Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Ikuti DUNIACACAMARBA Melalui e-mel (Masukkan Alamat e-mel)

Jadi Rakan TM

Google+ Badge

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Rabu, 20 Mei 2015

Enam Lelaki Didakwa Merogol Beramai-ramai, Dua Wanita Turut Didakwa Bersubahat




Kesemua tertuduh kes rogol beramai ramai dibawa keluar dari mahkamah, lewat petang semalam.

SEREMBAN – Enam lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban, di sini, semalam, atas pertuduhan merogol pada 1 Mei lalu.

Muhamad Arif Ismail, 19; Muhamad Aziq Shafee, 20; Mohamad Zul Azam Mazli, 20; Muhammad Amirul Hafiz Abd Rahim, 19; Muhammad Johan Eqmal Hakim, 19; dan seorang lagi pesalah juvana, bagaimanapun mengaku tidak bersalah.

Berdasarkan pertuduhan yang dibacakan secara berasingan, mereka didakwa merogol seorang wanita berusia 20 tahun di sebuah bilik bernombor C-13-2, Hotel PD Marina, Telok Kemang, Port Dickson, antara jam 10.30 malam hingga 12 tengah malam.

Mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan, hukuman diperuntukkan adalah penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika terbukti bersalah.

Pada masa sama, Muhamad Arif turut berdepan pertuduhan kedua iaitu meliwat mangsa pada tarikh, masa dan lokasi yang sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun, selain berdepan hukuman sebat sepertimana dinyatakan bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

Dua wanita turut didakwa bersubahat melakukan kesalahan tersebut bersama enam yang lain.

Tertuduh, Jean Sopian, 19, dan seorang masih di bawah umur, juga mengaku tidak bersalah atas perbuatan yang menyalahi Seksyen 109 Kanun Keseksaan, dibaca dengan Seksyen 376 dan Seksyen 34 kanun sama.

Semasa prosiding, keenam-enam tertuduh diwakili peguam, S Karthigesan. Datuk Hanif Hassan pula bertindak selaku peguam bela Jean, manakala A Partheeban dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) untuk pesalah wanita juvana. – Sinar Online20/5/15


Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH