Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Ikuti DUNIACACAMARBA Melalui e-mel (Masukkan Alamat e-mel)

Jadi Rakan TM

Google+ Badge

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015
Sabtu, 23 Ogos 2014

PAS Mahu Sultan Campur Tangan Krisis MB Selangor, Kata Pakar Perlembagaan




Bekas akademik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Abdul Aziz Bari semasa forum 'Selangor Crisis: The Constitution & Democracy' di Dewan Himpunan Cina di Kuala Lumpur semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 23 Ogos, 2014.

[The Malaysian Insider] Tiada keperluan bagi pihak istana meminta nama selain dari Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti menteri besar Selangor kerana Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang itu memiliki sokongan majoriti DUN, kata Dr Abdul Aziz Bari.

Pakar Perlembagaan itu berkata, dengan berlakunya hal sedemikian, ia memperlihatkan pihak istana cuba mencampuri hal ehwal politik negeri yang sebelum ini menjadi urusan kerajaan negeri dan rakyat. 

“Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) selepas PAS mesyuarat 17 hari bulan sebulat suara mahukan Dr Wan Azizah sebagai MB, tiada nama kedua. Kenapa nama kedua? Ini bukan kerja Sultan. Saya tidak nampak kenapa mesti dua nama?

“Jika kita beri dua nama, kuasa itu (terletak) pada Sultan. Di Selangor, saya tidak nampak mengapa Mohamed Azmin Ali diletakkan sebagai pilihan kedua? PAS sendiri sudah berkata tidak tuntut jawatan MB, tetapi mengapa letak nama Azmin?

“Pada pandangan saya, Sultan ada sebab untuk masuk campur. PAS menjemput Sultan untuk masuk dalam perkara ini,” katanya kepada kira-kira 50 hadirin dalam forum Krisis Selangor di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur malam tadi.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dijangka kembali ke Malaysia dari luar negara hari ini selepas diyakinkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa menteri besar Selangor itu masih mendapat sokongan majoriti Adun Selangor.

Khalid juga sempat mendapat perkenan Sultan Selangor bagi memecat Exco PKR dan DAP selepas kenyataan Exco itu yang dilihat enggan memberikan kerjasama kepada kerajaan pimpinannya.

Bagaimanapun, Dr Wan Azizah berjaya membuktikan bahawa beliau mendapat sokongan majoriti apabila 30 Adun PR Selangor termasuk dua dari PAS menyatakan akuan bersumpah hilang kepercayaan kepada Khalid dan menyokong Dr Wan Azizah sebagai menteri besar.

Aziz berkata pihak istana sewajarnya memudahkan proses peralihan kuasa menteri besar sebagaimana yang berlaku dalam kelaziman negara Komanwel.

Katanya, kerumitan dalam proses peralihan menteri besar tidak berlaku di negeri yang dikuasai Barisan Nasional (BN) dan ini terbukti semasa pengunduran Datuk Seri Ahmad Said sebagai menteri besar Terengganu.

“Khalid Samad betul apabila kata Sultan tidak mempunyai kuasa mutlak dalam hal ini.

"Apa yang Sultan perlu lakukan adalah menyerahkan surat pelantikan. Semudah itu. Dengan itu, kerajaan boleh menjalankan tugas mereka," katanya.

Aziz berkata jika Sultan Selangor berpandangan kerajaan negeri sudah tidak dapat diselamatkan, maka baginda boleh memanggil satu sidang tergempar DUN bagi melihat sokongan Adun.

Katanya, pertemuan awal Khalid untuk meyakinkan Sultan bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti Adun tidak didukung dengan bukti kukuh.

“Jika baginda berasa kerajaan tidak dapat diselamatkan, biarkan kerajaan buktikan dalam Dewan. Beliau (Khalid) memberikan Sultan yang bukan kepunyaan baginda.

“Saya tidak faham mengapa Sultan mengambil masa lama kerana pada saya ia hal mudah. Tugas Sultan adalah memastikan kerajaan berfungsi sepanjang masa," katanya dalam forum yang dipengerusikan bekas pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan.

Ambiga berkata terdapat perbezaan apa yang berlaku dalam krisis perlembagaan Perak dengan krisis yang sedang berlaku di Selangor sekarang.

Katanya, krisis di Perak mewajarkan bekas menteri besarnya, Datuk Seri Nizar Jamaluddin untuk mencadangkan kepada Sultan membubarkan DUN.

“Di Perak kita mesti ingat, 3 Adun melompat parti dan majoritinya kecil. Kedua, (senarionya) kelmarin rakyat undi PR, tetapi esok jadi kerajaan BN.

"Apabila berlaku perkara ini, betul jika Nizar minta pembubaran kerana biar rakyat pilih kerajaan mereka," katanya.

Beliau berkata kini jelas Khalid tidak berhak mencadangkan kepada Sultan untuk membubarkan DUN kerana jelas semua Adun PR Selangor akan memberi sokongan kepada Dr Wan Azizah.

Katanya, jika Sultan bersetuju untuk membubarkan DUN maka ia tidak memberikan keadilan kepada rakyat yang memberikan mandat kepada PR untuk mentadbir Selangor.

“Di Selangor, kerajaan tidak berubah. Mereka masih kerajaan PR dan Sultan hanya perlu tentukan majoriti. Ia bukan 29 lagi tetapi 43 Adun.

“Bilangannya mesti ditentukan melalui proses dan mungkin baik diadakan sidang tergempar untuk mengundi di Dewan," katanya. – HASBULLAH AWANG CHIK/23 Ogos, 2014.


Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH