Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Isnin, 18 Mei 2015

[Video] Tun M: Najib Tidak Jawab Apa-apa Pun



Walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak telah "menjawab" 13 soalan di dalam blognya semalam, namun Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat ia langsung tidak menjawab soalan yang dibangkitkannya sebelum ini.


"Najib (kanan) tak jawab apa-apa pun. Saya buat sekarang ini sebab saya tahu dia akan kalah pada pilihan raya," katanya dalam sidang media selepas pelancaran buku jilid kedua Surat Kepada Pemimpin Dunia di Putrajaya hari ini.

Malah, Mahathir berkata, isu yang dibangkitkan sebelum ini seperti kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) juga tidak dijawab di dalam blog tersebut.

"Itu (Altantuya) mungkin kes lama tetapi hukuman mati diketahui sekarang. Sebab itu saya bangkitkannya. Dia cakap tunggu laporan penuh Laporan Audit, itu bukan jawapan. Sesiapa pun boleh cakap tunggu. Nak tunggu sampai bila," katanya lagi.

Najib semalam di dalam blognya menulis jawapan kepada 13 persoalan tentang isu-isu kontroversi yang turut mengaitkan dirinya.

Antara jawapan yang ditulis adalah mengenai kes pembunuhan Altantuya dan 1MDB.

Mengaju soalan

Sementara itu, ditanya sama ada beliau masih lagi ingin berdebat walaupun Najib telah "menjawab" soalan yang ditimbulkannya di dalam blog, Mahathir berkata beliau tidak mempunyai masalah untuk lakukan perkara itu.

Jelasnya, sekiranya perdebatan diadakan, beliau hanya ingin mengajukan soalan kepada Najib untuk dijawab.

"Kalau nak debat boleh, tak ada masalah. Saya cuma nak tanya, kalau nak jawab, jawablah. Kalau dia (Najib) nak tanya saya apa, saya boleh jawab," ujarnya.

Blog pro-Umno: FAQ tak jawab isu Rosmah

Sementara itu, penulis blog pro-Umno juga membangkitkan kenapa FAQ khas Najib tidak menyentuh langsung berhubung “kerenah” Rosmah Mansor, isterinya.

Shahbudin Husin, penulis empat buah buku anti-Najib, mempertikai jawapan pemimpin nombor satu negara yang tidak menyentuh dakwaan Rosmah berlagak seperti perdana menteri yang dibangkitkan Mahathir.

“Satu perkara yang Najib tidak sentuh langsung ialah mengenai kerenah dan masalah yang ditimbulkan oleh isterinya, Rosmah Mansor sedangkan ia bukan saja menjadi percakapan paling popular di kalangan rakyat, bahkan Tun Mahathir juga baru-baru ini mendakwanya berlagak seolah-olah Perdana Menteri.

“Kenapa ia tidak disentuh atau tidak berani disentuh hanya Najib yang mengetahui sebab-sebabnya,” tulis Shahbudin di blognya hari ini.

Beliau juga berkata Najib juga tidak menyentuh isu melemahkan sokongan pada BN, termasuk susulan pilihan raya kecil Rompin dan Permatang Pauh baru-baru ini.

“Yang barangkali tidak disedari Najib ialah apakah di sebalik pelbagai isu yang melanda dirinya, petunjuk makin ketara sokongan kian terhakis, sokongan boleh terus diberikan atau melanjutkan sokongan bermakna menambahkan lagi kerosakan yang ada?” kata Shahbudin. - Malaysia Kini/18/5/15

Berkaitan:


Najib Tidak Jawab Semua Soalan Saya- Tun Mahathir

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, isu yang dibangkitkan dan kritikan dilemparkannya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah kerana beliau mengetahui presiden Umno itu akan tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 18 Mei, 2015.Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengatakan Datuk Seri Najib Razak langsung tidak menjawab soalan, meskipun perdana menteri menjawab 13 soalan melalui laman blog miliknya najibrazak.com, semalam. 

"Najib tak jawab apa-apa pun," kata Dr Mahathir, ketika diminta mengulas perkara itu. 

Dr Mahathir berkata, isu yang dibangkitkan dan kritikan dilemparkannya kepada Najib adalah kerana beliau mengetahui presiden Umno itu akan tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). 

"Saya buat sekarang ini kerana saya tahu dia akan kalah pilihan raya. 

"Dengan skandal-skandal ini (1Malaysia Develepment Berhad) 1MDB, Altantuya (Shariibuu), sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tiada isu-isu ini. Kerajaan sekarang langsung tidak popular," kata Dr Mahathir di Putrajaya hari ini. 

Beliau turut menyuarakan rasa terbuka kesediaan untuk berdebat dengan Najib sekali lagi. 

"Kalau masih mahu debat tiada masalah, saya nak tanya, benda dia nak jawab dia jawablah, kalau dia tanya saya boleh jawab," katanya.

Najib dilaporkan terus menerima hamburan kritikan dari orang ramai walaupun cuba menjawab 13 soalan yang kerap dilontarkan terhadap pentadbirannya dalam blognya semalam.

Menerusi luahan pengguna Facebook dan Twitter, jelas dilihat orang ramai masih tidak berpuas hati dengan penjelasan Najib menerusi ruangan “Soalan Lazim” di blog www.najibrazak.com.

Najib semalam cuba menangkis kritikan dan tuduhan dari Dr Mahathir, bekas mentornya yang kini menjadi pengkritik nombor satu beliau.

Beliau antaranya menjawab persoalan berkaitan pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu, penggunaan jet rasmi kerajaan dan keupayaan Barisan Nasional memenangi pilihan raya umum akan datang.

Najib turut menjawab tuduhan berkaitan dana pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan memohon pengkritiknya menanti dapatan ketua audit negara ke atas dana pelaburan strategik negara itu.

"Altantuya mungkin isu lama, tapi hukuman gantung itu hari ini," kata Dr Mahathir, sebagai respon kepada jawapan yang diberikan Najib.

Manakala, soalan berkaitan 1MDB, Dr Mahathir berkata, rakyat tidak lagi sabar menantikan laporan Ketua Audit Negara berkenaan dakwaan skandal kewangan yang melanda syarikat tersebut.

"Itu bukan jawapan, nak tunggu sampai bila?" katan Dr Mahathir. – The Malaysian Insider/18 Mei, 2015.




Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH