Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Ikuti DUNIACACAMARBA Melalui e-mel (Masukkan Alamat e-mel)

Jadi Rakan TM

Google+ Badge

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Selasa, 5 Ogos 2014

6 Sebab Khalid Ibrahim Perlu Disingkirkan daripada Jawatan MB - PKR




[The Malaysian Insider] PKR menyenaraikan enam sebab mengapa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim harus disingkirkan dari jawatan menteri besar Selangor, untuk meyakinkan PAS dan DAP calon lebih baik‎ diperlukan untuk memimpin negeri terkaya itu.

Dalam laporan diserahkan kepada pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat (PR), PKR mengatakan integriti Khalid dipersoalkan apabila hutang RM66.67 juta menteri besar penggal kedua itu diselesaikan di luar mahkamah, perjanjian tanah meragukan dengan pemaju, projek Lebuh Raya Kidex, perjanjian penstrukturan air dengan Putrajaya, isu berkaitan kenaikan yuran lesen perniagaan, isu pungutan sampah dan jalan berlubang.

Dalam laporan setebal 24 muka surat itu, PKR menyifatkan keputusan penyelesaian luar mahkamah antara Khalid sebagai luar biasa pada ketika pihak Bank Islam mempunyai kes yang kukuh.

"Tindakan Bank Islam tidak meneruskan kes yang bakal dimenanginya untuk mengutip hutang daripada si penghutang satu keputusan luar biasa yang sangat jarang berlaku kepada rakyat biasa," kata laporan itu.

Menurut laporan tersebut, penyelesaian itu juga dicapai di luar pengetahuan peguam Bank Islam iaitu Tetuan Tommy Thomas dan diketahui selepas pihak bank menggugurkan pertuduhan di saat akhir pada Februari 2014.

Laporan itu juga dipetik berkata setiausaha politik Khalid berjumpa dengan tokoh korporat rapat dengan Umno, Tan Sri Rashid Manaf untuk berunding penyelesaian hutangnya.

"Akhirnya setiausaha politik Tan Sri Khalid Ibrahim sendiri mengesahkan menteri besar ada beberapa kali berjumpa dengan Tan Sri Rashid Manaf untuk merundingkan penyelesaian hutangnya," laporan tersebut dipetik berkata.

Semalam, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution mendedahkan kerajaan negeri Selangor di bawah pentadbiran Khalid terlibat dalam urus niaga jualan tanah meragukan dengan Ecoworld Berhad, syarikat pemaju yang dipengerusikan Rashid sendiri.

PKR dalam laporan itu juga mendakwa Rashid sebagai tokoh yang rapat dengan Umno, beliau juga bekas peguam kepada Tun Daim Zainuddin yang juga bekas menteri kewangan.

Selain itu, keraguan juga ditimbulkan ketika penyelesaian tersebut dimeterai di mana ia berlaku pada masa sama "Langkah Kajang" diumumkan.

"Sebaik sahaja Langkah Kajang diumumkan, berita mula berlegar berlaku rundingan antara Khalid dengan Bank Islam yang diuruskan Rashid," kata laporan itu.

Laporan tersebut juga mendedahkan beberapa siri isu yang dilihat meragukan pihak PKR seperti rundingan air dan juga rayuan kes Liwat II membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Khalid menandatangani perjanjian penstrukturan air di antara kerajaan negeri Selangor dan Putrajaya pada 26 Februari dan sehari selepas itu, Pendaftar Mahkamah Rayuan memanggil Anwar untuk memaklumkan pengurusan kes beberapa permohonan rayuan akan didengari pagi itu juga.

Kemudiaannya, Anwar dijatuhi hukuman bersalah pada 7 Mac 2014 dan sekaligus menghilangkan kelayakan untuk bertanding di dalam Pilihan Raya Kecil Kajang.

"Kesemua fakta ini menimbulkan keraguan terhadap integriti Khalid dan mengundang pelbagai spekulasi," kata laporan itu.

PKR juga mendakwa Khalid sehingga hari ini gagal membuat penjelasan mengenai perkara yang dibangkitkan walaupun dinasihatkan.

Alasan kedua yang diberikan PKR adalah membabitkan perjanjian penstrukturan air antara Putrajaya dan kerajaan negeri Selangor, di mana ia didakwa merugikan.

"Beliau tidak menggunakan tekanan awam sebagai salah satu pendekatan untuk mendapatkan persetujuan daripada syarikat pemegang konsesi sedangkan umum mengetahui hubungkait syarikat ini dengan Umno dan Barisan Nasional," kata laporan itu.

PKR mempertikaikan langkah Khalid menggunakan pendekatan korporat (ala board room deals) dalam perjanajian air tersebut.

Alasan ketiga yang diberikan pula apabila Khalid secara terbuka menyokong pembinaan projek Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex) walaupun mendapat bantahan banyak pihak.

"Sokongan terbuka Khalid yang enggan memberi ruang kepada pendapat yang menentang juga bertentangan dengan arahan khusus yang dibuat Anwar mengenai pendekatan PKR mengurangkan bebanan rakyat dengan menentang kenaikkan tol," kata laporan itu.

Tiga alasan lain yang menjadi faktor keputusan menyingkir Khalid dipersetujui adalah melibatkan isu jalan berlubang, masalah sampah dan kenaikan lesen perniagaan sebanyak tiga kali ganda.

Khalid yang juga menteri besar dua penggal ketika ini berdepan kemungkinan disingkirkan partinya sendiri.

Malah, PKR sendiri secara terbuka mengumumkan pengganti Khalid dengan meletak presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon.

Bagaimanapun, Khalid sehingga hari ini masih berkeras dan menyatakan pendirian enggan berganjak daripada jawatan menteri besar.

Dalam perkembangan terkini, Lembaga Disiplin PKR juga sudah menghantar surat tunjuk sebab kepada Khalid dan perlu menjawab sebelum Jumaat ini. – Md Izwan/ 5 Ogos, 2014.


Berkaitan:

Khalid diberi hingga 8 Ogos jawab surat tunjuk sebab

[The Malaysian Insider] Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diberi tempoh hingga Jumaat untuk jawab surat tunjuk sebab ingkar kenyataan partinya. Gambar fail The Malaysian Insider.Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim diberi hingga Jumaat untuk menjawab surat tunjuk sebab yang dikeluarkan Lembaga Disiplin PKR berkenaan kenyataannya mengingkari keputusan Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

Pengerusi Lembaga Disiplin Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata Mesyuarat Khas MPP pada 15 Januari bersetuju dengan keputusan pertukaran menteri besar Selangor.

Ia diikuti satu lagi Mesyuarat Khas MPP pada 21 Julai yang mencapai keputusan sebulat suara menggantikan Khalid dengan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kajang.

"Namun kenyataan media Khalid pada 22 Julai terang-terangan mengingkari keputusan Mesyuarat Khas MPP tersebut dengan menyatakan keengganan beliau meletak jawatan menteri besar Selangor.

"Mesyuarat khas Biropolitik pada 3 Ogos membincangkan perkara ini dan mengarahkan Lembaga Disiplin mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Khalid. Beliau perlu menjawab surat tunjuk sebab tersebut sebelum atau pada 8 Ogos 2014," katanya.

Menteri besar dua penggal itu pada ketika ini berdepan kemungkinan disingkirkan partinya sendiri.

Awal tahun ini, PKR mengambil Langkah Kajang untuk menukar Khalid dengan Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas menerima berbagai aduan tentangnya yang didakwa mentadbir negeri sesuka hati tanpa berunding dengan partinya, PKR atau pimpinan Pakatan.

Dia juga dikritik dalam caranya menangani beberapa isu lain seperti catuan air, rampasan bible versi Melayu dan Iban oleh Jabatan Agama Islam Selangor dan Lebuh Raya Kidex.

Anwar sepatutnya bertanding dalam pilihan raya kecil Kajang tetapi rancangan itu tergendala selepas Mahkamah Rayuan mendapati dia bersalah dalam kes Liwat II melibatkan bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Isterinya, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang bertanding menggantikan Anwar, menang kerusi dewan undangan negeri itu dan dipersetujui PKR sebagai paling layak menduduki kerusi menteri besar Selangor.

Bagaimanapun, Khalid bertegas dia tidak akan mengundur diri sehingga penggalnya tamat.

Isu menteri besar Selangor juga dikatakan menjadi salah satu punca populariti PR jatuh merudum di Selangor setahun selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) setahun selepas PRU13 mendapati sokongan kepada PR jatuh kepada 35% berbanding 50% enam bulan sebelum pilihan raya. – 5 Ogos, 2014.

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH