakan seks dengan tilam ketika berbogel.’

Sarjan polis itu memberitahu Hakim Peter King, defendan dijatuhi hukuman tertunda minggu lalu kerana mencuri tabung dari sebuah depoh bas dilihat memasuki kawasan rumah orang tua berkenaan menerusi pintu belakang, jam 5 pagi.- Agensi/ 27/8/14

Lanjut di sini.



,

Singapura Beli 16 Pesawat Penggempur Secara Sulit



[Harian Metro] Singapura: Republik ini dilapor membeli secara senyap 16 lagi pesawat F-15SG (versi pesawat F-15E khusus untuk Singapura) untuk menjadikan jumlah kapal terbang penggempur miliknya itu kepada 40.

Pembelian itu didedahkan dalam satu artikel yang disiarkan majalan Jane’s Defence baru-baru ini. 

Sebuah akhbar Internet Singapura melaporkan, Singapura pada mulanya membeli 24 pesawat berkenaan dan jika artikel itu sahih, ini bermakna tambahan 16 pesawat itu dibuat tanpa pengetahuan umum atau perbahasan Parlimen. 

Menurut artikel itu, Kementerian Pertahanan tidak mengesah atau menafikan laporan berkenaan, bermakna ia sahih.

Artikel itu menyatakan, pembelian itu dibuat secara sulit kerana ‘ia keputusan strategik untuk membuat negara jiran berteka-teki.’ - Agensi/27/8/14


Dua Model Separuh Bogel di Ipoh Mengaku Salah


Foto: Berita Harian
[Berita Harian] IPOH: Dua model yang berpakaian menjolok mata ketika sesi fotografi di lampu isyarat Jalan Sultan Yusof di sini kelmarin, mengaku salah di Mahkamah Majistret sebentar tadi.

Model lelaki, Low Kah Wai, 27 dan model wanita, How Jo Yee, 21 didakwa secara bersama menimbulkan kegusaran awam di lampu isyarat berkenaan yang juga di depan sebuah bank pada jam 9 pagi, 25 Ogos lalu.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 268 Kanun Keseksaan iaitu satu kesalahan yang menyebabkan kegusaran am kepada orang awam.

Kesalahan itu boleh dihukum mengikut Seksyen 290 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun yag sama, sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM400.

Majistret Haslinda A Raof kemudiannya menjatuhi hukuman denda RM400 setiap seorang atau penjara sebulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Harris Ong Mohd Jeffery Ong manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam, Andrew Soong.

Sementara itu, peguam tertuduh memberitahu kedua-dua anak guamnya akan membayar secara tunai denda berkenaan.

Mengikut fakta kes, Kah Wai hanya memakai seluar panjang hitam dan berkasut manakala Jo Yee memakai coli dan seluar dalam putih. -27/8/14

Berita Awal:

Pengantin Separuh Bogel

[Harian Metro] Ipoh: Selepas pesta sukan bogel di Pulau Pinang yang menggemparkan negara, pengguna jalan raya di sekitar Jalan Sultan Yussof di sini, digemparkan pula dengan gelagat satu pasangan dipercayai model pengantin yang berjalan dalam keadaan separuh bogel ditengah-tengah kesibukan lalu lintas untuk menjalani sesi fotografi di laluan itu, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, wanita berkenaan dilihat hanya memakai bikini berwarna putih manakala pasangannya hanya memakai seluar panjang hitam tanpa baju. 

Tindakan pasangan itu mengundang rasa tidak senang di kalangan pengguna jalan raya malah gambar pasangan terbabit juga dilaporkan sudah mula tersebar meluas di media sosial dan menjadi kritikan hebat. 

Seorang saksi yang enggan dikenali memberitahu, rakaman sesi fotografi itu dipercayai dilakukan tidak lama iaitu kira-kira 10 minit, bagaimanapun ia menarik minat pengguna jalan raya yang memberhentikan kenderaan kerana mereka berpakaian menjolok mata serta tidak senonoh.


Gambar pasangan terbabit yang dirakam seorang pengguna facebook dipercayai diambil berhampiran sebuah bank berhampiran Padang Ipoh di sini, dan kini sudah tersebar dan dikongsi ribuan pengguna facebook lain. -25/8/14


,

Tiga Remaja Lahanat Rogol Budak 8 Tahun



[Harian Metro] Kuala Lumpur: Usia mereka masih muda, namun tiga remaja lelaki belasan tahun tergamak memperkosa seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun selain mengugut akan memukul mangsa jika dia menceritakan apa yang dilakukan mereka kepada keluarganya.

Difahamkan, perbuatan jijik tiga remaja terbabit bukan kali pertama, sebaliknya sudah beberapa kali memperkosa kanak-kanak terbabit dan setiap kali dia akan diugut pukul jika membocorkan rahsia.

Kebiasaannya mereka akan melakukan perbuatan itu di sekitar kawasan perumahan di Wangsa Maju dan selepas selesai suspek akan mengarahkan mangsa pulang ke rumah.

Bagaimanapun, tembelang mereka terbongkar apabila beberapa remaja lelaki yang juga tinggal di kawasan terbabit mengetahui kejadian itu selepas mangsa mengadu menyebabkan mereka mencari suspek dan membawanya bersemuka dengan ibu mangsa Jumaat lalu.

Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, remaja lelaki yang juga jiran mangsa membawa kanak-kanak itu berjumpa dengan ibunya dan meminta kanak-kanak terbabit menceritakan perkara yang berlaku.

Menurut sumber, mangsa yang ketakutan kemudian menceritakan bagaimana dia diperkosa suspek menyebabkan ibunya terkejut tambahan mengetahui kejadian itu bukan kali pertama berlaku.

“Malah, anaknya memberitahu kali terakhir diperkosa pada 19 Ogos lalu menyebabkan ibunya hanya mampu menangis sebelum membuat laporan polis,” katanya. - 27/8/14


,

Wanita Malaysia Sertai ‘Jihad Seks’ di Timur Tengah - Laporan Risikan



[The Malaysian Insider] Wanita Malaysia dipercayai menyertai pasukan kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis) untuk menawarkan Jihad Al-Nikah atau jihad seksual, kata pegawai kanan risikan kepada The Malaysian Insider.

Pihak berkuasa mengesahkan tiga wanita Malaysia pergi ke Timur Tengah untuk menyertai pasukan Isis.

Jihad Al-Nikah merujuk kepada konsep kontroversi iaitu wanita Sunni dikatakan menawarkan diri mereka dalam bentuk peranan memenuhi keperluan seksual pejuang yang memperjuangkan undang-undang Islam.

Konsep itu berasal daripada fahaman Wahhabi sekitar 2013, yang menyeru penyokong wanita Sunni untuk tampil melakukan jihad seks dan menyemarakkan moral pejuang terhadap regim Bashar al Assad di Syria.

“Wanita ini dipercayai menawarkan diri mereka untuk melakukan hubungan intim kepada pejuang Isis yang cuba memperkenalkan peraturan Islam di Timur Tengah.

“Konsep ini mungkin kelihatan kontroversi tetapi ia semakin berkembang apabila sesetengah wanita Islam di sini bersimpati dengan kepayahan Isis,” kata seorang pegawai risikan kepada The Malaysian Insider.

Enggan didedahkan identitinya, pegawai itu berkata seorang wanita Malaysia berlepas ke Timur Tengah pada Disember tahun lalu.

“Wanita itu, berusia 30-an, pergi ke Turki sebelum bertemu dengan orang tengah yang membantunya melengkapkan perjalanan ke Syria melalui jalan darat.

“Seorang lagi wanita Malaysia berusia 40-an dipercayai bekerjasama dengan pasukan Isis pada April tahun ini,” kata sumber.

Pegawai risikan berkata, bukan wanita Malaysia saja yang melakukan jihad seksual kerana ada juga wanita Islam lain terbabit.

“Pertukaran risikan dengan beberapa negara mendedahkan wanita Islam Sunni dari Australia dan United Kingdom juga menyertai Isis,” katanya.

Pegawai risikan berkata, Isis mengeluarkan dekri atau edik pada Jun tahun ini menawarkan pengerahan Jihad Al-Nikah atau jihad seksual.

“Sebaik saja selepas bandar Mosul di Iraq ditawan pasukan Isis, orang ramai diarahkan menghantar wanita tidak berkahwin berjihad untuk seks,” dedah pegawai risikan.

“Dalam pengisytiharannya, Isis mengancam untuk melaksanakan undang-undang syariah terhadap mereka yang gagal mematuhi edik atau dekri itu,” kata pegawai berkenaan.

Pegawai risikan berkata, rakan sejawatannya di Britain mendedahkan lebih 600 umat Islam British dipercayai berjuang untuk Isis.

“Jumlah itu termasuk wanita Islam British yang bukan berjuang di barisan hadapan, tetapi masih terbabit dengan melakukan jihad seksual.

“Pegawai risikan Australia mendedahkan lebih 100 wanita Islam Australia berada di Syria berjuang di smaping Isis,” kata pegawai risikan itu.

Walaupun Putrajaya pada awalnya mendedahkan kira-kira 30 rakyat Malaysia berlepas ke Timur Tengah berjuang untuk Isis, tetapi angka itu dipercayai sebenarnya lebih tinggi.

“Pemeriksaan yang dilakukan dengan rakan sejawatan kami di luar negara mendedahkan mungkin jumlah rakyat Malaysia di Timur Tengah mencecah 50 orang,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Setakat ini, 3 rakyat Malaysia dilaporkan maut di Syria ketika berperang menentang pasukan Presiden Syria Bashar Al-Assad.

Mat Soh, 53, dilaporkan terbunuh selepas dilanggar lori tangki ketika pertarungan sengit antara Isis dengan pasukan Syria minggu lalu.

Pada Jun, Ahmad Tarmimi Maliki, 26, mati selepas insiden bunuh diri yang menyebabkan lebih 20 askar Iraq maut di pangkalan mereka di Al-Anbar.

Identiti rakyat Malaysia ketiga yang maut dalam satu insiden masih belum disahkan oleh pihak berkuasa di sini.

Sejak konflik di Syria meletus pada Mac 2011, lebih 190,000 kematian dilaporkan setakat ini, menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Kejadian pembunuhan paling mengerikan ialah pada 20 Ogos ketika Isis melancarkan satu rakaman menunjukkan seorang lelaki yang dikatakan berjihad, bercakap dengan loghat selatan Inggeris, memenggal kepada seorang wartawan dan jurugambar warganegara Amerika, James Foley.

Foley ditangkap di Syria pada penghujung 2012. Rakaman video itu menunjukkan beliau dibunuh di kawasan padang pasir.

Video bertajuk ‘Pesanan kepada Amerika’ itu dimuat naik di YouTube sebagai amaran kepada Presiden Amerika Syarikat Barack Obama berhubung serangan terhadap militan di Iraq.

Sebelum dibunuh, wartawan berusia 40 tahun itu dipaksa membaca satu kenyataan yang menyalahkan Amerika atas kematiannya. – 27 Ogos, 2014.


P/s: Gila. Jika benar, hal ini sahaja sudah jelas menyeleweng!


Gadis Lakukan Aksi Seks dengan 23 Lelaki



[MyNewsHub] POLIS di Pulau Majorca yang terletak di Lautan Mediterranean kini sedang menjalankan siasatan terhadap satu video lucah yang melibatkan seorang gadis British yang melakukan aksi seks dengan 23 orang lelaki di sebuah bar di Magaluf dalam masa dua minit.

Rakaman yang tersebar di laman sosial itu dimuatnaik oleh ramai pelancong British yang datang ke kepulauan itu sempena musim panas.


Memetik laporan Mirror UK, gadis tersebut melakukan aksi itu menerusi satu aktiviti yang dipanggil ‘mamading’.

Ia merupakan satu permainan yang menggalakan wanita melakukan aksi seks bagi mendapatkan minuman keras secara percuma.

Bagaimanapun, kebanyakan komen yang diterima daripada para netizen menganggap perbuatan gadis itu sebagai sangat teruk dan tidak bermoral.


Dalam pada itu, Datuk Bandar Majorca, Manuel Onieva berkata, dia menolak sama sekali aktiviti tersebut dan memberi amaran kelab hiburan yang melaksanakan permainan seumpama itu akan diarah tutup. - 4/7/14



KEADILAN dan DAP Hanya Kemuka Nama Wan Azizah



KEADILAN dan DAP merafak sembah menjunjung kasih dan rasa syukur dengan titah DYMM Tuanku Sultan Selangor mengenai pelantikan Dato’ Menteri Besar yang baru seperti kenyataan rasmi Pejabat DYMM Tuanku Sultan Selangor yang ditandatangani Dato’ Mohamad Munir bin Bani hari ini.

Titah DYMM Tuanku Sultan Selangor itu adalah sejajar dengan konvensi (convention) yang telah diamalkan secara berterusan dalam pelantikan Dato’ Menteri Besar sebelum ini.

DYMM Tuanku Sultan Selangor turut menitahkan parti-parti Pakatan Rakyat mencalonkan lebih dari satu nama dalam melantik Dato’ Menteri Besar dalam tahun 2013.

Titah DYMM Tuanku Sultan Selangor itu disampaikan kepada KEADILAN, PAS dan DAP melalui satu surat bertarikh 7 Mei 2013 (yang disertakan bersama) yang melambangkan konvensi yang diamalkan DYMM Tuanku Sultan Selangor sebelum ini.

Susulan itu, mengambil kira titah DYMM Tuanku Sultan Selangor dan konvensi yang diamalkan sebelum ini dalam pelantikan Dato’ Menteri Besar, parti-parti Pakatan Rakyat telah mencalonkan satu nama iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim untuk dipertimbangkan DYMM Tuanku Sultan Selangor dalam tahun 2013. Pencalonan ini diperkenankan dan diterimapakai oleh DYMM Tuanku Sultan Selangor.

Oleh yang demikian, KEADILAN dan DAP menjunjung titah DYMM Tuanku Sultan Selangor itu dan akan mempersembahkan pencalonan YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk dipertimbangkan DYMM Tuanku Sultan Selangor sejajar dengan konvensi yang diamalkan oleh Pakatan Rakyat dalam tahun 2013 memandangkan YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sudah mendapat sokongan majoriti sekurang-kurangnya 30 orang Ahli Dewan Negeri (termasuk YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sendiri).

KEADILAN dan DAP merakamkan doa dan menjunjung kasih atas budi bicara ke bawah DYMM Tuanku Sultan Selangor.

DATUK SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Setiausaha Agung KEADILAN

TONY PUA
Pengerusi DAP Selangor

,

Selasa, 26 Ogos 2014

Khalid Ibrahim LETAK Jawatan, Tetapi...




[Malaysia Kini] Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini memohon meletakkan jawatan sebagai menteri besar Selangor.

Menurut kenyataan istana, sultan bagaimanapun menangguh menerima peletakan itu sehingga penggantinya dilantik.

Khalid turut mengumumkan perkara itu di Facebook beliau.

"Saya telah kemukakan kepada DYMM Tuanku Sultan hasrat untuk meletak jawatan sebagai Datuk Menteri Besar Selangor dan baginda telah memutuskan untuk menangguh penerimaan peletakan jawatan saya sehingga proses pelantikan menteri besar baharu selesai," tulisnya.

Khalid sebelum itu tiba di istana Bukit Kayangan di Shah Alam untuk menghadap Sultan Selangor.

Khalid memasuki kawasan istana pada jam 2.20 petang, lima minit selepas kenderaan Sultan Sharafuddin Idris Shah tiba di istana.

Menteri besar kelihatan tersenyum melalui tingkap keretanya. -26/8/14


, ,

Hadi Tawar Azmin Sertai PAS Bentuk Kerajaan Bersama Umno, Dakwa AJK PAS Pusat



[The Malaysia Insider] Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat semalam dikejutkan pengakuan presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang beliau menawarkan Timbalan Presiden PKR Mohamad Azmin Ali menyertai PAS bersama beberapa rakannya bagi membentuk kerajaan bersama di Selangor.

Namun, tawaran itu kemudiannya ditolak Azmin.

Menurut seorang AJK PAS Pusat yang menyertai mesyuarat semalam, Hadi mengesahkan perkara itu setelah ditanya oleh ahli Parlimen Sepang, Mohamad Hanipa Maidin tentang perkara itu.

Ia diikuti pertengkaran hangat antara Hadi dan Hanipa.

AJK PAS Pusat itu mengesahkan kepada The Malaysian Insider pengakuan Hadi itu ekoran tersebarnya maklumat dalam laman sosial kononnya PAS menawarkan jawatan menteri besar kepada Azmin untuk membolehkan kerjasama dibuat dengan Adun PAS, Umno dan Tan Sri Khalid Ibrahim bagi membentuk kerajaan.

Menurut sebaran itu, isu itu bermula dalam mesyuarat semalam apabila seorang AJK PAS Pusat bertanya kepada presiden adakah benar perkhabaran beliau dan Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali mengadakan pertemuan dengan Azmin.

Presiden mengatakan perkhabaran itu benar.

"Kalau PKR boleh curi wakil rakyat PAS maka PAS pun boleh berbuat perkara yang sama," kata Hadi, menurut sebaran itu.

AJK yang sama bertanya lagi isi kandungan perbincangan dengan Azmin, lalu dijawab yang Azmin diajak menyertai PAS bersama dua atau tiga orang lagi Adun PKR.

AJK yang sama menyambung pertanyaan, “Kalau dicampur PAS yang 13 orang dengan Azmin dan 2 orang Adun PKR, bilangan cuma 16 orang. Bagaimana hendak mengadakan kerajaan?”

Belum sempat Hadi menjawab, seorang AJK lain mencelah dan bertanya adakah presiden bersetuju bekerja sama dengan Umno.

"Lantas presiden menyatakan persetujuan, malahan presiden memberikan alasan menjaga Melayu sebagai asas perpaduan," kata sebaran itu yang disahkan kebenaran sebahagian besar isi kandungannya oleh AJK PAS Pusat itu kepada The Malaysian Insider.

Azmin ketika ditemui wartawan semasa Kongres PKR hujung minggu lepas mengakui beliau ada berbincang dengan Hadi sehari dua sebelum itu.

Antara kandungannya, kata Azmin, adalah mengenai pilihan raya kecil Pengkalan Kubor.

Sebelum ini, The Malaysian Insider melaporkan, Hadi berkeras dalam mesyuarat itu yang Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak boleh dicalonkan sebagai menteri besar Selangor kerana dia wanita dan kerana dia juga tidak layak.

Tindakan Hadi ini jauh berbeza dari sikapnya dalam mesyuarat 17 Ogos lepas apabila beliau sendiri yang mencadangkan nama Dr Wan Azizah dan Azmin untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor sebagai calon menteri besar Selangor.

Pencalonan Azmin pula ditolak oleh 13 Adun PAS Selangor yang masih tinggal selepas dua dari mereka menyokong pencalonan Dr Wan Azizah.

Ekoran tindakan dua Adun PAS itu, Khalid hilang peluang untuk kekal sebagai menteri besar kerana bilangan penentang beliau membentuk majoriti iaitu 30 dari 56 kerusi dalam DUN Selangor.

Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharudin (Morib) berpecah dari kelompok PAS apabila mengisytiharkan sokongan mereka kepada Dr Wan Azizah atas dasar untuk menyelamatkan kerajaan Pakatan Rakyat.

Dalam sidang media selepas mesyuarat AJK PAS Pusat semalam, Mustafa berkata, mesyuarat mengambil keputusan menyerahkan kepada kebijaksanaan Sultan Selangor melantik menteri besar yang baru. – Amin Iskandar/26 Ogos, 2014.


Berkaitan:

DAP S'gor: Apa Perlunya Pakatan Terus Kekal?


[Malaysia Kini] DAP Selangor kecewa dengan dolak-dalik PAS dalam krisis politik di negeri itu, dan kini menimbang semula keperluan sama ada Pakatan Rakyat perlu terus kekal.

Soal pokok itu dibincangkan secara ringkas dalam mesyuarat tergempar DAP Selangor pada malam tadi.

Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Malaysiakini.

"Apabila PAS enggan memenuhi janji, dan berdegil untuk tidak menyokong presiden anggota gabungan kita sebagai MB baru, mungkin tiba masanya untuk merenung dan berfikir mengenai tujuan berterusan dan kewujudan pakatan ini.”

Bagaimanapun, tiada apa-apa keputusan konklusif dibuat dalam isu tersebut, katanya.

Beliau merujuk kepada mesyuarat PAS semalam, yang memutuskan bahawa parti itu membenarkan sultan memilih calon untuk menggantikan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim. - Kow Gah Chie/26/8/14


Kemas Kini:

Isu MB: PAS Nafi Tawar Azmin Bentuk Kerajaan Bersama Umno

[Mstar] SHAH ALAM: Presiden PAS menafikan dakwaan beliau menawarkan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali untuk menyertai parti itu bagi membentuk kerajaan bersama Umno di Selangor seperti yang didakwa sebuah portal berita.

Penafian itu dikeluarkan oleh Setiausaha Politik Abdul Hadi, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berikutan dakwaan ahli jawatankuasa PAS Pusat yang disiarkan dalam sebuah portal berita, The Malaysian Insider (TMI) pada Selasa.

Jelasnya, dalam pertemuan antara Abdul Hadi dengan Azmin baru-baru ini yang turut dihadirinya, presiden parti itu tidak membuat sebarang tawaran seperti yang tertera dalam dakwaan berniat jahat dan tidak benar itu.

Menurut Dr Ahmad Samsuri, intipati perbincangan semasa pertemuan Azmin dan Abdul Hadi menjurus kepada penghargaan oleh timbalan presiden PKR terbabit terhadap PAS kerana menamakannya sebagai seorang lagi calon untuk jawatan Menteri Besar pada 17 Ogos lalu.


Malah beliau berkata, Azmin turut meminta nasihat dan pandangan secara umum sebagai panduan untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat.

"Tidak disebut langsung mengenai kerajaan perpaduan bersama Umno seperti yang didakwa. Kami amat kesal dengan fitnah yang sengaja diwujudkan untuk mengelirukan rakyat," katanya.

Justeru, Dr Ahmad Samsuri mendesak TMI supaya meminta maaf secara terbuka dan bertanggungjawab menyebarkan fitnah tersebut.

TMI bagaimanapun tetap mempertahankan laporan yang disiarkan itu.

Terdahulu, portal itu dalam laporannya menyebut Abdul Hadi didakwa mengaku menawarkan jawatan menteri besar kepada Azmin untuk membolehkan kerjasama dibuat dengan Ahli Dewan Undang Negeri (Adun) PAS, Umno dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi membentuk kerajaan di negeri berkenaan.

Bagaimanapun, Azmin didakwa telah menolak tawaran tersebut. -SOFEA SUSAN ALBERT KASSIM/27/8/14

[Gambar] Bomba Potong "Cincin Besi" Tersangkut pada Kemaluan Lelaki


Ahli Bomba sedang berusaha mengeluarkan cincin tersebut daripada kemaluan seorang lelaki di Kota Baharu. - Facebook/JBPM

[Astro Awani] KUALA LUMPUR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Bharu semalam berjaya membantu operasi memotong dan mengeluarkan alat berbentuk ‘cincin’ yang tersangkut di kemaluan seorang lelaki.

Dalam laman Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), di mana gambar kejadian tersebut telah dikongsi, ia difahamkan empat anggota bomba telah hadir di Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk membantu para doktor untuk mengeluarkan ‘cincin’ tersebut.

Ketua Balai Bomba Kota Bharu, Zaini Bidin berkata, ‘cincin’ itu merupakan sebuah ‘bearing’ alat ganti kenderaan.

Alat berbentuk cincin yang telah berjaya dipotong oleh pihak Bomba - Gambar JBPM

“Motif pemuda berumur 22 tahun itu menyarungkan cincin itu di kemaluannya tidak diketahui. Orang muda, kan,” kata Zaini apabila dihubungi Astro AWANI.

Zaini berkata, pada Ahad, doktor dari Hospital tersebut telah membuat panggilan ke Balai Bomba Kota Bharu untuk meminta pertolongan daripada jabatan itu untuk mengeluarkan ‘cincin’ terbabit.

“Doktor kepakarannya membedah orang, bukan alat seperti itu. Jadi, kami dipanggil untuk menolong.

“Kami mencuba sedaya upaya menggunakan alat tertentu dan kreativiti kami untuk mengeluarkan ‘cincin’ itu,” katanya.

Zaini berkata lelaki itu kini berada di bawah pengawasan pihak hospital. - T K Letchumy Tamboo/25/8/14

image (2)

Foto: Facebook/JBPM
Laporan di akhbar Kosmo:



, , ,

Wanita Australia Dakwa Dicabul Pramugara MAS Diselar di Media Sosial Selepas Temuramah TV



[The Malaysian Insider] Pengguna media sosial hari ini mengecam Laura Bushney, seorang wanita warga Australia yang mendakwa diraba ketua pramugara Malaysia Airlines (MAS) ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Paris pada 4 Ogos lalu.

Menerusi ruangan komen di laman Facebook Sunday Night, program terbitan Channel 7 televisyen Australia, ramai melahirkan keraguan berhubung pengakuan Bushney kerana dia mendakwa dia sempat merakam perbuatan itu melalui telefon bimbitnya.

“Betul-betul merepek. Dia lakukannya kerana satu perkara saja. Wang. Selain merosakkan reputasi orang yang tidak bersalah,” kata Jessica Greenhill diikuti lebih 300 komen lain.

Bushney, 26, dalam wawancara bersama Sunday Night berkata, ketua pramugara MAS itu merayu kepadanya supaya tidak melaporkan insiden tersebut kepada pihak berkuasa kerana bimbang diketahui isteri dan anak-anak.

Katanya, anak kapal MAS itu cuba mengambil kesempatan atas perasaan takutnya ketika terbang dengan MAS berikutan insiden pesawat MH370 dan MH17, lalu dia duduk di sebelahnya sambil mengurut kakinya dengan alasan cuba menenangkannya.

Bushney memberitahu, lelaki itu kemudian memasukkan tangannya ke dalam seluarnya sambil meraba kemaluannya.

Katanya dia terkejut waktu itu dan terfikir-fikir kemudiannya: "Mengapa saya tidak jerit, mengapa saya tidak berteriak?

"Saya seorang yang tabah. Saya boleh lakukannya. Saya tahu saya boleh. Tetapi waktu itu saya terlalu takut untuk berbuat apa-apa."

Seorang lagi pengguna media sosial, Tanya Pearce memberi komen dia percaya Bushney sengaja membiarkan perkara itu berlaku kerana mahu mendapat pampasan dari MAS.

“Saya percaya dia membiarkan perkara itu berlaku. Dia tidak benar-benar menangis. Saya tak tahu bagaimana dia dalam ketakutan tetapi tidak menjerit.

“Apa yang dia (ketua pramugara) boleh lakukan dalam pesawat yang penuh dengan penumpang? Saya fikir dia (Bushney) hanya hendakkan pampasan,” katanya di laman Facebook itu.

Alexandra Shand pula berkata apa yang dikatakan Bushney sangat kelihatan seperti dakwaan palsu dan membuatkannya menukar siaran dari terus menyaksikan program Sunday Night. 

“Saya gembira bukan saya seorang sahaja yang ingat ada sesuatu yang pelik dengan berita ini,” katanya. 

Seorang pengguna Facebook menggunakan nama CJ Booth berkata Sunday Night sengaja mensensasikan dakwaan Bushney ekoran kejadian dua pesawat malang MH370 dan MH17 yang menimpa MAS.

“Jika ia bukan MAS, cerita ini tidak akan disiarkan. Jadi, jangan katakan kamu lakukan untuk dia (Bushney) apabila tujuan sebenar untuk mendapatkan penonton,” katanya.

Kebanyakan pengguna media sosial yang melemparkan kritikan melihat tindakan Bushney merakam insiden itu sebagai di luar kewarasan fikiran apabila berdepan dengan keadaan kritikal seperti itu.

Mereka berkata daripada merakam insiden berkenaan, sewajarnya Bushney mengambil tindakan mengelak membiarkan perkara itu terus berlaku. 

“Dia boleh ambil telefon dan rakam tetapi tidak menjerit atau memukul. Saya lihat dia tidak jujur,” kata Michelle Durban yang turut disokong beberapa pengguna Facebook lain. – 25 Ogos, 2014.

Berita terdahulu di sini.


,

Khalid Nafi Penyelesaian Hutang Banknya Mencurigakan



[The Malaysian Insider] Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan penyelesaian pinjaman peribadi RM66 juta Bank Islam‎ dilakukan dalam keadaan mencurigakan.

Khalid ketika menjelaskannya kepada kakitangan kerajaan Selangor berkata, semua penyelesaian tersebut dibuat dengan telus.

“Tiada apa-apa manfaat yang diberikan kepada sesiapa pun dalam penyelesaian tersebut.

“Saya sudah mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang terlibat.

“Saya rasa biarlah proses undang-undang berjalan untuk membersihkan nama baik saya,” katanya ketika berucap di Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan Negeri Selangor, Shah Alam hari ini.

Katanya, mana-mana pihak yang masih curiga boleh mengemukakan aduan kepada Bank Negara dan membuat semakan audit.

Khalid berkata, tindakannya mendiamkan diri tentang isu pinjaman Bank Islam kerana mahu menjaga kerahsiaan bank dan enggan melanggar undang-undang dibawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (BAFIA).

Katanya, mana-mana pihak yang bekerja dalam industri pelaburan semestinya tahu bahawa rahsia bank tidak boleh diberikan kepada umum kerana ada undang-undang yang memberi kuasa kepada bank menangkap mereka yang mendedahkan rahsia.

“Jika simpan duit atau buat pinjaman dalam bank, ia mesti dirahsiakan kalau tidak akan menyusahkan orang yang simpan duit dalam bank,” katanya.

Katanya, tohmahan ini secara tidak langsung mencalarkan reputasi kerajaan negeri Selangor.

“Saya percaya kalangan penjawat awam turut mengikuti situasi perjalanan politik kerajaan negeri Selangor sejak beberapa bulan ini.

“Terlalu banyak tohmahan yang dilemparkan, termasuklah isu pinjaman peribadi saya.

“Walaupun saya tidak suka mencampuri urusan peribadi dengan kerja, tohmahan ke atas saya ini turut mencalar corak gerak kerja kerajaan Selangor,” katanya.

Isu pinjaman Bank Islam dijadikan peluru bagi PKR mendesak Khalid segera berundur daripada jawatan menteri besar dengan segera selepas tokoh korporat itu enggan menurut arahan parti supaya berbuat demikian.

Mahkamah Rayuan pada Mac 2010 memutuskan Khalid tidak perlu membayar RM66.67 juta kepada Bank Islam selepas mengenepikan rumusan penghakiman bank tersebut terhadapnya kerana gagal menyelesaikan kemudahan pinjaman Islam itu. – 25/8/14



,

Mesyuarat PAS Tegang, Pemimpin Tolak MB Selangor Pilihan TG Hadi

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang mengetuai sidang media semalam selepas tamat mesyuarat pemimpin tertinggi PAS. Gambar fail The Malaysian Insider.

[The Malaysian Insider] Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berdepan dengan penentangan ahli partinya sendiri apabila 13 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor menolak calon menteri besar Selangor pilihannya – Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali ketika mesyuarat jawatankuasa pusat, seminggu selepas mereka memutuskan menghantar dua nama.

Mesyuarat semalam menyaksikan ketegangan berlaku di antara Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin dan Hadi berhubung usaha PAS menyokong Azmin untuk jawatan tertinggi negeri itu berbanding Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, kata sumber.

“Terdapat ketegangan apabila Hanipa mempersoalkan langkah menyokong Azmin selepas 30 Adun termasuk Azmin sendiri menyatakan sokongan kepada Dr Wan Azizah. Hanipa mahu tahu siapa lagi menyokong Azmin,” satu sumber memberitahu The Malaysian Insider dan menambah tiada jawapan diberikan kepada soalan itu.

PAS mempunyai 15 kerusi daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor manakala PKR mempunyai 13 dan DAP 15. Selebihnya adalah 12 Adun Barisan Nasional (BN) dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, menteri besar yang kini menjadi Adun bebas selepas dipecat PKR.

PAS, PKR dan DAP menubuhkan Pakatan Rakyat (PR) yang mengatakan 30 Adun, termasuk dua dari parti Islam itu menyokong Dr Wan Azizah bagi jawatan tertinggi negeri itu.

Sumber itu juga memberitahu, mesyuarat semalam menyaksikan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu kecewa dengan pendirian keras Hadi agar dua nama dihantar kepada Sultan Selangor untuk jawatan menteri besar.

Mohamad tidak ada bersama pada sidang akhbar selepas mesyuarat PAS semalam. Difahamkan timbalan presiden PAS itu mengelak untuk bertemu media dan meninggalkan mesyuarat menggunakan pintu belakang selepas ia berakhir, begitu juga Hanipa.

Hadi juga tidak bertemu media selepas mesyuarat dan menghantar Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali untuk memberikan kenyataan satu perenggan dan memberikan penjelasan kepada media yang menanti.

Dalam mesyuarat semalam, ketegangan berlaku kerana Hadi bertegas tidak mahukan Dr Wan Azizah untuk memimpin negeri terkaya itu, menjadikan PAS tersepit selepas Adun mereka di Selangor memberitahu Hadi mereka tidak akan menyokong Azmin.

"Presiden tidak mahu Dr Wan Azizah, 13 Adun Selangor pula menolak Azmin, jadi hasilnya kita serahkan kepada Sultan untuk membuat pilihan," kata satu sumber kepada The Malaysian Insider dengan syarat tidak dinamakan.

Sebaik saja selepas mesyuarat selama dua jam semalam, Mustafa membacakan kenyataan satu perenggan yang berbunyi:"Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada hari ini 25 Ogos 2014 bersetuju untuk menyerahkan kepada perkenan dan kebijaksanaan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor dalam menentukan jawatan menteri besar Selangor.”

Mustafa juga enggan mengesahkan sama ada parti itu bersama pendirian Majlis Presiden Pakatan Rakyat (PR) untuk menamakan Dr Wan Azizah dan sebaliknya memberitahu pemberita agar ‘tafsir (kenyataan) itu sendiri’.

"Mesyuarat (semalam) bertujuan untuk memutuskan sikap PAS selepas keputusan Pakatan berbeza dengan keputusan PAS,” kata sumber itu.

“Hasilnya mesyurat memutuskan, kita serah kepada Tuanku untuk memilih siapa calon menteri besar Selangor.”

Sumber berkata, ramai dalam mesyuarat semalam terkejut dengan penegasan Hadi kerana beliau sendiri yang mencadangkan kedua-dua Dr Wan Azizah dan Azmin dipertimbangkan untuk jawatan itu semasa mesyuarat parti pada 17 Ogos.

"Presiden memberikan dua alasan. Satu alasan agama dan satu lagi kelayakan," kata sumber itu merujuk kepada hujah mengatakan Dr Wan Azizah tidak layak memimpin kerana beliau merupakan seorang wanita.

13 Adun PAS Selangor bertemu Hadi dua kali selepas rakan mereka Adun Hulu Klang Saari Sungib dan Adun Morib Hasnul Baharuddin mengisytiharkan sokongan mereka kepada Dr Wan Azizah.

Kali terakhir mereka bertemu pada 20 Ogos di Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut. Azmin juga dikatakan sudah bertemu dengan Hadi pada hari berkenaan untuk membincangkan beberapa perkara termasuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor.

Mustafa semalam berkata, 13 Adun PAS tidak akan menyertai dua rakan mereka dan 28 Adun PR menandatangani akuan bersumpah menyokong Dr Wan Azizah sebagai menteri besar.

Bagaimanapun, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan semalam surat mencalonkan isterinya untuk jawatan itu sudah dihantar ke istana.

Beliau berkata, tiada keperluan parti gabungan itu menghantar surat secara individu kepada Sultan berhubung pencalonan tersebut. – AMIN ISKANDAR/26 Ogos, 2014.

,

Isnin, 25 Ogos 2014

PAS Serah Sultan Tentukan MB Selangor, Media dan Penyokong PR Bidas Tindakan Tersebut



Ikrar dan Janji PAS di Selangor Tiada Nilai 

[The Malaysian Insider] PAS hari ini bertukar haluan dan membuat keputusan menyerahkan kepada Sultan Selangor bagi melantik calon yang sesuai untuk memegang jawatan menteri besar Selangor. 

Ini menunjukkan PAS tidak boleh dipercayai untuk menunaikan janjinya selepas menunggu sebulan untuk memutuskan calon menteri besar Selangor disokongnya. 

Lebih daripada itu, PAS mengambil keputusan memberikan kuasa melantik kepada Sultan walaupun Perlembagaan negeri Selangor tidak memberi baginda kuasa sepenuhnya untuk memutuskan calon menteri besar. 

Apa yang kita semua ketahui adalah Sultan termaktub kepada sistem raja berperlembagaan dan berpandukan kepada undang-undang dan konvensyen yang ditetapkan sejak merdeka pada 1957. 

Ia mudah. Pemimpin sebuah parti akan mencadangkan dan menyokong ahli yang memiliki keyakinan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN). 

Hanya pada 2008, syarat tersebut dipecahkan, kemudian di Terengganu, Perlis dan Perak. Dua insiden melibatkan pemimpin Barisan Nasional (BN) dan kemudiaan melibatkan pertukaran kerajaan di Perak. 

Dan hari ini, PAS memutuskan mereka mengendahkan syarat tersebut danmemberi kuasa kepada Sultan Selangor untuk memutuskan siapa yang sepatutnya menjadi menteri besar. Bukan kepada gabungan pemerintah dan rakyat. 

"Mesyuarat khas Jawatankuasa Pusat PAS memutuskan pada 25 Ogos untuk menyerahkan kepada perkenan dan kebijaksanaan kepada Tuanku Sultan Selangor dalam menentukan jawatan menteri besar Selangor,"kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pada sidang media hari ini. 

"Kami buat kenyataan terbuka. Apabila kata biar Sultan yang putuskan, bermakna Sultan yang boleh pilih," katanya. 

"Kami tidak kata secara spesifik...kamu boleh fikir sendiri." 

Keputusan tersebut menyaksikan 13 baki Adun PAS Selangor tidak menandatangani Akuan Bersumpah (SD) untuk menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail atau parti Islam tersebut memberi sokongan kepada presiden PKR itu untuk menjawat kedudukan menteri besar. 

Bagaimanapun, perkara tersebut tidak penting kerana Dr Wan Azizah sudah memiliki sokongan 30 Adun. Beliau tidak perlu sokongan baki 13 Adun PAS tersebut. 

Kemelut ini menunjukkan secara PAS sebagai sebuah parti yang tidak boleh dipercayai. 

PAS tidak faham mengenai gabungan dalam politik dan lebih memburukkan keadaan adalah mereka sanggup membelakangkan undang-undang untuk mencapai suatu matlamat. 

Adakah mereka memikirkan mengenai gabungan dalam politik semasa PKR dan DAP bersetuju melantik Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak pada 2008 walaupun tidak memiliki majoriti dalam Dewan? 

Sebaliknya, ini hanya menyerlahkan wajah sebenar PAS. Sebuah parti yang sebelum ini bercakap mengenai negara berkebajikan tetapi kini lebih banyak bercakap mengenai undang-undang jenayah Islam, hudud dan hukuman daripada kebajikan atau ihsan. 

Keputusan hari ini membuktikan PAS hanya memberikan janji kosong. PAS bukan untuk semua, tapi hanya untuk mereka sendiri. - 25/8/14


Kredit: Kelab GB

Berkaitan:

ADUN PAS Tak Akan Tandatangan SD

[Malaysia Kini] Seramai 13 lagi ADUN PAS di Selangor tidak akan menandatangani akuan bersumpah (SD) bagi menyokong Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail walaupun menyokong pencalonannya sebagai menteri besar baru Selangor. 

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali hanya memberikan kenyataan ringkas sewaktu ditanya tentang perkara itu pada sidang media pagi ini. 

"Nak tandatangan atau tidak? Tak," jawabnya ketika ditanya wartawan. 

Jelasnya sebelum itu, soal SD itu "tidak dibangkitkan" dalam mesyuarat anggota jawatankuasa Pusat PAS pagi ini. 

"Tak berbangkit itu maknanya taklah," katanya lagi. 

Sebelum ini PAS mencadangkan dua nama kepada Pakatan Rakyat bagi menggantikan Menteri Besar sekarang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. 

Selain Wan Azizah, PAS turut mencadangkan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali sebagai calon menteri besar yang baru. 

Bagaimanapun, Pakatan akhirnya hanya menghantar nama Wan Azizah kepada pihak istana. 

Sebelum ini, ADUN PAS Hulu Kelang Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin (Morib) menandatangani SD menyokong Wan Azizah ketika parti itu masih lagi menyokong Khalid untuk kekal sebagai menteri besar. 

Bagaimanapun, Saari Sungib kemudiannya menjelaskan bahawa kehadirannya di sidang media bersama Wan Azizah itu, bukan untuk menyokong presiden PKR itu sebagai menteri besar Selangor, sebaliknya bertujuan menolak Khalid, 

Sementara itu, dalam sidang media tengah hari ini, Mustafa turut membacakan kenyataan iringannya tentang pelantikan menteri besar Selangor. 

"Mesyuarat Jawatankuasa Pusat PAS pada hari ini 25 Ogos 2014 bersetuju untik menyerahkan kepada perkenan dan kebijaksanaan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor dalam menentukan jawatan menteri besar Selangor," katanya. -25/8/14



, ,

Cara Atur Langkah Kajang Wujudkan Kemelut Selangor - Dr Nasir PSM



[Malaysia Kini] Parti Sosialis Malaysia (PSM) sesungguhnya yakin DYMM sultan Selangor akan, dengan kebijaksanaan baginda, menyanjung dan terus akur kepada perlembagaan negeri yang berpaksikan amalan demokrasi dan melantik menteri besar baru daripada parti yang mempunyai majoriti jelas dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

Kelayakan sama ada seorang calon itu sesuai memegang jawatan menteri besar seharusnya diserahkan kepada parti yang memiliki majoriti jelas dalam DUN.

Amalan demokrasi di Malaysia akan diperkasakan hanya jika semua pihak yang terlibat menghormati sistem Raja Berlembagaan yang menghadkan kuasa Raja kepada tugasan-tugasan tertentu .

Andaikata tidak ada majoriti jelas, satu persidangan khas DUN harus dipanggil untuk memilih menteri besar baru.

Dan jika DUN gagal menyelesaikan kemelut ini, maka satu pilihan raya negeri harus dipanggil untuk membolehkan rakyat mengundi parti dan seterusnya menteri besar dipilih secara amalan biasa.

Jawatankuasa Pusat PSM yang bermesyuarat pada 22 Ogos lalu berpendapat cara Pakatan Rakyat menangani krisis menteri besar amat mendukacitakan dan memalukan.

Tikam menikam

Sepatutnya tiga parti yang membentuk kerajaan di Selangor ini bermesyuarat terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan terbuka bersifat tikam menikam dan menjadikan proses membuat keputusan begitu sukar sekali.

PSM juga berpendapat cara PKR mengaturkan “Langkah Kajang” dan memilih bakal MB tanpa terlebih dahulu berbincang dengan rakan-rakan dalam PR turut menyumbangkan kepada kemelut krisis Menteri Besar Selangor.

"Langkah Kajang” yang dihebohkan pada awalnya sebagai satu langkah menghindar rampasan kuasa daripada BN juga nampaknya tidak masuk akal dan ia semakin jelas sebagai usaha menyelesaikan pergelutan kuasa dalam PKR.

PSM juga berpendapat Tan Sri Khalid Ibrahim seharusnya undur dan letak jawatan memandangkan beliau tidak lagi mendapat sokongan majoriti.

Namun kami juga berpendapat walaupun Khalid menjadi fokus utama, tetapi kepimpinan Pakatan juga harus bertanggungjawab atas calon-calon dan tingkah laku mereka.

Khalid ialah pilihan Pakatan sebagai calon menteri besar selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13) dan jika ia pilihan salah maka Pakatan harus bertanggungjawab.

'Tuduh dulu baru minta tunjuk sebab'

PSM juga berharap sebarang tuduhan ke atas Khalid dilakukan secara profesional dan tindakan diambil melalui proses perundangan dan bukan melalui kerenah “politik”.

Sememangnya tidak profesional tindakan menyebarkan tuduhan rasuah terhadap menteri besar secara terbuka dan baru selepas itu memberikan surat tunjuk sebab.

Ini menggambarkan proses tidak baik kepada cara pemerintahan Pakatan yang hendak ke Putrajaya dan menjadi alternatif kepada BN.

Exco juga harus bertanggungjawab atas segala keputusan yang telah diambil bersama dan tidak boleh dengan sewenang-wenangnya mencuci tangan.

Mereka seharusnya lebih bertanggungjawab dan bukan sekadar melepaskan diri bercerita mengikut selera dan kehendak waktu.

Proses menewaskan BN di Selangor adalah keputusan berani oleh rakyat yang memilih kerajaan Pakatan.

Namun kepercayaan dan keyakinan ini tidak seharusnya dikhianati atas isu politik dalaman mahupun isu rebutan kuasa. - DR NASIR HASHIM pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM).



, ,

[Video] Raja Komando Dedah Dua Sebab Beliau Bantah dan Letak Jawatan dalam PKR






, , ,

[Video] Laura Bushney Dedah Perincian Dakwaan Dirinya Dicabul, Klip Ketua Pramugara MAS Nafi & Mohon Maaf


Dakwaan 'Serangan Seksual' di dalam Pesawat

[Malaysia Kini] Warganegara Australia Laura Bushney, akhirnya mendedahkan kepada umum pengalaman diserang secara seksual oleh seorang ketua pramugara Malaysia Airlines (MAS).

Dalam rancangan temubual "Sunday Night" yang disiarkan saluran televisyen Australia Channel Seven hari ini, Bushney berkata ketua pramugara itu "mengurut kakinya" kononnya untuk "menenangkan beliau".


Menurut Yahoo! Australia Bushney berkata beliau tidak mampu bertindak balas kerana terlalu takut ketika insiden berlaku dalam penerbangan MAS MH20 dari Kuala Lumpur ke Paris 4 Ogos lalu.

"Saya hanya terus bertanya kenapa saya tidak menjerit? Kenapa saya tak hentikannya (perbuatan itu)? Saya seorang yang kuat kerana saya boleh berbuat demikian. Saya tahu saya boleh," kata beliau dipetik dari temubual itu.

Rakaman audio insiden itu yang dibuat menerusi telefon bimbit turut didedahkan dan Bushney didengari membisik "Dia (pramugara) sedang mengurut kaki saya... Saya sangat takut, saya kena turun dari kapal terbang ini."

Menurut laporan itu, Bushney berkata pramugara itu meletakkan tangan di kakinya kemudiannya menggerakkan jarinya ke arah pusat wanita itu tetapi ditolak.

Bushney dilapor mengadu kepada polis di Lapangan Terbang Charles De Gaulle selepas mendarat di Paris dan pramugara itu dikatakan telah membuat pengakuan.

Ia menambah, MAS mengesahkan seorang penumpang membuat dakwaan itu terhadap seorang kru penerbangannya.

“Kakitangan syarikat yang dipersoal itu sudah ditahan dan disiasat oleh polis Perancis,” MAS dipetik sebagai berkata.

Dilaporkan MAS juga berkata mereka meletakkan piawai tertinggi berhubung tingkah laku anak kapalnya dan memandang serius dakwaan itu. -25/8/14





BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH