Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Ikuti DUNIACACAMARBA Melalui e-mel (Masukkan Alamat e-mel)

Jadi Rakan TM

Google+ Badge

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, ,

Khamis, 28 Mei 2015

1MDB Terlibat Pengubahan Wang Haram? - Tun M




PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad terus mempersoalkan mengenai isu baki pelaburan 1Malaysia Development Berhad yang disimpan di BSI Bank Limited Singapore (BSI).

Kali ini bekas perdana menteri itu membangkitkan keraguan sama ada pelaburan 1MDB di Kepulauan Cayman sebelum ini terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram.

Menurut Dr Mahathir, keputusan kerajaan memindahkan baki pelaburan 1MDB sejumlah AS$1.1 bilion (RM4.022) bilion dari Kepulauan Camay ke Singapura dengan alasan bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengganggu urusan aliran wang perlu dipersoalkan.

"Setahu saya bank-bank telah diarah menyoal urusan yang lebih daripada RM50,000. Jika urusan tidak ada kaitan dengan money laundering iaitu yang didapati secara haram, ia tidak jadi masalah.


"Soalnya apakah 1MDB dengan pengetahuan penasihatnya terlibat dengan money laundering sehingga wang dari Cayman Islands terpaksa disimpan di Singapura?

"Singapura juga memeriksa dengan teliti wang yang masuk-keluar negara itu bagi mengelak jenayah money laundering. Apakah 1MDB tidak tahu akan peraturan Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS)?" soalnya pada Khamis.

Menerusi posting terbaharu di blog chedet.cc itu, Dr Mahathir sekali lagi mempersoalkan mengenai kewujudan baki simpanan 1MDB di BSI.

"Atau apakah tujuan sebenar ialah untuk berbohong berkenaan penyimpanan wang di Singapura, iaitu sebenarnya tidak ada wang yang disimpan di sana. Bahawa wang sebanyak lebih satu billion US dollar sudah hilang.

"Jika tidak dapat dibuktikan wang ini ada di Singapura, maka sekali lagi pegawai dan menteri bersalah kerana membohong," katanya.

Selain itu Dr Mahathir yang berkhidmat sebagai perdana menteri selama 22 tahun turut meragui tindakan BNM yang enggan mendedahkan mengenai laporan MAS berhubung pelaburan 1MDB.

"Berkenaan dengan Bank Negara enggan memberi maklumat berhubung laporan kepadanya oleh MAS, jika ini didapati melindungi pembohongan berkenaan wang 1MDB yang dikatakan berada di Singapura, ini juga merupa satu jenayah dibawah undang-undang jenayah negara," katanya.

Sebelum ini BNM mengesahkan menerima laporan daripada MAS berkaitan pelaburan 1Malaysia Development Berhad dengan Bank BSI di negara itu.

Bagaimanapun Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata laporan itu adalah sulit dan tidak dapat dikongsi dengan umum. -Ariffudin Ishak/Mstar/28/5/15


Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH