Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Isnin, 25 Mei 2015

Tiga Ikon PAS Akan Dipecat? Berita Berkaitan



Saya Dikhianati Kerana Sokong Ahmad Awang - Zaidi

PETALING JAYA: Akibat lantang mengkritik kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dipecat, Zaidi Ahmad menerima padah apabila dikhianati ahli PAS.

Kecewa dengan sikap pengkhianat yang wujud dalam parti politik yang menjadi pilihannya, ahli baharu PAS itu bagaimanapun menyerahkan nasibnya kepada kepimpinan tertinggi parti berkenaan.

"Nak pecat, pecatlah," katanya ringkas merujuk kepada laporan muka depan sebuah akhbar harian bahawa wujud gesaan supaya PAS memecat tiga ikon parti itu kerana mengkritik kepimpinan parti.

Ditanya bagaimana kenyataan yang dibuat menerusi aplikasi Whatsapp tersebar hingga mencetuskan kontroversi, Zaidi yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Sungai Petani berkata, ia disebarkan oleh pihak yang tidak senang dengan pendiriannya.

"Mulanya begini...saya berada dalam sebuah Whatsapp group. Di sana kami membincangkan banyak isu termasuk terbaharu mengenai pemilihan PAS.

"Saya penyokong ustaz Ahmad Awang, jadi sudah pasti saya mempromosikan calon pilihan saya untuk menjadi Presiden.

"Dan bila kita promosikan calon kita, pastinya kita akan kritik calon lawan. Jadi mungkin ada dikalangan ahli group itu yang tak puas hati lalu copy dan paste ke group lain dan sebarkannya secara meluas," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin.

Turut sama menjadi mangsa akibat kritikan dalam kumpulan Whatsapp itu ialah Ahli Jawatankuasa Lajnah Politik Pemuda PAS Pusat, Sulaiman Ibrahim atau lebih dikenali Leman Raja Lawak dan Ahli Jawatankuasa Muslimat PAS Pusat yang juga penyanyi, Wan Aishah Wan Ariffin.

Mengulas lanjut, Zaidi yang juga pembantu khas kepada Ahmad Awang berkata, sebagai ahli baharu, beliau mahu melihat perubahan dalam PAS.

Akuinya, perubahan itu perlu bermula di peringkat kepimpinan tertinggi PAS termasuk kedudukan Presiden.

"Banyak kepincangan dalam PAS pada masa ini, hala tujunya masih ke belakang. Bagi saya, Presiden PAS harus ditukar dengan yang baharu.

"Pada muktamar yang lalu PAS tegaskan mahu pertahankan kerjasama dalam Pakatan Rakyat, tapi hakikatnya apa yang berlaku sekarang tidak begitu," katanya. - Ariffudin Ishak/Mstar/25/5/15


Leman Raja Lawak Serang 'Lebai Mercun'

PETALING JAYA: Sulaiman Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Leman Raja Lawak tidak akan 'tutup mulut', malah mahu terus mengkritik PAS dan kepimpinannya demi masa depan parti itu.

Bukan itu sahaja, Sulaiman yang juga Ahli Jawatankuasa Lajnah Politik Pemuda PAS Pusat turut melabel kumpulan tertentu dalam parti itu sebagai 'lebai mercun' kerana berselindung atas nama Islam semata-mata untuk berkuasa.

"Saya masih ahli PAS yang sah dan boleh mengkritik siapa sahaja, antaranya lebai-lebai mercun yang balik dari Mesir tak cukup senawi mengaku ulama sehebat seantero Malaysia.

"Lebai-lebai mercun ni tak suka berbaik dengan orang bukan Islam sebagai medan dakwah ukhwah sebaliknya mengkafirkan mereka secara lantang tanpa menghormati sentiviti agama. Apabila diangkat menjadi pemimpin, mereka hanya pandai bercakap bab dakwah, Islam dan sebagainya tapi langsung tidak turun ke akar umbi melihat nasib rakyat bawahan," katanya pada Isnin.

Kenyataan penuh emosi itu dimuat naik di laman Facebook sebagai respon kepada laporan muka depan sebuah akhbar harian bahawa beliau akan dipecat daripada PAS kerana lantang mengkritik kepimpinan PAS.

Turut sama dikaitkan dalam laporan itu ialah pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dipecat, Zaidi Ahmad dan Ahli Jawatankuasa Muslimat PAS Pusat, Wan Aishah Wan Ariffin.

Mengulas lanjut Sulaiman berkata, beliau masih belum menerima sebarang surat mengenai kedudukannya dalam PAS.

"Kami belum lagi mendapat apa-apa surat rasmi atau panggilan telefon daripada pimpinan tertinggi berhubung isu pemecatan yang menjadi viral," katanya.

Mengenai dakwaan beliau terlalu lantang mengkritik kepimpinan PAS walaupun masih baharu menyertai parti Islam itu, Sulaiman bagaimanapun menempelak golongan berkenaan.

"Kepada lebai-lebai mercun dalam PAS yang merosakkan parti dan jemaah, jangan dok buat kepala!

"Tak payah nak sembang hang orang lama dalam PAS kalau setakat tarbiyah cap ayam dok berlagak usrah sana sini tapi perangai tak seperti orang yang kena tarbiyah. Merekalah lebai-lebai mercun yang pemecahbelahkan jemaah PAS sekarang ini," katanya. - Afiruddin Ishak/Mstar/25/5/15


Aishah Luah Kekecewaan terhadap Pas

Perubahan sikap pemimpin Pas menjadikan slogan 'Pas For All' tidak lagi relevan dan menjadi satu jenaka.

PETALING JAYA: Bekas penyanyi, Aishah, meluahkan rasa kecewa terhadap perkembangan muktakhir dalam Pas yang disebabkan sikap sesetengah pemimpin parti itu.

Katanya, melihat perubahan ketara yang berlaku dalam Pas, dia tidak lagi pasti parti itu mampu mentadbir negara.

Aishah berkata, sikap pemimpin juga tidak lagi menepati slogan ‘Pas for All’ dan telah menjadikan slogan itu sebagai satu jenaka.

Sebagai orang baru dalam Pas, Aishah berkata, dia terkejut dengan sikap pemimpin tertinggi Pas yang dilabel ulama tetapi menggunakan bahasa kesat.

“Sebagai org baru…sy terkejut dgn penggunaan bahasa setengah2 org yg dipanggil faqih dlm agama… rasanya dlm industry yg org anggap jahil pun masih ada sikap toleransi dan hormat. Sekarang maki hamunnya …, ” katanya seperti dilaporkan beberapa blog pro Pakatan Rakyat.

Petikan luahan Aishah itu disebarkan secara meluas di laman sosial dan hangat dibincangkan di kalangan penyokong pro ulama dan liberal dalam parti itu.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di dalam program dialog “Bicara Harakah” minggu lalu dilaporkan mengunakan perkataan kesat “tolol” bagi merujuk kepada pihak yang menuduhnya mahu berpecah dan tidak mahu hadir mesyuarat Pakatan Rakyat.

Aishah berkata, dia tidak kecewa dengan perjuangan Islam tetapi kecewa dengan perkembangan yang berlaku dalam Pas yang kononnya memperjuangkan Islam.

Katanya, sikap pemimpin yang bergaduh sesama sendiri membuatkan orang bukan Islam hilang hormat terhadap parti itu.

“Saya tak kecewa dgn perjuangan Islam tetapi sy kecewa dgn apa yg berlaku dlm PAS yg kononnya perjuangan Islam…ini ke akhlak yg nak kita tunjukkan pada non muslims bila sesama jemaah pun berantakan…respect has to be earned not commanded from…”, katanya. -FMT/23/5/15


Respons PAS:

PAS: Mejar Zaidi, Leman Raja Lawak Tidak Dipecat

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menafikan bahawa tiga ikon PAS bakal dipecat parti kerana didakwa mengkritik kepimpinan parti sehingga tersebar meluas dalam media sosial.

Beliau menyifatkan dakwaan bahawa Ahli jawatankuasa (AJK) Pemuda PAS Sulaiman Ibrahim (Leman Raja Lawak), AJK Dewan Muslimat Wan Aishah Wan Ariffin (penyanyi) dan bekas juruterbang Zaidi Ahmad "sengaja diada-adakan".


Selebriti dan bekas pegawai kanan tentera udara diraja Malaysia itu sering menghiasi pentas PAS melalui ceramah dan kempen pilihan raya.

"Tak betul tu. Isu ini sengaja diada-adakan. Tak ada angin, tak ada ribut," katanya melalui kiriman SMS kepadaMalaysiakini pagi ini.

Mustafa berkata setakat ini beliau tidak menerima apa-apa aduan atau maklumat berhubung dakwaan bahawa mereka mengkritik pemimpin parti melalui aplikasi WhatsApp seperti laporan Sinar Harian hari ini.

Akhbar harian itu melaporkan bahawa ekoran dakwaan tersebut, beberapa anggota parti mencadangkan supaya mereka dipecat keahlian kerana terlalu lantang menyuarakan pandangan.

Dalam laporan tersebut, Sulaiman yang dikenali Leman Raja Lawak dan Aisyah berkata mereka reda dengan tindakan yang diputuskan parti namun menjelaskan mereka hanya menyuara pandangan terhadap kepimpinan dalam parti.

Laporan itu menyebut, Sulaiman menegur golongan ustaz supaya pendekatan mereka "tidak terlalu ekstrem" kepada bukan Islam, tidak mengecewakan harapan kumpulan anak muda yang mengundi parti dan mendakwa kumpulan itu gagal melaksanakan tanggungjwab sebagai pemimpin Islam.

"Ada sesetengah ahli mengkritik jemaah sendiri bagi mendapatkan jawatan, sedangkan dalam Islam harus memberika idea dan hala tuju masa depan parti apabila dipilih sebagai ketua.

"Ada pemimpin hanya menggunakan Islam dan agama demi kepentingan peribadi," katanya seperti dilapor akhbar itu.

Sementara itu, dalam laporan yang sama, Aishah pula kesal perbincangannya secara tertutup dalam media sosial tersebar dan dijadikan isu, bahkan mempersoal mengapa kepimpinan dalam parti tidak boleh dikritik.

"Komen yang saa berikan hanyalah dalam grup WhatsApp sahaja. Takkan pula dalam laman sosial pun tak boleh menyatakan pendirian secara peribadi?" sola Aishah seperti dilapor akhbar itu. - Malaysia Kini/25/5/15


P/s: Orang ramai mula mempersoal slogan PAS For All yang kini dikatakan PAS For Ulama.


Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH