Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Ikuti DUNIACACAMARBA Melalui e-mel (Masukkan Alamat e-mel)

Jadi Rakan TM

Google+ Badge

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, ,

Khamis, 14 Ogos 2014

6% Pendapatan McD kepada Pekerja, 94% Lagi ke Mana?



[Harakah Daily] KUALA LUMPUR: Anggaran mudah menunjukkan sekiranya McDonald’s mempunyai tenaga kerja seramai 12,000 orang dan mereka bekerja 150 jam sebulan selama setahun dengan kadar gaji RM5 sejam, jumlah penggajian tenaga kerja McDonalds hanyalah berjumlah sebanyak RM108 juta.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Nizam Mahshar, ini bermakna hanya 6 peratus jumlah pendapatan tahunan McDonald’s Malaysia diagihkan kepada para pekerjanya. 

"Di manakah pula 94 peratus yang lain disalurkan?" tanya beliau dalam satu kenyataan.

Justeru, katanya pendirian hipokrit yang “menyokong pekerja mereka” sebegini hanya akan mencetuskan satu lagi sebab untuk memboikot rantaian makanan segera ini.

Yang berikut kenyataan penuh beliau.

Di dalam usaha memboikot yang berterusan di seluruh negara untuk membantah konflik Gaza-Israel sejak lebih sebulan yang lalu, Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) melahirkan rasa kesal di atas keganasan yang dilakukan pemboikot terhadap kakitangan restoran McDonald’s.

Ianya pendirian kami bahawa memboikot dan berhenti membeli dari satu jenama itu merupakan satu konsep protes yang aman dan harus dikekalkan sebegitu. Tidak perlu untuk merosakkan harta benda atau bertindak ganas antara satu sama lain. Bagi MTEM, perilaku negatif sebegini juga perlu diboikot.

Walau bagaimanapun, apa yang dialami restoran-restoran McDonald”s di Malaysia sememangnya tidak boleh dibandingkan dengan kekejaman yang sedang berlaku di Gaza.

Pada masa yang sama juga kami tidak bersetuju dengan cara McDonald’s mempergunakan pemilik restoran dan kakitangan Melayu sebagai wajah untuk meraih simpati orang ramai.

Kami di MTEM ingin memastikan sekiranya McDonald’s menguar-uarkan ia mengambil berat perihal kebajikan kakitangannya, francais multinasional ini perlu membuktikan ianya dilakukan dengan adil dan bersungguh-sungguh.

Pada tahun 2010, McDonald’s di Malaysia mengumumkan hasil jualan RM1 bilion dengan kadar pertumbuhan 20 peratus setiap tahun. Secara statistik, jumlah hasil jualan 2014 mampu mencecah janaan sejumlah RM1.8 bilion.

Dan berapa banyak pula dari jumlah ini dinikmati oleh kakitangannya di belakang kaunter?

Anggaran mudah menunjukkan sekiranya McDonald’s mempunyai tenaga kerja seramai 12,000 orang dan mereka ini semua bekerja 150 jam sebulan selama setahun dengan kadar gaji RM5 sejam, jumlah penggajian tenaga kerja McDonalds hanyalah berjumlah sebanyak RM108 juta.

Ini bermakna hanya 6 peratus jumlah pendapatan tahunan McDonald’s Malaysia diagihkan kepada para pekerjanya. Di manakah pula 94 peratus yang lain disalurkan?

Pendirian hipokrit yang “menyokong pekerja mereka” sebegini hanya akan mencetuskan satu lagi sebab untuk memboikot rantaian makanan segera ini.

Tambahan, MTEM juga mempersoalkan unit perhubungan awam McDonald’s yang hanya mengetengahkan orang Melayu sebagai majoriti kakitangan bawahan restoran tetapi mengambil polisi berdiam diri mengenai statistik keseluruhan rantaian bekalan dan juga ketua-ketua atasan mereka.

Kami juga meminta McDonald’s untuk mendedahkan siapakah pihak sebenar dalam organisasi yang mendapat faedah keuntungan daripada jualannya.

Dalam pada itu kami juga mempersoalkan para pemboikot yang bertindak kasar mengapa tidak menawarkan sebarang pekerjaan yang lebih baik kepada kakitangan McDonald’s atau menawarkan apa-apa inisiatif kepada pemilik francais untuk bertukar kepada jenama francais tempatan sebagai satu usaha boikot?

Kami percaya ini semua perlu menjadi sebahagian daripada diskusi utama pertubuhan-pertubuhan dan individu-individu yang percaya dengan usaha yang berterusan untuk memboikot jenama-jenama multinasional yang didakwa menyalurkan dana kepada Israel.

MTEM akui ia tiada kawalan dalam mengekang kemarahan orang ramai walau betapa keliru situasi mereka.

Walau bagaimanapun, kami percaya ianya terpulang kepada syarikat-syarikat di luar sana untuk memenangi semula kepercayaan orang ramai dan tidak lagi meletakkan kakitangan mereka di barisan hadapan sebagai perisai manusia yang hanya diperlakukan sebagai penjaga imej demi kepentingan korporat.

Ini merupakan satu pengajaran kepada semua konglomerat multinasional di Malaysia. Kami percaya perlu ada lebih banyak lagi langkah “inklusif” agar diserap masuk lebih ramai rakyat Malaysia ke sektor pekerjaan dan juga menjadi sebahagian daripada rantaian bekalan di sini. - HARAKAHDAILY 13/8/2014

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH