Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, ,

Khamis, 28 Mei 2015

[Video] Kubur Besar Perlis: 12 Polis Ditahan



Kem yang dipercayai menempatkan pendatang asing yang telah dijumpai di Bukit Wang Burma, Wan Kelian. – Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR – Seramai 12 anggota polis ditahan berhubung kes penyeludupan manusia di sempadan Malaysia-Thailand berikutan penemuan 139 kubur dan 28 kem di Wang Kelian, Perlis, kelmarin.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan lapan anggota polis berkenaan manakala empat lagi polis ditahan agensi itu sendiri.

“Ia masih dalam siasatan sama ada mereka terbabit secara langsung atau hanya menjadi orang tengah kepada sindiket penyeludupan itu untuk masuk ke Malaysia. “Kita akan siasat semua pihak termasuk Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP), Imigresen, Renjer Negeri Perlis, Pasukan Gerakan Am (PGA).

“Bukan hanya polis atau anggota penguatkuasa saja, sesiapa yang ada bukti terbabit dengan penyeludupan ini kita akan ambil tindakan,” katanya pada sidang media di Bangunan Parlimen, hari ini. Sebelum itu beliau menjawab soalan berhubung usul tergempar mengenai penemuan 139 kubur dan 28 kem mangsa pemerdagangan manusia di sempadan Malaysia-Thailand.

Usul tergempar itu dibahaskan selama sejam bermula 4.30 petang tadi, selepas dikemukakan Gooi Hsiao Leung (PKR-Alor Setar) pagi tadi dan diluluskan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ismail Mohamed Said.

Dalam pada itu ditanya mengenai gesaan pembangkang supaya ditubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung penemuan kubur besar berkenaan, Wan Junaidi berkata, setakat ini tiada keperluan untuk berbuat demikian. “Tak semua benda perlu ada RCI.

Agensi polis ada 12,000 anggota penyelidikan, …kita akan siasat dari segenap segi,” katanya.

Bagaimanapun, Dr Wan Junaidi berkata ia terpulang kepada kerajaan sama ada untuk menubuhkan RCI atau tidak.

“Biar kerajaan kumpulkan cadangan daripada semua ahli Parlimen, barulah perkara ini boleh dibincangkan,” katanya.

Cadangan mengenai penubuhan RCI diajukan Sivarasa Rasiah (PKR-Subang) ketika membahaskan usul itu. Sementara itu, Dr Wan Junaidi memberi jaminan kerajaan akan memperhebatkan kerjasama dengan Thailand dalam mengawal keselamatan di sempadan.

“Lokasi penemuan ini sangat susah diakses dari Malaysia.

Untuk sampai ke tempat itu, kita perlukan sekurang-kurangnya tiga jam berjalan kaki.

Di sebelah Malaysia sangat curam tetapi mudah diakses dari Thailand. Mungkin ini antara sebab sindiket ini memilih kawasan berkenaan,” katanya. Pada Isnin lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan penemuan 139 kubur pelbagai saiz di kawasan seluas 11 kilometer persegi di Gunung Perlis, Wang Kelian, Perlis.

Pihaknya juga turut menemui satu mayat yang hampir reput dan sejumlah 28 khemah yang dipercayai pernah digunakan sindiket pemerdagangan dan penyeludupan manusia yang ditinggalkan kosong sejak beberapa bulan lalu.

Mengikut KPN, penemuan itu adalah susulan daripada Ops Wawasan Khas Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) yang dijalankan pihaknya sejak 11 Mei lalu.

Setakat ini, lebih 60 kubur besar pelarian Rohingya turut ditemui di beberapa lokasi di wilayah Songkla yang bersempadan dengan Malaysia. - Berita Harian Online



Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH